Professional Documents
Culture Documents
SUNGAI PERAK
SUNGAI PAHANG
SUNGAI KINABATANGAN
TASIK CHINI
PULAU TIOMAN
SUNGAI RAJANG
KOTA BHARU
SIMBOL S4 S3 D3 P3 S2 S1
T3
Suatu ketika dahulu, Pasir Gudang hanyalah sebuah perkampungan nelayan. Pada tahun 1918 kawasan Pasir Gudang (dahulu disebut Kampung Pasir Udang) telah diterokai oleh seorang yang bernama Long Abu yang dipercayai berasal dari Riau, Indonesia. Apabila penduduk Kampung Pasir Udang semakin bertambah, kampung-kampung berikut telah didirikan:1. 2. 3. 4. Kampung Ulu (kini limbungan baik pulih MSE) Kampung Tengah (kini kawasan Tenaga Nasional Berhad) Kampung Hilir Kampung Sungai Perembi. Balai Polis Pasir Gudang terletak di sini.
Penduduk kampung-kampung ini terdiri dari bangsa Melayu dan sedikit Cina, kesemuanya berjumlah 83 keluarga. Mereka bekerja sebagai nelayan, petani dan buruh ladang. Pada tahun 1920, empat buah lagi kampung telah dibuka iaitu:1. 2. 3. 4. Kampung Air Biru (kini menjadi tapak pelabuhan). Kampung Pasir Merah (kini menjadi tapak pelabuhan). Kampung Pasir Puteh, masih kekal sehingga sekarang. Kampung Pulau Tekong, menjadi wilayah Singapura.
Secara tidak langsung nama Pasir Udang mengalami perubahan menjadi Kampung Pasir Gudang oleh kerana di Kampung Ulu terdapat lombong pasir untuk dieksport ke Singapura. Pasir-pasir yang telah dikumpul akan dilonggokkan dengan banyaknya di suatu tempat. Dipercayai bersempenakan keadaan tersebut maka timbulnya nama Pasir Gudang.
2. Senaraikan empat kampung yang telah didirikan apabila penduduk Kampung Pasir Udang semakin bertambah.