You are on page 1of 4

Soalan 3 Dalam kumpulan tuliskan refleksi yang kriktikal dan analitikal tentang pembelajaran tidak formal dalam keluarga

orang asli. Refleksi ini berdasarkan lawatan budaya dan pembelajaran yang anda sertai di Kampung Orang Asli Betau
Syukur pada Allah S.W.T dengan limpah kurnia Nya akhirnya berjaya juga saya menamatkan Program Lawatan Budaya Dan Pembelajaran yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Betau, Kuala Lipis Pahang pada 1 hingga 3 Mac 2013. Lawatan ini dianggotai seramai 184 orang guru pelatih daripada Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) semester lima yang terdiri daripada sembilan unit iaitu Unit Bahasa Melayu, Unit Pengajian Sosial, Unit Bahasa Tamil, Unit Pengajian Bahasa Inggeris, Unit Matematik dan bergabung mengikuti lawatan ini. Perjalanan kami ke SK Betau mengambil masa selama 45 minit, dengan menaiki bas Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA). Perjalanan kami bermula lebih kurang pukul 3.00 petang pada hari Jumaat. Semasa perjalananan kami ke sana, kami diiringi dengan pemandangan bukit bukau dengan suasana kampung. Untuk pengetahuan umum, jalan raya menuju ke SK Betau merupakan jalan alternatif ke Cameron Highland. Lebih kurang dalam pukul 4.00 petang, kami semua tiba di SK Betau. Ini merupakan kali pertama saya dan rakan rakan ke sana. Pemandangan dan suasana di sekolah terbabit adalah seperti sekolah kebangsaan aliran perdana yang lain dan tiada sedikit pun menujukkan sekolah tersebut sekolah orang asli. Pada program tersebut, saya dikehendaki menjalankan satu temubual dengan keluarga orang asli berkaitan pembelajaran tidak formal dalam keluarga mereka. Pada sesi temu bual tersebut, saya berkesempatan menemubual sebuah keluarga orang asli. Nama keluarga tersebut ialah Rahman Bin Bah Na. Keluarga Pak Rahman merupakan penduduk asal Kampung Betau. Mereka berasal daripada suku kaum Semai. Pak Rahman mempunyai dua orang isteri iaitu Rasiah a/p Bah Hang dan Tinah a/p Bah Hang. Hasil perkahwinan Pak Rahman dengan isteri isterinya, mereka dikurniakan sepuluh orang cahaya mata. Pak Rahman yang bekerja sebagai Unit Pengajian Islam. Kesemua unit ini

pengawal keselamatan bersama isteri - isterinya begitu tekun dan cekal sekali membesarkan keluarga mereka. Walaupun hidup dalam kesederhanaan tetapi hasil daripada pemerhatian saya, saya dapati bahawa keluarga Rahman begitu bahagia dan harmoni sekali. Berbicara mengenai pembelajaran tidak formal dalam keluarga orang asli, hasil pemerhatian saya sepanjang berada di rumah Pak Rahman ialah beliau masih menerapkan cara cara hidup masyarakat semai kepada anak anak mereka. Pak Rahman banyak mengajar tentang cara cara hidup masyarakatnya kepada anak anak untuk mereka amalkan dalam kehidupan. Tarian sewang, budaya dan kepercayaan masyarakat asli, pantang larang, selok belok dalam hutan, kerja kerja rumah dan kerja harian diajarkan oleh Pak Rahman dan isterinya kepada anak anak. Pak Rahman menganggap bahawa pembelajaran tidak formal ini masih perlu diajarkan kepada anak anak mereka supaya amalan amalan dalam masyarakatnya tidak pupus dek arus kemodenan zaman kini. Pak Rahman juga beranggapan bahawa amalan tradisi ini wajib diajar kepada generasi muda agar mereka mengenal asal usul nenek moyang mereka yang dahulu yang susah payah membesarkan dan memberi keselesaan kepada mereka semua. Kebanyakan anak anak orang asli mula mempelajari pendidikan masyarakat mereka bermula sejak kecil dan pembelajaran tersebut akan berterusan sehinggalah anak anaknya dewasa. Selain daripada Pak Rahman, tok batin juga turut mengajar tentang adat adat dan budaya kepada anak anak Pak Rahman. Tok batin turut mengajar tentang cara cara berburu dan selok belok hutan kepada anak anak lelakinya. Selain itu, saudara mara Pak Rahman dan isterinya juga turut mengajarkan tentang cara cara menguruskan kerja kerja rumah dan kerja harian kepada mereka. Sepanjang temu bual dengan keluarga Pak Rahman, beliau ada menerangkan bahawa beliau tidak terlalu memaksa anak anaknya mengikut segala budaya masyarakat Semai sebaliknya anak anaknya sendiri yang sukarela mengikutinya tanpa ada sebarang paksaan dan gesaan. Anak anak beliau sudah biasa melihat budaya yang diamalkan oleh ibu bapa mereka dan mereka secara automatik mengikutinya. Sebagai contoh tarian sewang, melalui pemerhatian ibu bapa bersewang, anak anak yang masih kecil memerhati ibu bapa mereka bersewang

dan mereka mengikut rentak sewang tersebut perlahan lahan tanpa suruhan ibu bapa mereka. Kebanyakan orang asli mengajar anak anak mereka tentang budaya dan kepercayaan secara lisan, amali dan melalui pemerhatian. Melalui lisan, si anak akan mendengar cerita dan pengajaran dari ibu bapa mereka untuk diamalkan dalam kehidupan harian. Kebiasaannnya aspek lisan tersebut merangkumi pantang larang, budaya dan kepercayaan yang diamalkan oleh nenek moyang mereka kemudian diperturunkan kepada satu generasi ke satu generasi lain. Melalui amali pula, kebiasaan anak anak muda akan mengikut orang tua mereka melakukan sesuatu kerja dan anak muda tersebut akan cuba mengikut apa yang dibuat oleh orang tua mereka. Kebiasaannya ilmu berkaitan hutan dan survival diajar secara amali. Melalui pemerhatian pula, anak anak muda akan memerhatikan si tua melakukan kerja kemudian cuba mengikut apa yang dibuatnya. Melalui pemerhatian si anak muda akan belajar sesuatu dan akan mengikuti apa yang orang tua tersebut lakukan. Menurut Pak Rahman lagi, sekiranya anak - anak orang asli ini tidak mahu mengikuti dan ingkar tentang ajaran budaya mereka, tok batin atau ketua keluarga akan menegur atau menasihati terlebih dahulu individu yang melakukan kesalahan tersebut. Sekiranya individu tersebut tidak mendengar nasihat dan teguran, maka hukuman dikenakan seperti menghantar anak mereka yang degil tersebut kepada keluarga lain supaya anak mereka dapat mendengar nasihat dan pandangan dari keluarga baru. Sekiranya gagal maka hukuman yang berat akan dikenakan dan diputuskan oleh tok batin sendiri misalnya hukuman buang suku atau dipulaukan. Semua dendaan ini bukan la untuk menyeksa atau mendera individu tetapi bertujuan mendidik individu agar patuh dan mendengar kata atau arahan ibu bapa. Melalui temu bual yang dilakukan, Pak Rahman turut menjelaskan bahawa terdapat perbezaan antara anak perempuan dan anak lelaki dalam mempelajari budaya masyarakat. Kebiasaannya, kaum lelaki akan diajar dengan aktivit yang lebih lasak berbanding kaum perempuan. Contohnya cara berburu, cara membuat sumpit, cara menangkap ikan, cara berubat dan mengenal selok belok hutan serta memungut hasil hutan. Bagi kaum wanita pula ia lebih memberi fokus kepada cara cara menguruskan hal hal berkaitan rumah tangga, cara menguruskan kehidupan seharian, menjahit, bersewang, memasak, dan menghasilkan produk kraftangan.

Mengapa terdapat perbezaan ini? Hal ini kerana kaum lelaki dipercayai berkuasa dalam membuat keputusan dan lebih sesuai serta lebih tahan untuk melakukan aktiviti lasak berbanding kaum wanita. Kaum lelaki juga lebih sesuai melakukan aktiviti hutan kerana umum mengetahui hutan bukanlah tempat bermain dan penuh risiko maka kaum lelaki amatlah bertepatan melakukan kerja berkaitan hutan dan aktiviti fizikal yang lain. Secara tuntasnya, berdasarkan temu bual saya dengan keluarga Pak Rahman, saya dapati bahawa Pak Rahman masih mengekalkan budaya masyarakatnya dan tradisi itu diperturunkan kepada anak anaknya. Melalui Lawatan Budaya dan Pembelajaran ini, saya mendapat banyak input baru berkaitan orang asli atau lebih dikenali sebagai kaum peribumi. Saya juga berharap agar lawatan seumpama ini diadakan lagi bagi memberi lebih banyak pendedahan dan ruang kepada guru pelatih untuk mengenali kehidupan masyarakat peribumi.

You might also like