You are on page 1of 8

ISL PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102) 6.

Buat rujukan perpustakaan dan melayari internet, muat turun bahan berkaitanperkembangan kognitif dan bahasa khususnya teori kognitif Piaget, teori sosiobudaya Vygotsky dan teori nativist Chomsky.

Jean Piaget
Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut ialah : Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun) Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun) Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 12 tahun) Tahap Operasi Formal (12 tahun hingga dewasa)

Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan

mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974).Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.

a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks) Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan

perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja. b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular) Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. Bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. Dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudahbergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. Bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua) Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkah laku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuatu barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi) Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.

e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. Hal ini demikian kerana bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. Di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. Bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal) Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. Kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantinadan fungsi individu dalam rumahtangga. Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan bahasa.Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja. Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu : 1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. 2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. 3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku. Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap sesuatu yang dilihat.

Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu : 1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun ) 2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun ) Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana mereka belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan di tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism', 'konsep sebab-akibat', 'peningkatan perolehan bahasa' dan 'pembentukan identiti diri'. Satu lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan ; iaitu pengetahuan bahawa kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan @ keadaan fizikal sesuatu objek. Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak akan tahu bahawa jumlah,isipadu atau panjang sesuatu objek tidak akan berubah apabila bentuk dan susunannya berubah. Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Satu lagi perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. Mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek. Walau bagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya.

Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya. Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri. Pada tahap ini Piaget menyatakan bahawa perkembangan kecerdasan kognitif manusia telah sampai ke tahap maksima. Tahap ini melibatkan umur sebelas hingga lima belas tahun. Pemikiran dan penghuraian pendapat individu pada tahap ini dikatakan lebih baik dan nyata. Mereka dikatakan mampu membuat keputusan dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian. Individu telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan rasional dan lebih bersifat sistematik. Piaget menyatakan kaum remaja pada tahap ini didapati patuh dan berhati-hati dengan pendapat dan pegangan. Mereka mula memikirkan tentang diri mereka dan peranan mereka dalam masyarakat. Di samping itu, mereka telah membuat perancangan berdasarkan pegangan dan pendapat yang difikirkan sesuatu dengan nilai dan norma yang terdapat dalam masyarakat. Pada tahap ini juga, pemikiran baru dihasilkan iaitu berbentuk abstrak, formal dan logik. Walaupun pemikiran pada operasi tahap formal bermula semasa zaman remaja, pemikiran sebegini kadangkala jarang digunakan (Burbulus & Linn 1988). Teori Perkembangan Kognitif Piaget telah mendapat perhatian meluas dalam bidang Psikologi sejak kajiannya dikemukakan. Kajian Piaget menerangkan peringkat-peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak dan proses pemikiran berasaskan perkembangan skema. Namun, teori dan kajiannya digunakan. tetap menerima kritikan terutama berkaitan kelemahan teori dan metodologi yang

Vygotsky
Tingkatan pengetahuan atau pengetahuan berjenjang ini oleh Vygotskian disebutnya sebagai scaffolding. Scaffolding, bererti memberikan kepada seorang individu sejumlah besar bantuan selama tahap-tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan tersebut dan memberikan kesempatan kepada anak tersebut mengambil alih tanggung jawab yang semakin

besar segera setelah mampu mengerjakan sendiri. Bantuan yang diberikan pembelajar dapat berupa petunjuk, peringatan, dorongan, menguraikan masalah ke dalam bentuk lain yang

memungkinkan siswa dapat mandiri. Vygotsky mengemukakan tiga kategori pencapaian siswa dalam upayanya memecahkan permasalahan, iaitu : (1) siswa mencapai keberhasilan dengan baik, (2) siswa mencapai keberhasilan dengan bantuan, (3) siswa gagal meraih keberhasilan. Scaffolding, bererti upaya pembelajar untuk membimbing siswa dalam upayanya mencapai keberhasilan. Dorongan guru sangat dibutuhkan agar pencapaian siswa ke jenjang yang lebih tinggi menjadi optimum. Konstruktivisme Vygotskian memandang bahawa pengetahuan dikonstruksi secara kolaboratif antara individual dan keadaan tersebut dapat disesuaikan oleh setiap individu.Proses dalam kognisi diarahkan memalui adaptasi intelektual dalam konteks sosial budaya. Proses penyesuaian itu equivalent dengan pengkonstruksian pengetahuan secara intra individual yakni melalui proses regulasi diri internal. Dalam hubungan ini, para konstruktivis Vygotskian lebih menekankan pada penerapan teknik saling tukar gagasan antar a individual. Dua prinsip penting yang diturunkan dari teori Vygotsky adalah:

(1), mengenaifungsi dan pentingnya bahasa dalam komunikasi sosial yang dimulai proses pencanderaan terhadap tanda (sign) sampai kepada tukar menukar informasi dan pengetahuan, (2) zone of proximal development. Pembelajar sebagai mediator memiliki peranan mendorong dan menjembatani pengetahuan, pengertian dan kompetensi. Sumbangan penting teori Vygotsky adalah penekanan pada hakikat pembelajaran sosia kultural. Inti teori Vygotsky adalah menekankan interaksi antara aspek internal dan eksternal dari pembelajaran dan penekanannya pada lingkungan social pembelajaran. Menurut teori Vygotsky, funsi kognitif manusia berasal dari interaksi sosial masing-masing individu dalam konteks budaya. Vygotsky juga yakin bahawa pembelajaran terjadi saat siswa bekerja menangani tugas-tugas yang belum dipelajari namun tugas-tugas tersebut masih dalam jangkauan siswa dalam upayanya membangun

kemampuannya

atau tugas-tugas itu berada dalam

z o n e o f proximal

development mereka. Zone of proximal development adalah daerah antar a tingkat perkembangan

sesungguhnya yang didefinisikan sebagai kemampuan memecahkan masalah secara mandiri dan tingkat perkembangan potensial yang didefinisikan sebagai kemampuan

pemecahan masalah di bawah bimbingan orang dewasa atau teman sebaya yang lebih mampu. Pengetahuan berjenjang tersebut seperti pada sekema berikut.

Effective habits of mind

Cooperative collaborative

Effective communication

Information processing

Complex thinking

Pengetahuan dan secara sosial

pengertian

dikonstruksi

bila seseorang terlibat dan

dalam dialog dan aktif dalam percubaan-percubaan

pengalaman. Pembentukan makna adalah dialog antara peribadi. Dalam hal ini pembelajar tidak hanya memerlukan akses pengalaman fisik tetapi juga interaksi dengan pengalaman yang dimiliki oleh individu lain. Pembelajaran yang sifatnya kooperatif (cooperative learning ) i n i m u n c u l k e t i k a s i s w a bekerja sama untuk mencapai tujuan belajar yang diinginkan oleh siswa. Pengelolaan kelas menurut cooperative learning bertujuan membantu siswa untuk mengembangkan niat dan kiat bekerja sama dan berinteraksi dengan siswa yang lain. Ada tiga hal penting yangperlu diperhatikan dalam pengelolaan kelas iaitu: pengelompokan, semangat ko-operatif dan penataan kelas.

Chomsky
Menurut pendekatan kognitif (Chomsky), mempelajari bahasa ialah satu proses menguasai dengan cara sedar akan pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal satu-satubahasa itu. Teori ini menekankan kepentingan pemahaman murid

akan struktur bahasa asing. Kesenangan mempelajari bahasa tersebut akan dapat berkembang secara mudah sekiranya murid-murid mempunyai penguasaan kognitif terhadap struktur-struktur bahasa tersebut. Bidang psikolinguistik sejak masa itu telah ditakrifkan oleh gerak-gerak balas terhadap Chomsky. Pandangan penyokong masih menganggap bahawa keupayaan manusia untuk menggunakan sintaksis adalah berbeza secara kualitatif daripada sebarang komunikasi haiwan. Keupayaan itu mungkin dihasilkan oleh mutasi yang menggalakkan(terlalu tidak mungkin), atau (lebih mungkin) oleh penyesuaian kemahiran-kemahiran yang dikembangkan untuk tujuan-tujuan yang lain. Dengan kata yang lain, sintaksis tepat mungkin memenuhi keperluan-keperluan kelompok; ungkapanungkapan linguistik yang lebih baik mungkin menghasilkan kepaduan, kerjasama, dan potensi untuk hidup, TETAPI sintaksis tepat hanya dapat berkembang daripada sintaksis asas - atau tiada sintaksis yang tidak mempunyai sebarang nilai hidup dan oleh itu, langsung tidak akan berkembang. Oleh itu, seseorang harus melihat pada kemahiran-kemahiran lain yang ciri-cirinya mungkin berguna untuk sintaksis. Dalam istilah biologi evolusi moden, kemahiran-kemahiran ini dikatakan "disesuaikan lebih dahulu" untuk sintaksis . Apakah kemahiran-kemahiran ini yang sebenarnya merupakan tumpuan penyelidikan terkini, atau sekurang-kurangnya, tekaan. Pandangan penentang masih menganggap bahawa bahasa (termasuk sintaksis) ialah hasil daripada perkembangan kecerdasan selama beratus-ratus ribu tahun, serta interaksi manusia selama berpuluh-puluh ribu tahun. Dari sudut pandangan ini, sintaksis dalam bahasa beransur-ansur meningkatkan kepaduan kumpulan dan potensi untuk hidup. Bahasa, termasuk sintaksis dan lain-lain, ialah artifak kebudayaan. Pandangan ini mencabar pandangan "semula jadi" kerana kebenarannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik; dengan kata yang lain, ia tidak dapat diuji. Fakta bahawa sesuatu struktur sintaksis yang dapat difikirkan tidak wujud dalam mana-mana bahasa di dunia adalah suatu pencerapan yang memang menarik, tetapi ia bukannya bukti tentang kekangan genetik terhadap bentuk-bentuk yang mungkin, ataupun bukti bahawa bentuk-bentuk itu tidak dapat wujud atau tidak dapat dibelajari.

Bibliografi: www.blogger.com/feeds/5858975404291864069/posts/defaultwww.geocities.com/pendidikmy/cikgup jj/bahasapertamabahasakedua.htmlhttp://puslit.petra.ac.id/journals/interior/www.gerejatoraja.com/dow nloads/MODEL_PEMBELAJARAN_KONSTRUKTIVISTIK.doc

You might also like