You are on page 1of 2

Pendahuluan Tamadun India merupakan tamadun yang unikl dan tersendiri.

Tamadun India meliputi kawasan Benua Kecil India hari ini seperti India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan sebahagian Nepal serta Bhutan. Selain itu, tamadun India terbahagi kepada dua bahagian utama benua kecil India iaitu:

Indo-Arya pada bahagian India Utara Dravida pada bahagian India Selatan

Tamadun India bermula dengan Tamadun Lembah Sungai Indus di bahagian Barat Laut India. Peradaban Lembah Indus merupakan permulaan kepada perkembangan Tamadun India. Berpusat di lembah Sungai Indus. Tamadun ini dikenali sebagai Harrapa dan dianggap sebagai antara tamadun yang tertua di dunia.

Tamadun ini juga wujud Antara tahun 2500 hingga 1800 S.M iaitu 1000 tahun lebih awal dari tamadun Cina (Peter N. Sterns, 1996:47) dan selepas tempoh ini, tamadun indus telah mengalami keruntuhan. Kedatangan orang Aryan yang membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus iaitu Zaman Vedik.

Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setalah beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.

Pada zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India uatara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka. Antara keistimewaan tamadun ini adalah mampu bertahan ribuan

tahun serta mengekalkan tradisi kebudayaannya tanpa banyak mengalami perubahan. Manakala pengaruh agama yang menjadi asas pembentukannya adalah agama Hindu, Buddha dan Islam.

You might also like