You are on page 1of 3

Aktiviti-aktiviti atau program keselamtan dan kesihatan

CERAMAH MENCEGAH KEBAKARAN DAN DEMONSTRASI

STATISTIK KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA SEHINGGA OKTOBER 2012

CARTA ORGANISASI JKKP PPBK KKIP

CARTA ORGANISASI SKUAD MELAWAN KEBAKARAN

KERATAN AKHBAR-KESEDARAN TERHADAP KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA PERLU DITINGKATKAN !

KOTA BAHARU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKPM) kini sedang berusaha meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap kemalangan di tempat kerja.Ketua Pengarahnya, Datuk Ir Dr Johari Basri berkata walaupun sudah ada kesedaran dalam kalangan mereka tetapi usaha ke arah itu perlu ditingkatkan kerana masih banyak kemalangan di tempat kerja berlaku di seluruh negara.Sikap tidak mengambil berat tentang menjaga keselamatan dan kesihatan di tempat kerja menyebabkan kadar kemalangan di tempat kerja terus meningkat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keselamatan dan Kesihatan 2012 anjuran JKKPM peringkat Negeri di sini semalam.Seramai 250 peserta membabitkan wakil jabatan, agensi kerajaan dan swasta serta kilang menyertai seminar sehari itu.Dr Johari kesal kerana ada pekerja yang tidak mengindahkan peraturan yang ditetapkan majikan ketika bekerja seperti pemakaian topi, jaket dan kasut keselamatan di kawasan kilang atau projek pembinaan.Menurutnya JKKPM sebagai peneraju kepada keselamatan dan kesihatan negara terus komited melaksanakan tiga tanggungjawab utama iaitu penyediaan standard, penguatkuasaan dan promosi bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sentiasa terjamin.Katanya, 75 kes kemalangan di tempat kerja dilaporkan berlaku di Kelantan dari Januari hingga 16 Oktober lalu berbanding 96 kes berlaku sepanjang tahun lepas dan 74 kes pada 2010.Beliau berkata, kemalangan di tempat kerja yang berlaku di Kelantan adalah melibatkan tiga sektor utama iaitu pertanian, perkilangan dan pembalakan.Katanya, jumlah mereka yang membuat laporan kemalangan di tempat kerja kepada PERKESO lebih tinggi berbanding jabatannya kerana kebanyakan mangsa atau pekerja ingin membuat tuntutan dan pampasan daripada pertubuhan itu. Sehubungan itu, bagi meningkatkan lagi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, majikan dan pekerja perlu menjalin kerjasama baik bagi memastikan sebarang kemalangan dapat dihindarkan dan produktiviti organisasi dapat dimaksimumkan. Bernama

You might also like