You are on page 1of 7

SOALAN 1 :

Keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 telah melakar sejarah manis bagi sekolah rendah (SK) Long Pelutan kerana dua daripada pelajarnya berjaya mendapat

keputusan cemerlang 5A. Kejayaan

adik Looser Datu dan semangat kepada

Francisca Unyang ini menjadi satu penyuntik

pelajar pelajar lain di sekolah ini untuk berusaha mencapai kejayaan dan keluar dari stigma masyarakat yang menganggap bahawa kaum minoriti ini agak ketinggalan dan tidak boleh berjaya. Kejayaan kedua dua pelajar ini membuktikan bahawa pelajar Penan juga mampu mencapai keputusan yang cemerlang suasana yang serba kekurangan dan

mampu bersaing dengan kaum lain walau pun mereka belajar dalam

Sekiranya anda seorang guru sekolah seperti mana di atas, bincangkan tindakan atau langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan lagi kejayaan pelajar

Keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009 telah melakar sejarah manis bagi sekolah rendah (SK) Long Pelutan kerana dua daripada pelajarnya berjaya mendapat keputusan cemerlang 5A. Kejayaan adik Looser Datu dan Francisca Unyang ini menjadi satu penyuntik semangat kepada pelajar pelajar lain di sekolah ini untuk berusaha mencapai kejayaan dan keluar dari stigma masyarakat yang menganggap bahawa kaum minoriti ini agak ketinggalan dan tidak boleh berjaya. Kejayaan kedua dua pelajar ini membuktikan bahawa pelajar Penan juga mampu mencapai keputusan yang cemerlang dan mampu bersaing dengan kaum lain walau pun mereka belajar dalam suasana yang serba kekurangan ( Utusan Online 13 April 2010 ) Bagi melahirkan murid yang pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang bukanlah satu kerja yang mudah kerana ia memerlukan satu kerja dan tanggungjawab yang sukar. Tugas dan tanggungjawab ini sememangnya dipikul dibahu guru dan masyarakat sekeliling umumnya. Peranan yang dimainkan oleh guru bukanlah sesuatu yang kecil, guru memainkan peranan yang penting dalam mencipta sejarah kecemerlangan pelajar. Tugas dan tangungjawab ini bukanlah mainan yang dipandang enteng tetapi ia merupakan satu amanah yang dipikul buat para pendidik dalam mendidik anak bangsa. Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Oleh yang demikian, pemilihan tema hari guru pada tahun lepas iaitu "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" adalah amat bertepatan sekali. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga guru atas jasa bakti tidak kenal erti jemu dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara. Walhal, guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat. Atas bimbingan guru, lahirlah golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis dan lainlain lagi. Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang, Lahirnya seorang Perdana Menteri, Doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya baca dan tulis. Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah kita? Tepuk dada tanya selera. Dengan kata lain, guru turut menentukan pembangunan negara dengan melahirkan tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap bidang untuk menjamin kemajuan negara. Iltizam dan komitmen guru telah berjaya mencambah insan yang

berketerampilan dan berdaya saing untuk memartabatkan pembangunan negara sehingga negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju. Berbicara mengenai sekiranya saya sebagai guru di kawasan pedalaman , tindakan atau langkah yang boleh diambil bagi meningkatkan lagi kejayaan pelajar ialah para guru mestilah mengubah stigma masyarakat yang mengatakan bahawa kaum minoriti agak ketinggalan dan tidak boleh berjaya. Hal ini tidak tepat sama sekali kerana kita sendiri telah melihatnya di dalam media cetak dan media elektronik bahawa kaum minoriti juga mampu berjaya seiring dengan pelajar - pelajar kaum bumiputera lain yang sama sama menduduki peperiksaan awam dan berjaya dalam pelajaran masing - masing. Di sini, para guru mestilah pandai mengambil inisiatif untuk mengubah persepsi masyarakat ibu bapa kaum minoriti ini untuk lebih mementingkan pelajaran dan pendidikan untuk anak anak mereka. Melalui pelajaran dan pendidikan sahajalah nasib kaum minorti ini berjaya diubah. Para guru mestilah rajin dan aktif berbual dan berkomunikasi dengan ibu bapa pelajar terbabit bagi menerangkan mengenai kepentingan pendidikan kepada anak anak agar anak anak kaum ini tidak ketingalan dalam mengecapi pendidikan dalam arus perdana. Kedua, Guru perlu mengenal pasti dan memahami setiap masalah yang berlaku pada murid-muridnya. Keprihatinan dan kerjasama guru membantu murid yang mengalami masalah perbezaan individu ini akan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang suatu hari nanti. Ini sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan kebangsaan bahawa modal insan yang dilahirkan haruslah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas malah memainkan peranan amat penting iaitu mendidik dan membimbing murid menjadi insan yang berguna, cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa hadapan. setiap guru perlu mengenalpasti apakah tahap kecerdasan murid di dalam kelas. Ini untuk memudahkan guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap keupayaan seseorang murid itu. Ketiga, Strategi dan kaedah pengajaran guru berfungsi sebagai satu panduan pengajaran ke arah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid supaya dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran sehingga tamat. Antaranya, kuiz, perbincangan, percambahan idea, lakonan, simulasi, kaedah penyoalan, projek dan lawatan. Guru juga boleh menggunakan pelbagai soalan bagi mengetahui tahap pencapaian dan kebolehan muridnya. Penyoalan boleh dilakukan dalam bentuk pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Contoh, guru boleh memulakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan memulakan set induksi menggunakan tayangan video,

bercerita, bernasyid dan sebagainya. Secara langsung dapat menggalakkan penglibatan murid-murid dan meningkatkan motivasi untuk belajar.

Keempat, guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti penyampaian maklumat melalui transperansi, laman web atau pencarian internet, carta dan lain-lain lagi. Ini adalah sesuai kerana di dalam sesebuah kelas ada murid yang peka kepada audio, ada yang tertarik kepada visual dan yang tertarik kepada kinestetik. Pembelajaran melalui akhbar di dalam bilik darjah adalah satu cara pengajaran yang boleh merangsang minda murid berfikir, kerana terdapat banyak pengetahuan yang boleh didapati di dalam surat khabar tersebut. Selain itu,Pada era digital ini, guru tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai ilmu kepada putera dan puteri sahaja. Dalam zaman ledakan maklumat ini, pelajar berupaya memperoleh ilmu melalui pelbagai wadah dan wahana, seperti internet, e-buku, majalah, surat khabar malah televisyen satelit. Ekoran daripada itu, guru perlu bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar menimba ilmu. Mutakhir ini, guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang majornya tetapi juga perlu menguasai ilmu ICT supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran dan pengajaran. Dalam situasi ini, pelajar lebih minat dan beria-ia untuk mengikuti pelajaran. Sebagai impaknya, guru yang menguasai teknologi maklumat dan komunikasi dapat membimbing pelajar mencapai akademik yang cemerlang. Selain itu, guru bukan sahaja memainkan peranan untuk menyampaikan maklumat dan kemahiran mata pelajaran kepada murid. Malah untuk melaksanakan tugasnya dengan berkesan, guru perlu memastikan bahawa pelajarnya membina kemahiran untuk menangani masalah yang mungkin dihadapi dalam hidupnya. Sekiranya pelajar tidak tahu cara akan menjejaskan

menangani masalah emosi dan masalah peribadinya, maka hal ini

pembelajarannya. Justeru dia tidak dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, guru tidak boleh mengelakkan peranannya sebagai pembimbing kepada pelajar, bukan sahaja dalam mata pelajaran yang diajarnya, malah juga dalam menangani cabaran dan masalah harian yang dihadapinya. Guru mestilah membimbing anak didiknya seikhlas hati tanpa mengharapkan balasan material atau kenaikan pangkat. Guru mestilah memimpin anak muridnya sehingga berjaya dan mencipta kecermerlangan. Pepatah menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan mestilah dipegang oleh pendidik untuk meningkatkan kejayaan pelajarnya kerana tugas guru adalah mendidik dan membimbing. Justeru itu, guru mestilah bersungguh sunguh dalam menjalankan tugas mereka demi memastikan kejayaan para pelajar.

ketujuh, bagi memantapkan pelajar, guru juga bolehlah mengadakan kelas tuisyen atau kelas tambahan kepada murid murid mereka. Umum mengetahui bahawa pengajaran dan pembelajaran (P&P) didalam kelas sahaja tidak mencukupi, justeru itu, para guru mestilah mengadakan kelas tambahan kepada anak didik mereka sekiranya mahukan kejayaan untuk murid- muridnya. Kelas tambahan tidak perlu dilakukan dalam masa yang lama, sekejap sahaja sudah memadai tetapi dalam kuantiti yang kerap. Murid murid terutamanya di kawasan pedalaman sememangnya dahagakan ilmu, justeru itu, para guru mestilah bijak mengambil inisitif mengadakan kelas tuisyen atau kelas tambahan kepada murid muridnya agar isi pelajaran lebih difahami dan kejayaan dalam peperiksaan mudah digapai.

Berbincang lagi mengenai topik ini, saya sebagai guru sekolah di kawasan pedalaman, langkah bagi meningkatkan lagi kejayaan pelajar ialah memperbanyakan program dan aktiviti berasaskan kecemerlangan pelajar seperti kem kecemerlangan, lawatan sambil belajar dan kursus teknik menjawab soalan kepada pelajar. Tujuan program seperti ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan motivasi kepada pelajar cara cara belajar dan menjawab soalan peperiksaan dengan betul. Sebagai contoh, sekiranya pelajar menyertai dan mengikuti program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, mereka akan didedahkan dengan pelbagai jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Jelasnya, penyertaan dalam program-program sekolah dan mengikuti kelaskelas tuisyen merupakan salah satu langkah bagi para guru untuk membantu muridnya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dan pelajaran.

Pada zaman kini, pengunaan media ICT banyak memberi impak kepada kehidupan masyarakat, begitu juga di dalam bidang pendidikan. Para guru mestilah bijak memanfaatkan kebaikan tersebut dengan mengunakan media ICT dalam P&P mereka. Penggunaan ICT untuk pembelajaran menggalakkan pembelajaran kendiri dan penerokaan. Ianya berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal maklumat dan sumber-sumber maklumat yang lain. ICT juga dapat memberikan pengalaman, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi serta melihat demonstrasi sesuatu kejadian. Melalui cara ini murid-murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Pembelajaran kendiri ini membolehkan murid mempunyai latihan yang secukupnya sebagai persediaan menghadapai peperiksaan. Manakala pembelajaran penerokaan menjadikan murid yang lebih pintar lebih berminat dengan isi kandungan yang lebih tinggi dan mencabar. Mereka mencari sendiri hasil-hasil penyelidikan supaya mereka boleh maju ke hadapan tanpa mengikuti dengan jemu rakan mereka yang kurang pintar. Hal ini memberikan keseronokan

kepada murid-murid. Kesimpulannya, ICT memudahkan pelajar meneroka ilmu-ilmu baru yang menjadikan proses P & P menjadi lebih menarik dan berkesan. Murid-murid dapat berfiki secara kritis, penyelesaian masalah dan memupuk pengalaman belajar yang autentik dalam diri pelajar. Selain itu, penggunaan kaedah kumpulan semasa P&P merupakan satu idea yang menarik. Umum mengetahui, Di dalam sesebuah kelas terdapat beberapa orang murid yang mempunyai tahap keupayaan yang berbeza-beza. Oleh itu, guru boleh menggunakan kaedah kumpulan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan murid. Ini dapat memudahkan guru menyediakan latihan atau bahan sumber pengajaran dan pembelajaran. Guru juga bolehlah mengasingkan murid yang lemah, sederhana dan pandai dalam kumpulan yang ditetapkan. Dengan cara ini, guru dapat memantau prestasi setiap kumpulan berdasarkan tahap keupayaan dan kecerdasan muridmurid tersebut. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga tidak membebankan murid kerana guru menggunakan aras yang berbeza untuk setiap kumpulan. Guru juga perlu membuat carta kemajuan dan rekod profil untuk setiap murid-muridnya. Hasil pemerhatian guru dan pencapaian murid perlu dicatat dari masa ke masa.

Guru juga bolehlah menggunakan pembelajaran koperatif di dalam kelas, pembelajaran koperatif ialah pembelajaran di dalam kumpulan heterogenius di mana biasanya terdapat murid cerdas dan lambat. Di dalam aktiviti P&P murid cerdas dikehendaki membantu murid lemah. Murid yang cerdas akan bersungguh-sungguh membantu murid yang lemah kerana markah yang diperoleh setiap individu di dalam kumpulan akan menjadi markah kumpulan. Hal ini secara tidak langsung, dapat memupuk semangat bekerjasama apabila setiap kumpulan bersaing satu sama lain. Kaedah pengajaran ini adalah menggunakan idea perancah (scaffolding) dalam Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky, di mana murid cerdas akan membimbing pelajar lemah di dalam zon perkembangan proksimal. Ini kerana, ada kalanya pengajaran rakan sebaya lebih berkesan daripada guru, kerana pemikiran lateral boleh digunakan oleh pelajar yang cerdas ini.

Bagi meningkatkan dan mengekalkan kejayaan para pelajar, semasa berlakunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru hendaklah memberi peneguhan positif kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik. Murid-murid akan berasa dihargai apabila dipuji oleh guru. Guru boleh membuat peneguhan positif dengan mengatakan bagus apabila murid dapat memberi jawapan yang betul ketika sesi soal jawab di dalam kelas. Peneguhan positif juga boleh diberikan dengan memberikan simbol

bintang pada buku latihan murid kerana dapat menyiapkan kerja dengan tulisan yang kemas dan cantik.

Manakala, peneguhan negatif untuk mengelakkan tingkah laku yang yang tidak disukai. Contoh, guru yang hendak mengelakkan muridnya membuat bising akan mengatakan bahawa, Saya akan membenarkan murid yang telah menyiapkan kerja keluar rehat lebih awal. Oleh itu, murid akan menyiapkan kerja yang diberikan untuk keluar rehat lebih awal. Selain itu, guru juga boleh menggunakan prinsip Premack atau grandmothers rule, iaitu dengan menyatakan , Murid yang membuat kerja dengan tulisan yang cantik dan kemas akan dibenarkan membaca komik Naruto. Ini bermakna murid akan membuat latihan yang diberikan dengan teliti untuk mendapatkan sesuatu yang disukainya.

Secara tuntasnya terdapat banyak cara atau langkah yang boleh diambil oleh guru untuk meningkatkan kejayaan para pelajarnya. Terpulanglah bagaimana guru tersebut bijak menggunakan kaedah dan cara yang sesuai untuk diimpikasikan kepada anak didiknya bagi meningkatkan dan mengekalkan kejayaan tersebut.

You might also like