You are on page 1of 6

berkasih biar satu, berkawan biar seribu.

ini jelas menunjukkan bahawa kita digalakkan berkawan dengan seberapa ramai yang mungkin. Apabila kita mempunyai ramai kawan, hidup kita tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung atau sebatang kara..Orang yang tidak mempunyai ramai kawan atau tidak suka berkawan, mereka akan dikatakan sebagai kera sumbang. Sebenarnya, banyak faedah yang akan kita peroleh jika kita mempunyai ramai kawan

Kita akan mendapat pelbagai maklumat. Jika kita akan menghadapi peperiksaan, kita boleh bertukartukar maklumat tentang mata pelajaran yang kita pelajari. Sebagai contohnya, kita boleh bertukar-tukar nota,kertas soalan peperiksaan percubaan atau soalan peperiksaan ujian bulanan .Melalui cara ini, maklumat yang akan kita peroleh bertambah .

Bukan itu sahaja, kita dapat teman untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran. Sesungguhnya, pembelajaran secara kumpulan membolehkan kita belajar dengan lebih baik.Kita tidak cepat bosan.Kita juga dapat saling membantu dalam pelajaran. Contohnya, jika kita mengetahui tentang tajuk yang dibincangkan kita dapat membantu rakan. Sebaliknya, jika kita kurang memahami sesuatu tajuk pelajaran rakan kita yang mahir dapat membantu kita.

kita juga dapat teman untuk berbual.Kita berbual tentang pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling kita.Dengan berbual kita dapat membuang rasa bosan dan sunyi.Selain itu,perbualan dengan rakan juga membolehkan kita menambahkan pengetahuan dan berita atau maklumat tentang sesuatu perkara.

Selain itu,kita juga perlukan kawan untuk bermain atau beriadah bersama..Biasanya pada waktu petang,kita akan mencari kawan untuk bermain bersama-sama kita seperti bermain bola sepak,congkak,badminton,berjoging dan sebagainya.Di samping menyihatkan badan kita,hubungan dengan rakan kita makin erat.

kita dapat meminta pertolongan apabila kita menghadapi sesuatu masalah.Kita boleh meminta bantuan daripada rakan, apabila berlaku perkara yang tidak diingini seperti kita kehilangan wang, ditimpa kemalangan atau sebagainya. Kita juga boleh meminta rakan memaklumkan kepada guru apabila kita tidak dapat hadir ke sekolah. Sebagai rakan yang baik, kita juga mesti menolong rakan yang menghadapi masalah.

Selain itu, kawan yang ramai akan meningkatkan hubungan silaturahim. Apabila kita berkawan dengan ramai orang, hubungan kita dalam masyarakat sangat baik dan mesra. Sebagai contohnya, kita hendaklah berkawan dengan semua pelajar, guru, kakitangan sekolah, dan sebagainya.Apabila kita berkawan, kita akan dapat meningkatkan hubungan silaturahim selain kita dapat mengetahui pelbagai ragam manusia kerana banyak udang banyak garam banyak orang banyak ragamnya.

Harapan saya,kita perlu sentiasa berusaha untuk berkawan dengan sesiapa sahaja di sekolah atau di luar sekolah. Namun demikian, kita hendaklah berhati-hati, kawan yang baik akan membawa kita ke syurga, manakala kawan yang jahat akan membawa kita ke neraka ,jadi pandai-padailah kita untuk membuat pilihan antara intan dengan kaca.

Komputer adalah alat elektronik yang banyak digunakan pada masa kini. Di Malaysia, penggunaan komputer begitu popular tidak kira peringkat usia sama ada murid sekolah, pelajar universiti atau pun yang sudah bekerja. Komputer banyak mempunyai kebaikan jika digunakan dengan betul. Kita akan dapat melakukan kerja dengan lebih senang dan cepat jika kita menggunakan komputer. Kita juga boleh menjimatkan ruang untuk menyimpan maklumat yang banyak. Hal ini demikian kerana kita tidak memerlukan tempat yang luas untuk menyimpan fail yang banyak seperti yang dilakukan sebelum ini. Kita hanya perlu menyimpan segala maklumat itu di dalam komputer. Pengurusan menyimpan fail dalam komputer juga lebih tersusun dengan pengurusan 'folder' yang bijak. Selain itu, kita juga dapat melakukan pelbagai jenis kerja dengan komputer. Antaranya menaip, melukis dan mengira. Hasil kerja kita juga akan menjadi lebih baik dan tepat. Bahkan, kita juga dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu membeli pelbagai peralatan untuk membuat pelbagai jenis kerja. Di samping itu, kita dapat menambah kenalan dari dalam atau luar negara melalui perkhidmatan internet. Perkhidmatan internet juga dapat menjimatkan masa kerana kita tidak perlu pergi jauh untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara. Oleh itu, semua orang mesti belajar menggunakan komputer. Kita akan mendapat faedah yang banyak dengan menggunakannya. Kita juga akan dapat mengejar kemajuan jika kita menggunakan komputer dalam kehidupan seharian. Sekian sahaja syarahan saya. Terima kasih.

Komputer adalah alat elektronik yang banyak digunakan pada masa kini. Di Malaysia, penggunaan komputer begitu popular, tidak kira peringkat usia sama ada murid sekolah, pelajar universiti atau pun yang sudah bekerja. Komputer mempunyai banyak kebaikan jika digunakan dengan betul. Pelbagai faedah dapat diperoleh sekiranya kita memanfaatkan komputer. Antaranya, penggunaan internet yang boleh diakses melalui komputer. Internet memudahkan kita mendapatkan maklumat. Melalui internet, maklumat kini boleh diperoleh dari hujung jari sahaja. Selain itu, kita juga boleh melakukan pelbagai kerja dengan menggunakan komputer. Antaranya menaip, melukis, mengira, membuat jadual, mencetak gambar dan sebagainya. Kerja yang dihasilkan

juga kemas dan lebih tepat. Tambahan pula, kita juga dapat menjimatkan kos kerana tidak perlu memberi pelbagai peralatan untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Di samping itu, komputer juga boleh . Kita juga boleh menjimatkan ruang untuk menyimpan maklumat yang banyak. Hal ini demikian kerana kita tidak memerlukan tempat yang luas untuk menyimpan fail yang banyak seperti yang dilakukan sebelum ini. Kita hanya perlu menyimpan segala maklumat itu di dalam komputer. Pengurusan menyimpan fail dalam komputer juga lebih tersusun dengan pengurusan 'folder' yang bijak.

Sesungguhnya komputer boleh mendatangkan banyak faedah sekiranya digunakan dengan sebaiknya. Kita juga akan dapat mengejar kemajuan jika kita menggunakan komputer dalam kehidupan seharian.

Perpustakan adalah gedung ilmu.Di perpustakaan terdapat banyak buku yang boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, jurnal, dan lain-lain lagi. Di negara kita, perpustakaan awam terdapat di mana-mana sahaja untuk kemudahan orang ramai membaca. Ini kerana dengan membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu membantu murid-murid dalam pelajaran. Perpustakaan banyak memberi faedah kepada kita. Sebagai murid, kita dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka

yang selalu ke perpustakaan akan dapat mengelakkan diri daripada bergaul dengan kacang hantu. Ini secara tidak langsung akan terhindar daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan mereka akan lebih cerah. Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising, memulangkan buku mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka. Di samping itu, sekiranya kita memanfaatkan perpustakaan, kita juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlu membeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Oleh itu, wang yang mahu digunakan untuk membeli buku-buku tersebut bolehlah disimpan di dalam tabung. atau membeli barang keperluan yang lain. Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, kita perlu memanfaatkna perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-murid juga dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku tertentu di perpustakaan seperti komik, majalah dan sebagainya

FAEDAH-FAEDAH PERPUSTAKAAN

Setiap sekolah pasti dilengkapi dengan perpustakaan yang terdapat pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku cerita, buku ilmiah majalah dan akhbar. Buku-buku cerita yang terdapat di perpustakaan boleh dipinjam dengan menggunakan kad pinjaman.

Kita akan mendapat pelbagai ilmu kerana amalan membaca di perpustakaan dapat meningkatkan pengetahuan seseorang. Sebagai contoh di perpustakaan, kita boleh membaca buku tentang sains dan teknologi untuk menambah pengetahuan tentang sains. Pengetahuan yang ditimba itu dapat kita gunakan dalam mata pelajaran sains.

Jika kita sering mengunjungi perpustakaan, kita dapat memanfaatkan masa lapang. Hal yang demikian menjadikan kita tidak membazirkan masa yang terluang. Kita juga tidak terjebak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti bergaul dengan budak-budak nakal.

Selain itu, perpustakaan boleh dijadikan lokasi pertemuan paling sesuai untuk mengadakan perbincangan berkumpulan. Dengan cara itu, kita boleh bertukar pandangan sesama ahli dalam kumpulan. Kita juga boleh terus mencari buku rujukan yang sesuai jika timbul sebarang masalah semasa membuat sebarang latihan,

Perpustakaan juga boleh dijadikan lokasi riadah paling sesuai untuk seisi keluarga semasa cuti sekolah atau hujung minggu. Selain memperoleh ilmu daripada bahan bacaan yang dibaca, setiap ahli keluarga turut berpeluang bertukar fikiran dan merapatkan hubungan kekeluargaan.

Sesungguhnya, perpustakaan merupakan gedung ilmu yang perlu dikunjungi oleh setiap pelajar. Kemudahan yang ada di perpustakaan janganlah dipersia-siakan dan haruslah kita menjaga buku-buku yang ada di perpustakaan

Setiap insan menginginkan tempat tinggal yang selesa baik di kampung mahupun kota. Terdapat banyak kelebihan tinggal di kampung.

Antara kelebihan tinggal di kampung termasuklah suasana pagi di kampung begitu tenang berbanding dengan kehidupan di kota. Suasana kehidupan yang mendamaikan jiwa boleh mengurangkan tekanan masyarakat desa untuk menjalankan urusan seharian.

Selain itu, masyarakat kampung sentiasa mengamalkan kehidupan gotong-royong dalam komuniti mereka. Sebagai tamsilnya, mereka bekerjasama menjayakan majlis perkahwinan dan membersihkan tanah perkuburan.

Selanjutnya, antara kekurangan tinggal di kampung termasuklah kurangnya prasarana dan peluang pekerjaan untuk masyarakat desa. Sebagai contohnya, ketiadaan kemudahan kafe siber menyebabkan belia desa buta teknologi maklumat sekali gus mendorong mereka berhijrah ke kota.

Kesimpulannya, masyarakat kampung masih mengekalkan semangat bagai aur dengan tebing selain melestarikan sikap kesepaduan antara satu sama lain. Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Di kampung banyak keaslian dan kecantikan alam semula jadi yang tidak terdapat di bandar. Saya suka tinggal di kampung keran adi sini terdapat pokok-pokok yang menghijau , burungburung berkicauan dan sungai-sungai yang jernih airnya. Di kampung suasananya aman dan

damai. Udaranya bersih dan nyaman , jauh daripada pencemaran udara. Oleh itu tinggal di kampung lebih sihat daripada tinggal di bandar. Tinggal di kampung boleh menjimatkan wang. Kita boleh menggunakan air yang tidak berbayar dan air perigi yang sejuk dan jernih untuk di minum, membasuh, dan mandi. Kita juga boleh menanam dan makan sayur-sayuran yang segar. Orang-orang di kampung hidup tolong-menolong , bergotong-royong dan bertegur-sapa di antara satu sama lain. Dengan ini hidup lebih bermakna dan dapat menghindarkan diri dari pengaruh-pengaruh yang boleh merosakkan dan menjatuhkan moral. Suasana yang tenteram dan damai , udara yang segar dan penduduknya yang berbudi bahasa menyebabkan tinggal di kampung lebih baik daripada di bandar.

You might also like