You are on page 1of 29

KAJIAN TINDAKAN

NAMA PENYELIDIK NAMA INSTITUSI NAMA SEKOLAH IPG KAMPUS GAYA KOTA KINABALU, SABAH. SEKOLAH RENDAH SEKITAR KOTA KINABALU, SABAH. PERMAINAN SNAKE LADDER DAN TAJUK PENGGUNAAN MINI TRIANGLE DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELOMPAT SEBELAH KAKI. AINUN MARDIAH BINTI IBRAHIM.

Page 1

KAJIAN TINDAKAN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pergerakan Asas merupakan salah satu kemahiran yang terdapat dalam Tunjang Kemahiran dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Tajuk pergerakan asas ini hanya akan di ajar kepada murid-murid Tahap 1 iaitu muridmurid dari tahun 1 hingga tahun 3. Pergerakan asas merangkumi konsep pergerakan dan kemahiran motor asas. Konsep pergerakan merupakan pengetahuan dan pemahaman tentang pergerakan yang membenarkan individu mengadaptasi dan memodifikasikan pergerakan untuk mencapai matlamat pergerakan yag spesifik.

Tujuan

pengajaran

kemahiran

pergerakan

asas

ialah

untuk

membolehkan setiap kanak-kanak menggunakan tubuh badan mereka sebagai alat untuk melakukan pergerakan dengan cara yang berkesan, iaitu mendorong kanak-kanak untuk mengkaji perkaitan antara pergerakan asas dengan elemenelemen pergerakan seperti ruang, masa dan kuasa. Pergerakan asas juga bertujuan untuk melatih kanak-kanak untuk melakukan setiap kemahiran asas dengan betul, serta meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang pergerakan yang dihasilkan. Kemahiran-kemahiran asas boleh dikategorikan kepada tiga

Page 2

KAJIAN TINDAKAN komponen iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan Manipulasi Alatan.

Kemahiran Lokomotor memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain. la dibahagikan kepada dua, iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran ini mengandungi lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata. Antara lima pergerakan Beritma Sekata ialah berjalan, berlari, melompat dengan dua belah kaki, meloncat dan melompat dengan sebelah kaki. Manakala tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata ialah skip, menggelongsor dan galop.

Kemahiran Bukan Lokomotor pula merupakan kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan dasar penyokong seseorang. Kemahiran Bukan Lokomotor boleh dilihat dalam beberapa pergerakan. Antaranya menarik ialah, dan

membongkok, menghayun.

meregang,

mengilas,

memusing,

menolak,

Manakala Manipulasi alatan pula merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Melalui pembelajaran kemahiran ini, murid-murid dapat mengawal dan mengendalikan pelbagai objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, kayu, reben, gelung kecil, belantan dan sebagainya yang berbeza dari segi bentuk, saiz, dan komposisi. Menurut Thomas, Lee & Thomas (1988), ada menyatakan bahawa manipulasi alatan melibatkan tiga aspek iaitu memberi

Page 3

KAJIAN TINDAKAN tenaga kepada objek (melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul), menguasai objek (menangkap dan menyambut) serta mengawal objek (menggelecek dan memantul bola).

Secara tuntasnya, Kemahiran Pergerakan Asas merupakan subjek yang amat penting dalam Pendidikan Jasmani. Hal ini kerana, melalui subjek ini, guru-guru dapat membentuk kemahiran asas murid-murid dari awal agar mereka melakukan pergerakan-pergerakan asas dengan betul. Hal ini penting kerana, tanpa kita sedari pergerakan-pergerakan asas ini kita sentiasa gunakan dalam kehidupan seharian. Sekiranya murid-murid tidak didedahkan dengan perlakuan yang betul dalam pergerakan asas, pergerakan seharian murid-murid akan terbantut kerana kesilapan-kesilapan kecil dalam pergerakan yang dilakukan. Oleh itu, Kemahiran Pergerakan Asas amat penting dan perlu dipelajari dan dibentuk semasa kanak-kanak masih kecil lagi.

1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sepanjang menjalani sesi praktikum pada tahun 2012 dan tahun 2013 di sekolah sekitar Kota Kinabalu, saya mendapati bahawa terdapat satu

masalah yang sering berlaku dalam kemahiran yang di ajar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Masalah tersebut ialah kesilapan semasa melakukan kemahiran Melompat Sebelah Kaki dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Melalui pemerhatian yang saya lakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas tahun 2 pada 18 Februari 2013, 80% murid-murid tahun 2 tidak dapat melakukan kemahiran Melompat Sebelah

Page 4

KAJIAN TINDAKAN Kaki dengan betul. Walaupun mereka telah diajar dan ditunjukkan teknik yang betul semasa melakukan kemahiran Melompat Sebelah Kaki namun begitu, murid-murid tahun 2 hanya dapat melakukan teknik yang betul dalam jangka masa yang terlalu singkat. Selepas itu, mereka akan melakukan perbuatan yang sama iaitu perlakuan Melompat Sebelah Kaki yang tidak betul.

Masalah ini merupakan satu masalah yang serius dan perlu dibentuk semenjak murid-murid kecil lagi. Hal ini kerana, sekiranya kemahiran asas seperti ini tidak dibentuk dengan betul semasa sekolah rendah, murid-murid tersebut akan sentiasa melakukan kesalahan yang sama sehingga mereka dewasa. Pada waktu itu, murid-murid akan sukar untuk dibentuk semula kerana mereka sudah terbiasa melakukan kemahiran yang salah sejak kecil lagi. Oleh hal yang demikian, guru-guru khususnya guru sekolah rendah perlu memainkan peranan dan mencari jalan penyelesaian ke atas masalah ini agar kesilapan-kesilapan dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani seperti ini akan berkurangan disamping dapat membentuk kemahiran motor murid-murid dengan baik.

1.3 REFLEKSI NILAI PENDIDIKAN

Melalui dapatan kajian yang telah dijalankan, saya dapati ramai dalam kalangan murid di sekolah tersebut yang masih dikategorikan sebagai lemah dalam kemahiran Melompat Sebelah Kaki. Banyak kajian dan tokoh-tokoh seperti David Jonsson Holm, Kelly Baggett dan Justin W. L. Keogh yang telah mengkaji mengenai Melompat Sebelah Kaki dan kuasa kaki. Namun ia masih lagi kurang kajian yang

Page 5

KAJIAN TINDAKAN dilaksanakan di Malaysia. Justeru, satu kajian yang komprehensif perlu dijalankan khususnya dalam kajian yang melibatkan kemahiran Melompat Sebelah Kaki dalam kalangan murid-murid sekolah di Malaysia. Pelbagai teori pendidikan yang boleh diterapkan semasa melakukan aktiviti berkaitan yang berkaitan dengan Melompat Sebelah Kaki antaranya melalui Teori Pendidikan Pergerakan (Butler & Griffin, 2005). Menurut beliau teori ini menekankan pengetahuan dan kemahiran asas yang perlu untuk melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan asas, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta model permainan kanak-kanak. Melalui Teori Pendidikan Pergerakan ini ia dapat memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pergerakan aktiviti seharian murid. Teori ini sangat bersesuaian dalam permainan dan kemahiran yang bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak dan diaplikasi dalam berbagai pergerakan semua jenis permainan di peringkat yang lebih tinggi.

1.4 TINJAUAN LITERATUR

Kemahiran Melompat Sebelah Kaki merupakan salah satu kemahiran yang terdapat dalam silibus mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Kemahiran ini diajar di bawah tunjang Kemahiran iaitu tajuk Pergerakan Asas yang dikhaskan untuk murid-murid Tahap 1 iaitu murid-murid tahun 1 hingga 3 (KSSR). Kemahiran Melompat Sebelah Kaki ini sangat penting untuk dipelajari kerana kemahiran ini mampu meningkat tahap Kekuatan otot kaki dan Kuasa kaki. Menurut David Jonsson Holm (2000), beliau ada mengatakan dalam kajiannya bahawa Aktiviti melompat dengan sebelah kaki mampu meningkatkan kuasa kaki kanak-kanak sekiranya dilakukan

Page 6

KAJIAN TINDAKAN secara berterusan. Oleh hal yang demikian, kemahiran Melompat Sebelah Kaki ini amat penting untuk dipelajari kerana kemahiran ini mampu meningkatkan tahap kekuatan otot murid dan kuasa kaki murid.

Namun begitu, objektif pembelajaran sering tidak tercapai kerana kesilapan yang berlaku semasa melakukan kemahiran Melompat Sebelah Kaki. Kesilapan-kesilapan yang dilakukan menjadikan murid-murid tidak dapat melakukan pergerakan Melompat Sebelah Kaki dengan sempurna dan menyebabkan murid-murid tidak suka untuk melakukan pergerakan ini. Kenyataan ini disokong oleh Kelly Baggett (2007) yang mengatakan bahawa sesi pengajaran kemahiran Melompat Sebelah Kaki ini mengambil masa

yang agak lama kerana terdapat ramai murid-murid yang tidak dapat melakukan kemahiran ini dengan baik berbanding murid-murid yang dapat melakukannya dengan betul. Oleh itu, guru-guru harus sedar bahawa kemahiran ini perlu diberi perhatian kerana sekiranya hanya segelintir sahaja murid yang dapat menguasai kemahiran ini maka, objektif pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai.

Melalui pemerhatian saya juga, apabila murid-murid melakukan kemahiran Melompat Sebelah Kaki tanpa menggunakan teknik yang betul, kecederaan akan berlaku. Sebagai contoh, sebelah kaki yang tidak diangkat dengan betul dan terlalu rendah menyebabkan murid-murid mudah terjatuh dan menyebabkan kecederaan. Kenyataan ini telah disokong oleh Justin W. L. Keogh (2001) yang menyatakan bahawa kemahiran Melompat Sebelah Kaki yang tidak dilakukan dengan teknik yang betul akan menyebabkan risiko

Page 7

KAJIAN TINDAKAN yang tinggi ke arah kecederaan bahagian lutut dan bahagian buku lali. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlu mengambil perhatian berkenaan kemahiran Melompat Sebelah Kaki ini. Sekiranya perlakuan tidak dibenarkan dengan betul, risiko kecederaan akan meningkat dalam kalangan muridmurid.

Page 8

KAJIAN TINDAKAN

BAB 2

FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

2.1 ISU KAJIAN

Permasalahan yang ingin saya kaji dan perbaiki ialah kemahiran Melompat Sebelah Kaki dalam kalangan pelajar sekolah yang dipilih semasa sesi praktikum fasa ketiga. Melalui pemerhatian saya semasa sesi pengajaran Pendidikan Jasmani, masalah ini sering dilakukan dalam kalangan muridmurid Tahap 1 iaitu murid-murid tahun 1, 2 dan 3. Walaupun guru-guru telah member tunjuk ajar dan memberikan demonstrasi perlakuan sebenar, namun, murid-murid masih lagi tidak dapat melakukan perlakuan dengan betul.

Melalui sesi temu bual tidak formal yang saya jalankan terhadap muridmurid tersebut, alasan murid-murid tersebut antaranya ialah Saya tidak pandai bah cikgu ... Disamping itu, ada pula antara mereka yang sering mengatakan Susah bah lompat-lompat sebelah kaki saja cikgu Selain itu, ada juga murid yang sering mengeluh Boring bah cikgu..sakit lagi kaki saya lompat sebelah kaki saja Seterusnya, ada juga yang memberi alasan seperti ini Penat bah cikgu kaki saya lompat-lompat sebelah kaki saja begitu sinonim sekali alasan-alasan ini saya dengari setiap kali saya mengajar kemahiran Melompat Sebelah Kaki dalam kalangan murid-murid Tahap 1.

Page 9

KAJIAN TINDAKAN Pada semester ini, kami dikehendaki membuat persiapan awal untuk melaksanakan Kajian Tindakan sebelum mengakhiri kursus kami di IPG. Oleh hal yang demikian, saya telah mengambil peluang keemasan ini untuk melaksanakan kajian tentang masalah kemahiran Melompat Sebelah Kaki dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah. Dengan ini, saya akan cuba mencari jalan penyelesaian agar saya dapat memperbaiki teknik kemahiran Melompat Sebelah Kaki.

Melalui

pemerhatian

saya

sepanjang

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran dijalankan, terdapat beberapa perkara yang sering dilakukan oleh murid-murid berkenaan isu ini iaitu :

a) Murid-murid melompat sebelah kaki dengan mengangkat sebelah kaki ke hadapan dan bukan ke belakang. b) Murid-murid tidak membengkokkan sebelah kaki yang diangkat dengan betul, dimana mereka hanya mengangkat kaki tidak sampai 90 darjah. c) Kedudukan kaki murid-murid yang diangkat adalah terlalu rendah dan boleh menyebabkan murid-murid terjatuh semasa melompat.

2.2 KRITERIA PEMILIHAN FOKUS KAJIAN

Ujian yang dijalankan haruslah mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi dan tidak boleh dipersoalkan. Hal ini disokong oleh Johnson dan Nelson (1986), menyatakan bahawa dalam pengukuran yang melibatkan elemen kuasa, kekuatan, ketangkasan dan kelajuan haruslah mempunyai pemilihan

Page 10

KAJIAN TINDAKAN berdasarkan kriteria kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi, dan kerelevenan.

Kebolehtadbiran merupakan elemen penting untuk menentukan kelancaran ujian yang dilakukan. Ujian yang dijalankan boleh diuruskan dan mendapat kepercayaan daripada pihak pentadbiran sekolah. Hal ini disokong oleh Johnson dan Nelson (1986), dalam tajuk Need for Measurement and Evaluation menyatakan perhubungan awam (Public Relations) yang baik daripada pihak ibu bapa, guru, pentadbiran, dan komuniti masyarakat setempat membantu dalam merealisasikan lagi ujian tersebut. Pihak sekolah memberi sepenuh kepercayaan kepada penyelidik dan ia membantu dalam menguruskan responden. Penyelidik mudah dan selesa memberi penerangan dan mengambil data melalui pemerhatian berstruktur berdasarkan rubrik pemarkahan yang ditetapkan sekolah.

Kepentingan pelaksanaan kajian adalah untuk mengenalpasti isu dan memberi intervensi serta melihat kesan. Melalui pengumpulan data pemerhatian berstruktur yang dilakukan, ia membuktikan semasa aktiviti Melompat Sebelah Kaki terbukti banyak menguji lompatan murid yang tidak sempurna. Ini adalah kerana ia memberi peluang dan kesedaran kepada guru-guru lain bahawa teknik yang betul semasa melompat langsung tidak diambil kira dalam kecergasan fizikal murid. Hal ini dibuktikan dalam pengumpulan data pemerhatian berstruktur semasa aktiviti Melompat Sebelah Kaki di mana masih terdapat 80% murid Tahun 2 masih lemah dalam melaksanakan aktiviti Melompat Sebelah Kaki dengan sempurna. Dengan itu, ia menuntut dan mendesak pengkaji untuk menguji beberapa responden untuk meningkatkan kemahiran Melompat Sebelah Kaki. Hal ini disokong oleh

Page 11

KAJIAN TINDAKAN Faigenbaum (2011), kepentingan melalui program latihan berkaitan kuasa (explosive) iaitu lompatan secara positifnya mampu mempengaruhi kesihatan dan kecergasan murid.

Kebolehgunaan dan kebolehpercayaan harus ada dalam sesuatu pelaksanaan ujian yang akan dilaksanakan. Melalui pemerhatian haruslah ditingkatkan kebolehpercayaan secara catatan pemerhatian haruslah dilakukan oleh beberapa pemerhati, pemerhatian dilakukan pada ruang atau tempat yang berlainan, dan pemerhatian dilakukan pada masa-masa yang berlainan (Chua, 2006). Menurut Chua lagi, kaedah pemerhatian triangular dilakukan supaya ralat yang dilakukan oleh seseorang pemerhati pada tempat dan masa yang serupa dikurangkan.

Kawalan

merupakan

faktor

penting

dalam

mengekalkan

kebolehpercayaan dan kesahan. Hal ini kerana ia merangkumi beberapa faktor mempengaruhi antaranya perbezaan jantina, umur, latar belakang, pengalaman lepas, pengetahuan sedia ada, pengaruh persekitaran dan sebagainya (Rosinah, 2011). Hal ini disokong oleh Chua (2006), kesahan merupakan antara perkara kawalan yang penting dalam menentukan kebenaran sesuatu ujian. Menurut Chua (2006), kesahan adalah sejauh mana pengukuran dibuat dapat mengukur nilai sebenar yang ingin diukur.

Kolaborasi antara elemen penting dalam melaksanakan kajian. Menurut Creswell (1994), kajian tindakan penyertaan has a social and community orientation and an emphasis on research that contributes to emancipation or change in our society. Halaman 555. Kajian tindakan seperti ini juga digelar dengan

Page 12

KAJIAN TINDAKAN pelbagai nama seperti community-based inquiry (Stringer, 1999), collaborative action research or participatory research (Kemmis & McTaggart, 2000) atau critical action research (Mills, 2000). Dari satu sudut yang lain, Kemmis dan Wilkinson (1998), menggariskan 6 ciri utama kolaborasi iaitu adalah untuk memahami bagaimana interaksi sosial membentuk orang perseorangan, meneliti bagaimana pemahaman, kemahiran, nilai dan pengetahuan menggalakkan dan mencegah amalan tindakan mereka sendiri, meneroka aspek-aspek seperti komunikasi, penghasilan

pengetahuan, dan struktur sosial organisasi itu dengan tujuan mengurangkan perkara yang tidak rasional, tidak produktif, tidak adil, atau tidak mempunyai interaksi yang memuaskan, penyertaan bercorak emansipasi (emancipatory), membantu individu bebas daripada beban konstrain seperti yang terdapat pada media, bahasa, prosedur kerja, dan perhubungan tentang kuasa dalam persekitaran pendidikan, dan recursive (reflektif atau dialektikal) dan memberi fokus tentang perubahan (change) dalam sesuatu amalan. Hal ini disokong Creswell (1994), pasukan kolaborasi dalam kajian terdiri antara murid, komuniti berkepentingan, ibu bapa, pentadbir, staf, dan guru.

Kerelevenan kajian ini terhadap sekolah juga merupakan faktor penting ia dilaksanakan. Kemahiran Melompat Sebelah Kaki merupakan kemahiran penting dalam tunjang kemahiran dan juga kecergasan kerana kemahiran ini banyak menguji kuasa kaki, namun ia tidak langsung diberi penekanan. Hal ini terbukti dengan data pemerhatian yang diambil iaitu seramai 80% murid tahun 2 masih lemah dalam kemahiran Melompat Sebelah Kaki. Kerelevenan kajian ini berfungsi untuk mencari kaedah rawatan atau intervensi yang bersesuaian. Hal ini disokong oleh Johnson dan Nelson (1986), dalam tajuk Need for Measurement and

Page 13

KAJIAN TINDAKAN Evaluation, kajian seharusnya mempunyai sebab mengapa ia dilaksanakan dan sumbangan terhadap murid, sekolah, ibu bapa, guru, dan komuniti masyarakat sekeliling.

2.3 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian yang saya jalankan ialah mengkaji isu melakukan kemahiran Melompat Sebelah Kaki dengan teknik yang betul. Saya memilih tajuk ini kerana isu kesalahan dalam melakukan kemahiran Melompat Sebelah Kaki merupakan satu elemen penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang harus dibentuk dan diperbaiki oleh guru-guru. Sekiranya murid-murid tidak dapat melakukan kemahiran mereka tidak akan terus-terusan

Melompat Sebelah Kaki dengan betul,

melakukan teknik yang salah dalam kemahiran asas seperti ini. Oleh hal yang demikian, masalah ini akan menyebabkan objektif pengajaran dan

pembelajaran tidak tercapai dan perkembangan mereka bagi mata pelajaran ini khususnya dalam kemahiran ini akan terganggu.

Di samping itu, pengkaji akan cuba untuk mencari intervensi yang sesuai dan relevan kepada sekolah agar intervensi tersebut efektif dan juga memberikan kesan yang positif dimana ianya akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi murid-murid di sekolah ini. Intervensi tersebut juga perlu bersifat universal dan boleh digunakan untuk mengatasi masalah yang sama bagi murid-murid yang berada di sekolah ini.

Page 14

KAJIAN TINDAKAN

2.4 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN Bahagian ini akan menerangkan objektif dan persoalan kajian yang dilaksanakan. Objektif kajian diperincikan kepada objektif umum dan objektif khusus.

2.4.1 Objektif Umum

Objektif umum kajian adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi masalah kemahiran Melompat Sebelah Kaki dalam mata pelajaran

Pendidikan Jasmani yang tidak dapat dilakukan dengan teknik yang betul.

2.4.2 Objektif Khusus

Objektif khusus kajian adalah seperti berikut : a) Pelaksanaan permainan Snake Ladder dan penggunaan Mini Triangle dapat membantu murid melakukan kemahiran Melompat Sebelah Kaki dengan teknik yang betul. b) Pelaksanaan permainan Snake Ladder dan penggunaan Mini Triangle dapat mempertingkatkan lagi kemahiran Melompat Sebelah Kaki.

Page 15

KAJIAN TINDAKAN 2.4.3 PERSOALAN KAJIAN Persoalan kajian yang berkaitan dengan tajuk perlu dikemukan untuk membantu proses pelaksanaan kajian. Berikut merupakan persoalanpersoalan yang difokuskan dalam kajian ini :

a) Adakah teknik yang betul dalam lompatan mampu meningkatkan kemahiran murid-murid dalam Melompat Sebelah Kaki? b) Adakah pengunaan Mini Triangle dan permainan Snake and Ladder yang dilakukan akan memperbaiki dan mempertingkatkan kemahiran Melompat Sebelah Kaki dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani?

Page 16

KAJIAN TINDAKAN

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 REKABENTUK DAN PENDEKATAN KAJIAN

KITARAN KAJIAN

MEREFLEK

MERANCANG

MEMERHATI

BERTINDAK

( KEMMIS & MCTAGGART, 1988 )


Rajah 3.1 Model Kemmis & McTaggart (1988 )

Bagi menjalankan Kajian Tindakan ini, terdapat pelbagai model kajian tindakan yang dibangunkan oleh para penyelidik. Namun kesemua model ini tidak jauh berbeza jika dibandingkan dan mempunyai asas yang sama.

( KEMMIS & MCTAGGART, 1988 ) Page


17

KAJIAN TINDAKAN

Saya menggunakan model Kajian Tindakan iaitu Model Kemmis and Mc Taggart (1988). Kitaran pertama Kajian Tindakan dalam model ini bermula dengan membuat refleksi melalui pemerhatian yang dibuat berkenaan dengan masalah yang timbul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Seterusnya, guru akan merancang langkah untuk mengatasi masalah yang ditemui. Kemudian, guru akan melaksanakan tindakan atau melaksanakan perancangan yang telah dilakukan. Setelah bertindak, guru akan membuat pemerhatian dan menilai sama ada intervensi yang dilakukan berjaya menyelesaikan masalah ataupun tidak. Namun begitu, sekiranya intervensi yang dilakukan gagal untuk menyelesaikan masalah, guru perlu merancang satu lagi langkah penyelesaian yang baru di kitaran yang kedua untuk menyelesaikan masalah.

Berpandukan

model

yang

dipilih,

saya

telah

melakukan

pengubahsuaian agar ia bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.

Page 18

KAJIAN TINDAKAN
Merefleksi diri bagi melihat kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran diri sendiri Merancang tindakan / intervensi bagi mengatasi masalah yang difokuskan.

MEREFLEK

MERANCANG

MEMERHATI
Mengumpul dan menganalisis data bagi menilai keberkesanan tindakan.

BERTINDAK
Melaksanakan tindakan bagi mengatasi masalah yang menjadi fokus kajian.

Rajah 3.2 Model kajian yang diubahsuai berdasarkan Model Kemmis & McTaggart

3.2 KUMPULAN SASARAN

Bahagian ini menerangkan maklumat maklumat responden dalam kajian yang dilaksanakan. Maklumat maklumat tambahan responden juga diterangkan dalam jadual yang disertakan. Taburan kekerapan responden juga dinyatakan beserta cara pemilihan sampel kajian

Page 19

KAJIAN TINDAKAN 3.2.1 MAKLUMAT RESPONDEN

Sampel kajian ini terdiri daripada 6 orang murid iaitu 3 orang lelaki dan 3 orang perempuan di sebuah sekolah di sekitar Kota Kinabalu. Seramai 6 orang murid diambil sebagai responden dimana responden ini didapati lemah dalam kemahiran Melompat Sebelah Kaki.

Berdasarkan jadual 1.1 di bawah, keenam-enam responden tersebut iaitu Murid 1 mempunyai ketinggian 118 cm sesuai dengan berat badan 35kg. Manakala Murid 2 mempunyai ketinggian 110 cm juga bersesuaian dengan berat badan 28 kg. Murid 3 mempunyai ketinggian 113 cm juga turut

bersesuaian dengan berat badan iaitu 30 kg. Murid 4 pula mempunyai berat badan yang juga bersesuaian dengan ketinggian iaitu tinggi 107 cm dan berat 26 kg. Namun begitu, Murid 5 mempunyai ketinggian badan yang agak sederhana dengan berat badan iaitu tinggi 102 cm dan berat 22 kg. Manakala Murid 6 mempunyai ketinggian juga agak sederhana dengan berat badan iaitu tinggi 105 cm dan berat 24 kg.

Merujuk

kepada

keputusan

kurikulum,

kesemua

responden

memperoleh keputusan yang cemerlang dalam ujian yang telah dijalankan.

Page 20

KAJIAN TINDAKAN Jadual 1.1 Maklumat Responden MAKLUMAT MURID 1 JANTINA KELAS Lelaki 2 Perdana Ketua kelas MURID 2 Lelaki 2 Perdana Pengawas sekolah KETINGGIAN 118 cm BERAT PRESTASI AKADEMIK 35kg 110cm 28kg 113cm 30kg RESPONDEN MURID 3 Lelaki 2 Perdana MURID 4 Perempuan 2 Perdana Penolong ketua kelas 107cm 26kg MURID 5 Perempuan 2 Perdana Pengawas sekolah 102cm 22kg MURID 6 Perempuan 2 Perdana Murid biasa 105cm 24kg

JAWATAN

Murid biasa

Lulus dalam Lulus dalam Lulus dalam Lulus dalam Lulus dalam Lulus dalam peperiksaan peperiksaan peperiksaan peperiksaan peperiksaan peperiksaan

Page 21

KAJIAN TINDAKAN 3.3 PERLAKSANAAN KAJIAN

3.3.1 PERANCANGAN LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Melalui Model Kemmis & McTaggart yang telah dipilih, saya telah merancang prosedur bagi melaksanakan kajian. Berikut adalah rajah yang menerangkan proses pelaksananaan kajian yang akan saya jalankan.

Mereflek Cari punca masalah Rancang tindakan penyelesaian

Merancang Mencari jalan penyelesaian masalah.

GAGAL MENGATASI MASALAH

BERJAYA MENGATASI MASALAH


Bertindak Melaksanakan intervensi Mengumpul data Memerhati Menganalisis data Mengenal pasti masalah

Rajah 3.3 Langkah-langkah Perlaksanaan Tindakan

Page 22

KAJIAN TINDAKAN Jadual 1.2 Jadual Perancangan Langkah-langkah Tindakan Fasa Mereflek Perancangan 1. Sebelum menjalankan kajian, saya perlu membuat refleksi berkenaan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lepas. 2. Selepas itu, saya perlu mengenalpasti apakah

masalah yang telah dihadapi di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 3. Saya juga perlu mencari punca masalah ini timbul. 4. Pada fasa ini saya hanya perlu mengenalpasti masalah yang berlaku dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan menentukan intervensi yang

sesuaiuntuk dijalankan. Merancang 1. Pada fasa ini, saya perlu menentukan intervensi yang sesuai untuk dijalankan bagi mengatasi masalah ang timbul. 2. Intervensi haruslah bersesuaian dengan masalah yang ingin diselesaikan dengan mengambil berat tentang kesesuaian tahap kemampuan sampel,

kawasan kajian dan instrument-instrumen kajian. Bertindak 1. Pada fasa ini saya akan menjalankan intervensi yang telah dirancang mengikut prosedur kajian. 2. Selain itu, data-data yang diperolehi melalui intervensi yang dijalankan akan dikumpul. Memerhati 1. Pada fasa ini, saya perlu memerhati keseluruhan

Page 23

KAJIAN TINDAKAN perjalanan intervensi yang telah saya lakukan. 2. Saya juga perlu menganalisis data yang telah saya kumpulkan berdasarkan intervensi yang telah saya lakukan. 3. Melalui analisis data ini, saya akan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan intervensi yang telah saya jalankan. Ubahsuai 1. Sekiranya intervensi gagal untuk memperbaiki

masalah, saya perlu memulakan kitaran kajian yang baru dan merancang satu langkah intervensi yang baru dan dinamakan sebagai kitaran kedua.

3.4 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA

Cara mengumpul data yang akan saya gunakan ialah menggunakan kaedah pemerhatian. Dalam proses pemerhatian, saya akan meneliti setiap tingkah laku yang murid lakukan berdasarkan pemboleh ubah atau aspek yang dikenal pasti. Pemerhatian ini perlu dijalankan secara sistematik iaitu dengan mencatat maklumat-maklumat penting tentang masalah yang berlaku semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, saya juga boleh menggunakan rakaman video atau gambar yang telah diambil semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pemerhatian boleh dilakukan melalui dua cara iaitu dengan cara Pemerhatian Berstruktur atau Pemerhatian Tidak Berstruktur. Untuk kajian ini, saya telah

Page 24

KAJIAN TINDAKAN menggunakan Pemerhatian Berstruktur dimana, saya perlu mengenal pasti terlebih dahulu berkenaan dengan aspek yang hendak diperhatikan. Selepas saya mengenal pasti aspek-aspek yang perlu diambil perhatian, sesi memerhati dan merekod maklumat akan dilakukan berdasarkan intervensi yang telah dirancang. Pemerhatian berstruktur dilakukan dengan

menggunakan senarai semak seperti yang ditunjukkan di bawah.

Jadual 1.3 Jadual Pengumpulan Data SAMPEL SAMPEL 1 SAMPEL 2 SAMPEL 3 SAMPEL 4 SAMPEL 5 SAMPEL 6 KEDUDUKAN KAKI YANG MELOMPAT KEDUDUKAN KAKI YANG DIBENGKOKKAN KEDUDUKAN TANGAN PENGEKALAN LOMPATAN

Selain itu, saya juga akan menggunakan kaedah pemerhatian tidak berstruktur dimana saya akan membuat sesi temubual secara spontan kepada murid-murid berkenaan kesan penggunaan permainan Snake Ladder dan Mini Triangle terhadap kemahiran Melompat Sebelah Kaki yang telah mereka lakukan. Melalui temubual spontan ini akan dijadikan sebagai tali ukur untuk melihat sejauh mana keberkesanan permainan dan inovasi alatan ini terhadap kemahiran Melompat Sebelah Kaki murid-murid sebelum dan selepas intervensi dilakukan.

Page 25

KAJIAN TINDAKAN 3.5 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA

Setelah saya menjalankan pengumpulan data melalui pemerhatian menggunakan senarai semak dalam jadual 1.3, saya menganalisis data tersebut berdasarkan pemboleh ubah yang telah dinyatakan di dalam senarai semak. Dalam senarai semak yang telah saya lakukan, saya telah menyenaraikan 4 pemboleh ubah yang perlu diberi perhatian semasa fasa pemerhatian dijalankan. Antara perkara-perkara tersebut ialah kedudukan kaki yang melompat, kedudukan kaki yang dibengkokkan, kedudukan tangan dan pengekalan lompatan. Setiap sampel akan dinilai satu persatu berdasarkan perkara-perkara yang telah dinyatakan di dalam senarai semak. Saya akan memerhati setiap tingkah laku sampel sepanjang melakukan intervensi dan menandakan kotak yang disediakan sekiranya sampel-sampel tersebut berjaya melakukan perkara-perkara tersebut.

Sekiranya mereka tidak dapat melakukan mana-mana perkara yang diberi perhatian, tanda pangkah pada kotak akan dilakukan. Melalui pemerhatian ini, saya akan menilai sejauh mana sampelsampel tersebut melakukan kemahiran Melompat Sebelah Kaki mengikut teknik yang betul. Sekiranya masih ada sampel yang gagal melakukan kemahiran Melompat Sebelah Kaki dengan teknik yang betul mengikut senarai semak, kitaran kedua kajian akan dimulakan dengan merancang dan membuat penambahbaikan berdasarkan kekuatan dan kelemahan intervensi dalam kitaran yang pertama. Di samping itu, refleksi pelajar juga akan dianalisis bagi melihat keberkesanan intervensi yang telah dilakukan. Maklum balas pelajar mengenai intervensi yang dijalankan akan dapat digunakan sebagai satu bahan untuk menentukan kesan yang timbul akibat intervensi yang dilakukan. Selain itu, saya akan menggunakan refleksi pengkaji bagi menguatkan lagi hasil dapatan yang diperolehi.

Page 26

KAJIAN TINDAKAN 3.6 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

3.6.1 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN Jadual 1.4 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan Bil. 1. Aktiviti Mengenalpasti masalah utama kajian yang dilakukan. 2. Menentukan tujuan, objektif, persoalan dan limitasi kajian. 3. Berkolaborasi pembimbing. 4. 5. Menulis proposal kajian tindakan. Menjalankan pemerhatian dan mengumpul data yang diperlukan bagi kajian. 6. 7. Merancang tindakan yang akan dilakukan. Berkolarasi dengan pensyarah pembimbing untuk kali kedua. 8. Melaksanakan tindakan yang telah dengan pensyarah Catatan

dirancang dan mengumpul data. 9. 10. 11. Menganalis dan menilai data. Berjumpa pensyarah untuk kali ketiga. Membuat refleksi kajian dan menulis

laporan kajian. 12. Berjumpa pensyarah untuk kali keempat.

Page 27

KAJIAN TINDAKAN 13. Membentangkan hasil dapatan kajian.

3.7 KOS KAJIAN Jadual 1.5 Kos Perbelanjaan Kajian Bil. Jenis Bahan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Cat Berus cat Berus warna Polisterin Pembalut plastik Dakwat Mesin Pencetak Kertas A4 Kertas Berwarna Alat Tulis Imbuhan Sampel Batang Bendera Kecil Kuantiti Harga Seunit RM 85.00 X 4 RM 5.00 X 4 RM 1.20 X 4 RM 6.00 X4 RM 3.00 X 1 RM 120 X 2 RM 12.00 X 2 RM 6.00 x 3 RM 30.00 RM 10.00 x 6 RM 1.50 x 6 Jumlah Kos RM 340.00 RM 20.00 RM 4.80 RM 24. 00 RM 3.00 RM 240.00 RM 24.00 RM 18.00 RM 30.00 RM 60.00 RM 9.00 RM 772.00

Jumlah Keseluruhan

Page 28

KAJIAN TINDAKAN

SENARAI RUJUKAN

Anderson, A. (1999). Blending management and instruction to foster participation in the study of movement. Journal of Physical Education, Recreation, and Dance, 70(6), 46-50. Aspin, D. (1976). Knowing how and knowing that and physical education. Journal of the Philosophy of Sport, 3, 97-117 Austin, B, Haynes J dan J. Miller, (2004). Using A Game Sense Approach For Improving Fundamental Motor Skils. Kertas Kerja Persidangan Australian Association For Research Education Conference. School Of Education University of New England Melbourne. Disember 2004. Dowell, L. J. (1975). Strategies For Teaching Physical Education, Prentice-Hall, Inc, New Jersy. DR. AMIR SALLEH (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Hebert, E. (1999). Videotape feedback: Observations and strategies for using information. Research consortium Program 1999, AAHPERD National Convention & Exposition, Boston. Hellison, D.R. (1995). Teaching Responsibility Champaign, IL: Human Kinetics. Through Physical Activity.

Lee, T. D. & Carnahan, H. (1990). When to provide knowledge of results during motor learning. Researh Quarterly for Exercise and Sport. Mitchell, S. (2005). Teaching and learning games at the elementary level. In L. Griffin & J.Butler (Eds) Teaching Games for Understanding: Theory, Research and Practice, Champaign IL: Human Kinetics, 55-70. Rink. J. E. (2002). Teaching Physical Education For Learning )4 th.ed.). New York: McGraw-Hill. Siedentop, D. & Tannehill, D. (2000). Developing Teaching Skills In Physical Education (4th ed). London: Mayfield Publishing Company.

Page 29

You might also like