You are on page 1of 5

Saidina Umar bin al-Khattab adalah khalifah kedua khulafa Arrasyidin.

Beliau merupakan tokoh yang terulung pada zaman dahulu. Selain itu , beliau merupakan seorang pemimpin yang tegas dan berani dalam setiap keputusan mengenai pentadbirannya. Sumbangannya di dalam penyebaran dan dakwah kepada Islam adalah banyak sekali. Beliau juga merupakan tokoh yang sangat disegani oleh masyarakat Quraisy.

Saidina Umar mempunyai susuk tubuh yang tinggi , sasa dan tegap. Selain itu, beliau juga berdisipilin dan mempunyai sikap yang berani yang terserlah di kalangan kabilah Quraisy. Beliau tergolong dari golongan elit di kalangan kabilah Quraisy.Umar juga mempunyai sikap kebijaksanaan dan kepintaran yang diwarisi oleh moyangnya Adi. Mewarisi perwatakan Adi, ialah datuknya sendiri, Nufail. Sepanjang hayatnya, Umar telah berkahwin dengan 7 orang isteri. Semasa pemerintahan Umar telah memperkenalkan pentadbiran yang efisen dan berkesan. Selain itu, Umar juga telah menyusun pentadbiran wilayah-wilayah ekslusif yang harus memikul tanggungjawab dengan jawatan yang disandang. Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai latar belakang Umar Al-Khattab ialah beliau merupakan seorang tokoh yang hebat dan disanjung oleh masyarakat pada masa dahulu. Beliau merupakan seorang manusia yang sangat berani dan berusaha membuat perubahan dalam negara untuk kemajuan umat Islam.Selain itu, beliau juga mempunyai kelebihan tersendiri dalam melaksanakan pemerintahan dan pentadbirannya. PENDAHULUAN Pada zaman pemerintahan Rasullullah terdapat seorang tokoh yang sangat berwibawa. Beliau ialah Umar ibn Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Riyah bin Qurt bin Razah bin Adi bin Kaab bin Luai Al-Quraisy. Umar tergolong dari suku kaum Adi. Suku kaum Adi tergolong dari golongan yang mulia dan tinggi oleh kabilah Quraisy. Ramai dari kaum Adi melahirkan orang-orang terkenal dan termasyhur dalam sejarah perkembangan Islam. Umar Al-Khattab dilahirkan Makkah kira-kira tiga belas tahun sebelum berlakunya peperangan al- Fijar. Beliau mempunyai susuk tubuh yang tinggi , sasa dan tegap. Selain itu, beliau juga berdispilin dan mempunyai sikap yang berani yang terserlah di kalangan kabilah Quraisy. Selain itu, beliau juga fasih dan jelas dalam setiap pertuturannya dalam setiap perundingan yang diadakan dengan kabilah-kabilah Arab. Umar adalah pejuang Islam. Beliau dilantik menjadi khalifah ke-2 daripada 4 orang Khalifah Arrasyidin.Beliau merupakan seorang tokah yang berwibawa semasa pemerintahannya. Sebelum memeluk Islam, Umar merupakan tokoh Quraisy yang keras penentangannya terhadap Islam, beliau menolak habis-habisan kedatangan Islam. Dengan kepintaran Rasullullah, beliau akhirnya memeluk Islam dan memperkukuhkan martabat Islam dan memperkuatkan kaum Muslimin di tengah tengah masyarakat Quraisy.

Selain itu, Umar merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Beliau pernah berjalan pada waktu malam untuk melihat derita-derita rakyat yang miskin. Sepanjang hayatnya, Umar telah memperisterikan beberapa orang wanita. Umar telah berkahwin dengan 7 orang wanita. Wanita-wanita tersebut ialah Zainab binti Madzun , Malikah binti Jarual,Quraibah binti Abu Umaiyah , Umm Hakim binti al-Harith,Jamilah binti Thabit, Umm Kalthum binti Ali dan Atiqah binti Zaid.

Kesimpulannya, Umar adalah seorang tokoh yang sangat berwibawa dan mempunyai sikap yang tegas dan berani dalam setiap perkara yang dilakukannya. Di samping itu, sumbangan umar terhadap Islam adalah banyak sekali dan jasa-jasa beliau patut dihargai dan diingati sampai bila-bila.

Haekal.Muhammad Husain(1991).Sejarah Hidup Umar bin Al-Khattab.Terjemahan Ali Audah.Singapore.

Kelahiran

Umar

bin

Al-Khattab

Nama penuh Umar bin Al-khattab bin Nurfail bin Abdul Uzza bin Riyah bin Qurt bin Razah bin Adi bin Kaab bin Luai Al-Quraisy. Beliau adalah keterunan Bani Adi , Quraisy.Tarikh lahir ialah 584M (13 tahun selepas kelahiran rasul). Tempat lahirnya ialah Mekah AlMukarramah. Jawatannya ialah khalifah ke-2 khulafa Arrasyidin. Tempoh perkhimatan ialah 10 tahun 6 bulan. Tarikh kewafatan Umar ialah Zulhijjah tahun 23H pada usia 63 tahun. Beliau telah dibunuh oleh seorang hamba ketika melakukan solat berjemaah. Gelaran beliau ialah Al-Farouk yang bermaksud pemisah antara hak dan yang bathil.Selain nama Al-Farouk , Umar juga mempunyai nama gelaran lain iaitu Amirul Mukminin atau Pemimpin orangorang mukmin. Gelaran itu timbul ketika Labid bin Rabia dan Adi bin Hatim tiba sampai di Madinah dari Kufah ,dan sewaktu turun di pintu Masjid meminta Amr bin al-As memaklumkan ketibaan mereka kepada Amirul Mukminin.

Umar mempunyai susuk tubuh yang tinggi , sasa dan tegap, Selain itu, beliau juga berdispilin dan mempunyai sikap yang berani yang terserlah di kalangan kabilah Quraisy. Beliau tergolong dari golongan elit di kalangan kabilah Quraisy.Umar juga mempunyai sikap kebijaksanaan dan kepintaran yang diwarisi oleh moyangnya Adi. Mewarisi perwatakkan Adi,ialah datuknya sendiri, Nufail yang berupaya menangani perselisihan faham antara Abdul Muttalib, dengan Harb bin Umaiyah mengenai hak pengawalan Kaabah.Umar mempunyai seorang bapa yang sangat disegani di kalangan Bani Adi,iaitu Al-Khattab bin Nufail. Bapa beliau merupakan tokoh yang sangat hebat dan disanjung oleh masyarakat. Bonda Umar al-Khattab pula ialah Khanthamah bin Hisyam bin al-Mughirah. Hisyam adalah datuk kepada Umar dan juga al-Walid sebelah ibu, al-Walid adalah ayah kepada Jeneral Khalid,Pemimpin Tertinggi Tentera Islam.Umar mempunyai seorang sepupu bernama Zaid

bin Amr yang mempercayai keesaan Tuhan di Zaman Jahiliah, dan menolak amalan menyembah barhala. Sikapnya di tentang hebat oleh al-Khattab iaitu bapa Umar. Isteri-Isteri Umar Sepanjang Hayatnya

Sepanjang hayatnya, Umar telah berkawin dengan 7 orang isterinya. Isteri pertamanya ialah Zainab binti Madzun. Umar berkawin dengan Zainab dalam era jahiliah .Zainab juga turut memeluk Islam bersama Umar. Hasil pengkongsiaan hidup mereka dianugerahi dengan tiga orang anak iaitu Abdullah, Abdul Rahman dan Hafsah.Isteri kedua ialah Malikah binti Jarual dan isteri ketiga ialah Quraibah binti Abu Umaiyah, juga berkawin dalam era Jahiliah, Malikah dan Quraibah tidak turut memeluk islam lalu diceraikan oleh Umar sebagaimana dalam tututan Perundangan Islam. Dalam era Islam pula Umar telah berkawin dengan Umm Hakim binti al-Harith. Umm Hakim adalah dari kabilah Makhzun yang ibunya ialah saudara kandung kepada Jeneral Khalid bin Walid,Ketua Komander Tentera Islam semasa khalifah Abu Bakar.Selain itu, Jamilah binti Thabit juga pernah diisterikan oleh Umar. Umar mengawini Jamilah kerana terpisah atas satu-satu sebab tertentu namun perkahwinan ini menghasilkan penganugerahan seorang anak lelaki. Isteri seterusnya ialah Umm Kalthum binti Ali. Umm Kalthum adalah anak perempuan kepada Ali bin Abi Talib. Akhir sekali adalah Atiqah binti Zaid, Umar mengahwinkannya kerana Atiqah menjanda lima tahun lamanya sesudah Sebelum kematian suaminya Umar Abdullah, anak kepada Khalifah memeluk Abu Bakar. Islam

Al-Khattab

Sebelum memeluk Islam, Umar Al-Khattab sangat kuat memusuhi orang-orang Islam, beliau sanggup melakukan apa-apa saja untuk menentang orang-orang Islam. Dengan kepintaran Rasullullah dan keberkatan doanya, Umar mendapat hidayah untuk memeluk Islam. Beliau memeluk Islam setelah terdengar kalimah dan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca oleh adiknya. Umar tertarik dengan kandungan ayat suci al Quran dan meminta Rasullullah s.a.w mengajarnya tentang Islam. Surah Taha ayat 1-3 telah melembutkan hati Umar setelah mendengar adiknya Fatimah membaca ayat tersebut. Umar memeluk Islam sekitar tahun kelima Selepas sesudah Umar atau Al-Khattab 616 memeluk Miladiah. Islam

Setelah memeluk Islam, Umar telah mengistiharkan pengislamannya secara terbuka di Mekah tanpa rasa takut kepada seksaan kaum Quraisy. Beliau juga berani menunaikan solat secara terbuka di hadapan Kaabah di hadapan orang ramai, Rasullullah juga turut serta solat bersama-sama Umar di hadapan Kaabah yang menghadap kiblat Baitul Maqdis. Kesan daripada pengislaman Umar Al-Khattab adalah Islam sangat terpengaruh di kalangan masyarakat arab. Selain itu, umat Islam juga sangat selesa untuk beribadah dan menyebarkan Samsuddin. dakwah Mohd dan keyakinan umat islam dan semakin Dauliah bertambah. Kuala Rashad(2003). Khulafarasyidun Putrajaya Islamiah.

Lumpur:Percetakan

SDN.BHD.

Sumbangan Umar Al-Khattab - Sumbangan dalam bidang pentadbiran

Semasa pemerintahan Umar telah mempekenalkan pentadbiran yang efisen dan berkesan. Selain itu, Umar juga telah menyusun pentadbiran wilayah-wilayah ekslusif yang harus memikul tanggungjawab dengan jawatan yang disandang. Sumbangan lain adalah beliau telah mengemaskini majlis syura dan mengasaskan jabatan-jabatan tertentu dalam kerajaan seperti jabatan ketenteraan, jabatan cukai, jabatan harta dan jabatan persuratan. Selain itu, Umar juga telah mengasaskan takwim Islam dan telah pisahkan kuasa kehakiman di dalam pentadbiran. Umar melantik beberapa orang dalam satu-satu wilayah sebagai wakilnya dalam melicinkan pentadbiran dan perlaksanaan kuasa pemerintah. Umar telah melaksanakan sistem yang berasaskan Musyawwarah di mana suara rakyat dapat didengar dan dihormati.

Sumbangan dalam bidang dakwah

Dalam bidang dakwah pula, Umar ibn al-Khattab berjaya menarik hati penduduk dan rakyat pelbagai golongan dan peringkat memeluk agama Islam melalui sikap dan akhlak yang terpuji sebagaimana yang dimiliki oleh Rasullullah s.a.w. Khalifah Umar mengarah anggota tenterannya agar menyeru penduduk tempatan supaya menerima Islam sebagai agama kepercayaan yang luhur dan suci tanpa unsur paksaan. Selain itu, Umar juga telah mengembangkan dakwahnya ke wilayah-wilayah luar dari Mekah seperti Mesir, Parsi dan Rom. Umar juga telah menghantar ulamak-ulamak ke merata-rata tempat untuk menyebarkan agama Islam. Umar juga telah mengarahkan pada setiap wilayah yang dihuni oleh kaum Muslimin hendaklah didirikan sebuah masjid . Sebanyak 4000 buah masjid telah didirikan dan dibina sepanjang pemerintahan Umar. Umar juga telah menghantar Gabenor ke wilayah-wilayah baru untuk berdakwah dan mentadbir. Sumbangan dalam pembangunan negara

Umar telah mendirikan rumah persinggahan untuk musafir dan telah mendirikan sekolah untuk yang mereka yang baru memeluk Islam.

Kesimpulan Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai latang belakang Umar Al-Khattab ialah beliau merupakan seorang tokoh yang hebat dan disanjung oleh masyarakat pada masa dahulu. Beliau merupakan seorang manusia yang sangat berani dan berusaha membuat perubahan dalam negara untuk kemajuan umat Islam. Selain itu, beliau juga mempunyai kelebihan tersendiri dalam melaksanakan pemerintahan dan pentadbirannya. Dalam pada itu, Khalifah Umar tidak sekadar hanya memperlihatkan ketokohannya dalam pemimpin melalui kekuatan dan keberanian, akan tetapi kewibawaannya dalam menyusun sistem dan mekanisma pengurusan dan pentadbiran negara. Pengislaman Umar telah mempengaruhi banyak aspek seperti orang Islam dapat menziarahi Mekah dan dapat menunaikan solat di Majidilharam. Selain itu, barhala-berhala yang terdapat di sekeliling Kaabah telah dimusnahkan. Pengislaman Umar juga telah menyaksikan ramai orang Quraisy turut memeluk Islam dan tentangan orang Quraisy terhadap rasullullah telah kurang. Pengajaran yang boleh kita dapat melalui keperibadian Umar adalah kita mesti berani kerana benar, kita mestilah berusaha membuat perubahan dalam negara untuk kemajuan umat islam. Selain itu, kita mesti mencontohi sifat Umar yang membela nasib rakyat dan akhir sekali kita mesti ada keyakinan yang kukuh pada kekuasan Allah.

Rujukan Daud.Fatimah (2002).Nota Pendidikan Islam Tingkatan 2.Malaysia: Jejakjaya Dua Enterprise. Haekal.Muhammad Husain (1991). Sejarah Hidup Umar bin Al-Khattab.Terjemahan Ali Audah.Singapore. Samsuddin. Mohd Rashad (2003). Khulafarasyidun dan Dauliah Islamiah. Kuala Lumpur:Percetakan Putrajaya SDN.BHD.

You might also like