You are on page 1of 9

A) Tugasan 1 1.0) 5 soalan penyelesaian Matematik : i).

Yuran keahlian kelab bagi lelaki dan wanita adalah dalam nisbah 4: 3. Sekumpulan 2 lelaki dan 5 wanita membayar sejumlah RM4600 sebagai yuran keahlian. Berapakah yuran keahlian untuk seorang lelaki? ii). Amira mengambil sekumpulan jubin berwarna dari sebuah kotak. Grace mengambil 13 jubin dari kumpulan jubin Amira. Ken mengambil separuh daripada jubin yang tinggal. Ada 11 jubin yang tinggal untuk Amira. Berapakah jumlah asal bilangan jubin yang diambil oleh Amira pada awalnya? iii). s u n + f u n S w im Sun dan fun mewakili dua nombor tiga digit dan swim adalah hasil tambah empat digit bagi kedua nombor tersebut. Dengan menggunakan digit 0, 1, 2, 3, 6, 7 dan 9 sebagai mewakili satu abjad di atas, cari nilai bagi setiap abjad. Iv). Keluasan suatu segiempat tepat ialah 120 cm2. Panjang dan lebarnya adalah nombor bulat. Apakah dua nilai yang mungkin bagi panjang dan lebarnya? Apakah nilai yang akan memberikan perimeter yang terkecil? v). Beza umur Baba dan umur Ali sekarang ilah 5 tahun. Jumlah dua kali umur Baba dan umur Ali sekarang ialah 40 tahun. Berapakah jumlah umur mereka 6 tahun akan datang?

Penyelesaian masalah mempunyai peranan penting di dalam bilik darjah. Ia boleh membantu pelajar mengembangkan kefahaman konsep matematik dan membolehkan pelajar untuk mengalami proses pengetahuan matematik yang telah dibina sebelum ini. Masalah adalah satu situasi di mana seorang individu yang menghadapinya tidak mempunyai cara tertentu untuk menyelesaikannya. Oleh yang demikian, pengetahuan yang dimiliki oleh orang itu mestilah digabungkan dalam cara baru untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sesuatu masalah harus memenuhi tiga syarat iaitu penerimaan, sekatan dan penerokaan. Polya atau nama penuh George Polya adalah seorang pakar matematik berbangsa Hungari. Beliau dilahirkan pada tahun 1887 dan meninggal pada tahun 1985. Ramai ahli pendidik telah mengemukakan pelbagai model untuk kemahiran penyelesaian masalah. Pada tahun 1945, George Polya telah menerbitkan buku how to Solve it yang telah menjadi sebuah penerbitan tersohor pada ketika itu. Dalam buku ini, beliau telah memperkenalkan empat prinsip dalam penyelesaian masalah matematik yang kini lebih dikenali sebagai Model Polya yang terdiri daripada empat langkah utma iaitu memahami masalah, memperoleh rancangan penyelesaian, menjalankan rancangan penyelesaian dan menyemak semula. Menurut Noor Shah Saad (2005), Model Polya merupakan model

penyelesaian masalah matematik yang dibina oleh George Polya. George Polya telah memperkenalkan satu model penyelesaian masalah dalam bukunya How to Solve it yang memberikan tumpuan teknik penyelesaian masalah yang menarik dan juga prinsip pembelajaran matematik dapat dipindahkan sebaik mungkin. Model ini melibatkan empat prinsip iaitu Memahami dan mentafsir sesuatu masalah, Merancang atau membentuk rancangan penyelesaian, Melaksanakan penyelesaian dan Menyemak semula.

Berdasarkan daripada soalan yang telah disediakan, melalui prinsip pertama iaitu memahami dan mentafsir sesuatu masalah. Pada peringkat ini murid akan dibimbing untuk mengenal pasti kata kunci dan menerangkan masalah. Murid juga hendaklah mengaitkan dengan masalah lain yang serupa dengan melukis gambar rajah dan bertanyakan beberapa soalan. Dalam memahami dan mentafsir masalah yang dikemukakan Polya, beliau mengatakan langkah awal dalam penyelesaian masalah ialah murid perlu memahami dahulu masalah yang diberikan. Antara bentuk soalan yang boleh digunakan untuk membantu murid memahami masalah adalah seperti berikut : Adakah anda faham ayat tersebut? Bolehkah anda menyatakan semula masalah tersebut dengan ayat anda sendiri? Apakah yang anda cuba cari atau lakukan Apakah maklumat yang anda dapat dariapada masalah tersebut? Apakah yang tidak diketahui Apakah maklumat yang tiada atau tidak diperlukan Setelah prinsip pertama dilaksanakan, langkah kedua adalah merancang strategi, di mana perlu mengetahui pelbagai strategi penyelesaian masalah. Seterusnya melaksanakan starategi dan kemudian menyemak semula.

Strategi Teka dan Uji Strategi Teka dan uji merupakan strategi penyelesaian masalah yang paling asas. Strategi ini menggalakkan kita membuat tekaan dan menguji sama ada jawapan tersebut betul atau salah. Proses ini diulang sehingga jawpan yang betul ditemui. Langkah dalam strategi ini adalah seperti teka jawapan, semak jawapan yang diteka, gunakan maklumat yang disemak untuk meneka jawapan lain dan terakhir adalah ulang langkah yang telah dinyatakan sehingga mendapat jawapan yang betul.

Penyelesaian soalan (iii) : Langkah 1 : Memahami masalah Setiap abjad dalam sun, fun, dan swim hendaklah digantikan dengan digit 0, 1, 2, 3, 6, 7 dan 9 untuk mendapatkan jumlah yang tepat. Dua digit terakhir sun dan fun adalah sama. Langkah 2 : Merancang penyelesaian Gunakan strategi teka dan uji. Apabila abjad n digantikan dengan salah daripada digit maka, n+n mesti m atau 10+m. Memandangkan 1+1=2, 3+3=6 dan 6+6=12, terdapat nilai yang mungkin bagi n iaitu 1, 3 atau 6. Langkah 3 : Melaksanakan penyelesaian Jika n=1, maka n+n= 1+1 = 2. Oleh itu, m=2 satu

Jika n = 3, maka n+n = 3 + 3 =6. Oleh itu, m = 6 Jika n = 6, maka n + n = 6 + 6 =12. Oleh itu, 10 + m =12, maka m = 2. Perhatikan bahawa sun dan fun adalah 3 digit manakala swim ialah nombor empat digit. Oleh itu, apabila s dan f ditambah nilainya sudah menjadi ribu. Maka, nilai untuk s dalam swim adalah 1. Ini memberikan hanya dua pilihan untuk n iaitu 3 atau 6. Memandangkan s + f adalah nombor dua digit dan s = 1, maka f= 9. Terdapat dua kemungkinan : a) 1 u 3 + 9 u 3 1 w i 6 b) 1 u 6 + 9 u 6 1 w i 2

Dalam (a), jika u = 0, 2 atau 7, tiada nilai yang mugkin bagi i dalam digit yang tinggal. Dalam (b), jika u = 3, maka u + U ditambah dengan digit puluh dari 6 + 6 memberikan i = 7. Ini bermakna w = 0. Oleh itu, jawapannya ialah s = 1, n = 6, f = 9, i = 7 dan w = 0.

Langkah 4 : Menyemak semula Semak semula jawapan dengan menggantikan nilai yang diperoleh tadi untuk memastikan bahawa jawapan itu betul.

s u n + f u n S w im
=

1 3 6 + 9 3 6 1 0 7 2

Oleh yang demikian, berdasarkan model penyelesaian Poyla, soalan matematik di atas diselesaikan mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam model ini. Strategi penyelesaian masalah yang dipilih adalah Strategi Teka dan Uji. Jawapan yang diperoleh adalah seperti yang telah ditunjukkan di atas.

B) Tugasan 2 POSTER

Risiko Penggunaan Bahan Campuran, Racun dan Pengawet Terhadap Manusia

Bahan Campuran atau pengawet juga merupaakan Aditif. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam Makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran sediaan-sediaan tersebut

Racun perosak sering digunakan dalam bidang pertanian atau penanam bagi tujuan membunuh serangga perosak dan sekali gus penting untuk meningkatkan kesuburan tanaman

Risiko penggunaann Bahan Campuran dan Racun Perosak Terhadap Manusia Antaranya : Asid Boric (bahan Pengawet) boleh menyebabkan Prostat Kanser dan Mandul Beta- Agonist (digunakan oleh penternak untuk memejalkan daging) boleh mengakibatkan masalah jantung. Pewarna Yang Dilarang boleh memberi kesan kepada masalah sakit buah pinggang Kaffein Berlebihan menyebabkan ketagihan dan peningkatan tekanan darah Merkuri dalam produk kecantikan boleh menyebabkan kanser kulit (muka) Racun Perosak boleh mengakibatkan Penyakit Kronik seperti alahan dan Kanser.

Makan Untuk Kesihatan, Resepi Kehidupan Sihat

Rujukan Abu Bakar Abdul Majeed.(2008). Aditif Makanan dan Ubat-Ubatan. Diakses daripada http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/137-aditif-makanan-dan-ubatubatan-.html. Pada 9 Mac 2014. Baharuddin Salleh.(1989). Racun kulat : Aspek Kimia dan Penggunaanya Dalam Pengawalan Penyakit Tumbuhan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Fellow, F.J.(2000) . Food Procssing Technology : Principles and Technology 2nd Ed. Cambridge : Woodhead Publishing Limited. Jabatan Kesihatan Negeri Johor. .(2014). Bahaya Bahan Pewarna Dalam Makanan Ringan. Diakses daripada

http://jknjohor.moh.gov.my/bmv2/modules/xt_conteudo /?id=393. Pada 9 Mac 2014. Kerosakan Hati Daripada Makanan Tambahan Herba Kehilangan Berat Badan. (2013). Diakses daripada http://alt.medicine.com.my/2013/09/liver-damagefrom-herbal-weight-loss-supplements/?lang=ms. Pada 9 Mac 2014.

You might also like