You are on page 1of 17

ROHAIZAD B ABDULLAH FISOL

HBEF4303 730320075541002

TAJUK KAJIAN TINDAKAN

MASALAH PENGHAYATAN MURID SEKOLAH


RENDAH TERHADAP PENDIDIKAN MUZIK

ROHAIZAD B ABDULLAH FISOL


HBEF4303 730320075541002

BAB 1
PENGENALAN KAJIAN TINDAKAN
Pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah-sekolah dianggap sebagai satu dimensi
tambahan yang memberikan peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan secara individu.
Ini adalah lebih penting bagi mereka yang kurang senantiasa kurang merasai kejayaan dalam
bidang-bidang lain. Di sini kita diingatkan bahawa kejayaan dalam sesuatu adalah penting untuk
membentuk satu sikap positif tentang keyakinan diri dan ego bagi setiap murid.
Maka, proses persekolahan tidak seharusnya tertumpu kepada mata pelajaran kognitif
sahaja sehinggakan kepentingan murid-murid yang berbakat dalam bidang afektif lain seperti
muzik, dan seni lukis tidak diambil kira langsung. Situasi seperti ini akan menghampakan muridmurid berkenaan ekoran daripada perasaan itu banyak lagi masalah sosial boleh timbul. Selain
itu, murid yang berjaya dalam mata-mata pelajaran yang lebih kognitif juga harus berpeluang
menceburkan diri dalam bidang afektif supaya proses pendidikan itu lebih seimbang.
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik secara formal dan sistematik boleh
meningkatkan lagi paras penghayatan muzik di kalangan murid dan membantu mereka dalam
menghayati muzik yang lebih canggih dan kompleks. Mereka juga berpeluang untuk mengenali
muzik daripada budaya dan tamadun lain. Peluang untuk mempelajari atau menghayati bentukbentuk muzik tersebut amat kurang di luar proses persekolahan.
Melalui pengajaran dan pembelajaran muzik murid-murid akan berpeluang untuk
mempelajari simbologi muzik yang juga merupakan satu lagi simbologi manusia yang sungguh
hebat. Setiap murid di sekolah diwajibkan supaya mempelajari sistem-sistem simbologi dan
ikonografi yang terdapat dalam matematik, sains dan bahasa-bahasa tertentu. Maka, murid juga
harus diberi peluang untuk mempelajari simbologi yang digunakan dalam seni muzik.
Adalah amat mustahak bagi setiap murid menyedari bahawa bukan semua aspek
kehidupan manusia boleh dinilai secara merata atau sejagat. Ada kalanya sesuatu isu tentang soal

ROHAIZAD B ABDULLAH FISOL


HBEF4303 730320075541002

kehidupan atau tingkah laku manusia boleh dilihat dan difahami dengan beraneka cara. Muzik
boleh menyampaikan nilai-nilai seperti ini dengan amat berkesan. Dalam suasana mengagungagungkan materialisme, pembelajaran muzik boleh memberi satu perspektif yang lebih seimbang
terhadap kehidupan kita.
Potensi muzik yang terpendam di kalangan murid-murid boleh dicungkil dan dipelihara
dengan amat baik semasa mereka masih bersekolah lagi. Potensi dan bakat muzik yang
terpendam dikalangan murid sama pentingnya dengan potensi dan bakat lain seperti kemahirankemahiran linguistik atau psikomotor yang juga boleh dicungkil pada peringkat sekolah. Dengan
itu, adalah amat merugikan sesuatu bangsa jika setiap kanak-kanak tidak berpeluang untuk
menguji bakat muzikalnya sewaktu masih bersekolah lagi.
Muzik juga merupakan salah satu aktiviti utama yang membolehkan kita menyalurkan
sumber tenaga kreatif yang semulajadi. Selain itu, muzik juga dapat memberikan peluang kepada
setiap individu untuk meluahkan perasaannya secara sihat. Aspek

ini

amat

penting

untuk

mengimbangkan lagi proses pendidikan semasa yang memberi tekanan yang begitu ketara dalam
bidang sains dan teknologi mengikut satu arah aliran di merata dunia. Muzik juga membolehkan
individu, malah setiap bangsa mempertunjukkan atau memperlihatkan identiti masing-masing.
Pembelajaran muzik dapat membantu kita untuk lebih memahami sifat manusia dari
aspek perhubungan antara manusia dengan manusia. Dengan alam dan juga tentang ibadah dan
kerohanian manusia. Kita juga dapat mempelajari tentang beraneka jenis kebudayaan lain di
dunia dengan lebih mendalam melalui saluran muzik.
Seorang pendidik muzik harus dapat memberi rasional serta sebab-sebab yang wajar dan
menyakinkan mengapa mata pelajaran muzik patut diadakan dalam kurikulum sekolah. Guru
Matematik atau Sains boleh berbuat demikian untuk mata pelajarannya dengan amat mudah pada
hari ini. Bagaimana pula dengan pendidik muzik?
Segala aspek seni termasuk muzik merupakan satu saluran unik yang boleh menentukan
tahap pencapaian mana-mana satu tamadun. Seni adalah amat penting dan unik kerana segala

ROHAIZAD B ABDULLAH FISOL


HBEF4303 730320075541002

bentuk seni membezakan tingkah laku manusia daripada makhluk-makhluk lain. Malah kajiankajian dalam bidang arkeologi dan antropologi menunjukkan dengan jelas bahawa setiap
kelompok manusia

telah mengadakan pelbagai aktiviti muzik sepanjang zaman. Para ahli

falsafah dan psikologi yang diakui sebagai gergasi dalam bidang pendidikan sejak Plato telah
mengesyorkan supaya muzik harus dipelajari oleh semua orang supaya proses pendidikan itu
cukup sempurna. Disini tercatat beberapa sebab (berpandukan The School Music Program:
Description and Standards ( Reston, Virginia:MENC, Edisi ke 2,1986) mengapa mata pelajaran
muzik harus diadakan dan di pelajari oleh murid-murid dan harus di laksanakan dalam
kurikulum formal di sekolah-sekolah.
Adalah memang wajar bahawa setiap indvidu mempelajari muzik tanpa apa-apa sebab
yang tertentu (muzik semata-mata untuk muzik). Muzik merupakan satu bidang yang begitu kaya
dengan beraneka jenis pengetahuan, kemahiran, dan cara-cara berfikir yang amat berbeza dari
zaman ke zaman dan dari tempat ke tempat. Kebolehan untuk bermain muzik,menyanyi, atau
menghayati muzik sama ada untuk menghiburkan diri sahaja ataupun untuk memperkembangkan
intelek seseorang itu amat wajar bagi setiap insan.
Ia merupakan satu matlamat pendidikan yang utama untuk mewariskan budaya sesuatu
bangsa termasuk warisan budaya manusia yang silam kepada generasi muda. Satu komponen
utama dalam mana-mana budaya ialah amalan muzik bangsa itu sendiri. Oleh yang demikian,
pendidikan muzik boleh dianggap sebagai satu lagi saluran yang sihat untuk mencapai objektif
ini.

ROHAIZAD B ABDULLAH FISOL


HBEF4303 730320075541002

1.1 LATARBELAKANG KAJIAN


Secara khususnya kajian ini dilakukan adalah untuk cuba melihat sejauh mana:
1.1.1 Tahap penghayatan murid-murid dan guru-guru bukan opsyen bagi membantu,
mempermudahkan dan menambahbaikan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah.
1.1.2 Keberkesanan metodologi Pendidikan Muzik yang dijalankan oleh guru-guru opsyen
dan bukan opsyen dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
1.1.3 Menetapkan unjuran dan sasaran bagi meningkatkan lagi kemahiran murid-murid dan
guru-guru opsyen dan bukan opsyen dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Muzik.
1.1.4 Mengetahui jumlah murid dan guru-guru opsyen dan bukan opsyen yang menunjukkan
minat dan berbakat dalam bidang muzik.

ROHAIZAD B ABDULLAH FISOL


HBEF4303 730320075541002

1.2 PERNYATAAN MASALAH


Namun begitu terdapat pelbagai masalah dan kelemahan-kelemahan mengikut
penghayatan murid-murid dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Muzik di sekolah-sekolah rendah. Saya ingin memfokuskan kepada salah satu dari masalah
tersebut. Menurut kajian Johami Abdullah(1993), sekurang-kurangnya lapan kelemahan dalam
perlaksanaan Pendidikan Muzik terhadap murid-murid sekolah rendah iaitu :
Kualiti pengajaran dan pembelajaran muzik kurang memuaskan kerana sebahagian besar
tenaga pengajar muzik di sekolah rendah tidak mendapat latihan yang mencukupi. Bukan semua
pendidik atau guru muzik mempunyai kebolehan muzikal atau kecenderungan tulen terhadap
Pendidikan Muzik. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang diedarkan di sekolahsekolah kurang mempunyai unsur-unsur tempatan yang memenuhi ciri-ciri keperluan muridmurid. Pendidik atau guru-guru muzik kurang diberikan kelonggaran oleh pihak pentadbir dalam
hal-hal yang berkaitan dengan pendekatan atau pengubahsuaian kandungan kurikulum
berdasarkan keperluan tempatan dan atau berdasarkan kebolehan pendidik muzik sendiri.
Alat-alat bantu mengajar yang diedarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
1983 jarang diganti, dan kebanyakan alat yang rosak dibiarkan begitu sahaja. Adakalanya
program muzik tidak diterima oleh sesuatu masyarakat dalam sesuatu daerah kerana sebab-sebab
tertentu yang berkaitan dengan penghayatan dalam bidang agama atau kefahaman masingmasing.
Ada juga antara pendidik muzik yang telah berfungsi dengan dengan kefahaman terhadap
muzik dan pendidikan muzik yang berbeza mengikut latihan dan latar belakang pendidikan
muzik masing-masing. Akhir sekali terdapat juga aspek Pendidikan Muzik di Malaysia seperti
dasar, strategi dan pendekatan kurang selaras antara pihak Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan bahagian tertentu di Kementerian seperti Nazir Bebas, Bahagian Pendidikan Guru,
Bahagian Dasar dan Penyelidikan Pendidikan, serta Pusat Perkembangan Kurikulum.

ROHAIZAD B ABDULLAH FISOL


HBEF4303 730320075541002

Secara khususnya kajian terhadap penghayatan mata pelajaran Pendidikan Muzik di


kalangan murid-murid sekolah rendah telah lama dilakukan, iaitu sejak dijadikan mata pelajaran
wajib di sekolah rendah sejak tahun 1983. Tujuan kajian ini ialah untuk:
1.6.1

Memastikan sejauh mana penghayatan murid terhadap Pendidikan Muzik.

1.6.2

Memastikan sejauh mana penghayatan guru-guru muzik opsyen dan bukan opsyen
terhadap Pendidikan Muzik.

1.6.3

Ia juga di jalankan untuk mengukur sejauh mana keberkesanan methodologi Pendidikan


Muzik yang dijalankan oleh guru muzik di sekolah rendah.

1.6.4

Ia juga di jalankan untuk mengukur sejauh mana keberkesanan methodologi Pendidikan


Muzik yang dijalankan oleh guru muzik osyen dan bukan opsyen di sekolah rendah.

1.6.5

Melalui kajian ini juga diharapkan akan dapat memberikan satu objektif sejauh mana
kebekesanan penggubalan kurikulum Pendidikan Muzik mengikut acuan pendidikan
Malaysia, terhadap Pendidikan Muzik.

1.6.6 Melalui kajian ini juga diharapkan agar satu unjuran dapat dilakukan sejauh mana
penghayatan murid-murid yang mengikuti Pendidikan Muzik benar-benar mencapai
tahap dan kualiti yang boleh dibanggakan.

ROHAIZAD B ABDULLAH FISOL


HBEF4303 730320075541002

1.3 PERSOALAN KAJIAN


Dalam merungkai penghayatan dan penerimaan murid-murid dan guru-guru muzik bukan
opsyen terhadap mata pelajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah dikemukakan sebanyak tiga
persoalan kajian iaitu:
1.4.1

Apakah tahap penghayatan dan minat murid-murid dan guru-guru opsyen dan bukan
opsyen sekolah rendah terhadap Pendidikan Muzik?

1.4.2

Apakah keberkesanan metodologi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Muzik

dalam bilik darjah terhadap murid-murid dan guru-guru opsyen dan bukan opsyen?
1.4.3

Apakah cara yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kemahiran murid-murid dan
guru-guru bukan opsyen dalam pembelajaran Pendidikan Muzik?

1.4.4

Berapa bilangan murid dan guru opsyen dan bukan opsyen di sekolah rendah
menunjukkan minat, berbakat dalam Pendidikan Muzik?

ROHAIZAD B ABDULLAH FISOL


HBEF4303 730320075541002

1.4 OBJEKTIF KAJIAN


Muzik telah memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia untuk
mempertingkatkan kualiti kehidupan manusia di seluruh dunia. Manusia boleh dikatakan
memerlukan muzik sebagai alternatif untuk meredakan tekanan dan menikmati kepuasan.
Peranan muzik dalam masyarakat adalah cukup jelas dan nyata. Maka, tidak kah seharusnya
memberikan pendidikan muzik yang sistematik kepada generasi muda untuk membolehkan
mereka hidup dengan lebih sempurna dan bahagia. Kesemua justifikasi yang tersebut di atas
adalah juga sejajar dengan dengan objektif-objektif untuk pendidikan di Malaysia seperti yang
terkandung dalam Education in Malaysia ( 1985, hlm. 135) yang diterbitkan oleh Bahagian
Penyelidikan dan Perancangan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Objektif-objektif itu adalah seperti yang berikut:
a)

Untuk menentukan literasi yang berfungsi dikalangan rakyat Malaysia.

b)

Untuk membekalkan murid dengan kemahiran-kemahiran intelek dan psikomotor yang


boleh menimbulkan satu tabiat di kalangan mereka supaya sanggup belajar serta bekerja
secara lanjutan dan berterusan.

c)

Untuk membentuk sikap-sikap tertentu yang sihat dan mulia di kalangan murid supaya
mereka akan :
i)
ii)

menghormati serta menyayangi manusia lain.


mewarisi satu komitmen dan rasa tanggungjawab terhadap kemakmuran dan
kemajuan negara.

iii)
d)

menghormati kerja-kerja buruh kasar.

Untuk mewariskan budaya Negara serta kebolehan untuk memperkayakan lagi budaya
rakyat berbilang kaum kepada generasi akan datang.

ROHAIZAD B ABDULLAH FISOL


HBEF4303 730320075541002

e)

Untuk membentuk etika tingkah laku sosial dan peribadi yang diingini di kalangan
pelajar yang juga selaras dengan fahaman keagamaan dan moral kita.

10

ROHAIZAD B ABDULLAH FISOL


HBEF4303 730320075541002

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN


Jika merenung dan membuat inferens terhadap persoalan-persoalan yang dikemukakan
dalam kajian ini kita akan dapati beberapa kepentingan dari aspek pendidikan di Malaysia seperti
integrasi nasional dan moral, serta proses menjana modal insan dan membina Negara Bangsa
seperti yang terkandung dalam Pelan Induk Perancangan Pendidikan (PIPP) yang baru
dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, baru-baru ini akan tercapai. Oleh itu
kepentingan terhadap kajian ini dijalankan amat dialu-alukan dan ianya akan dapat memberi
impak terhadap penghayatan murid-murid sekolah rendah terhadap Pendidikan Muzik
sebagaimana pernyataan berikut:
1.5.1 Muzik telah membantu manusia dalam hal-hal yang berkaitan dengan ibadah
manusia sepanjang zaman. Elemen-elemen muzik yang terkandung dalam muzik.
Ibadah daripada semua bangsa dan kaum cukup jelas dan nyata. Maka
pembelajaran muzik sudah tentu akan dapat membantu murid-murid dalam halhal yang berkaitan dengan muzik ibadah secara langsung atau tidak langsung.
1.5.2 Muzik mempunyai banyak potensi dan skop untuk mempengaruhi

kelakuan dan

pemikiran murid sama ada secara positif atau negatif. Oleh itu kita boleh gunakan
muzik secara positif untuk beberapa keperluan kebangsaan semasa seperti
menanam rasa taat setia dan cinta akan nusa dan bangsa serta meningkatkan lagi
perpaduan negara yang merupakan salah satu objektif utama pendidikan di
Malaysia sejak merdeka lagi seperti yang terkandung dalam Laporan Tun Razak
(1956).
1.5.3 Pembelajaran muzik tradisional yang dijalankan secara formal sekarang akan
memperkukuhkan lagi usaha mengekalkan warisan budaya kebangsaan di kala
negara kita yang sedang membangun sekarang dan kemasukan budaya asing dari
barat. Usaha mengumpul bahan, mengadaptasi karya dan memberi pendedahan
kepada generasi muda dalam bidang muzik tradisional akan menyelamatkan

11

ROHAIZAD B ABDULLAH FISOL


HBEF4303 730320075541002

khazanah dan warisan budaya dari pupus ditelan zaman sains teknologi dan
globalisasi masakini.
1.5.4 Muzik boleh digunakan untuk membantu pengajaran mata-mata pelajaran lain,
khasnya kepada peringkat sekolah rendah, misalnya nyanyian alphabets song di
gunakan dalam pengajaran Bahasa Inggeris. Muzik juga boleh digunakan dalam
konteks pendidikan jasmani dalam aktiviti-aktiviti seperti gimrama, aerobik, dan
tarian-tarian rakyat.
1.5.5 Muzik boleh digunakan oleh murid untuk memahami konsep persaudaraan sejagat
kerana muzik boleh digunakan untuk memahami kebudayaan asing.
Berdasarkan kepentingan potensi pendidikan muzik melalui pembelajaran muzik untuk
digunakan secara positif adalah begitu luas serta jelas dan nyata. Haruskah kita mengabaikan
atau tidak mempedulikan potensi muzik dalam proses pendidikan kita?

12

ROHAIZAD B ABDULLAH FISOL


HBEF4303 730320075541002

1.6 BATASAN KAJIAN


Dalam membuat kajian, pengkaji akan menghadapi atau mengalami batasan-batasan yang
menghadkan kepada dapatan sebenar hasil kajian. Dalam kajian ini terdapat beberapa faktor atau
pemboleh ubah yang mungkin boleh mempengaruhi kajian seperti sampel ujian dan hasil ujian.:
1.6.1

Responden kajian adalah dikalangan murid-murid di salah sebuah sekolah iaitu sekolah
aliran biasa harian yang yang mana pendedahan atau pengetahuan sedia ada pelajar
terhadap muzik amat sempit atau kurang langsung pendedahan terhadap muzik.

1.6.2

Penggunaan masa yang terhad, ini adalah kerana tempoh kajian yang pendek atau masa
kajian tidak sesuai apabila bertembung dengan masa mata pelajaran lain atau kegiatan
lain di sekolah seperti kegiatan kokurikulum, kelas tambahan, baucer tuisyen (SBT) atau
program-program rasmi sekolah yang terlalu banyak dan padat.

1.6.3

Pelbagai kaedah kajian yang dijalankan seperti soal selidik, temu bual, pemerhatian, ujian
dan sebagainya mempunyai halangan dan kekangan seperti birokrasi, masa yang terhad,
kurang kerjasama dari instrumen dan sebagainya.

1.6.4

Ruang untuk kajian pula menghadapi pelbagai masalah

dan kesukaran dari segi

jantina, latar belakang kehidupan, bangsa, peranan dan persepsi ibubapa, peranan
sekolah dan lain-lain lagi.

13

ROHAIZAD B ABDULLAH FISOL


HBEF4303 730320075541002

1.7 DEFINISI ISTILAH


1.7.1 Muzik
Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, Muzik adalah satu gubahan bunyi untuk
menghasilkan satu irama yang yang berharmoni, bunyi-bunyian yang bermelodi.
1.7.2 Penghayatan
Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985,Penghayatan bermaksud, perihal
menghayati, mengalami dan merasai dalam batin.

14

ROHAIZAD B ABDULLAH FISOL


HBEF4303 730320075541002

1.8 KERANGKA KONSEP


Tidak dapat dinafikan bahawa untuk memastikan murid-murid dan guru bukan opsyen
dapat menghayati dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran muzik dengan berkesan
dalam bilik darjah ialah mereka hendaklah mempunyai minat. Disamping itu ada nya bakat
semulajadi akan menjadikan ianya satu faktor yang kukuh untuk menghayati bidang muzik.
Dalam rajah menunjukkan ringkasan konsep tersebut.
Rajah 1.1: Kerangka Konsep

Minat

Bakat

PENDIDIKAN
MUZIK

MURID
TAHUN
5 BIJAK
(50
ORANG)

Kurikulum

Cara Penyampaian
Guru
Personaliti
Guru

Keluarga &
Rakan Sebaya

15

ROHAIZAD B ABDULLAH FISOL


HBEF4303 730320075541002

1.9 RUMUSAN
Sebagai rumusan dalam bab satu ini telah menjelaskan secara ringkas tentang latar
belakang terhadap kajian yang akan dijalankan, tujuan kajian, persoalan kajian, batasan kajian,
kepentingan kajian yang mengandungi beberapa maklumat penting kepada pengkaji tentang
penghayatan murid-murid terhadap mata pelajaran pendidikan muzik dikalangan murid sekolah
rendah.
Guru yang mengajar Pendidikan Muzik di sekolah hendaklah membantu guru-guru bukan
opsyen yang terpaksa mengajar mata pelajaran tersebut berdasar kaedah-kaedah tertentu bagi
memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah dapat di laksanakan
dengan berkesan.

16

ROHAIZAD B ABDULLAH FISOL


HBEF4303 730320075541002

17

You might also like