You are on page 1of 3

I. ACTIVITY BASED TEACHING STRATEGIES: II.

ACTIVITY BASED TEACHING STRATEGIES Cooperative learning Simulations Problem based learning Self-learning modules STRENGTH:: STRENGTH: Students are involved in creating and storing up knowledge for themselves Activity Based Learning - learning where student physically and mentally explore subject by simulation of the work environment, manipulation of tools and materials associated with the world of work, or performance of a real work task. Start from life reality of the students Integrate all senses Movement is the door of learning trial and error allowed Self evaluation

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK/ AKTIVITI

Guru melibatkan pelajar dalam aktiviti atau projek yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau mengaplikasi apa-apa yang dipelajari (dan dalam proses memberikan bimbingan, strategi mempermudah tugasan atau bantuan/ scaffolding yang membolehkan mereka menyempurnakan aktiviti dengan jayanya).

Kriteria dalam pemilihan atau membentuk aktiviti :

Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar. Guru perlu memberikan perhatian kepada jenis aktiviti yang boleh menuju pencapaian matlamat tersebut. Matlamat utama harus berfokus kepada pemahaman kandungan pelajar dan kebolehan untuk mengaplikasikannya dalam situasi lain. Berdassarkan matlamat pengajaran, boleh diambil kira kepelbagaian aktiviti. Contoh aktiviti boleh merupakan aktiviti yang amat diperlukan; aktiviti relevan yang berguna; aktiviti yang relevan tetapi tidak begitu berguna. Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan membuat refleksi bukannya aktiviti ,elibatkan penulisan, mengarang prosa atau melengkapkan tempat kosong.

Selain aktiviti dipilih dengan baik, aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau serta disusuli jika menginginkan impak yang sepenuhnya. Hal ini bermakna pelajar perlu bersedia lebih awal sebelum aktiviti. Guru perlu memberikan bimbingan dan maklum balas semasa aktiviti serta menstruktur refleksi selepas aktiviti.

Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan pembelajaran agar pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti. Mereka jelas tentang matlamat yang ingin dicapai. Guru boleh membimbing pelajara dengan menyempurnakan kehendak

tugasan. Apabila pelajar mula melaksanakan aktiviti dan tugasan, guru boleh memantau kemajuan dan menyediakan bantuan jika perlu. Kesemua tugasan perlu disusuli dengan refleksi atau perbincangan pada akhir tugasan. Guru akan membuat semakan dengan pelajar, memberikan maklum balas umum tentang prestasi dan mengukuhkan idea-idea utama apabila berhubung dengan matlamat kesuluruhan.

You might also like