You are on page 1of 4

SAMSUL FUAD B.

MAHMUD 650114035573003 HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2014 ( SMP )

HBEF 2803 ( SMP ) HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT

( JURNAL REFLEKSI T1A3)

NAMA NO. MATRIK

: SAMSUL FUAD B. MAHMUD : 6501135573003

NO. KAD PENGENALAN : 650114 03 5573 NO TELEFON TARIKH : 019 6464371 : 5 APRIL 2014

PUSAT PEMBELAJARAN: PUSAT PEMBELAJARAN OUM, BATU PAHAT

SAMSUL FUAD B. MAHMUD 650114035573003 HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT

PENGENALAN Kertas kerja yang dibentangkan oleh Dr. Nasaruddin b. Basar Ketua Penolong Pengarah, Sektor Peningkatan Ilmu Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia dan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Tn. Hj. Ibrahim B. Sakimin, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai banyak intipati yang boleh dirujuk demi pperkembangan profesionalisme perguruan kini.

Sebagai seorang guru, apa yang saya dapati adalah cara-cara bagaimana saya harus mempersiapkan diri saya sebagai seorang guru bagi menghadapi alaf baru dalam bidang pergurun ini. Dr. Nasaruddin menasihatkan kepada semua guru-guru untuk harus mempersiapkan diri mereka dengan ilmu-ilmu yang terkini bagi menghadapi keperluan bidang perguruan di masa akan datang. Dalam erti kata lain, guru haruslah multi disiplin. Dengan cara ini, seseorang guru tidak hanya memberi input yang asas sahaja, malah dengan mengaitkan molekul-molekul ilmu pendidikan yang lain, sesuatu pengajaran itu akan menjadi lebih berkesan dan bermakna. Penerokaan ilmu menjadi semakin meluas dan murid-murid akan menjadi insan yang berdaya saing dan boleh berdikari.

Ini boleh menjadi kenyataan dengan wujudnya Universiti Terbuka Malaysia bersama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia, akan berusaha merealisasikan harapan negara agar keperluan guru berijazah semakin bertambah di sekolah-sekolah rendah dan penambahan di sekolah-sekolah menengah.

TRANSFORMASI Transformasi atau perubahan adalah sangat perlu bagi memastikan seseorang guru itu mempunyai ilmu yang cukup bagi menghadapi pelajar-pelajar zaman kini. Pembentukan modal insan yng boleh lengkap dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan juga sosial amat dititikberatkan bagi menjamin kelangsungan pelajar-pelajar di masa akan datang. Segala ini tidak akan menjadi kenyataan jika guru bersifat dan bersikap pasif, mempunyai nilai-nilai salesman yang kurang baik ataupun tidak bersedia atau mempunyai ilmu yang kurang mencukupi bagi membentuk pelajar-pelajar yang bersikap kolaboratif, boleh berkomunikasi mahupun multi-disiplin.

SAMSUL FUAD B. MAHMUD 650114035573003 HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT

Terdapat 6 ciri utama untuk bersaing di peringkat global. Guru haruslah berusaha agar setiap pelajar mempunyai: 1. Kemahiran memimpin 2. Kemahiran dwi bahasa 3. Etika dan kerohanian 4. Identiti nasional 5. Pengetahuan 6. Kemahiran berfikir

Perkaitan di antara bentangan oleh Dr. Nasaruddin dan ceramah motivasi Tn. Hj. Ibrahim amat ketara persamaannya kerana kedua-dua menjurus kepada perkembangan

pofesionalisme pergurun masa kini. Banyak nasihat-nasihat dari T. Hj. Ibrahim sejajar dengan apa yang dibentangkan oleh Dr. Nasaruddin.

Tn. Hj. Ibrahim banyak menekankan keistimewaan seseoang guru itu jika mereka melnjutkan pelajaran mereka ke peringkat ijazah atau lebih tinggi. Semakin tinggi tingkt pembelajaran mereka maka semakin tinggilah nanti kedudukan mereka. Pendapatan mereka turut bertambah di samping keistimewaan-keistimewaan yang lain. Tn. Hj. Ibrahim jug memberitahu akan kemudahan-kemudahan yng disediakan oleh pihak OUM selama man mereka melanjutkan pelajaran mereka melaluinya.

HASRAT BPG DAN KPM Pihak BPG bersama Kementerian berhasrat untuk menaiktarafkan status guru samada di mata masyarakat Malaysia mahupun di mata masyarakat dunia. Sebuah negara yang maju adalah disebabkan penjawat awam mereka bertaraf profesional. Justeru itu, dengan menaikkan taraf bidang perguruan ke tahap profesional, maka negara Malaysia akan dapat berdiri sama tegak dengan negara-negara maju yang lain. Ini adalah kerana, bidang perguruan merupakan perkerjaan yang kedua terbesar atau teramai di negara kita.

Dengan menaikkan taraf bidang perguruan, maka pendapatan perkapita seorang guru dapat ditimgkatkan. Dengan peningkatan pendapatan guru, maka dapatlah Malaysia

SAMSUL FUAD B. MAHMUD 650114035573003 HBEF2803 PROFESSIONAL DEVELOPMENT

menunjukkan kepada dunia bahawa ia bakal menjadi negara maju kerana salah satu ciri-ciri negara maju adalah penjawat awam mereka berpendapatan tinggi.

SAYA SEBAGAI SEORANG GURU Sebagai seorang guru, menurut Dr. Nasaruddin mahupun Tn. Hj. Ibrahim, say harus kreatif dan berinovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya juga harus berdedikasi. Seorang guru yang mempunyai nilai akan memberi kesan kepada pelajarnya sehingga pelajarnya dewasa.

Saya harus peka dan harus bertanya kepada diri sendiri apa yang telah saya sumbang jika selama enam tahun pelajar belajar tetapi masih tidak boleh membaca. Sebagai seorng guru, saya harus mempunyai integriti sendiri. Saya harus bertanggungjawab di atas kemenjadian pelajar-pelajar saya.

Pelajar yang dihasilkan oleh guru-guru yang berstatus siswazah haruslah lebih berilmu memandangkan guru-guru yang telah mengikuti program pensiswazahan ini telah disuntik dengan ilmu-ilmu keguruan yang bertahap profesional.

KESIMPULAN Apa yanag dijelaskan oleh kedua-dua tetamu itu adalah cara-cara untuk menjadi seorang guru yang bersedia menghadapi perubahan pendidikan global dan juga apa yang perlu dibuat untuk persedian mereka menambah ilmu. Sebagai seorang guru, amanat-amanat yang diberikan oleh kedua-dua penceramah tersebut amatlah berguna sebagai panduan dalam kehidupan saya sehari-hari sebagai seorang guru yanag bermatlamat positif, berday mju dn ingin memperkembangkan lagi profesionalisma keguruan saya ini.

You might also like