You are on page 1of 1

Dalam buku yang berjudul The Descent of Man,1987, Darwin menyatakan bahawa manusia berasal daripada makhluk mirip

haiwan iaitu kera. Dalam buku ini, Darwin tidak memberikan sebarang bukti yang dapat menyokong pernyataannya, selain hanya dapat membuat sebuah khayalan. Namun, beliau berpendapat bahawa sejumlah ras berevolusi lebih cepat kerana lebih maju daripada yang lain, sedangkan ras-ras lain dianggap masih setaraf dengan kera. Terdapat satu hal yang lebih terpenting tentang teori Darwin, ianya membangunkan teorinya secara keseluruhan iaitu konsep perjuangan untuk mempertahankan hidup. Menurutnya, konflik yabg sengit dan perjuangan berdarah merangkumi kehidupan menyebabkan golongan yang kuat atau yang mendominasi akan selalu menang apabila melawan golongan yang lemah dan minoriti. Hal ini yang menyebabkan sikap memilih (rasisme) berlaku sejak zaman dahulu lagi. Darwin terut menegaskan bahawa konflik yang sama berlaku pada ras-ras manusia. Dalam bukunya, The Origin of Species by Way of natural Selection or The Preservation of Favoured Races in The Struggle for Life, dengan jelas mengungkapkan pandangan rasialnya. Menurut beliau, ras pilihan adalah bangsa kulit putih Eropah, sedangkan Ras Asia @ Afrika gagal mempertahankan hidup. Beliau turut menyatakan bahawa ras-ras ini akhirnya akan dihapuskan sama sekali.

You might also like