You are on page 1of 3

Metodologi Kajian Terdapat dua kajian yang boleh dilakukan oleh para pengkaji iaitu kaedah Kuantitatif dan

Kualitatif. Kedua-dua kaedah ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri bergantung kepada keinginan pengkaji dalam kajian mereka. Dalam kajian yang ingin dijalankan, pengkaji memilih untuk menggunakan kaedah yang berbentuk kualitatif. Bentuk kualitatif lebih senang dan bertepatan dengan penyelidikan dalam bidang sains kemanusiaan ataupun bidang sosiologi. Analisis data kualitatif adalah proses secara sistematikmencari dan mengolah pelbagi data yang bersumber dari wawancara,pengamatan lapangan bagi mengahsilkan satu laporan temuan penelitian. Seangkan interpretasi data merujuk kepada perkembangan ideaidea atas asil penemuan untuk kemudian direalisasikan dengan kajian teoritik (teori yang ada) untuk menghasilkan konsep-konsep atau teori-teori substansif yang baru dalam rangkan memperkayakan khazanah ilmu. Untuk kajian ini, tedapat beberapa kaedah yang akan digunakan dalam penyelidikan iaitu: i. Soal selidik Pengkaji menyediakan borang soal selidik yang terdiri daripada beberapa soalan. Borang-borang soal selidik akan diberikan kepada responden secara rawak. Responden akan menjawab soalan yang disediakan dalam borang tersebut. Hasil daripada borang soal selidik ini akan dianalisis untuk mendapatkan hasil penyelidikan. ii. Temu bual Temu bual juga akan dilakukan terhadap responden yang berbilang bangsa. Temu bual ini bertujuan untuk mendapatkan data yang lebih lengkap. Soalan-soalan unutk sesi temu bual akan disediakan terlebih dahulu bagi mengelakkan keciciran maklumat yang ingin diperolehi. Kamera perakam akan digunakan sepanjang sesi temu bual dan akan didengarkan semula untuk mendapatkan data yang tepat.

1.7.1 Subjek Kajian Kajian ini dilakukan disebuah daerah di negeri Kelantan iaitu daerah Tumpat. Subjek kajian ini adalah terhad kepada masyarakat yang berbilang bangsa dan agama yang tinggal di daerah itu. Populasi untuk suatu kajian perlu diambil kira sebelum kiraan sampel dibuat. Hal ini bertujuan bagi memaksimumkan ketepatan hasil kajian yang bakal dilakukan oleh pengkaji. Keadaan kajian yang terhad mamaksa pengkaji memilih untuk mengambil sampel daripada populasi yang terdapat di daerah tersebut iaitu 80 orang sampel yang terdiri daripada masyarakat Melayu, Cina, India dan Siam . Sampel ini merupakan sejumlah individu yang diambil bagi mewakili populasi. Sampel dipilih secara rawak dengan menggunakan persampelan rawak mudah memilih sampel dari populasi dari senarai yang banyak. Sampel hanya dipilih dalam kalangan masyarakat yang tinggal dalam daerah Tumpat sahaja dan masyarakat dari daerah lain tidak akan diambil sebagai sampel bagi kajian ini. Setiap masyrakat yang tinggal dalm daerah ini mempunyai peluang untuk dipilih sebagai sampel. Lebih besar perausan sampel daripada populasi adalah lebih baik kerana penyelidik mempunyai lebih kemungkinan untuk memilih sampel yang mempunyai ciri-iri populasi (Aminuddin Ehsan dan Siti Noor Muhamad, 2010).

1.7.2 Alatan Kajian i. Borang Soal Selidik Borang soal selidik merupakan kaedah yang paling senang dan menjimatkan masa untuk mengumpul data.borang soal selidik akan diedarkan kepada setiap sampel yang dipilih secara rawak semasa penyelidikkan dijalankan. Sampel hendaklah menjawab soalan dalam orang soal selidik dengan sejujurnya. Borang soal selidik adalah bahan yang paling penting dalam penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik

kerana borang soal selidik ini akan membolehkan data diambil bagi penyelidikan ini. Borang soal selidik yang dibuat berdasarkan objektif yang telah dibina untuk kajian ini.

ii.

Kamera Kamera perakam digunakan untuk merakam segala proses temu bual yang telah dijalankan. Selain itu, gambar-gambar akan diambil sebagai bukti kepada penyelidikan yang dijalankan. Penggunaan kamera ini amat penting kepada pengkaji kerana bukti kukuh kepada penyelidikan akan dapat diambil. Penggunaan kamera amat penting sebagi bukti kepada penyelidikan yang dilakukan.

Kaedah Pengumpulan Data Pemerhatian Pemerhatian awal dibuat dahulu di sekitar daerah Tumpat bagi memeberikan pendedahan awal sebelum melakukan penyelidikan yang sebenar. Persekitaran lokasi juga akan dilakukan terlebih dahulu bagi memudahkan kajian dijalankan. Pemerhatian awal ini juga akan memberikan gambaran awal kepada pengkaji tentang kawasan kajian agar segala perancangan untuk melakukan penyelidikan dapat berjalan mengikut perancangan.

You might also like