You are on page 1of 18

BAHAGIAN PERNIAGAAN

1.0 INDUSTRI Rancangan perniagaan ini adalah satu perancangan terperinci yang menunjukkan strategistrategi yang akan diambil oleh sesebuah syarikat untuk memulakan sesuatu perniagaan. Bagi syarikat kami, rancangan perniagaan ini dihasilkan adalah untuk:

1) Mendapatkan pembiayaan Rancangan perniagaan ini dihasilkan sebagai satu sumber bukti bertulis bagi membuat permohonan mendapatkan pembiayaan (pinjaman) dari pihak bank. Syarikat kami akan berurusan dengan bank utama iaitu Hong Leong Bank Berhad. Melalui pinjaman yang diberikan, syarikat kami akan menggunakan secara optimum dalam proses kajian dan peningkatan (R&D) produk-produk sedia ada kami amnya, dan khususnya kepada produk baru kami. Selain itu, pembiayaan yang bakal kami perolehi akan juga digunakan dalam meningkatkan prestasi syarikat dalam meluaskan lagi syer pasaran syarikat kami supaya kompetitif dalam pasaran semasa. Pembiayaan yang bakal diperolehi juga digunakan untuk menampung kos modal yang tidak mencukupi.

2) Meningkatkan keyakinan pelabur untuk terus melabur dan meningkatkan pelaburan Rancangan perniagaan ini juga ada menjelaskan secara terperinci tentang butiran kewangan syarikat kami dan segala perbelanjaan yang dibuat oleh syarikat. Maklumat-maklumat yang lengkap dalam rancangan perniagaan ini boleh digunakan oleh pelabur dalam menilai, mentaksir dan membuat analisis kewangan syarikat kami. Setakat ini, kedudukan kewangan syarikat kami amat stabil dan mempunyai sistem pengurusan yang sistematik serta pihak pengurusan yang cekap dalam mengendalikan aset dan liabiliti syarikat. Kami percaya bahawa akan lebih ramai pelabur akan membuat pelaburan dalam syarikat kami melalui penelitian rancangan perniagaan sekaligus dapat meningkatkan keuntungan syarikat serta meningkatkan pendapatan pemilik serta rakan kongsi.

3) Meningkatkan keuntungan syarikat dan memaksimumkan pendapatan pemilik dan rakan kongsi syarikat.

Syarikat Al-Munawarah Salon & Spa Beauty Sdn. Bhd. mensasarkan pulangan modal dan keuntungan yang semakin meningkat setiap tahun. Oleh itu, rancangan perniagaan ini merupakan satu metodologi yang diambil dalam meningkatkan keuntungan syarikat. Rancangan perniagaan ini mempunyai potensi yang besar kerana mampu memberi nafas baru kepada bidang rawatan kecantikan di negara kita. Sehubungan dengan itu, keuntungan yang bakal diperolehi akan dapat memudahkan pihak pengurusan dalam membuat proses pembahagian pembayaran dividen atau pembayaran keuntungan kepada rakan kongsi. Kadar dividen yang tinggi akan diberi sekiranya syarikat dapat mencatatkan kadar jualan yang tinggi. Oleh itu, kadar dividen yang tinggi akan mampu menarik pelabur dari luar untuk melabur dan pelabur sedia ada akan meningkatkan pelaburan. Hal ini akan meningkatkan keuntungan syarikat dan sekaligus dapat memaksimumkan pendapatan pemilik dan rakan kongsi.

2.0

SYARIKAT/ PERNIAGAAN Sejarah perkembangan Syarikat Al-Munawarah Salon & Spa Beauty Sdn. Bhd. yang

telah ditubuhkan pada 10 Ogos 2011 dan telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Syarikat Al-Munawarah Salon & Spa Beauty Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat perniagaan perkongsian yang menawarkan perkhidmatan penjagaan,kecantikan dan kesihatan khusus untuk wanita muslimah. Perniagaan ini ditubuhkan kerana memenuhi keperluan wanita muslimah yang menuntutkan pakej dalam penjagaan kecantikan dan kesihatan mereka. Syarikat ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada institusi Islam seperti IMP dan Persatuan Pengguna Islam serta beberapa institusi bukan kerajaan (NGO) yang lain diatas penawaran perkhidmatan dan rawatan berunsur Islam. Antara masalah yang dihadapi oleh syarikat kami adalah persaingan. Bagi memastikan Syarikat Al-Munawarah Salon & Spa Beauty Sdn. Bhd. mampu bersaing dengan syarikat lain serta menjadi pilihan utama pelanggan,kami telah mengambil pelbagai langkah untuk merealisasikan matlamat tersebut. Syarikat kami telah mengambil beberapa strategi pemasaran,promosi,pakej- pakej yang menarik,perletakan harga dan strategi pemasaran yang mantap. Selain itu, syarikat ini turut mengadakan jaringan dengan pembekal terpilih di sekitar lokasi perniagaan untuk memajukan syarikat. Manakala untuk mengatasi kekurangan sumbersumber yang diperlukan seperti sumber tenaga mahir, syarikat ini menghantar pekerja- pekerja baru untuk menghadiri kursus latihan dan pekerja pekerja yang telah mahir turut diberi peluang untuk mengajar kepada pekerja baru.

Antara keunikan syarikat kami berbanding syarikat yang lain ialah kami menawarkan rawatan resdung menggunakan kaedah berbeza seperti wap herba dan wap aroma. Kebanyakan testimoni yang menggunakan kaedah ini sangat berpuas hati dengan hasilnya dan turut mempromosikan syarikat ini kepada orang ramai. Keuntungan syarikat juga semakin bertambah dan maju. Dengan kelebihan yang dimiliki oleh produk kami, Syarikat Al-Munawarah Salon & Spa Beauty Sdn. Bhd. yakin dapat menguasai bidang perniagaan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita selain dapat memuaskan hati pelanggan dengan mutu perkhidmatan kami seterusnya dapat menjadikan syarikat kami sebaris dengan syarikat gergasi yang lain. Matlamat jangka pendek adalah untuk menguasai bidang perniagaan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita dan menjadikannya terkenal dikalangan masyarakat setempat seterusnya dikenali diseluruh Malaysia dan memiliki cawangan di serata negara.

3.0

PRODUK 3.1 Deskripsi Produk Syarikat Al-Munawarah Salon & Spa Beauty Sdn. Bhd. menawarkan perniagaan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan kecantikan wanita muslimah. Antara produk yang ditawarkan adalah melalui pakej istimewa seperti rawatan resdung,mandi wap herba,facial muka ,perampingan badan ,dandanan rambut,urutan tradisional,sauna dan aroma terapi. Kesemua lapan pakej yang ditawarkan adalah untuk kesihatan dan kecantikan wanita muslimah sahaja. Syarikat ini hanya mensasarkan wanita sebagai pelanggan. Pengguna yang memasuki syarikat kami perlu memilih pakej yang telah disediakan. Harga rawatan adalah berdasarkan pakej yang ditawarkan. 3.2 Aplikasi Produk Perkhidmatan yang ditawarkan merupakan produk sedia ada tetapi ditingkatkan servis dan penggunaanya. Pengguna yang menghadapi masalah seperti jerawat, gatal muka, gatal telinga, migrain, rambut gugur dan berkelumumur merupakan pengguna yang sering menjalani rawatan ini. Setiap pelanggan akan diberi bimbingan dan panduan untuk membantu mereka melakukan rawatan ini. Pelanggan yang mencuba produk ini boleh terus melakukan rawatan susulan untuk memastikan keberkesanan produk yang ditawarkan. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat Al-Munawarah Salon & Spa Beauty Sdn. Bhd. mampu bersaing dengan produk-produk yang ditawarkan di pasaran kerana ianya berbeza dan terbukti berkesan. 3.3 Kebaikan Produk Para pelanggan yang menjalani rawatan di Syarikat Al-Munawarah Salon & Spa Beauty Sdn. Bhd. kebanyakanya berpuas hati dengan servis yang diberikan. Selain itu juga,mereka turut berpuas hati dengan harga yang ditawarkan melalui pakej yang telah disediakan. Testimoni syarikat kami turut mempromosikan servis dan rawatan kepada orang ramai kerana mereka berjaya membuktikan keberkesananya.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat Al-Munawarah Salon & Spa Beauty Sdn. Bhd. 1)Pelanggan memilih pakej yang ditawarkan : Rawatan resdung Mandi wap herba Facial muka Perampingan badan Dandanan rambut Urutan tradisional Sauna Aroma terapi Contoh: Pelanggan memilih pakej rawatan resdung. Rawatan resdung yang ditawarkan menggunakan 6 kaedah serentak. 2)Pelanggan diberi penerangan dan bimbingan sebelum proses dijalankan dan ditempatkan berasingan.

4) Pelanggan selesai melakukan rawatan. Sekiranya bepuas hati,pihak syarikat akan menawarkan pelanggan dengan pakej-pakej yang berikutnya.

3) Pelanggan menjalani perkhidmatan dan servis yang disediakan: 6 kaedah rawatan resdung yang ditawarkan : Wap herba Wap muka dengan herba bertujuan untuk membuka liang roma dan mematikan kuman di kulit muka. Mask muka Bertujuan melincinkan kulit muka,merawat jeragat dan jerawat Limau muka Bertujuan melegakan gatal- gatal muka akibat gejala resdung serta menanggalkan sel-sel mati dan daki pada kulit muka Wap aroma Bertujuan member kelegaan dan rasa lapang pada rongga hidung Titis resdung Bertujuan mencuci rongga hidung yang dijangkiti bakteria dan kuman. Bedak Bertujuan menyerikan muka selepas rawatan.

4.0

ANALISIS PEMASARAN 4.1- Analisis Pelanggan Pada peringkat awal perniagaan, fokus utama firma adalah tertumpu kepada pelanggan yang berada di kawasan : 1) Taman Wira 2) Taman Utama 3) Taman Sri Menanti 4) Taman Inang Secara amnya, populasi di kawasan-kawasan tersebut didominasikan oleh penduduk bumiputera. Faktor ini akan memberikan kelebihan kepada firma untuk memenangi pelanggan-pelanggan dari kaum bumiputera. Oleh itu, lokasi yang dipilih oleh pemilik bagi menjalankan perniagaannya adalah baik dan berpotensi besar untuk berjaya. Pelanggan-pelanggan yang disasarkan mempunyai ciri-ciri berikut : 1. Wanita berumur diantara 20-45 tahun. 2. Wanita bekerja 3. Berpendapatan RM1000 hingga ke atas. 4. Golongan pelajar kolej berhampiran Kebanyakan wanita-wanita moden pada masa kini amat mementingkan kesempurnaan diri. Maka mereka sangat mengambil berat tentang penjagaan kesihatan dan kecantikan diri. Kebanyakan wanita zaman sekarang berkecimpung di dalam kerjaya professional dan perniagaan sendiri yang setaraf dengan lelaki,maka sudah menjadi keperluan mereka mengambil berat tentang keterampilan diri masing-masing agar kelihatan muda,bergaya,sihat,ceria,dan yakin.

4.2

Analisis Pasaran

Populasi pelanggan sasaran didalam kawasan pasaran adalah seperti berikut : KAWASAN BILANGAN RUMAH BILANGAN PENGHUNI BERKELUARGA (*) 400 keluarga 900 keluarga 500 keluarga 300 keluarga BILANGAN PELANGGAN SASARAN (^) 250 orang 500 orang 400 orang 100 orang 1250 orang KEKERAPAN PERKHIDMATAN

1. Taman Wira 2. Taman Utama 3. Taman Sri Menanti 4. Taman Inang Jumlah

1,000 unit 1,500 unit 1000 unit 800 unit

2 x sebulan 2x sebulan 2x sebulan 2x sebulan

Nota : (*) 40 % dari bilangan rumah dianggar didiami oleh penghuni berkeluarga. (^) 20 % dari bilangan penghuni berkeluarga dianggarkan mempunyai cirri-ciri pelanggan sasaran firma. - Sasaran segmen pasaran : berasaskan faktor pembeli yang kebanyakan dari pelajar-pelajar kolej berhampiran yang gemar manjaga kecantikan diri.

4.3

Analisis Persaingan

Berdasarkan tinjauan,kami mendapati terdapat 2 pesaing utama iaitu : Naza Anggun Beauty menjalankan perkhidmatannya di Lot 21, tingkat atas, Jalan Shahab Perdana dan telah beroperasi selama 2 tahun. Pusat urutan kaki yang menjalankan perkhidmatannya di Lot 3, tingkat bawah, Jalan Taman Wira dan telah beroperasi selama 6 bulan.

Antara kelebihan dan kelemahan pesaing : 1) Naza Anggun Beauty Menawarkan rawatan resdung dan facial muka.

KELEBIHAN -sudah dikenali oleh masyarakat setempat - mempunyai pelanggan tetap - kemudahan meletak kenderaan

KELEMAHAN Tiada layanan mesra dari pekerja Harga yang mahal Waktu operasi singkat

2) Pusat Urutan Kaki Menawarkan urutan dan rendaman kaki. KELEBIHAN - Menawarkan rawatan percuma pada sesi kali pertama rawatan - mendapat sambutan dari golongan berusia - kemudahan meletak kenderaan - Menawarkan harga yang berpatutan KELEMAHAN Hanya menawarkan rawatan yang terhad Kurang mendapat sambutan dari golongan remaja Waktu operasi yang singkat -

Analisis Perniagaan Syarikat Al-Munawarah Salon & Spa Beauty Sdn. Bhd:

KEKUATAN KELEMAHAN * Lokasi yang stategik * masih baru dalam bidang perniagaan * Harga yang * perniagaan ini berpatutan terutama kekurangan tenaga kepada golongan mahir. pelajar * mempelbagaikan strategi pemasaran untuk memperkenalkan perniagaan ini dengan lebih meluas.

PELUANG * menjadi tumpuan golongan pelajar * Lokasi yang stategik yang menjadi tumpuan sasaran pasaran.

ANCAMAN * Persaingan perniagaan * Kehilangan pelanggan

* Tiada pembaharuan terhadap produk jualan

10

5.0

RANCANGAN PEMASARAN 5.1 Penetapan Harga

Khidmat / Rawatan

Bayaran Perkhidmatan (RM)

Anggaran Pelanggan Sehari

Anggaran Pelanggan Sebulan

Anggaran Pelanggan Sebulan (RM)

Anggaran Pendapatan Setahun (RM) 36,000.00 48,000.00 48,720.00 112,320.00 48,000.00 70,200.00 14,040.00 40,320.00

Rawatan Resdung Rawatan Muka Rawatan Badan Perampingan Dandanan Rambut Urutan Tradisional Sauna Aromatherapi

25.00 50.00 70.00 120.00 25.00 45.00 15.00 60.00

5 3 2 3 7 5 3 2

120 80 58 78 160 130 78 56

3,000.00 4,000.00 4,060.00 9,360.00 4,000.00 5,850.00 1,170.00 3,360.00

Jumlah

30

760

34,800.00

417,600.00

Ulasan : Anggaran adalah berdasarkan kepada jumlah minima pelanggan yang datang untuk 30 hari dalam sebulan. Bayaran perkhidmatan adalah anggaran bayaran minima yang dikenakan bagi setiap perkhidmatan. Buat permulaan, hanya aktiviti ini sahaja yang dijalankan. Walaubagaimanapun, apabila aktiviti-aktiviti seperti mandi susu atau bunga, lulur badan dan lain-lain mula dijalankan, anggaran pendapatan firma dijangka akan meningkat lagi. Diandaikan seorang pelanggan sasaran datang mendapatkan satu jenis perkhidmatan dalam masa sebulan. Dari bilangan pelanggan di atas, didapati ianya lebih daripada mencukupi untuk menghasilkan pendapatan di atas.

11

5.2 Promosi

Di antara strategi-strategi pasaran firma adalah seperti berikut : i. Menjalankan promosi secara Pelanggan Bawa Pelanggan. Setiap pelanggan yang membawa pelanggan lain untuk mendapatkan perkhidmatan ini, si pembawa akan mendapat satu perkhidmatan secara percuma. Memperkenalkan kad keahlian dimana setiap ahli akan mendapat potongan keatas bayaran perkhidmatan. Khidmat bimbingan kecantikan dan keterampilan akan diberi secara percuma kepada ahli. Memperluaskan kaedah rawatan dengan menggunakan alatan moden . Hasil campuran antara rawatan tradisional dan moden. Mengamalkan sistem booking atau prior appointment untuk mengelakkan pelanggan terlalu lama menunggu. Menambah lebih banyak pakej-pakej menarik dengan harga yang lebih murah. Perkhidmatan akan diberikan dengan penuh beretika dan mengamalkan tahap profesionalisma tinggi. Motto perniagaan Kejelitaan itu Keyakinan

ii.

iii.

iv.

v. vi.

Dengan menjalankan strategi-strategi yang telah dikenalpasti di atas, firma dijangka akan dapat berkembang dengan baik, dapat menambah pelanggan, dan dapat memberikan perkhidmatan professional yang efektif.

12

6.0

RANCANGAN PENGELUARAN /OPERASI

Di antara bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut : Jenis bahan-bahan Hydro Peeling Gel Kuantiti digunakan sebulan 2 Jumlah kos sebulan 200 Pembekal dan syarat pembelian Beberapa pembekal sekitar Sungai Petani. Pembelian secara tunai. " " " " " " " " " " " " " "

Fade Cream 2 Way Foundation Toner Oily Normal Set Oily Set Trial Set Normal Trial Set Oily Facial Scrub Whitening Mask Collagen Gel Moisturizer Peeling Treatment (serum) / cream Herb Shampoo Jumlah

2 2 2 2 2 5 5 3 2 1 1 1 3 2

110 110 100 300 300 400 400 120 100 100 100 100 50 120 2,610

Stok awalan yang diperlukan adalah sebanyak lebih kurang RM 3,000 iaitu bersamaan dengan satu bulan kegunaan. Syarat pembelian adalah secara tunai. Had minima pembelian tidak dikenakan oleh semua pembekal. Harga barang-barang diatas amat stabil dimana turun-naik harga tidak mudah berlaku.

13

Di antara alat-alat yang diperlukan adalah seperti berikut : Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Jenis Exercise Table Lymph Impedence / Thermo Motion Thermo Jet Stelilizer Couch Bed c/w Stool Minifine Glass for Facial Facial Steamer Sprint Bicycle Treadmill Heavy Machine Locker Cabinet Mesin Magnetik Ubahsuai Unit 6 2 2 2 2 2 2 2 2 2 4 2 Harga Kos 21,860 6,000 6,000 180 300 150 200 500 400 1,800 7,000 53,000 Pembekal Maju Beauty Equipment " " " " " " " " " Yong Yong Marketing Lee Lee Construction

Catatan : i. ii. Peralatan-peralatan diatas adalah peralatan yang lazim digunakan oleh kebanyakan saloon & spa. Sebagai perbandingan harga, sebutharga daripada 3 orang pembekal telah diperolehi. Pemilihan pembekal diatas adalah berdasarkan sebutan harga yang terendah. Tempoh sah sebut harga ialah selama 3 bulan. Spesifikasi untuk ubahsuai adalah seperti dilampirkan. Lee Lee Construction dipilih kerana syarikat ini menawarkan harga yang terendah. Tempoh sah sebut harga adalah selama 3 bulan.

iii.

14

7.0 RANCANGAN KEWANGAN

Aset, Tanggungan & Ekuiti

i.

Jumlah Harta (Kos Projek)

PERKARA

SEDIA ADA (00/0/00) (DERAF) RM`000 %

BARU RM`000 53,000 68,000 9,600 1,000 50,000 181,600 % 28 38 5 1 28 100

JUMLAH RM`000 53,000 68,000 9,600 1,000 50,000 181,600 % 28 38 5 1 28 100

a) Ubahsuai b) Peralatan c) Deposit sewa d) Pra-operasi e) Modal Kerja Bersih JUMLAH

ii.

Jumlah Tanggungan dan Ekuiti (Sumber pembiayaan)

PERKARA

SEDIA ADA (00/0/00) (DERAF) RM`000 %

BARU RM`000 43,600 % 24

JUMLAH RM`000 43,600 % 24

Modal Sumbangan Untung / (Rugi) Terkumpul Overdraf Pinj BPIMB Harta tetap - M. Kerja JUMLAH

118,000 17,000

66 10

118,000 17,000

66 10

178,600

100

178,600

100

15

Nota i : Perkiraan Modal Kerja :-

PERKARA

SEDIA ADA (RM`000)

BARU (RM`000)

JUMLAH (RM`000)

Siberhutang (bln) Stok - Bahan Mentah (3 bln) - Barangan Dalam Proses (bln) - Barangan Siap (bln) Tunai operasi (3 bulan) * Lain-lain Jumlah Tolak : Sipiutang (bln) KEPERLUAN MODAL KERJA BERSIH

9,000

9,000

41,000 50,000 0 50,000

41,000 50,000 0 50,000

* Pengiraan tunai untuk menampung operasi selama 3 bulan pertama seperti berikut :Gaji Sewa Sewa hawa dingin Telefon Air/elektrik Pemasaran & promosi Lain-lain RM21,000 RM9,600 RM1,200 RM1,500 RM2,100 RM2,700 RM2,900

Nota ii : Kos Projek (baru atau tambahan) Dan Sumber Pembiayaannya

BIL

PERKARA

HARGA / KOS

SUMBER PEMBIAYAAN BPIMB SUMBANGAN

1 2 3 4 5

Peralatan Ubahsuai Deposit sewa Pra-operasi Modal kerja Jumlah

68,000 53,000 9,600 1,000 50,000 181,000

68,000 53,000 9,600 1,000 33,000 43,600

17,000 13,000

16

Prestasi Lepas / Dijangka

Perkara

Prestasi lalu

Prestasi dijangka (RM`000) Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

Keberuntungan (RM`000) Jualan Untung Kasar Untung Sebelum Cukai Untung Selepas Cukai Untung Terkumpul Ketunaian (RM`000) Wang Tunai Masuk Wang Tunai Keluar Baki Tunai Tunai Terkumpul Keselamatan (RM`000) Harta Tetap Harta Semasa Tanggungan Semasa Tanggungan Berjangka Modal & Ikuiti Pulangan Bersih :a) Atas jualan (%) b) Atas harta (%) c) Atas pelaburan (%) Pulangan kasar atas jualan Titik pulangan modal (%) Nisbah semasa (:1) Nisbah segera (:1)

432.7 364.1 109.5 78.8 78.8

454.4 374.4 108.1 77.9 156.7

477.1 394.8 117.5 84.6 241.3

611.3 445.8 165.5 165.5

454.4 386.3 68.1 233.6

477.1 405.2 76.6 310.2

102.8 184.3 30.6 135.0 122.4

87.6 252.8 30.3 110.6 200.3

72.4 329.6 32.9 84.9 284.9

18% 77% 181% 84% 70% 6.01 5.71

17% 89% 179% 82% 71% 8.34 8.03

18% 117% 194% 83% 70% 10.02 9.72

17

Analisa / Penjelasan : a) Prestasi Masa Lalu tiada

b) Prestasi Jangkaan i) Firma dijangka dapat mencatatkan jualan sebanyak RM 432,740.00 pada tahun pertama Purata jualan sebanyak RM 36,062.00 sebulan adalah bersesuaian dengan perniagaan firma yang masih baru. ii) Syarikat dijangka mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak RM 78,821.00 pada tahun pertama operasi diikuti dengan RM 77,891.00 dan RM 84,610.00 pada tahun kedua dan ketiga. Ini memberikan pulangan atas pelaburan yang amat menarik. iii) Unjuran aliran wang tunai menjangkakan firma mempunyai lebihan wang tunai yang mencukupi untuk membayar faedah serta pokok pinjaman. iv) Kedudukan unjuran ke atas nisbah semasa menjangkakan firma berkeupayaan untuk membayar semua hutang semasanya dengan selesa. Dengan ini masalah ketidaktunaian dijangka tidak akan berlaku. v) Kedudukan unjuran titik pulangan modal berada pada tahap sekitar 70% daripada jualan menunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh firma.

18

You might also like