You are on page 1of 30

TAJUK KAJIAN

KEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL DI MALAYSIA


PERTANIAN PENANAMAN PADI

ISI KANDUNGAN
BIL. 1 2 3 4 5 6 KANDUNGAN TAJUK KAJIAN ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN 6.1 MAKLUMAT ASAS 6.2 LATAR BELAKANG 6.3 SUMBANGAN/ PENGARUH KEPADA KELUARGA ATAU MASYARAKAT 6.4 PROSPEK 7 8 9 RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN 11-12 13 14-19 20 MUKA SURAT i ii 1 2 3 4 5-6 7-8 9-10

PENGHARGAAN
Bersyukur saya kepada tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang diberikan. Saya Linganathan A/L Loganadan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru saya kerana telah memberi tunjuk ajar dan maklumat berguna kepada saya dalam melaksanakan kerja kursus ini. Boleh dikatakan beliaulah faktor pertama dan dorongan bagi saya untuk berjaya menyelesaikan kerja kursus kami. Beliau telah memberikan maklumat mengenai cara menghasilkan kerja kursus yang lengkap dan sempurna. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu Encik Loganadan a/l Subramanian dan Puan Parameswari a/p Annamalay kerana turut membantu saya menghasilkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan bantuan kewangan dan sokongan moral apabila saya memerlukannya. Tidak lupa juga kepada rakan saya iaitu Thivaand, Mohd.Fadli, Loo Chong He yang telah bertungkus lumus mencari dan berkongsi maklumat mengenai produk tempatan di negara Malaysia. Sekian, Terima Kasih.

OBJEKTIF KAJIAN
Melalui tugasan ini, saya berharap akan dapat : 1. Saya dapat menambah pengetahuan saya, khususnya tentang cara penanaman, pemprosesan dan pemasaran padi. 2. Saya juga dapat mendalami kepentingan pertanian (padi) dan tugasan seorang pesawah. 3. Saya juga dapat pengalaman berurusan dengan pihak luar dalam usaha mendapatkan maklumat yang tepat. 4. Saya juga memperoleh pengalaman bekerjasama dengan ahli kumpulan. 5. Saya juga dapat menanam sifat sabar, toleransi, tidak mementingkan diri sepanjang menjalankan kerja kursus ini.

KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mendapatkan maklumat demi menyelesaikan kerja kursus ini. Antaranya adalah : a) Temu bual Saya telah menemu bual seorang pesawah di Ladang Padang Meiha yang menjalankan kegiatan penanaman padi secara turun-temurun.

b) Penyelidikan Saya telah merujuk majalah dan buku-buku untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai penanaman padi. Saya telah mengumpul maklumat mengenai sejarah dan proses penanaman padi.

c) Melayari internet Saya telah melayari beberapa laman web untuk mengumpul maklumat mengenai kegiatan ekonomi yang saya telah pilih.

d) Melawat Tempat Kajian Saya telah melawat tempat kajian di SJK (T) Ladang Padang Meiha. Saya telah mendapat pengalaman secara langsung mengenai kegiatan penanaman padi.

e) Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian terhadap kegiatan ekonomi yang dilakukan di kawasan padang serai dan memilih penanaman padi.

RUMUSAN
Saya berasa teruja kerana telah selesai membuat tugasan ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan format yang diberikan. Selama menjalankan kerja kursus ini saya telah mendapat ilmu pengetahuan tentang betapa perlunya sifat sabar, berdisiplin dan mengurus masa dengan betul. Saya juga mempelajari peranan, cabaran dan perancangan yang perlu dibuat jika mahu melibatkan diri dalam industri perniagaan secara kecil-kecilan. Saya juga dapat mempelajari tentang kepentingan para usahawan bersaing secara sihat untuk mempertingkatkan produk tempatan. Para pengusaha boleh berkongsi ilmu bukan sahaja sesama mereka malah boleh bertukar idea bersama kaum lain untuk mencari kelainan.. Hasilnya kita akan lebih bersyukur kerana dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan aman damai. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa jika rakyat Malaysia

mengutamakan barangan tempatan maka faedah yang diperolehi sangat banyak untuk pembangunan negara. Wang keluar negara dapat dijimatkan jadi wang itu dapat dipergunakan oleh kerajaan untuk memberi lebih manfaat kepada rakyat dengan memperbaiki jalan dan kemudahan awam, mengurangkan beban cukai dan memberi subsidi kepada barangan kawalan tertentu.

RUJUKAN

INTERNET www.bharian.com.my/articles www.tanamanpadi.com/articles koleksi.org/maklumat-asas-pertanian-padi

ORANG SUMBER Encik Mohd Ayub, 561, Ladang Padang Meiha, 09400 Padang Serai, Kedah.

BUKU Buku Teks, Sejarah Tingkatan 2 Buku Teks, Sejarah Tingkatan 4

MELAWAT TEMPAT KAJIAN Lot 21/3 Kawasan Padang Meiha, Ladang Padang Meiha, 09400 Padang Serai, Kedah

Nama dan Jenis kegiatan ekonomi

Saya telah memilih kegiatan penanaman padi sebagai tajuk kajian saya. Padi merupakan satu

daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di bahagian Utara.

Sejarah/asal usul kegiatan ekonomi

Penanaman padi dimulakan oleh Encik. Mohd Ayub sejak tahun 1990. Beliau telah mengendalikan penanaman padi ini hampir 23 tahun lamanya. Beliau telah belajar teknik-teknik penanaman padi daripada ayahnya. Sewaktu kecil beliau telah menggunakan masa lapangnya dalam aktiviti menolong ayahnya dalam menanam padi. Beliau telah mengusahakan penanaman padi berdekatan dengan kawasan Ladang Padang Meiha. Beliau telah menjual hasil penanamannya di kilang-kilang yang berdekatan.

Lokasi / tempat kajian

Kawasan pertanian beliau terdapat di Kawasan Ladang Padang Meiha, 09400 Padang Serai, Kedah. Pada masa sekarang kawasan sawah padi beliau adalah kirakira 4 hektar.

Pihak yang mengusahakan

Encik Mohd Ayub, merupakan salah seorang yang memiliki sawah padi di sini. Kebanyakan penduduk Melayu yang memiliki tanaman padi di sini. Penanaman padi bukannya berlaku secara besar-besaran di sini. Walaubagaimanapun mereka masih mengusahankan kegiatan mereka bagi meningkatkan hasil pendapatan.

Tujuan dijalankan

Aktiviti ekonomi dijalankan secara bersama oleh sekumpulan ahli keluarga sahaja. Dimana disini diusahakan oleh keluarga Encik.Mohd Ayub. Tujuan Encik Mohd Ayub melakukan kegiatan penanaman padi adalah untuk menyara diri dan keluarga. Kegiatan pertanian merupakan sumber rezeki bagi penduduk-penduduk di kawasan ini. Kebanyakan petani di kawasan ini menanam padi hanya untuk sara diri. Padi ditanam sekali setahun. Hasil padi yang diperolehi akan disimpan sebagai makanan dalam tempoh setahun. Penanaman padi di sini masih menggunakan teknik dan cara tradisional tetapi ada seseorang pesawah menggunakan mesin dan teknik moden dalam kegiatan ini. Padi selalunya dituai dalam bulan April dan Mei.

Proses/cara pelaksanaan

Kawasan tamanan padi perlulah dipilih terlebih dahulu supaya ia sesuai bagi menghasilkan tanaman yang subur. Selain itu,. Padi sawah memerlukan penggunaan air dan baja yang banyak serta perlu ditanam dengan cara yang teratur. Melalui penjelasan yang diberikan oleh Encik.Mohd Ayub saya telah mengenal pasti beberapa prosedur yang diamalkan oleh beliau dalam menanam padi.

Pemilihan bijih benih

Pertamanya adalah pemilihan bijih benih.

Padi

ditanam dengan menggunakan biji benih .Oleh itu pemilihan biji benih yang bermutu tinggi adalah penting untuk memastikan hasil yang banyak apabila mencapai tahap matang kelak. Lazimnya pemilihan padi dibuat selepas menuai padi.Hanya biji padi yang bersaiz besar ,panjang dan mempunyai biji yang banyak di satu-satu tangkai sahaja dipilih. Cara ini adalah berbentuk tradisional .Lazimnya pemilihan ini dilakukan oleh mereka yang arif tentang pemilihan biji benih terutama pesawah yang berpengalaman.

Penanaman bijih benih

Ia juga boleh dikenali sebagai penyemaian padi. Terdapat banyak cara penanaman.Encik Ayub menggunakan teknik penyemaian yang mana tidak memerlukan tenaga yang banyak. Operasi

menyemai dilakukan sepenuhnya dengan menggunakan tenaga manusia.Proses ini mencakupi peringkat rendaman buah padi untuk dijadikan benih hingga benih-benih tersebut ditabur di tapak semaian. Bagaimanapun cara ini tidak akan berkesan jika kawalan sistem pengairan tidak dilakukan. Menurut Encik Ayub kadar biji benih yang disyorkan ialah 60 kg/hektar.

Pembajaan

Proses membajak mengikut sistem tradisional adalah menggunakan tenggala yang ditarik oleh kerbau pada musim hujan. Namun begitu cara ini dianggap tidak produktif. Oleh itu Encik Ayub menggunakan jentera pembajak atau traktor. Terdapat dua jenis traktor yang digunakan bagi kerja-kerja membajak. Traktor-traktor ini dikenali sebagai traktor dua roda dan traktor empat roda. Kedua-dua traktor ini berfungsi untuk menggemburkan tanah sawah.

Penggalian tanaman

Anak benih akan diubah dari tapak semaian ke sawah ketika anak benih mengeluarkan daun kelima atau keenam. Kerja ini masih memerlukan tenaga buruh dan masa yang panjang yang mana Encik.Ayub

melakukannya bersama ahli keluarga dan orang kampung. Anak benih yang cepat matang akan ditanam lebih rapat dibandingkan dengan anak benih yang lambat tempoh matang.

Penggalian tanaman

Proses

penyelengaraan ini melibatkan

pelbagai

aktiviti seperti membaja, merumput, dan membersihkan sawah. Proses ini akan dilakukan sepanjang pertumbuhan padi. Oleh itu, sejak awal penanaman, padi akan terus dijaga supaya tidak dihinggapi penyakit atau menjadi semak. Selain itu pesawah juga harus memastikan padi terjamin daripada dirosakkan haiwan perosak seperti tikus, burung atau belalang. Oleh itu terdapat beberapa orang-orang yang dicacakkan di tengah sawah untuk menakutkan binatang perosak. Proses penyelenggaraan ini memang rumit dan memerlukan kawalan setiap masa.

Penuaian

Dalam masyarakat petani tradisional, musim ini dikenali juga sebagai musim mengerat atau mengiau. Musim ini kebiasaannya jatuh pada musim kemarau. Bagi mendapatkan hasil padi, beberapa kaedah tradisi telah digunakan seperti mengetam, mengiau dan mengerat. Kaedah ini merupakan satu proses untuk mendapatkan buah padi. Encik Ayub menggunakan kaedah mengerat/memotong padi. Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan pisau mengerat. Batang pokok padi akan dipotong dan kemudiannya dihimpun untuk dijadikan "kedap".

Peralatan yang digunakan

Pisau mengerat Diperbuat daripada besi dan matanya bergerigi serta berhulukan kayu. Bentuknya melengkung seperti huruf C dan ia digunakan untuk mengerat padi.

Traktor Traktor-traktor ini dikenali sebagai traktor dua roda dan traktor empat roda. Kedua-dua traktor ini berfungsi untuk menggemburkan tanah sawah.

Renggam Diperbuat daripada besi dan berhulukan kayu. Ia akan digunakan untuk mengetam buah padi yang akan dijadikan benih.

Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk membersihkan rumput pada batas-batas petak sawah dan juga di tapak semaian.

Tempat/ kawasan

Encik Mohd Ayub mendapatkan kemudahan air membeli kalbat atau mengorek parit bagi mendapatkan bekalan air bagi kegunaan meracun rumput . Beliau juga telah memasang pagar berduri untuk menggelakkan dari daripada haiwan perosak. Justeru, beliau mengambil langkah drastik untuk memasang pagai berduri sebagai perlindung daripada serangan dan ancaman binatang perosak. Antara haiwan perosak yang sering mengganggu tanamannya ialah babi hutan, lembu , monyet dan kambing.

Sumber pendapatan

Pada satu musim menuai Encik.Mohd Ayub akan mendapat pendapatan sebanyak RM 2000-RM4000. Beliau akan menggunakan pendapatan tersebut sebagai modal bagi musim seterusnya. Pendapatan tersebut memuaskan bagi Encik.Ayub dan cukup untuk perbelanjaan keluarga mereka.

Hubungan Kemsyarakatan

Di negeri Kedah penanaman padi merupakan kegiatan utama. Sebagai identiti negeri ini kegiatan penanaman padi telah memenui permintaan penduduk di kawasan. Penduduk di sekitar kawasan ini boleh mendapat peluang untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Semasa musim penuaian, tenaga penduduk yang menuai adalah penduduk di sekitar. Ini akan mewujudkan perpaduan antara satu sama lain.

Penerusan Tradisi Keluarga

Penanaman padi ini adalah penerusan turun-temurun tradisi keluarga En.Ayub. Pengusaha mewarisi pengurusan tersebut daripada bapanya. Beliau belajar selok belok penanaman padi dan teknik-teknik daripada ayahnya.

Peluang Pekerjaan

Dengan menubuhkan sebuah tanaman padi, penduduk kampung terutama sekali kepada penganggur boleh mendapat peluang perkerjaan di sawah padi tersebut. Antara pekerjaaan yang boleh didapati di sawah padi adalah menyemai bijih benih, membaja dan sebagainya. Oleh itu, penduduk yang menganggur dapat memenuhi masa yang terluang dengan perkara yang boleh mendatangankan manfaat.

Cabaran/ kekangan yang dihadapi

Antara cabaran yang dihadapi bagi Encik.Ayub adalah haiwan-haiwan perosak yang boleh memberi impak yang negatif seperti memakan hasil penanaman dan merosakkan hasil penanaman. Antara haiwan perosak adalah babi hutan, lembu, kambing. Walaupun dijaga dengan baik tetapi masih tanaman dirisakkan oleh haiwan-haiwan perosak. Seterusnya, masalah air juga dihadapi oleh Encik.Ayub. oleh kerana Padang Meiha merupakan kawasan pedalaman sering berlakunya gangguan perairan dan ini mengganggu pertumbuhan tanaman.

Galakkan Kerajaan atau swasta

Pihak kerajaan memberi bantuan kepada pesawah dalam bentuk subsidi, kewangan dan sebagainya. Pihak kerajaan juga telah memberi ruang dan peluang kepada pengusaha untuk melakukan aktiviti pertanian agar dapat mengurangkan tahap pengangguran. Beberapa program telah dirancang oleh pihak kerajaan seperti :-

Skim Baja Kerajaan Persekutuan - Diperkenalkan untuk memberi galakan dan menarik minat kaum petani supaya kekal di sektor penanaman padi.

Skim Insentif Pengeluaran Padi deberi untuk mengurangkan kos pengeluaran yang ditanggung oleh pesawah.

Reaksi/ Penerimaan Masyarakat

Masyarakat di Ladang Padang Meiha telah memberi galakkan dalam kegiatan pertanian. Pesta menuai diraikan bersama-sama penduduk setempat di kawasan sawah padi. Seterusnya, ramai meluangkan masa mereka dalam melakukan kerja lapangan di sawah padi.

Saranan dan Harapan

Encik Mohd Ayub berharap agar dapat memperluaskan lagi kawasan sawah padi tersebut. Selain daripada itu, dapat menambahkan kuantiti hasil pengeluarannya bagi satu musim. Selanjutnya, beliau juga berusaha menjaga penanaman tersebut agar dapat diteruskan oleh anak-anak beliau dan tidak dibiarkan begitu sahaja dan berharap agar masalah-masalah yang pernah dihadapinya dapat dikurangkan.

Peta kawasan karangan yang berdekatan dengan Ladang Padang Meiha.

Penanaman Padi Di Kedah - Sejarah Peranan Dalam Ekonomi Negeri Kedah


Dato Dr. Afifudin Hj. Omar
Asas Ekonomi-Politik Masyarakat Tani Di abad Sembilan Belas Peminggiran Masyarakat Tani Di abad Dua Puluh Integrasi Pasaran : Suatu Keadaan Ekonomi "Dependency" Rumusan

INTERNET

Pengenalan
Pembangunan Kedah Darulaman sebagai sebuah Negeri Melayu di utara Semenanjung berlaku dengan pesat apabila asas ekonominya bertukar corak dari apa yang bertunjangkan perdagangan kepada berlandaskan pertanian, khususnya pertanian padi. Pertukaran ini diikuti dengan pemindahan pusat pemerintahan dari Daerah MudaMerbuk ke Alor Star di dalam zaman pemerintahan Sultan Mohammad Jiwa Zainal Abidin (1710-1778). Tiga bentuk perkembangan ekonomi dan politik berlaku. Perkembangan pertama ialah pembukaan tanah-tanah paya untuk dijadikan tanahtanah sawah yang subur di dataran Kedah yang merintangi Kangar di utara dan Guar Chempedak di selatan, seluas lebih kurang 500 batu persegi atau 300,000 ekar. Pembukaan dataran Kedah ini menarik masuk tenaga-tenaga buruh yang banyak dari alam Melayu sekeliling, khususnya dari apa yang dipanggil Selatan Thailand sekarang ini, Sumatra Jawa, Kalimantan, Kelantan, Terengganu dan Perak. Kemasukan penduduk ini merupakan suatu faktor yang penting di dalam pertumbuhan ekonomi Kedah seterusnya. Di masa inilah iaitu di masa kadar peningkatan penduduk berlaku dengan pesatnya di samping berlakunya pembukaan tanah secara meluas, kekayaan negeri dan rakyat memuncak. Ekoran dari perkembangan di atas, sempadan negeri yang berkesan (functional boundaries) mula meluas ke daerah-daerah pendalaman yang dahulunya hanya merupakan bahagian-bahagian pinggir di dalam sistem pentadbiran Kedah. Kawasan-kawasan pinggir ini mula diberi perhatian sewajarnya oleh Sultan lebih dari sebelumnya di mana pendudukpenduduknya tertakluk kepada tindak-tanduk orang-orang besar jajahan semata-mata.

Hasilnya ialah suatu pertumbuhan dan pembangunan sistem pentadbiran Negeri Kedah yang sophisticated dan matang untuk mengendalikan corakcorak ekonomi dan politik yang baharu misalannya sistem pemaritan yang besar yang dibina oleh Wan Mat Saman (1885), Tunku Yaakob (1890) dan Wan Yahya (1895) dengan jaringan-jaringan tali air dan jalan-jalannya yang banyak di samping menambahkan hasil pengeluaran, ianya juga merupakan suatu alat pentadbiran yang baharu dan berkesan sekali. Jaringan-jaringan taliair dan jalan-jalan baharu yang dibina seiring dengan taliair-taliair ini dapat digunakan untuk perhubungan pentadbiran dan juga pengawalan cukai ke atas barang-barang pengeluaran rakyat. Di masa pembukaan tanah inilah penggunaan undang-undang tanah Kedah yang dicipta pada tahun 1667 bernama Undang-undang Dato' Seri Paduka Tuan, berlaku seluas-luasnya. Ketiga-tiga perkembangan di atas menjadikan Kedah Darulaman suatu negeri yang utuh dari segi penyatuan penduduk dan pemerintah, dari segi pengeluaran hasil, khususnya padi dan beras, dan dari segi penyertaan rakyat tani di dalam proses-proses politik negara. Keutuhan ini mula bergoncang apabila pembangunan ekonomi yang pesat mengakibatkan kemunculan golongan-golongan lain seperti golongan saudagar dan pegawai-pegawai kerajaan yang menjadi golongan-golongan perantaraan di antara Sultan dan rakyat. Kertas kerja ini adalah bertujuan menganalisakan proses penyatuan pemisahan-penyatuan di dalam sejarah Negeri Kedah. Prosesdialectic yang dialami oleh masyarakat tani ini mengumbang-ambingkan nasib mereka di masa negara membangun ini, proses ini difahami agar tidak menjadi pandangan salah terhadap usahausaha kerajaan mencurahkan pelaburan pembangunan ke dalam masyarakat ini.

KERJA KURSUS SEJARAH

NAMA

: LINGANATHAN A/L LOGANADAN

NO.K.P SEKOLAH

: 980108 02 6357 : SMK PADANG SERAI

NAMA GURU : T. KAJIAN : KEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL DI MALAYSIA

You might also like