You are on page 1of 7

Kursus MTE 3112 (Amalan Pentaksiran Dalam Matematik) melengkapkan pelajar dengan kemahiran kemahiran pengujian dan penilaian

n dalam Matematik, membantu pelajar menjalankan diagnosis ke atas kesukaran pembelajaran kanak kanak dan seterusnya mengambil tindakan yang berkesan untuk memenuhi keperluan khas kanak kanak dalam pembelajaran Matematik. Pengalaman mengaplikasikan teknologi dalam pentaksiran juga dibekalkan melalui aktiviti hands-on. Tugasan MTE 3112 kali ini meminta pelajar menghasilkan sebuah esei secara individu tentang prinsip pembinaan item objektif dan esei dalam ujian Matematik dan kebaikan dan kelemahan aplikasi teknologi dalam pentaksiran Matematik. Selain itu, pelajar juga diminta untuk menghasilkan satu portfolio secara berpasangan, menggubal suatu Jadual Spesifikasi Ujian berdasarkan topik yang dipilih dan mentadbir ujian yang telah digubal kepada tiga puluh murid semasa menjalani praktikum. Melalui tugasan yang diberikan ini, saya telah berkerjasama bersama rakan seperjuangan saya iaitu Siti Nurfatihah Binti Bunyaimi. Beliau telah banyak membantu saya dalam memahami cara membuat analisis item. Saya rasa amat bertuah kerana berpeluang untuk membuat kerja berpasangan bersama beliau. Beliau merupakn seorang yang komited dengan tugasan yang diberikan. Terdapat banyak kebaikan melaksanakan tugasan secara berpasangan mahupun berkumpulan, antaranya ialah kami dapat berkongsi idea dan pendapat. Idea yang dihasilkan adalah lebih bernas kerana ia dapat dibincangkan bersama. Kerja berpasangan ini juga dapat menjimatkan masa, hal ini dapat dibuktikan apabila kami membahagikan tugasan yang perlu dilaksanakan. Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk mempelajari kursus Amalan Pentaksiran Dalam Matematik. Saya mendapat banyak ilmu pengetahuan baru dengan pelaksanaan tugasan ini. Objektif pembelajaran tidak dapat dicapai tanpa

mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam kuliah. Sebelum ini saya kurang faham tentang analisis item dan sebagainya, namun setelah melaksanakan tugasan yang diberikan ini, saya dapat memahami dengan baik cara membuat analisis item, apakah yang dikatakan dengan jsu dan sebagainya.

Berdasarkan

tugasan

yang

diberikan

ini,

ia

membolehkan

saya

mengintegrasikan teknologi dalam pentaksiran. Saya telah menggunakan microsoft excel bagi memasukkan data prestasi murid murid. Pada mulanya saya menghadapi masalah dalam memasukkan data menggunakan Microsoft excel, namun setelah mendapat tunjuk ajar daripada rakan seperjuangan, akhirnya saya dapat

mengaplikasikannya dengan baik sekali. Dengan pelaksanaan tugasan ini, saya mendapati bahawa dengan peredaran zaman yang semakin hebat hari ini, guru memainkan peranan yang penting bagi menguasai kemahiran dalam komputer. Terdapat banyak kebaikan menggunakan komputer dalam pentaksiran. Antaranya ialah ia cepat dan mudah. Dengan menggunakan computer, guru dapat memasukkan data murid ke dalam folder secara teratur, apabila guru hendak membuat semakan, guru hanya perlu membuka folder tersebut dan semua maklumat yang dikehendaki terdapat di dalamnya. Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa guru memainkan peranan yang penting dalam menguasai ilmu teknologi. Disamping itu, saya menyedari bahawa adalah menjadi tugas guru apabila murid mendapat keputusan yang rendah dan kurang memuaskan, guru hendaklah merancang aktiviti yang sesuai untuk pemulihan dan pengayaan. Melalui ujian yang dijalankan, saya mendapati terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menguasai sepenuhnya tajuk yang diuji. Oleh yang demikian, latihan pengukuhan perlulah diberikan kepada murid ini agar mereka dapat menguasai sepenuhnya. Disamping memberikan latihan pengukuhan, guru juga boleh berusaha mendampingi murid murid yang menghadapi masalah dan menemubual mereka. Kadangkala murid murid seperti ini memerlukan bimbingan, kaunseling dan motivasi daripada ibubapa dan guru. Menyedari kepentingan ini, sewaktu saya menjadi guru pada masa akan datang, saya akan berusaha dengan sebaiknya bagi membolehkan murid murid dapat memahami apa yang diajar. Pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang boleh digunakan bagi meningkatkan kefahaman murid murid.

Saya berasa amat seronok menimba pengalaman baru dalam merancang, mentadbir, menganalisis dan mentafsir pentaksiran. Saya telah merancang pembinaan Soalan bersama rakan seperjuangan saya, Siti Nurfatihah. Kemudian kami menjalankan ujian ini kepada murid murid semasa praktikum. Setelah murid selesai, kami menjalankan analisis terhadap soalan yang digubal dan seterusnya mentafsir ujaian yang dijalankan. Pengalaman ini merupakan pengalaman yang amat bermakna kepada diri saya kerana saya dapat mengaplikasikannya sewaktu berada di sekolah suatu hari nanti. Antara kekangan saya melaksanakan tugasan ini ialah kami menghadapi masalah dalam mencari masa yang sesuai bagi melaksanakan ujian ini. hal ini adalah kerana semasa menjalani praktikum, kami sibuk dengan penyeliaan daripada pensyarah dan guru pembimbing, melakukan aktiviti aktiviti yang dijalankan di sekolah, mengecat mural dan sebagainya. Namun demikian, masalah ini dapat diatasi dengan baik apabila kami mencari waktu kelas ganti untuk membuat ujian kepada murid murid. Pengurusan masa yang baik amatlah diperlukan bagi seseorang guru. Guru hendaklah menguruskan masa dengan baik supaya segala tugas yang diamanahkan dapat dijalankan dengan baik. Secara kesimpulannya, di dalam konteks perkembangan profesionalisme keguruan, salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion ini. Usaha ini boleh dijalankan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan ujian dalam bilik darjah. Melalui ujian yang dijalankan, adalah menjadi peranan penting guru melaksanakan ujian di sekolah. Melalui ujian yang dijalankan, guru dapat

mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengajaran. Sekian. Terima kasih.

Fatin Nasuha Binti Razali

Melalui tugasan yang diberikan ini, saya memperoleh banyak pengetahuan baru yang amat berguna. Ilmu yang saya peroleh ini merupakan bekalan kepada saya untuk menghadapi hari yang mendatang. Saya bersama rakan seperjuangan yang lain dikehendaki membuat analisis pembinaan item.

Bagi melengkapkan tugasan yang diberikan ini, saya telah menjalani kolaborasi bersama guru pembimbing, setiausaha unit peperiksaan, dan juga rakan seperjuangan. Melalui kolaborasi yang dijalankan, saya mendapati, menjadi suatu perkara yang amat penting yang guru harus tekankan ialah hubungan guru dengan rakan seperjuangan. Bagi menjalani kerja, guru hendaklah menjalinkan hubungan dengan baik. Saya telah menemubual.

Berdasarkan ujian yang dijalankan, saya mendapati terdapat ___ soalan dibuang. Hal ini adalah kerana soalan yang diuji _________.

Bagi melengkapkan tugasan kedua dalam kursus ini, saya bersama rakan seperjuangan dikehendaki menggubal satu Jadual Spesifikasi Ujian berdasarkan topik yang dipilih kemudian menggubal 20 soalan objektif berdasarkan JSU yang dibina. Setelah itu, kami dikehendaki mentadbirkan ujian yang telah digubal kepada 30 orang murid. Saya dan pasangan saya, Siti Nurfatihah Binti Bunyaimi tidak mempunyai banyak masalah kerana kami telah membuat pembacaan tentang prinsip-prinsip pembinaan item. Bilangan murid di dalam kelas yang kami pilih iaitu 4 Berlian ialah sebanyak 30 orang. Namun, kami menghadapi masalah apabila mereka bercuti bergilirgilir pada minggu UPSR. Kebanyakan antara mereka tidak hadir ke sekolah jadi saya tidak berpeluang untuk mentadbir ujian pada minggu tersebut. Mujur selepas minggu tersebut saya mempunyai masa untuk mentadbir ujian tersebut. Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah melakukan proses yang penting dalam merancang ujian iaitu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi maklumat tertentu bagi sesuatu ujian. Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang menjalankan kerja kurus ini. Hal ini adalah kerana ia merupakan pengalaman pertama saya melaksanakan tugasan ini. Jadual Spesifikasi Ujian amat penting kerana ia dapat memastikan ujian digubal secara sistematik. Selain itu, kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin. Berpandukan JSU yang telah dibentuk, item soalan telah dibina. Saya telah menghasilkan soalan yang hendak diuji kepada murid murid. Dalam pembinaan soalan, saya mendapati bahawa proses ini bukan merupakan satu proses yang mudah. Guru harus mengikut tahap pembelajaran murid. Soalan yang digubal hendaklah bermutu tinggi dengan menekankan aspek kerelevenan, keseimbangan, keobjektifan, aras kesukaran dan aras diskriminasi. Setelah menggubal soalan bersama pasangan praktikum, saya telah menyemak soalan tersebut supaya bebas daripada sebarang kesilapan sebelum ujian ditadbirkan. Saya juga telah membuat semakan supaya arahan yang diberikan adalah jelas dan

mudah difahamai dengan masa yang diperuntukkan adalah bersesuaian dengan bilangan soalan. Soalan yang diberikan mempunyai arahan yang jelas. Selepas kami memeriksa dan mendapat keputusan, kami telah menganalisis item-item soalan yang telah kami gubal. Segala ilmu yang telah dipelajari untuk mengenalpasti Indeks Diskriminasi (ID) dan Indeks Kesukaran (IK) telah kami aplikasikan semasa menganalisis item-item. Terdapat beberapa item yang kami kenalpasti tidak baik dan perlu ditolak. Bukan itu sahaja, ada beberapa item yang perlu diubahsuai untuk menjadi satu item yang baik. Melalui tugasan ini, saya sedar bahawa menggubal sesebuah soalan bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan bukan sahaja dari segi aspek tahap murid dan malahan dari segi pemilihan jenis soalan dan menentukan jawapan. Semua aspek ini perlu diambil kira bagi menghasilkan satu item yang baik dan satu proses pentaksiran dapat dilaksanakan dengan baik bagi mengenalpasti tahap pengetahuan murid. Saya telah menjalinkan hubungan komunikasi dengan guru pembimbing dan guru unit peperiksaan sekolah semasa menjalani praktikum. Berdasarkan temu bula bersama mereka, saya telah mendapat banyak pengetahuan baru tentang Jadual Spesifikasi Ujian, Indeks Diskriminasi, Indeks Kesukaran dan sebagainya. Ilmu pengetahuan yang diperoleh ini merupakan panduan kepada saya dan pasangan untuk menyiapkan tugasan. Selain itu, ilmu yang diperoleh ini akan saya aplikasikan sewaktu berada di sekolah kelak. Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan apa yang telah saya hasilkan. Walaupun ia bukan yang terbaik jika dibandingkan dengan hasil kerja yang lain tetapi ia adalah yang terbaik dari saya. Saya telah mempelajari banyak perkara dalam usaha untuk menyiapkan diri sebagai bakal guru di masa hadapan. Masih banyak yang perlu saya kecapi lagi kerana learning is a continuous process. Bukan itu sahaja. Ia juga membantu untuk saya menyediakan diri untuk sesi praktikum yang akan datang.

You might also like