You are on page 1of 19

7 Rahsia Dominasi Enjin Carian Dengan S.E.

O
Aqif Azizan & Hasbul 'Aqill
Majalah Niaga // Komik Niaga

Kenapa Perlu Belajar SEO?


Assalamualaikum dan salam kekayaan. Hari ini, jika kita tiada laman web, ibarat kita ketinggalan jauh daripada teknologi penting yang wujud dalam dunia. Internet telah membantu menyelesaikan masalah orang ramai. Internet telah membantu menghubungkan manusia di seluruh dunia, dengan hanya beberapa klik sahaja. Kajian yang diperoleh daripada MoneyMa.com mendapati, terdapat 232,000,000 laman web yang wujud sehingga tahun 2009. Ini merupakan satu jumlah yang tinggi. Namun begitu, tidak semestinya semua laman web ini berfungsi dengan baik. Ada laman web yang tidak dikemaskini, ada laman web yang dibiarkan, dan juga ada laman web yang gagal berfungsi dengan baik. Semua ini berlaku kerana satu sebab, mereka tidak memperoleh sebarang manfaat atau keuntungan. Bagi laman web peribadi, tiada seorang pelawat pun yang melawati laman web mereka. Bagi laman web perniagaan, laman web mereka langsung tidak berjaya menghasilkan satu jualan, walaupun sudah melabur beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan perkhidmatan reka bentuk laman web yang menarik dan mahal.

Ini adalah sebab yang membuatkan mereka secara serta merta mengangkat bendera putih. Namun begitu, masalah ini juga berpunca daripada satu sebab iaitu

Tidak Menguasai Enjin Carian (SEO)


Manusia di muka bumi ini menggunakan servis enjin carian setiap hari bagi mencari maklumat yang diperlukan. Syarikat gergasi penyedia servis enjin carian, Google mencatatkan lebih 300 juta pengguna menggunakan enjin carian mereka setiap hari. Jumlah ini menunjukkan betapa pentingnya untuk kita meletakkan laman web kita pada enjin carian. Supaya pengguna enjin carian boleh menjumpai laman web kita, di saat mereka menaip sesuatu maklumat pada ruangan carian Google, Yahoo, Bing dan sebagainya. Namun begitu, hanya 10% sahaja pemilik laman web yang benarbenar tahu, cara untuk meletakkan laman web mereka dalam kedudukan tertinggi enjin carian. Mereka menguasai SEO (Search Engine Optimization), atau Optimasi Enjin Carian. Yang membawa maksud: "Strategi-strategi yang digunakan untuk meningkatkan peluang laman web kita berada dalam kedudukan tertinggi di enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya."

Bayangkan, apabila pengguna Internet menaip kata kunci "servis aircond kereta terbaik" di Google, kemudian mereka menjumpai laman web kita. Ini bermakna peluang untuk mereka menghubungi kita bagi mendapatkan servis itu adalah lebih tinggi. Lebih menarik, situasi ini akan berlaku secara natural. Di mana kita sendiri tidak mampu untuk mengawal kemasukan pelangganpelanggan baru yang tidak berhenti menghubungi kita. Semua ini akan berlaku apabila kita menguasai strategi-strategi untuk mengoptimasi enjin carian. Dan strategi-strategi itu akan kami tunjukkan dalam e-book ini. Semoga ia memberikan manfaat kepada anda, para pembaca Majalah Niaga & Komik Niaga.

Aqif Azizan & Hasbul 'Aqill www.MajalahNiaga.com

Dominasi SEO #1

Maksimumkan Penggunaan Keywords


Keywords atau kata kunci adalah perkara yang kritikal, apabila pemilik laman web mempunyai keinginan untuk mendominasi enjin carian. Ini kerana keywords yang akan menentukan sama ada usaha kita untuk melaksanakan strategi optimasi berbaloi atau sebaliknya. Sebelum membeli domain, pastikan kita jelas dengan tujuan pembinaan laman web. Sebagai contoh, sekiranya kita mahu membangunkan laman web berkaitan kesihatan, elakkan daripada memilih satu topik yang terlalu umum. Pecahkan menjadi sub-topik seperti kanser, diet, penjagaan badan untuk wanita dan sebagainya. Ini bertujuan bagi memudahkan kita memilih keywords yang sesuai untuk laman web kita. Berikut adalah aspek-aspek penting laman web yang perlu dioptimasi, apabila kita selesai memilih keywords yang betul: 1. Title (Tajuk). 2. Content (Isi kandungan web). 3. Domain.

4. Nama imej. Contohnya, kita ingin membangunkan laman web yang berkaitan dengan kanser. Justeru itu, optimasi laman web mengikut keempat-empat aspek yang ditunjukkan di atas adalah seperti berikut: Title: Tip Untuk Merawat Kanser Content: Panduan yang dikongsikan oleh doktor pakar, mengenai langkahlangkah yang perlu diambil bagi mengelakkan kita daripada dijangkiti kanser. Domain: www.rawatkanser.com / www.tipkanser.com / www.kanser2u.com / www.rawatankanser.com Nama imej: Apabila memuat naik imej, pastikan fail sudah dioptimasikan sepenuhnya. Contoh, http://www.rawatankanser.com/caramerawat-kanser.jpg. 'cara-merawat-kanser' adalah contoh optimasi imej.

Dominasi SEO #2

Henti Gunakan Flash


Sehingga hari ini, kebanyakan pemilik laman web yang tidak tahu tentang optimasi enjin carian mempunyai obses terhadap komponen Flash. Mereka sangka, ia memberikan satu penampilan yang menarik. Dari sudut mata pemilik laman web, memang benar. Tetapi dari sudut optimasi enjin carian, ia adalah satu tindakan yang berisiko. Kajian Search Engine Journal menyatakan, "Laman web yang mempunyai komponen Flash, AJAX dan Frames menghadapi kesukaran untuk mendominasi enjin carian." Terdapat beberapa sebab kita tidak dinasihati untuk menggunakan Flash dalam laman web. Antaranya adalah Flash tidak mempunyai kebolehan untuk kita link pada laman web lain dalam bentuk teks. Kerana dalam setiap komponen asal Flash, ia berbentuk imej. Justeru itu, tindakan meletakkan bahan-bahan Flash adalah berisiko untuk mengoptimasikan laman web. Jalan terbaik adalah mengurangkan sebarang bahan Flash dalam laman web, atau elakkan daripada meletakkannya.

Dominasi SEO #3

Social Media Sharing (SMS)


Sebelum kewujudan laman social media yang popular seperti Facebook dan Twitter, enjin carian hanya menggunakan algoritma mereka untuk melakukan penilaian terhadap optimasi enjin carian laman web. Pada tahun 2011, Google mengumumkan bahawa mereka kini menggunakan pendekatan social media sharing (SMS) untuk mengetahui laman web mana yang sesuai diletakkan dalam kedudukan tertinggi enjin carian. Ini bermakna, Google akan memberikan kelebihan kepada laman web yang banyak dikongsikan oleh pengguna social media (seperti Twitter dan Facebook). Jadi, maksimumkan penggunaan akaun social media seperti Facebook dan Twitter. Antara aktiviti yang boleh dilakukan bagi mendorong peningkatan kedudukan laman web dalam enjin carian adalah: Kongsi URL laman web di ruangan social media secara kerap. Ajak rakan-rakan kita yang lain untuk berkongsi URL laman web kita. Setiap artikel yang baru diterbitkan dalam laman web, terus kongsikan URL menerusi ruangan social media.

Bagi pasaran tempatan, cukup sekadar dengan memiliki akaun Facebook, Twitter dan Google Plus bagi melihat keberkesanannya.

Dominasi SEO #4

Optimasi Deskripsi Imej


Disebalik keasyikan pemilik laman web mengoptimasikan laman web mereka dari aspek domain, title dan sebagainya, mereka terlupa satu lagi cabang penting. Cabang ini merupakan perkara keutamaan Google dan penyedia servis enjin carian lain, dalam memilih laman web terbaik untuk diletakkan dalam kedudukan tertinggi di enjin carian. Cabang yang dimaksudkan adalah deskripsi imej, atau image description. 70% pemilik laman web tidak mengoptimasikan imej yang wujud dalam laman web mereka. Ini merupakan faktor mengapa laman web mereka masih sukar untuk mendapat perhatian Google dan sebagainya. Optimasi deskrip imej boleh dilakukan menerusi: Memberikan nama yang spesifik terhadap imej yang dimuat naik. Nama fail tidak terlalu panjang, dan tidak terlalu pendek. Contoh adalah imej di bawah:

Deskripsi imej yang baik untuk optimasi enjin carian adalah menamakan imej ini dengan nama yang berkaitan. Sebagai contoh: cara-buat-duit-dengan-blog.jpg. buat-duit-dengan-blog.jpg. tip-menjana-pendapatan-dengan-blog.jpg.

Dominasi SEO #5

Kuasa Internal Links


Internal links adalah terma yang membawa maksud kepada jumlah pautan yang bersangkut paut di dalam laman web kita. Sebagai contoh: Laman 'Menu Utama' mempunyai pautan ke 'Tentang Kami', 'Hubungi', 'Servis'. Laman 'Servis' mempunyai pautan untuk ke 'Menu Utama'. Begitu juga sebaliknya. Maksudnya, selagi ada pautan yang wujud dalam laman web kita, optimasikan sebaik mungkin. Bagi pemilik blog, kaedah ini boleh dilakukan menerusi pautan isi kandungan yang berkait. Artikel di bawah adalah contoh penggunaan internal links jika kita menggunakan blog: Tajuk artikel: Tip Menguasai SEO Search Engine Opmization (SEO) adalah teknik berkesan untuk melakukan pemasaran di Internet. Untuk mempelajari tentang teknik SEO, boleh rujuk pada artikel sebelum ini. Berdasarkan contoh artikel di atas: Perkataan 'teknik SEO' akan menjadi pautan untuk artikel blog kita sebelum ini.

Perkataan 'teknik SEO' adalah keywords yang akan diambil kira oleh Google untuk meningkatkan kedudukan laman web kita, apabila ada orang menaip 'teknik SEO' dalam ruangan carian Google. Justeru itu, optimasi internal links dalam laman web kita seberapa banyak yang mungkin. Pastikan pautan itu relevan dengan teks yang digunakan. Kadar relevansi juga diambil kira oleh Google.

Dominasi SEO #6

Kuasa External Links


External links adalah jumlah pautan keluar daripada laman web kita. Contohnya, apabila laman web www.aqifazizan.com meletakkan pautan www.hasbulaqill.com, ini bermakna: Pautan 'www.hasbulaqill.com' dinamakan sebagai external links. External links sangat penting bagi memudahkan penilaian enjin carian terhadap laman web kita. Penilaian mereka adalah seperti berikut: Berapa banyak sumber rujukan yang kita gunakan untuk menulis artikel. Adakah sumber yang dirujuk itu mempunyai autoriti? Semakin banyak sumber yang kita gunakan, semakin tinggi peluang untuk kita mendapat kedudukan tertinggi dalam enjin carian. Contoh bagi memudahkan pemahaman mengenai external links: Berdasarkan laman web Wikipedia, SEO bermaksud Search Engine Optimization. * Keywords 'Wikipedia' dijadikan pautan terus ke www.wikipedia.com. Oleh sebab itu, pemilik blog disarankan untuk meletakkan sekurang-kurangnya 1 external links dalam setiap artikel baru.

Terlalu banyak external links juga akan memberikan signal kepada enjin carian, bahawa laman web kita adalah laman web spam. Berhati-hati dalam melakukan external links. Apa yang penting adalah relevansi rujukan yang ingin dinyatakan.

Dominasi SEO #7

Formula KIF
Rand Fishkin, pengasas blog SEO Moz membuatkan satu analisis yang menarik tentang enjin carian. Analisis beliau mendapati, kebanyakan laman web yang mendominasi enjin carian, adalah laman web yang sentiasa dikemaskini secara konsisten. Dalam erti kata lain, setiap laman web mempunyai blog. Blog adalah medium yang terbaik untuk mengamalkan formula KIF. KIF bermaksud 'Keep It Fresh'. Fresh, iaitu kesegaran menjurus kepada kekerapan kita mengemaskini laman web, yakni menggunakan blog. Dengan blog, mudah untuk kita menerbitkan artikel baru seperti: Tip-tip yang berkaitan dengan industri. Temubual eksklusif. Tutorial penting. Ulasan produk. Blog bukan sahaja menambah seri di mata enjin carian. Blog juga mampu menjadikan pemiliknya sebagai orang penting dalam industri. Orang penting dianggap sebagai pakar.

Apabila kita menjadi pakar, bukan sahaja Google akan memberikan nilai autoriti terhadap laman web kita. Malah pembaca juga secara automotik akan melihat nilai yang tinggi apabila melawati laman web kita. Justeru itu, sentiasa amalkan formula KIF (Keep It Fresh). Iaitu menerusi kekerapan mengemaskini artikel menggunakan blog.

Berapa Kerap Perlu Saya Kemaskini Blog?


Jawapan ini terletak pada keselesaan tuan empunya blog. Dalam masa sama, fikirkan juga tentang proses penghadaman maklumat oleh para pembaca. Tidak semestinya semua pembaca selesa dengan blog yang dikemaskini setiap hari. Namun begitu, cadangan yang terbaik adalah menetapkan penerbitan secara berjadual. Sebagai contoh: 1 hari, 1 artikel baru. 1 minggu, 3 artikel baru (Isnin, Rabu dan Jumaat). Antara perkara yang perlu diberi perhatian apabila melakukan aktiviti blogging adalah: Sentiasa menulis artikel yang berkaitan dengan keywords yang ingin kita dominasi, atau industri yang diceburi. Berdisiplin. Berkomunikasi dengan pembaca. Amalkan SMS (Social Media Sharing) - Kongsikan artikel di Facebook atau Twitter.

Terima Kasih!

Selamat Mendominasi Enjin Carian!


Terima kasih kami ucapkan kepada tuan dan cikpuan kerana sudi melaburkan masa dan tenaga, untuk mendapatkan ilmu mendominasi enjin carian dalam e-book ini. Semoga maklumat yang dikongsikan daripada kami ini dapat memberikan manfaat yang banyak kepada para pembaca. Dalam masa sama, kami juga berbesar hati untuk menjemput tuan dan cikpuan bagi menyertai Seminar SEO (Search Engine Optimization) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Seminar SEO
Ketahui Rahsia Bagaimana Untuk Mendominasi Enjin Carian + Buat Duit Lumayan Di Internet"

Layari:
http://www.majalahniaga.com/seminar-seo (klik)

You might also like