You are on page 1of 21

Topik7 Pembinaan Soalansoalan Berdasarkan Taksonomi Bloom HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4.

Menjelaskan konsep penilai an dan Aras Taksonomi Bloom; Menyediakan item-item pelbagai soalan objektif untu k Tahun 5 dan 6; Menyediakan item pelbagai soalan struktur untuk Pendidikan Mora l Tahun 5 dan 6; dan Menyediakan soalan esei untuk Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6. PENGENALAN Topik ini akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan konsep ujian, perkaitan antara ujian dan pemeringkatan ujian mengikut Taksonomi Bloom, penyed iaan item pelbagai soalan objektif untuk mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6, penyediaan item pelbagai soalan jenis struktur dan juga penyediaan item soalan untuk Tahun 5 dan 6.

196 TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM 7.1 KONSEP UJIAN DAN PEMERINGKATAN TAKSONOMI BLOOM Dalam dunia pendidikan pencapaian sesuatu objektif pengajaran hanya boleh diliha t melalui sistem penilaian ataupun pembinaan ujian yang bersesuaian. Pembinaan u jian di peringkat persekolahan pada kebiasaannya akan menekankan tiga aspek utam a iaitu: (a) (b) (c) Kognitif; Afektif; dan Psikomotor. Dalam konteks pendidikan moral elemen afektif ialah elemen yang banyak diberikan penumpuan berbanding kognitif dan psikomotor. Namun demikian, sebagai seorang g uru kita seharusnyalah membina ujian yang lebih seimbang agar ketiga-tiga elemen ini dapat dicernakan mengikut wajaran mata pelajaran berkaitan. Ini amat bertep atan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan kepada kesei mbangan aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Secara ringkas ujian yang meliba tkan domain kognitif, afektif dan psikomotor boleh dijelaskan seperti dalam Raja h 7.1. Rajah 7.1: Konsep penilaian

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM 197 Setiap item pembinaan ujian yang di atas memerlukan pemeringkatan yang bersesuai an berdasarkan dengan mata pelajaran tertentu. Dalam Pendidikan Moral, pemeringk atan elemen pengujian juga perlulah diketahui oleh guru. Dalam konteks ini, ia b agi menentukan setiap item soalan yang dibina oleh guru dapat mengukur apa yang perlu diukur. Pemeringkatan item berdasarkan Taksonomi Bloom ialah suatu cara ya ng sering digunakan untuk membina ataupun menentukan tahap sesuatu item ujian it u dibuat. Taksonomi Bloom mengambil kira enam hierarki atau pemeringkatan soalan , iaitu: (i) (ii) Pengetahuan; Kefahaman; (iii) Aplikasi; (iv). Analisis; (v) Sintesis; dan (vi) Penilaian. Dalam bentuk pembinaan item ujian, pemeringkatan Taksonomi Bloom ini boleh dijelaskan seperti jadual berikut:

198 TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM Jadual 7.1: Contoh Soalan dan Aras Pemeringkatan Taksonomi Bloom Aras kemahiran dalam bidang kognitif 1. Pengetahuan Menguji pengetahuan murid-murid Mengingat k embali fakta, menjelaskan erti, menjelaskan prinsip, menjelaskan istilah, menjel askan hukum, menjelaskan definisi yang telah mereka pelajari. Kefahaman Menguji kebolehan murid memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah mereka pelajari. Aplikasi Menguji kebolehan pelajar menggun akan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menye lesaikan masalah yang berkaitan. Contoh soalan Nyatakan lima prinsip Rukun Negar a 2. Huraikan dua tanggungjawab seorang anak kepada kedua ibu bapa. 3. Salmi ialah seorang murid yang jarang menguruskan diri dan jadual pembelajaranny a dengan betul. Dia selalu mengharapkan bantuan daripada orang lain untuk menyem purnakan kerja rumahnya. Jelaskan nilai yang sepatutnya diamalkan oleh Salmi aga r dia boleh menyamai dirinya dengan murid lain yang cemerlang. Banding bezakan a ntara dua watak yang terdapat di dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah. 4. Analisis Menguji kebolehan pelajar membanding dan menghuraikan faktor-faktor kes amaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain. Sintesis Menguji kebo lehan pelajar mencantumkan, menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan. 5. Lengkapkan peta minda berikut dengan meletakkan ciri-ciri pemimpin yang unggul b erdasarkan teks yang anda telah baca. Dengan memberikan contoh yang sesuai berik an penilaian anda terhadap kempen kitar semula yang telah diperkenalkan oleh pih ak kerajaan. 6. Penilaian Menguji kebolehan calon membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengk ritikkan, merumuskan atau memberi pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, p rinsip, teori dan sebagainya.

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM 199 Pemeringkatan soalan berdasarkan aras Taksonomi Bloom di atas amat penting untuk kita membuat kewajaran atau peratusan jumlah item yang akan kita bina. Kita den gan mudah akan dapat membina item soalan berdasarkan kewajaran atau nisbah jumla h darjah kesukaran berdasarkan aras Taksonomi Bloom. Ini juga secara tidak langs ung, memberikan peluang kepada kita membina item soalan secara menyeluruh merang kumi aspek pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. AKTIVITI 7.1 Pemeringkatan soalan berdasarkan aras Taksonomi Bloom amat penting dipraktikkan oleh guru dalam usaha menyediakan bentuk soalan yang baik dan relevan. Bincangka n. 7.2 7.2.1 MENYEDIAKAN ITEM-ITEM PELBAGAI SOALAN OBJEKTIF UNTUK TAHUN 5 DAN 6 Konsep Item Pelbagai Soalan Objektif Ujian jenis objektif ini dikenali sebagai objektif kerana tidak kira siapa yang memeriksa markah yang sama juga akan diperoleh. Ia juga pada kebiasaannya hanya memerlukan jawapan yang pendek iaitu hanya terdiri daripada beberapa perkataan a tau satu frasa sahaja. Contoh ujian objektif ini ialah ujian aneka pilihan, ujia n salah benar, ujian padanan dan ujian melengkapkan. Satu ciri yang utama ujian objektif ini ialah setiap calon dibekalkan satu tugasan berstruktur yang mengeha dkan tindak balas. Untuk menjawab dengan betul setiap calon juga perlulah mempun yai pengetahuan serta kefahaman khusus berkaitan dengan bidang atau tajuk yang d ipelajari. Oleh itu, ujian jenis ini tidak berupaya menguji kebolehan calon untu k memilih, menyusun, membanding beza, serta menyatukan idea dan fakta. Ujian jen is objektif ini boleh dibahagikan kepada dua kelompok utama, iaitu (i) (ii) jeni s yang memerlukan sumbangan jawapan daripada calon dan yang memerlukan calon mem buat pilihan yang tepat atau betul daripada beberapa pilihan jawapan yang disedi akan.

200 TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM 7.2.2 (a) Jenis Item yang Memerlukan Sumbangan Calon Jenis Jawapan Pendek Jenis soalan ini memerlukan calon menjawab jawapan secara p endek. Ia mungkin berbentuk satu soalan atau kenyataan dan setiap calon dikehend aki memberikan jawapan. Contohnya: Nyatakan apakah nilai yang sesuai bagi perlakuan berikut: Nina sentiasa berusaha bersungguh-sungguh agar dia mencapai kejayaan. Sumber: Siri Best Pendidikan Moral KBSR Tahun 5 Nilai _________ Beberapa peraturan haruslah diikuti oleh guru untuk memastikan item soalan objek tif jawapan pendek ini bertepatan dengan keperluan. Antaranya ialah: (i) (ii) Tu gasan soalan haruslah jelas dan jawapan yang diperlukan adalah ringkas dan tepat . Jauhkan daripada memetik perkataan atau ayat terus daripada buku teks atau pet ikan kerana ini dikhuatiri akan menyebabkan calon menghafal atau telah mengenal jawapan. (iii) Soalan langsung adalah lebih baik daripada bentuk kenyataan yang tidak len gkap. (iv) Elakkan daripada menggunakan lebih daripada satu tempat kosong. (b) J enis Item Melengkapkan Item soalan jenis ini ialah memerlukan setiap calon untuk melengkapkan ayat dengan perkataan yang tepat. Walaupun nampak mudah, tetapi se benarnya soalan jenis ini banyak memerlukan hafalan dan mengingat kembali fakta. Contohnya: Sumber: Siri Best Pendidikan Moral KBSR Tahun 5

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM 201 Prinsip yang perlu diikuti oleh guru apabila hendak membina item jenis ini ialah : (i) (ii) Gunakan kenyataan yang tugasnya adalah spesifik dan jelas. Jauhkan da ripada menggunakan terlalu banyak tempat kosong. (iii) Setiap kenyataan hanya untuk satu jawapan sahaja. (iv) Tidak digalakkan me metik terus perkataan atau ayat daripada buku teks. (v) Garisan yang dibina hend aklah sama panjang. (vi) Perkataan atau frasa yang ditinggalkan haruslah merupakan isi penting. (c) Jenis Ujian Objektif Pilihan Terdapat tiga jenis ujian objektif pilihan iaitu (i ) (ii) Item benar atau salah; Item padanan; dan (iii) Item aneka pilihan. (i) Item Benar atau Salah Item benar atau salah ialah jenis objektif yang hanya memerlukan calon menjawab sama ada benar atau salah at aupun dengan menandakan ( ) pada jawapan yang benar dan ( ) pada jawapan yang sa lah. Contohnya:

202 TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM Prinsip yang perlu dipraktikkan oleh guru untuk membina item jenis benar atau sa lah ini ialah seperti berikut: Elakkan daripada pokok soalan yang terlalu umum E lakkan daripada menggunakan kenyataan yang kurang penting Elakkan daripada kenya taan negatif atau mengandungi dua negatif Jauhkan daripada ayat yang terlalu pan jang dan kompleks Kenyataan bagi jawapan benar atau salah seharusnya sama panjan g Bilangan kenyataan benar dan salah seharusnya sama banyak Pastikan setiap keny ataan mengandungi satu idea utama sahaja Jauhkan daripada memetik pokok soalan t erus daripada buku teks. (ii) Item Padanan Item jenis ini memerlukan setiap calo n untuk memadankan gambar, perkataan atau apa sahaja bentuk yang mempunyai perta lian atau berpadanan dengan kenyataan yang diberikan di sebelah kiri dan padanan nya di sebelah kanan. Contohnya Prinsip yang perlu dipatuhi oleh guru apabila membina item ujian jenis ini: Usah a memadankan dicadangkan supaya berbentuk homogen Jumlah butiran soalan di sebel ah kiri perlulah berbeza dengan butiran sebelah kanan Asas padanan yang diberika n perlulah logikal

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM 203 Pastikan setiap arahan jelas dan difahami calon Setiap soalan dan jawapan perlul ah dalam halaman yang sama Susunan perlulah secara logik dan mengikut urutan yan g jelas (iii) Item Aneka Pilihan Item jenis ini diperakui bahawa yang paling ses uai dan banyak digunakan. Item ini mempunyai reputasi yang jelas untuk mengukur hasil pembelajaran. Item aneka pilihan terdiri daripada satu masalah dan satu se narai jawapan cadangan. Cadangan jawapan mungkin terdiri daripada perkataan, nom bor, simbol, frasa, dan ayat yang dikatakan sebagai pilihan-pilihan jawapan atau pengganggu. Hanya satu sahaja jawapan yang tepat. Contohnya: Dua sahaja jawapan dan murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul Bulatkan amalan yang betul mengikut kenyataan yang diberikan di bawah ini: 1. Ka um Melayu, Cina dan India hidup dalam keadaan aman, damai serta harmoni. A. Sent iasa hormat menghormati B. Saling memaafi Kita mesti menghormati adat dan keperc ayaan semua kaum di negara kita A. Menghormati agama kaum lain B. Mengikuti agam a kaum lain 2. Empat jawapan dan murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul Pilih Jawapan Yang Paling Tepat 1. Apakah sikap yang perlu ada pengguna jalan ra ya? A. Mementingkan diri sendiri B. Berlumba-lumba di jalan raya C. Berhemah ser ta mematuhi undang-undang D. Lemah lembut Seseorang rakyat yang cinta akan negar a kita patut I Menyokong program-program pembangunan negara II Memberi sumbangan ke arah kemajuan negara III Memastikan diri sentiasa berpakaian kemas untuk men jaga imej negara IV Bekerja kuat untuk meningkatkan pendapatan sendiri A. B. C. D. I dan II I dan III II dan III III dan IV 2.

204 TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM Ee Ah Meng (1998) menyenaraikan beberapa prinsip yang perlu dipatuhi ketika memb ina item ujian jenis aneka pilihan adalah seperti berikut: Pokok soalan haruslah bermakna dan membayangkan satu permasalahan yang khusus. Pokok soalan perlulah mengandungi bahan yang relevan sahaja. Kurangkan pokok soalan dalam bentuk negat if. Semua pilihan jawapan hendaklah sejajar dengan pokok soalan dari segi bahasa . Satu item soalan mestilah mempunyai satu jawapan yang betul dan tepat. Penggan gu yang baik adalah munasabah dan hampir-hampir sama. Panjang setiap penggangu p erlulah sama atau hampir-hampir sama. Kedudukan jawapan A, B, C dan D perlulah d iubah dan elakkan daripada membina satu corak pada kertas jawapan. Kurangkan pen ggangu dengan menggunakan perkataan Tiada jawapan atau Semua jawapan di atas. Sekura ng-kurangnya sediakan empat atau mengurangkan peluang murid membuat tekaan. lima jawapan untuk Pemeringkatan aras soalan boleh diubah-ubah untuk mengukur pencapaian murid di p eringkat yang lebih tinggi. Setiap pilihan jawapan perlulah disusun mengikut ter tib dan secara berkronologi. 7.2.3 Kebaikan dan Kelemahan Ujian Jenis Objektif Jadual 7.2: Kebaikan dan Kelemahan Ujian Jenis Objektif Kebaikan Kelemahan Pembi naan item ujian sukar dan memerlukan kepakaran serta masa yang panjang Kurang da pat menguji kebolehan calon pada aras yang lebih tinggi Murid tidak dapat menghu raikan idea Ada calon yang merasakan tidak perlu banyak membuat persiapan kerana setiap soalan ada jawapan. Ada murid yang cuba meneka Berupaya menguji semua bidang mata pelajaran dengan luas Dapat menguji aras kogn itif peringkat pengetahuan, kefahaman, dan aplikasi dengan berkesan Masa menjawa b dan memeriksa ringkas Keobjektifannya adalah tinggi kerana jawapan yang diperl ukan adalah tepat. Item ujian dipersembahkan dengan bahasa yang mudah

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM 205 Unsur emosi dapat dielakkan Calon yang lemah penguasaan bahasanya juga boleh men jawab Kebolehpercayaan keputusan adalah tinggi sebab banyak soalan yang boleh di sediakan. Item soalan sukar untuk diubah olah mengikut susunan bahasa. SEMAK KENDIRI 7.1 1. 2. 3. Nyatakan empat jenis item soalan jenis objektif. Tuliskan dua kebaikan item soalan jenis objektif dan dua kelemahan item soalan jenis objektif. Jelaska n empat prinsip pembinaan soalan item jenis objektif. 7.3 MENYEDIAKAN ITEM-ITEM PELBAGAI SOALAN STRUKTUR UNTUK TAHUN 5 DAN 6 Konsep Soalan Struktur 7.3.1 (a) (b) (c) (d) (e) (f) Soalan struktur ialah jenis soalan yang memerlukan murid-murid memberikan jawapa n dalam bentuk tulisan atau lisan. Jawapan yang diberikan merupakan satu penyele saian kepada isu yang dikemukakan seperti isu nilai, sikap dan tingkah laku. Tin dak balas jawapan adalah terhad kerana ia memerlukan jawapan pada kadar ataupun penyelesaian masalah yang disoal sahaja. Jawapan pada kebiasaannya dalam bentuk satu ayat sahaja atau satu perenggan tetapi tidak begitu panjang. Ia adalah bers ifat terhad kerana memerlukan jawapan yang berstruktur. Soalan juga boleh dibina berdasarkan aras Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analis is, sintesis dan penilaian.

206 TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM 7.3.2 Prinsip Pembinaan Soalan Struktur Ee Ah Meng (1998) telah menyenaraikan beberapa prinsip pembinaan soalan jenis st ruktur. Antaranya ialah: (a) (b) Setiap set soalan mestilah dirancang dengan men ggunakan Jadual Penentuan Ujian (JPU). Setiap soalan perlulah jelas dan boleh di fahami dengan mudah oleh murid. Gunakan penanda soalan nyatakan, susunkan, jelas kan, bezakan, huraikan dan bincangkan. Pemarkahan bagi setiap soalan perlulah di nyatakan kerana ini akan membantu murid mengetahui tahap markah bagi setiap soal an. Pemilihan soalan perlulah dibuat dengan teliti agar ia dapat merangkumi kese luruhan topik. Arahan untuk murid perlulah jelas. Soalan struktur yang banyak pi lihan adalah tidak digalakkan Bina soalan mengikut kesesuaian aras kebolehan men tal murid. Soalan struktur lebih sesuai untuk aras analisis, sintesis dan penila ian. (c) (d) (e) (f) (g) (h) Contoh Soalan Struktur Soalan struktur memerlukan jawapan terhad. 1. 2. Berikan dua sebab mengapa kita perlu mengamalkan hidup secara sederhana. (2 markah) Nyatakan pandangan agama tentang kasih sayang terhadap keluarga. (2 markah) Soalan struktur memerlukan jawapan panjang. 1. 2. Huraikan cara-cara menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga mengikut aja ran agama. (4 markah) Huraikan sikap yang perlu ada pada rakyat Malaysia terhadap kebudayaan pelbagai kaum. (4 markah)

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM 207 7.3.3 Pembinaan Soalan Struktur Berasaskan Taksonomi Bloom Jadual 7.3: Pembinaan Soalan Struktur Melalui Taksonomi Bloom Aras Soalan Taksonomi Bloom Aras Pengetahuan Tujuan Soalan Soalan-soalan ini menguji kebolehan murid untuk mengingati kembali maklumat, istilah dan fakta Soalan jenis ini bertujuan untuk menguji kefahaman murid dan boleh menterjemah, menginterpretasi, membuat jangkaan atau ekstrapolas i Soalan jenis aplikasi memerlukan murid-murid menggunakan prinsip, konsep, dan fakta yang telah dipelajari untuk menyelesaikan sesuatu masalah Soalan jenis ini memerlukan murid-murid mencerakinkan idea-idea besar kepada bahagian-bahagian y ang lebih kecil. Ia juga bertujuan untuk menguji kebolehan murid-murid membuat p erbandingan iaitu dengan mengkaji perbezaan dan persamaan serta cuba memahami pe rhubungan yang ada Soalan aras sintesis ialah soalan yang menggabungkan atau men gintergrasikan idea-idea untuk membina suatu rumusan atau kesimpulan. Soalan ara s ini memerlukan murid- murid membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara melal ui pemikiran yang rasional dan logik Kata kerja digunakan Nyatakan Senaraikan Berikan Apakah Jelaskan, Huraikan, Tera ngkan, Mengapa, Bagaimanakah, Terangkan Contoh Nyatakan dua sebab mengapa aktiviti gotong royong itu amat berfaedah kepada masy arakat setempat. Jelaskan apakah faedahnya jika kita mengamalkan hidup secara be rtoleransi. Bagaimanakah caranya masalah disiplin di dalam bilik darjah dapat di kurangkan? Aras Kefahaman Aras Aplikasi Aras Analisis Cerakinkan, Bezakan, Bandingkan, Jelaskan, dan Analisiskan Jelaskan bagaimanakah prinsip Rukun Negara boleh membantu masyarakat Malaysia hi dup secara aman dan bertoleransi Aras Sintesis Rumuskan, Buat Kesimpulan, Ciptakan Bagaimanakah anda boleh mengintergrasikan ajaran agama dalam kehidupan bermasyar akat di Malaysia? Sejauh manakah kempen keselamatan jalan raya telah mencapai ob jektifnya? Aras Penilaian Apakah pendapat anda? Sejauh manakah?

208 TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM AKTIVITI 7.2 Sejauh manakah item soalan jenis struktur dikatakan lebih baik daripada item soa lan jenis objektif? Nyatakan perbezaan yang amat jelas tentang kedua-dua jenis i tem soalan ini untuk Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6. 7.3.4 Kebaikan dan Kelemahan Soalan Jenis Struktur Jadual 7.4: Kebaikan dan Kelemahan Soalan Jenis Struktur Kebaikan Kelemahan Pema rkahan adalah bersifat subjektif Bidang penyoalan agak terbatas Pemarkahan panja ng mengambil masa yang akan Mudah dibina dan ditadbir Ia berupaya mencungkil kebolehan murid memberikan idea yang bernas dan logik Ia boleh digunakan untuk kebanyakan mata pelajaran Murid boleh diuji kematangan mereka menyusun idea, menterjemah idea, dan lain-lain. Pe luang untuk meneka jawapan adalah sukar Ia menggalakkan murid sentiasa bersedia Peluang meniru dapat dikurangkan Dapat mengukur hasil pembelajaran yang lebih ko mpleks Faktor tulisan dan kekemasan mempengaruhi pemarkahan Kesan halo mungkin akan timbul di mana pemarkahan pada soalan pertama yang tingg i mempengaruhi berikutnya. Tahap penguasaan bahasa mempengaruhi murid memahami p enyoalan Emosi juga mungkin akan mempengaruhi pemarkahan. 7.4 7.4.1 (a) (b) (c) MENYEDIAKAN ITEM-ITEM SOALAN ESEI UNTUK TAHUN 5 DAN 6 Konsep Soalan Jenis Esei Soalan esei tergolong dalam soalan jenis subjektif tetapi ia memerlukan jawapan yang lebih panjang. Permasalahan yang ditimbulkan memerlukan murid-murid merangk a jawapan berasaskan beberapa isi yang relevan. Isu atau permasalahan yang ditim bulkan ringkas tetapi jawapannya adalah amat luas.

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM 209 (d) (e) (f) (g) (h) (i) Idea dan fakta dibincangkan secara bersepadu untuk memperoleh jawapan yang tepat . Soalan jenis esei juga berbentuk perbandingan, huraian, perbincangan dan renca na. Murid menjawab soalan dalam tulisan atau perkataan sendiri. Murid bebas memi lih, menerangkan dan membentangkan idea-idea dengan perkataan sendiri. Pemeriksa memeriksa secara subjektif, holistik, analitik (mengikut kriteria pemarkahan). Soalan jenis esei memerlukan murid menguasai bahasa dengan baik. 7.4.2 Prinsp Pembinaan Soalan Esei Ee Ah Meng (1998) dan Mok Soon Sang (1997) telah menyenaraikan beberapa prinsip soalan jenis esei. Antaranya ialah: (a) (b) (c) (d) (e) Soalan esei perlulah dit ulis untuk menyelesaikan satu masalah. Soalan esei dibina untuk memberikan pelua ng kepada murid menjelaskan idea atau atau fakta. Soalan esei seharusnya dibina berasaskan tahap kebolehan murid-murid. Soalan perlulah jelas dan mudah difahami oleh murid. Bina soalan esei menggunakan kekunci kata kerja seperti huraikan, b incangkan, bandingkan dan lain-lain. 7.4.3 Contoh Soalan Esei Menangani isu sosial merupakan tanggungjawab bersama. Adakah kamu bersetuju deng an pernyataan tersebut ? Bincangkan. Ramalkan apakah yang akan berlaku sekiranya masyarakat tidak memainkan peranan membantu kerajaan menjaga kebersihan dan kei ndahan alam sekitar. Huraikan kepentingan amalan baik hati terhadap pelbagai lap isan masyarakat di Malaysia. Ketiga-tiga soalan di atas memerlukan jawapan yang panjang dan lontaran idea ser ta fakta oleh murid. Penggunaan bahasa yang baik dalam bentuk ayat dan wacana ya ng sesuai juga diperlukan. Soalan jenis ini memang sesuai untuk menguji keboleha n murid menjelaskan idea serta fakta yang mereka ketahui.

210 TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM Murid bebas tetapi masih dalam lingkungan perbincangan untuk menjawab setiap per soalan. Pada kebiasaan setiap persoalan atau masalah yang dinyatakan telah dibin cangkan atau dalam lingkungan pengetahuan serta kefahaman murid. SEMAK KENDIRI 7.2 1. 2. 3. Nyatakan prinsip-prinsip penyediaan soalan jenis esei Berikan empat keb aikan soalan jenis esei untuk mata pelajaran Pendidikan Moral. Dengan merujuk sa lah satu topik dalam Pendidikan Moral Tahun 6 bina soalan jenis esei aras penila ian mengikut pemeringkatan Taksonomi Bloom. 7.5 7.5.1 (a) (b) (c) (d) (e) BANK ITEM SOALAN UNTUK TAHUN 5 DAN 6 Konsep Bank Item Sekumpulan alat penilaian yang disimpan bagi kegunaan ujian. Soalan dibina oleh kelompok guru dalam sesebuah sekolah atau daerah. Setiap soalan perlulah ditelit i dan diawasi dari semasa ke semasa serta diuji darjah kesukarannya bagi penamba hbaikan. Setiap soalan adalah berasaskan unsur tempatan yang dijadikan bahan pen gajaran dan pembelajaran murid. Soalan yang tersimpan di dalam bank soalan boleh digunakan pada bilabila masa. 7.5.2 (a) (b) (c) (d) Langkah-langkah Menggunakan Bank Item Tentukan apakah kemahiran yang hendak dinilai. Tentukan peringkat pengujian soal an. Rujuk pada kad yang mengandungi soalan-soalan dalam bank item. Buat pilihan mengikut keperluan.

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM 211 7.5.3 (a) (b) (c) (d) (e) (f) Penyediaan Bank Item di Peringkat Sekolah Tugas penyediaan bank item ialah tanggungjawab bersama guru mata pelajaran Pendi dikan Moral di sekolah. Setiap guru Pendidikan Moral diperlukan menghasilkan soa lan selepas membuat penilaian murid di dalam bilik darjah. Soalan-soalan yang ba ru dimasukkan ke dalam bank item. Soalan yang kurang relevan dan tidak sesuai di keluarkan. Bank item perlu disimpan di tempat yang paling selamat. Guru perlu me mbuat penilaian darjah kesukaran item setiap kali lepas ujian dilaksanakan. 7.5.4 (a) (b) (c) (d) Penyediaan Bank Item di Peringkat PPD Item diselia dan disimpan di peringkat daerah. Soalan ialah sumbangan setiap gur u mata pelajaran Pendidikan Moral dalam daerah. Setiap guru yang mengajar mata p elajaran Pendidikan Moral ialah panel penggubal soalan. Tabung soalan boleh digu nakan oleh pihak sekolah melalui pemantauan dan pengurusan jawatankuasa tabung s oalan. 7.5.5 (a) (b) (c) (d) (e) (f) Langkah-langkah Pembinaan Bank Item Pertama sekali ialah tentukan apakah kemahiran yang hendak dicapai oleh murid. G uru boleh menggubal sendiri ataupun dengan mengutip daripada latihan-latihan yan g telah diberikan. Pastikan setiap soalan menepati keperluan objektif dan hasil pembelajaran. Buat penilaian dan saringan serta mengumpul soalan-soalan yang dif ikirkan baik dan sesuai. Soalan-soalan yang baik sahaja perlu disimpan dalam tab ung soalan. Buat perbincangan bersama rakan yang mengajar mata pelajaran Pendidi kan Moral dan nilai setiap soalan secara bersama.

212 TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM (g) Peringkatkan soalan mengikut aras untuk memudahkan penentuan soalan berdasarkan Jadual penentuan Ujian. Pengujian amat penting untuk memastikan setiap objektif pengajaran dan pembelaja ran dapat diukur pencapaiannya. Pembinaan ujian banyak dipengaruhi oleh pemering katan Taksonomi Bloom. Pemeringkatan Taksonomi Bloom bermula pada aras yang asas iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan yang paling ting gi sekali ialah penilaian. Item soalan jenis objektif dikatakan objektif kerana setiap soalan dan jawapan yang diberikan adalah sama dan pembahagian markahnya j uga adalah bersifat objektif tidak dipengaruhi oleh perasaan, situasi, atau kead aan semasa penanda menanda jawapan. Item soalan jenis objektif terbahagi kepada item jenis jawapan sumbangan calon dan ujian jenis objektif pilihan. Jawapan sum bangan calon terdiri daripada jawapan pendek dan melengkapkan. Manakala jenis uj ian objektif pula terdiri daripada padanan, benar/salah dan aneka pilihan. Beber apa prinsip pembinaan item ujian sama ada jenis objektif, aneka pilihan salah/be nar dan padanan perlulah dipatuhi oleh guru agar setiap jawapan mempunyai kebole hpercayaan, kesahan, dan kredibilitinya tersendiri. Soalan jenis struktur ialah soalan yang memerlukan jawapan murid sama ada secara bertulis ataupun lisan. Soa lan esei yang dibina perlulah berbentuk penyelesaian atau penghuraian sesuatu is u atau masalah. Soalan struktur mudah dibina jika dibandingkan dengan soalan jen is objektif tetapi ia berupaya mencungkil pengetahuan dan daya berfikir murid se cara menyeluruh. Soalan esei tergolong dalam soalan jenis subjektif tetapi ia me merlukan jawapan yang lebih panjang.

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM 213 Permasalahan yang ditimbulkan memerlukan murid-murid merangka jawapan berasaskan beberapa isi yang relevan. Isu atau permasalahan yang ditimbulkan ringkas tetap i jawapannya adalah amat luas. Soalan esei perlulah ditulis untuk menyelesaikan satu masalah. Soalan esei dibina untuk memberikan peluang kepada murid menjelask an idea atau atau fakta. Bank item ialah sekumpulan alat penilaian yang disimpan bagi kegunaan ujian yang berikutnya. Dalam bank item, setiap soalan perlulah di teliti dan diawasi dari semasa ke semasa serta diuji darjah kesukarannya bagi pe nambahbaikan. Langkah membina soalan untuk bank item bermula di peringkat sekola h dan seterusnya di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Secara keseluruhan nya setiap ujian yang dibina itu perlulah mempunyai tahap kebolehpercayaan, keob jektifan, kebolehtadbiran, keesahan, dan mengukur apa yang perlu diukur. Afektif Bank item Item jenis esei Item jenis objektif Item jenis struktur Jadual penentuan ujian Keboletadbiran Keesahan Keobjektifan Kognitif Psikomotor Taksonomi Bloom Ujian kecerdasan

214 TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM Ee Ah Meng. (1998). Pedagogi III: pengujian dan penilaian, pemulihan, pengayaan dan pendidikan inklusif. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Fatimah Salleh (t.t). Siri Best Pendidikan Moral KBSR. Seri Kembangan: Cemerlang Publication. Gronlund, N. E. (1981). Measurement and Evaluation in Teaching. New York: MacMil lan Publishing Co. Inc. Kementerian Pelajaran Malaysia. (1983). Panduan penilaia n dalam bilik darjah KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang . (1997). Pedagogo 3: Pengujian dan penilaian, pemulihan, pengayaan, dan pendidi kan inklusif. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Nur Munirah Teoh Abdullah et al. (2007). Pendidikan Moral Tahun 6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Shahbuddin Hashim et al. (2003). Pedagogi: strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Bentong: PTS Publications Sdn Bhd.

You might also like