Professional Documents
Culture Documents
Anjakan Buletin Bulanan Transformasi KPM Isu Ke-12, Bulan Mac 2014
Anjakan Buletin Bulanan Transformasi KPM Isu Ke-12, Bulan Mac 2014
an Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 Dialog Timbalan Menteri Pendidikan II Bersama-sama Mahasiswa
Mac 2014
Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Malaysia
Pemimpin sekolah adalah penggerak utama yang paling penting di peringkat sekolah untuk keberhasilan murid. Kita tidak boleh berkompromi di dalam hal kualiti guru dan kompentensi Pengetua dan Guru Besar kita.
Datuk Dr. Khair Bin Mohamad Yusof Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Pemimpin di semua peringkat di bawah Kementerian Pendidikan perlu melaksanakan tindakan dengan pantas dan cepat. Perkara yang penting adalah bagi semua warga pendidik dapat menghayati hasrat dan pelan yang dilaksanakan. Jiwa warga pendidik perlu dimenangi. Menilai kemampuan: Membina apa yang perlu dilaksana Bertindak berdasarkan setiap perancangan memberi keutamaan kepada tugas mengikut keutamaan dan mempunyai keberhasilan yang tinggi; Berupaya untuk membuat anjakan dan lonjakan.
Ketua Editor
Jika ada sebarang cadangan dan maklumat berkaitan PPPM, hantarkan kepada kami.
Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan Aras 3, Blok E9, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Tel: 88721605 rosli@padu.edu.my intan@padu.edu.my
Piagam Pemimpin Sekolah (PPS) merupakan inisiatif di bawah Program Tranformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Anjakan 5, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Terdapat 5 komponen utama dalam Piagam Pemimpin Sekolah seperti Syarat Baharu Pemilihan Pengetua/Guru Besar, Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL), Program Residency dan Immersion (PRIme), Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dan Pemberian Tawaran Baru (New Deals). Kementerian akan memastikan setiap sekolah, tanpa mengira lokasi dan tahap prestasi, mempunyai Pengetua/Guru Besar dan pasukan kepimpinan sokongan yang berkualiti tinggi untuk menyediakan kepimpinan pendidikan dan memacu prestasi sekolah secara keseluruhan. Kementerian akan mencapai matlamat ini dengan memperkenalkan pakej kerjaya baharu kepimpinan sekolah bagi memperkukuh cara Pengetua/ Guru Besar dipilih, dilatih dan diberi ganjaran.
PRE RESIDENCY
TINDAK SUSUL
PENEMPATAN
IMMERSION
RESIDENCY
Bebas daripada tindakan tatatertib Telah mengisytiharkan harta Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bebas daripada senarai tegar institusi pinjaman pendidikan Diperakukan oleh Ketua Jabatan
SYARAT KHUSUS
Telah dinaikan pangkat ke:
a) Gred DG48 (PPPS) b) Gred DGA32 atau c) Sekurang-kurangnya 5 tahun di Gred DGA29 (SKM)
Lulus NPQEL atau NPQH Mempunyai pengalaman berkhidmat sekurang-kurangya tiga tahun sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran/ Ketua Bidang/ Penolong Kanan/ jawatanjawatan pentadbiran di PPD/ JPN/ Bahagian/ IAB/ IPG/ KM Mempunyai sekurangkurangnya 3 tahun tempoh perkhidmatan sebelum bersara (tertakluk kepada tarikh kekosongan) Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan
SESI INTERAKSI
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
Tarikh: 6 Mac 2014 Tempat: Kompleks Cahaya Siswa USM Masa: 3.00 Petang Kehadiran: 250 peserta
Tarikh: 7 Mac 2014 Tempat: Auditorium Perpustakaan Masa: 3.00 Petang Kehadiran: 120 peserta
Tarikh: 8 Mac 2014 Tempat: Auditorium Pusat Islam Masa: 4.00 Petang Kehadiran: 100 peserta
Saya memang tidak pernah mendengar tentang PPPM, tetapi saya rasa memang perlu mahasiswa seperti kami diberi penerangan yang jelas tentang hala tuju pendidikan negara.
Buvaneswary a/p Ganesan Tahun 3, Jurusan Pendidikan Universiti Sains Malaysia
Saya pernah mendengar tentang PPPM, namun belum pernah menghadiri mana-mana program yang berkaitan. Sesi ini sangat menarik kerana Timbalan Menteri sendiri turun padang bertemu kami.
Nurul Nabilah Takiudin Tahun 3, Jurusan Pendidikan Universiti Sains Malaysia