You are on page 1of 29

Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir

Sayyid Qutb
Surah 74: Al-Muddatstsir
`0 !# q9# m9#
$' `O9# `% ' 7/ 93 7/$O _9# f$
`? Y3G`@ /9 9$ #* ) %$9# 79
? 39# M)=z #m M=_ 9 $ #
/ # N 9 #? O & & . ) %.
$F # )' #` ) 3 % G) #. % O G%
#. % O O 6 0 O /& 93F`# $) ) # )
"t `O` ) # ) `% ;9# =' ) $ 71& $ `)
+7? '? m#9 6=9 $= `@ $ $=_ =t& $9# )
3= $ $=_ E ) F %#9 #`. )F`9 %!# #?& =G39# #
%!# #`# $) >$? %!# #?& =G39# `9# )9 %!# 5=%
" `39# #$ #& !# #5 W 79. ` !# '$ '$
$ `= ``_ 7/ ) $ ) . 6=9 . )9# 9# ) /&
x69# #) `& $) n} 939# # 6=9 9 $ `3 &
)G & z'G . _ $/ M6. ) =t& 9# M_
9$F f9# $ `36= ) #9$% `9 7
,#9# `9 7 ` 3`9# $2 ` $:# $.
Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
>3 / 9# Lm $9?& )9# $ ``? 9# $
; .G9# ` (. "`m F` N _`% / `
. # ] & A` $s . / $ z# 2 )
.? $ 2 $ `. ) & $ !# `& )G9# `&
RQ#

Pendahuluan dan sinopsis

Dari segi latar belakang waktu dan sebab penurunannya (sababu n-nuzul)
surah ini sama dengan Suratu I-Muzzammil yang lalu. Terdapat banyak riwayat
yang menyebut bahawa surah inilah yang pertama diturunkan sesudah Suratu I-
Falaq. Sementara itu terdapat pula riwayat yang menyebut bahawa ianya telah
diturunkan selepas peringkat dakwah terbuka dan setelah berlaku penentangan
pihak musyrikin terhadap Nabi s.a.w.

Riwayat-riwayat yang dihubungkan dengan surah ini hampir-hampir
sama dengan riwayat-riwayat yang dihubungkan dengan Suratu I-Muzzammil.
Dan ini menyebabkan kita tidak dapat memastikan yang mana satu di antara
dua surah ini yang diturunkan lebih dahulu. Bagaimanapun dengan melihat
kepada nas al-Quran (teks) yang berkenaan ini kita dapat menduga bahawa
permulaan surah ini hingga ke (ayat 7) telah diturunkan di permulaan peringkat
awal dakwah.

Ayat-ayat ini semuanya bertujuan untuk menyediakan diri Rasulullah
s.a.w. yang akan melaksanakan tugas besar kerasulan dan menghadapi
tentangan Quraysh setelah memasuki tahap dakwah secara terbuka dan
menyeluruh, tentangan serba pahit dan penat yang memerlukan persiapan diri
seperti yang telah dibincangkan... Mengenai ayat-ayat Selepas bahagian awal ini
seperti bahagian yang sama dalam Surah al-Muzzammil, kedua-duanya
diturunkan selang beberapa waktu setelah berlaku pengingkaran, pendustaan
dan penganiayaan dalam bentuk tuduhan-tuduhan palsu dan siasat rencana
jahat kaum Quraysh terhadap Nabi s.a.w.

Bagaimanapun kemungkinan tersebut tidak pula menafikan satu
kemungkinan lagi; iaitu bahagian permulaan kedua-dua surah ini diturunkan
bersambungan dengan ayat-ayat yang berikutnya dan dengan sebab serta latar
Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
penurunan yang sama iaitu pendustaan dan penganiayaan yang dilakukan oleh
Quraysh terhadap Nabi s.a.w.

BANGUN UNTUK BERJIHAD

Walau apa pun sebab dan sempena penurunannya namun yang ternyata
ialah bahawa permulaan surah ini mengandungi perintah ke atas Nabi s.a.w.
untuk melaksanakan tugas besar ini, perintah agar baginda bangun dari tidur
dan menanggalkan selimutnya untuk memulakan jihad dan perjuangan.

$' `O9# `% '
Di samping itu ianya juga mengarahkan baginda s.a.w membuat persiapan
untuk memungkinkannya menjalankan tugas beratnya serta mendapatkan
pertolongan menerusi kaedah-kaedah yang digariskan oleh Allah

7/ 93 7/$O _9# f$ `? Y3G`@ /9
9$
Dan seperti bahagian awal surah Suratu I-Muzammil juga, bahagian awal
surah ini ditamatkan dengan arahan supaya bersabar.

Kandungan surah ini seterusnya sepertimana Suratu I-Muzzammil juga
ialah ancaman terhadap orang-orang yang mendustakan hari akhirat dan
hukuman berat dari Allah ke atas mereka.

#* ) %$9# 79 ? 39#
M)=z #m M=_ 9 $ # / # N 9
#? O & & . ) %. $F # )' #`
Suratu I-Muddaththir juga menyebut sifat salah seorang pendusta itu dan
melukiskan satu gambaran dari berbagai tindakan jahatnya, sama seperti yang
disebut dalam Suratu I-Qalam. Ia memberi kemungkinan bahawa orang yang
dimaksudan dalam kedua-dua surah ini adalah orang yang sama iaitu al-Walid
ibnu I-Mughirah (seperti yang akan dijelaskan nanti ketika membincangkan nas
yang berkaitan). Disebut juga tentang sebab-sebab mengapa Allah akan
memeranginya.
Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
) 3 % ) # ) `% ;9#
Setelah itu dinyatakan pula apa kesudahannya
=' ) $= `@

KONSEPSI IMAN

Mengenai pemandangan neraka dan pengawal-pengawalnya yang berjumlah
sembilan belas serta kesan bilangan tersebut yang berupa fitnah, tanda tanya,
keraguan dan ejekan di kalangan orang-orang musyrikin dan orang-orang yang
lemah imannya, surah ini menerangkan hikmah mengapa Allah menyatakan
bilangan tersebut. Kemudian disingkapkanNya secebis dari hakikat alam ghaib
dan kekhusannya bagi Allah, iaitu cebisan yang menjelaskan satu aspek dari
konsepsi iman terhadap hakikat perkara-perkara ghaib.
$ $=_ =t& $9# ) 3= $ $=_ E ) F %#9 #`. )F`9
%!# #?& =G39# # %!# #`# $) >$? %!# #?& =G39#
`9# )9 %!# 5=% " `39# #$ #& !# #5 W 79.
` !# '$ '$ $ `= ``_ 7/ ) $ ) .
6=9
Kemudian dihubungkannya keadaan akhirat, neraka dan pengawal-
pengawalnya itu dengan pemandangan alam yang wujud kini untuk
menimbulkan kesan dalam menyedar dan memberi ingatan agar mengambil
perhatian.
. )9# 9# ) /& x69# #) `& $) n} 939# #
6=9 9 $ `3 & )G & z'G
Dijelaskan juga kedudukan tempat orang-orang durjana (mujrimin) dan
orang-orang yang taat (ashabul I-yamin) di mana para pendusta membuat
pengakuan yang panjang lebar tentang sebab-sebab mengapa mereka harus
menerima hukuman berat pada Hari Pengiraan dan Pembalasan. Ini diikuti pula
dengan kata putus dalam penentuan nasib mereka di mana ada lagi sebarang
pertolongan atau shafaah di mana mereka tidak ada lagi sebarang pertolongan
atau shafaah yang dapat diharapkan.
Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
. _ $/ M6. ) =t& 9# M_ 9$F
f9# $ `36= ) #9$% `9 7 ,#9# `9 7
` 3`9# $2 ` $:# $. >3 / 9#
Lm $9?& )9# $ ``? 9#
Di tengah-tengah suasana kecewa dan pengakuan yang penuh kehinaan
ini, diajukan pertanyaan yang berupa tempelak kepada sikap para pendusta itu
terhadap dakwah, peringatan dan kelepasan dari bencana tersebut, serta
dilukiskan pula pemandangan ejekan lucu yang mentertawakan tentang peri
laku mereka penaka binatang liar.
$ ; .G9# ` (. "`m F` N _`%

Kemudian dibongkarkan pula hakikat sebenar yang menyebabkan mereka
menolak peringatan dan nasihat
/ ` . # ] & A` $s
Iaitu kedengkian terhadap Nabi s.a.w dan keinginan agar mereka sendiri yang
diberi kerasulan! Dan sebab terakhirnya ialah ketandusan taqwa.

. / $ z#
Sebagai penutupnya disampaikan kenyataan tegas dan muktamad yang tidak
ada lagi kata-kata diplomasi yang lunak-lunak
2 ) .? $ 2
Dan dikembalikan seluruh persoalan ini kepada kehendak dan kekuasaan Allah.
$ `. ) & $ !# `& )G9# `& RQ#
Demikianlah, surah ini merupakan salah satu pusingan dalam siri
perjuangan, perang urat saraf yang dilancarkan oleh al-Quran untuk mengikis
unsur-unsur Jahiliah dan segala konsepsi bawaannya yang wujud dalam jiwa
dan pemikiran Quraysh. Di samping untuk menentang kedegilan dan tipu helah
penentangan yang sengaja mereka rencanakan dengan berbagai cara.

Banyak sekali terdapat persamaan-persamaan trend (aliran) di antara
surah ini dengan Suratu I-Muzzammil dan Suratu I-Qalam. Ini menunjukkan
Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
bahawa surah-surah ini semuanya telah diturunkan dalam tempoh yang
berdekatan untuk menghadapi keadaan-keadaan dan suasana-suasana yang
sama. Bagaimanapun ini tidak termasuk bahagian kedua dan Suratu I-
Muzzammil yang diturunkan khusus mengenai latihan ruhaniah bagi Rasulullah
s.a.w. dan kumpulannya seperti yang telab diterangkan dahulu.

Surah ini mengandungi ayat-ayat pendek yang mengalir deras dengan
pelbagai bentuk hujungan (fasilah) dan rima (qafiyah), membawakan irama yang
tenang perlahan pada suatu ketika dan bertukar menjadi kencang dan rancak
pula pada ketika yang lain terutama ketika melukiskan pemandangan tipu daya
pendusta,
6 0
Dan ketika melukiskan pemandangan neraka Saqar
$ 71& $ `) +7? '? m#9 6=9
Serta pemandangan pelarian mereka penaka keldai liar yang lari terkejut panik
dari termakan singa
(. "`m F`
Kepelbagaian jenis rima dan irama sesuai dengan perbendaan
pemandangan dan susana memberikan cita rasa yang tersendiri kepada surah
ini. Terutama ketika berlaku pengulangan rima-rima tertentu seperti ra yang
mati,
`O9# ' 93
Dan pengulangan kembali selang beberapa ketika. Demikian juga peralihan dari
satu rima kepada rima yang lain dalam satu rangkap secara mendadak (dengan
tujuan tertentu) dalam ayat.
$ ; .G9# ` (. "`m F` N _`%
Dalam ayat pertama Ia menyoal dan mencela, manakala dalam ayat kedua dan
ketiga Ia memberi gambaran dan menghina!

Demikianlah seterusnya







Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
TAFSIRAN TERPERINCI

$' `O9# `% ' 7/ 93 7/$O _9# f$
`? Y3G`@ /9 9$
Hai orang yang berselimut. Bangun! Lalu berilah peringatan! Dan Tuhanmu
hendaklah kamu agungkan. Dan pakaianmu hendaklah kamu bersihkan. Dan perbuatan
dosa hendaklah kamu tinggalkan. Dan janganlah kamu memberi (dengan maksud)
memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu
hendaklah kamu bersabar.

TUGAS BESAR

Ianya adalah panggilan dari Tuhan Yang Maha Agung, untuk
melaksanakan tugas besar dan berat, suatu amaran dan kejutan buat manusia,
suatu pembebasan kepada mereka dari derita dunia dan neraka akhirat, suatu
bimbingan ke arah jalan selamat sebelum terlewat. Ianya adalah suatu kewajipan
yang amat berat dan sukar untuk dilaksanakan oleh seorang manusia: meskipun
ianya seorang nabi dan rasul: ketika dunia seluruhnya dalam keadaan sesat, liar,
engkar dan segala macamnya yang menyebabkan dakwah menjadi seberat-
berat tugas yang harus dipikul oleh manusia di alam ini.
$' `O9# `% '
Hai orang-orang yang berselimut. Bangun! Lalu berilah peringatan.

Amaran (indhar) adalah suatu yang paling menonjol dalam risalah
perutusan Nabi s.a.w. Ianya adalah berupa peringatan tentang bahaya yang
hampir melanda orang-orang yang sedang lalai, leka dan bingung dalam
kesesatan: tetapi mereka tidak menyedarinya. Dari amaran ini terserlah belas
rahmah Allah kepada hamba-hambaNya. Meskipun kebesaran Allah tidak
pernah tergugat kerana kesesatan mereka dan tidak pula akan bertambah kukuh
kedudukanNya lantaran mereka berpegang kepada petunjukNya, namun kerana
rahmatNya maka tercurah inayah pertolongan ini supaya mereka dapat
terlepas dari siksa neraka akhirat dan derita sengsara dunia dengan diutusNya
rasul-rasul penyeru kepada ajaran yang dengan restuNya bakal membawa
kepada pengampunan Ilahi dan syurgaNya.

Kemudian Allah mengarahkan khusus buat diri rasulNya sesudah
diperintahkan menyampaikan amaran kepada orang lain. Dititahkannya agar
Junjungan membesarkan Tuhannya.Besarkanlah Tuhanmu sahaja, hanya Dia
sahaja satu-satunya yang sebenarnya besar, yang layak dan berhak dibesarkan.
Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
Ianya adalah suatu pengajaran yang mengikrarkan satu aspek dan konsepsi
keimanan, tentang erti ketuhanan (uluhiyyah) dan erti tauhid.

Segala-galanya: segala hakikat dan segala nilai, adalah kecil. Hanya Allah
sahaja satu-satunya yang besar. Segala sesuatu yang lain hilang lenyap tak
kelihatan lagi, terlindung oleh bayang kebesaran dan kesempurnaan Allah Yang
Maha Esa dan Agung.

PROSES PERLAKSANAAN

Ianya adalah merupakan pengajaran kepada Rasulullah s.a.w. dalam
melaksanakan tugas menyampaikan amaran Ilahi kepada manusia dengan
segala risikonya yang serba pahit dan sulit. Agar jiwa Junjungan sentiasa mantap
padat dengan sikap dan konsep ini (membesarkan Allah semata) yang nanti
akan mencetuskan pula sikap memandang enteng segala usaha dan tipu helah
yang merentanginya. Semuanya itu dirasakannya remeh dan ringan belaka. Apa
yang dirasakan besar hanyalah Allah, Tuhan yang telah menitahkannya
menyempurnakan tugas ini. Demikianlah sesungguhnya pelaksanaan tugas
dakwah dengan segala pahit-maungnya sentiasa memerlukan existensi
(kewujudan) sikap dan perasaan demikian.

Dititahkan juga agar menjalani pembersihan (Dan pakaianmu hendaklah
kamu bersihkan). Kebersihan pakaian dalam ayat ini adalah sebagai lambang
kepada kebersihan jiwa, akhlak dan amal. Kebersihan adalah suatu kewajaran
dan keperluan untuk mengadap beraudiensi di alam tinggi; sebagaimana
kebersihan juga merupakan suatu yang amat erat hubungannya dengan sifat
risalah ini sendiri.

Langkah pembersihan ini adalah merupakan suatu keperluan asasi bagi
seseorang yang hendak terjun berkecimpung dalam arena dakwah dengan
segala gelombang gelora dan simpang-perenangnya. Seseorang dai harus cukup
bersih sehingga dapat menyelamatkan orang yang berlumur kotor, tetapi ia
sendiri tetap bersih tidak terpalit; dapat bergerak berkecimpung di tengah-
tengah manusia yang bergelumang noda tetapi dirinya tetap selamat terpelihara.
Ini adalah suatu pandangan jauh ke hadapan menyorot segala kemungkinan
dalam proses pelaksanaan risalah dan dakwah di tengah-tengah berbagai ragam
suasana, keadaan dan kalangan.

Seterusnya dititahkan pula agar meninggalkan shirik dann segala yang
tercela. Sebenarnya Rasulullah s.a.w. memang selamannya (malah sebelum
menjabat kenabian pun) tidak pernah terlibat dengan shirik atau sebarang
perbuatan cela. Fitrah sucinya sentiasa terpelihara dari sebarang penyelewengan;
kepercayaan yang karut-marut, akhlak dan adat tradisi cabul. Pendeknya
Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
Junjungan tidak pernah walau sesaat terjerumus ke dalam kesongsangan budaya
jahiliah.

Apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan pengarahan ini ialah sebagai
pemisahan total dan pembezaan tegas tanpa kompromi antara dua
persimpangan jalan yang bertentangan arah dan tidak ada titik tembungnya. Di
samping itu ianya juga bermaksud sebagai langkah berawas atau mengelak dan
kecemaran dosa tersebut. Istilah _9# pada mulanya bererti azab tetapi
kemudiannya digunakan untuk merujuk kepada perkara-perkara yang
membawa kepada azab.


PENGORBANAN

Dititahkan juga agar jangan mengungkit-ungkit, menghitung-hitung atau
membesar-besarkan_apa juga amal bakti yang telah dilakukan. Sudah pasti
Junjungan akan banyak berjuang dan banyak berkorban. Tetapi biar betapa besar
pengorbanan dan perjuanganniya namun semuanya itu tidak harus dibesar-
besar dan dihitung-hitung; kerana dakwah ini tidak akan tegak dan jaya jika
ianya dikendalikan oleh jiwa yang peka dan perasa dengan apa yang telah
dikorbankan: menghitung-hitung sebanyak mana dan sebesar mana
pengorbanan yang telah dicurahkan untuk dakwah.

Pengorbanan yang diperlukan oleh dakwah adalah terlalu besar, tetapi
ianya akan terasa kecil dan ringan kiranya segala pengorbanan dan jerih payah
yang telah berlalu itu dapat dilupakan, lebih tegas lagi segala yang berat akan
terasa ringan kiranya wujud sikap tidak mahu merasakan besar dan beratnya
pengorbanan itu kerana ia sudah tenggelam asyik dalam perasaan yang berpaut
erat dengan Allah: ia merasakan bahawa segala sesuatu yang telah dibelanjakan
itu semuanya adalah anugerah pemberian Allah: yang harus disyukuri dengan
membelanjakannya untuk menegakkan dakwah, bukan untuk diungkit-ungkit,
dihitung-hitung dan dibesar-besarkan.

Akhirnya dititahkan agar Junjungan besabar, bersabar demi Tuhannya. ini
adalah pesanan yang sering diulang-ulang mengiringi setiap kali datangnya
perintah meIaksanakan dakwah. Sabar adalah perbekalan terpenting dalam
mengharungi medan perjuangan yang sengit ini: perjuangan menyeru kepada
Allah, perjuangan menundukkan hawa nafsu dan musuh-musuh dakwah yang
disokong dan didalangi oleh syaitan. Ianya adalah perjuangan sengit dan
memanjang terus-menerus yang tidak ada perbekalan di dalamnya selain dari
sabar; sanggup menempuh apa sahaja dalam mengharapkan restu perkenan dan
keredaan dari Allah.
Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
Setelah selesai penyampaian arahan-arahan Ilahi ini kepada Raslullah
s.a.w kini beralih pula kepada penerangan mengenai butir-butir amaran buat
manusia seluruhnya, penerangan yang mengusik jiwa dan menggugah rasa
dengan membawakan peri peristiwa hari pembalasan, hari yang serba sukar.

#* ) %$9# 79 ? 39#
Apabila difiup sangkakala. Maka waktu itu adalah waktu (datangnya) hari yang sulit.
Bagi orang-orang kafir lagi tidak mudah.

Tiupan Sangkakala yang dalam surah ini disebut sebagai %$9#)#
dalam surah-surah yang lain disebut sebagai (..) Tetapi cara ekspresi
(pernyataan) di sini lebih menekankan dan segi kegamatan bunyi gema dan
gegarnya, seolah-olah ianya merupakan suatu paluan hebat yang meledakkan
dentuman-dentuman kasar. Bunyi dahsyat yang memukul pecah gendang-
gendang telinga seperti itu tentunya memberi kesan yang lebih mendalam dari
sekadar bunyi biasa yang didengar oleh telinga...

Selanjutnya digambarkan pula suasana hari tersebut yang merupakan
saat serba sukar bagi orang-orang kafir. Ditegaskannya lagi kesukaran ini
dengan penafian adanya sebarang bayang harapan lindungan bagi mereka
? 39#
Bagi orang-orang kafir lagi tidak mudah

Nyatalah bahawa ketika itu derita sengsara merata di mana-mana,
memanjang berterusan, tanpa celahan damai, tanpa selingan segar. Dan keadaan
sukar ini pula dibiarkannya umum tanpa perincian sehingga tertampung
segala kemungkinan bentuk derita dan sengsara sepahit-pahitnya. Maka
memang sewajarnyalah untuk orang-orang kafir itu mendengar sabda amaran
Rasul sebelum menjelang saat tiupan sangkakala raksaksa yang menandakan
datangnya hari yang serba sukar itu.

Dan ancaman umum ini kini beralih menumpu kepada salah seorang dan
kalangan pendusta, seorang yang kelihatan mempunyai peranan tertentu dan
penting dalam konspirasi pendustaan dakwah. Secara langsung a dihadapi dan
dikonfron, rencana jahatnya dibongkar dan kemudian dihancurkan. Dilukiskan
gambaran-gambaran jelek seluruh tindak-tanduknya, ditayangkan setiap
adengan perlakuannya dengan begitu jelas terperinci termasuk keadaan air
muka dan kerutan dahinya; sehingga terasa begitu realistiknya wajah dan
Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
wataknya yang muncul menonjol dari baris-baris kalimat ayat. Suatu
penggambaran yang menimbulkan rasa muak dan ejekan hina terhadapnya.

M)=z #m M=_ 9 $ # / # N
9 #? O & & . ) %. $F # )'
#` ) 3 % G) #. % O G% #. % O
O 6 0 O /& 93F`# $) ) # ) "t `O` ) # )
`% ;9# =' ) $ 71& $ `) +7? '? m#9
6=9 $= `@

Biarkanlah Aku (sahaja) bertindak terhadap orang yang telah aku menciptakannya
sendirian. Dan Aku jadikan baginya harta yang banyak. Dan anak-anak yang selalu
bersama dia. Dan Aku lapangkan baginya (rezeki dan kekuasaan) dengan selapang-
lapangnya. Kemudian dia ingin sekali supaya Aku menambahnya. Sekali-kali tidak (akan
Aku tambah), kerana sesungguhnya dia menentang ayat-ayat Kami (al-Quran). Aku
akan menimpakan kepadanya azab yang memayahkan. Sesungguhnya dia telah
memikirkan dan menetapkan (apa yang akan diucapkannya tentang Al-Quran). Maka
celakalah dia! Bagaimanakah dia menetapkan? Kemudian celakalah dia! Bagaimanakah
dia menetapkan? Kemudian dia memikirkan (tentang al-Quran berulang kali). Sesudah
itu dia bermasam muka dan merengut. Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan
menyombongkan diri. Lalu dia berkata; (al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang
dipelajari (dari orang-orang dahulu). Ini tidak lain hanyalah perkataan manusia. Aku
akan memasukkannya ke dalam (neraka) Saqar. Tahukah kamu apa (neraka) Saqar itu?
Neraka Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan. (Neraka Saqar) adalah
pembakar kulit manusia. Di atasnya ada sembilan belas (malaikat penjaga).

Banyak riwayat yang mencatat bahawa peribadi yang dimaksudkan di
sini ialah al-Walid ibnu I-Mughfrah al-Mukhzumiyy seorang pemuka Quraysh
yang paling kaya dan paling ahli dalam bidang puisi. Pada suatu ketika beliau
berkesempatan mendengar ayat-ayat suci al-Quran yang dibacakan oleh
junjungan Nabi s.a.w. sehingga beliau merasa kagum dan mengakui
keunggulannya. Ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan orang-orang
Quraysh. Mereka khuatir jika al-Walid akan memeluk Islam yang tentunya akan
diikuti pula oleh sebilangan besar Quraysh. Dalam keadaan demikianlah Abu
Jahal ibn Hisham membuat tekanan agar beliau menafikan keunggulan al-
Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
Quran. Atas tekanan ini al-Walid meminta agar diberi kesempatan untuk berfikir
yang kemudiannya melahirkan kesimpulan (ini tidak lain hanyalah sihir yang
dipelajari). Dalam konteks inilah turunnya ayat:
Biarkanlah Aku (sahaja) bertindak terhadap orang yang telah Aku menciptakannya
sendirian.
Ungkapan ini dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w: biar Aku sahaja
bertindak ke atas orang yang Ku ciptakan sebatang kara, tanpa harta benda, tanpa anak
pinak dan tanpa suatu apa pun yang dapat dibanggakan. Serahkan sahaja kepada Aku,
engkau tidak perlu bersusah-payah memikirkan tipu-daya dan putar-belitnya. Akulab
yang akan bertindak menghancurkannya.

Ini adalah ancaman yang sungguh mengerikan dan terasa betapa
dahsyatnya pukulan parah dan satu kekuatan yang tidak terbatas, kekuatan
Tuhan yang. Maha Gagah Maha Perkasa memukul hancur makhluk kerdil yang
lemah lumpuh. Begitulah rasa gerun dan seram yang ditiupkan oleh nas ini ke
dalam rongga hati pembaca dan pendengarnya yang mukmin. Dan kalau
demikian yang dirasakan oleh yang mukmin, maka entah bagaimana pula yang
dirasakan oleh orang yang terlibat, orang yang menerima ancaman ngeri ini.

TELATAH MAKHLUK

Ayat ini melanjutkan lagi penggambaran keadaan telatah makhluk
durjana ini. Allah menyebutkan segala nimat yang telah dilimpahkan
kepadanya sebelum menyebut keengkaran dan kedurhakaannya. Ia telah
menciptakannya sebatang kara, tak punya apa-apa, malah tak punya pakaian!
Kemudian dengan rahmatNya makhluk yang lengang keseorangan dan serba
papa ini dianugerahi kehidupan mewah dan meriah ditimbuni harta,
didampingi dan dikelilingi anak-pinak... & & O namun ia masih
tidak puas, tidak memada dan tidak bersyukur. Atau mungkin juga ia merasa
tamak mengharapkan yang ia sendiri akan menerima wahyu dan diberi kitab
seperti yg disebut di hujung surah ini,
/ ` . # ] & A` $s
Ia adalah di antara orang-orang yang merasa dengki terhadap Nabi s.a.w.
kerana pemilihannya menjadi rasul.

Di sini Allah menolak dengan keras harapan tamak itu harapan yang
tidak disertai dengan amal kebajikan, ketaatan dan kesyukuran kepada Allah
(unsur-unsur sebab yang dengannya dapat diharapkan tambahan dan apa yang
ada). . (sekali-kali tidak!). Ini adalah kalimat penolakan dan cemuhan -
Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
#$F %. ) (kerana sesungguhnya ia menentang ayat-ayat Kami), ia
mengingkari bukti-bukti kebenaran dan wahyu keimanan. Malah ia menentang
dawah, memusuhi rasulnya, menghalang orang dari menerimanya dan
menabur fitnah kepalsuan di sekitarnya.

Seterusnya penolakan ini diikuti pula dengan janji ancaman yang akan
menukar kesenangan dengan kesukaran, keselesaan dengan kesempitan,
#`) ' (Aku akan menimpakan kepadanya azab yang memayahkan). Ini
adalah suatu ungkapan yang menggambarkan tentang gerak kesukaran, kerana
mendaki adalah merupakan perjalanan yang sesukar-sukarnya. Lebih-lebih
lagi jika pendakian itu dilakukan dengan paksa, bukan dengan kerelaan si
pendaki itu sendiri. Di samping itu ianya juga merupakan pernyataan hakikat
bahawa orang yang menyeleweng dari lebuh Iman yang rata terbentang lapang,
bererti ia telah tersesat ke lorong buntu yang penuh ranjau, menjalani hidup
sengsara, resah gelisah, seolah-olah ia mendaki ke langit atau mendaki di jalan
yang tandus gersang tanpa bekalan, tidak ada keselesaan dan tidak ada harapan
untuk sampai ke hujung jalan.
GAMBARAN

Kemudian dilukiskan gambaran sinis yang menarik sekali, ketika ia
sedang memerah otak, memicit dahi dengan air muka yang keruh ... yang
semuanya ini hanya untuk dipersenda dan dihina oleh al-Quran dengan kata-
kata.

) 3 % G) #. % O G% #. % O O 6
0 O /& 93F`# $) ) # ) "t `O` ) # ) `% ;9#

Lintasan demi lintasan, aksi demi aksi dilukiskan oleh ungkapan tersebut,
seolah-olah seperti pena yang melukis bukan bicara kata-kata, malah seperti
filem yang berputar mengambil gambar pemandangan adegan-adegan detik
demi detik. Satu adegan ia sedang serius berfikir dan merancang. Menggema
satu teriakan Jahanam! ( G) ) dan ejekan serta kutukan ( % #. ).
Diulangnya teriakan dan ejekan itu untuk menimbulkan kesan yang lebih
mendalam. Suatu adegan lagi ia merenung memerhati bersungguh-sungguh
dalam berbagai aksi dan seterusnya dengan muka yang muram ia mengerutkan
Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
kening, memicit-micit dahi untuk mengumpulkan fikiran-fikirannya.
Demikianlah penggambaran aksi-aksi lucu.

Sesungguhnya ia telah berpaling dari cahaya dan menolak kebenaran,
lantas berkata,

# ) "t `O` ) # ) `% ;9#
(ini tidak lain, hanyalah sihir yang dipelajari. Ini tidak lain hanyalah perkataan
manusia). Demikianlah lintasan-lintasan realistis yang diukir oleh ungkapan-
ungkapan al-Quran dalam imaginasi (khayalan) dengan membawa kesan yang
lebih mendalam dan lukisan di kanvas dan lebih indah dari tayangan filem.
Ianya telah menjadikan watak yang digambarkan itu sebagai bahan ejekan di
sepanjang sejarah dan mengabadikan gambarnya yang jelek itu kekal bersama
alam untuk ditonton oleh manusia generasi demi generasi.

Setelah selesai pendedahan watak makhluk lucu tersebut diikuti pula
dengan ancaman yang menggerunkan,

=' )
Aku akan memasukkannya ke dalam (neraka) Saqar.

Untuk menggambarkan kedahsyatan neraka Saqar itu dinyatakannya
bahawa ianya adalah di luar pengetahuan dan dugaan manusia, $ `) 71&
$ . Ianya adalah lebih dahsyat dari apa yang difikirkan. Kemudian disebutkan
beberapa sifatnya, '? +7? . Ianya menyapu bersih, mengikis habis
tanpa baki, tanpa sisa, membakar hangus menjadi abu, di jaga oleh pengawal-
pengawalnya yang berjumlah sembilan belas. Kita tidak mengetahui samada
mereka yang sembilan belas itu terdiri dari individu-individu malaikat yang
keras perkasa atau kumpulan-kumpulan dan jenis-jenis malaikat. Ianya hanya
pemberitahuan dari Allah yang nanti akan kita ketahui butir-butirnya.

Orang-orang mumin telah menerima setiap patah kailmat ilahi dengan
cara yang sewajarnya sesuai dengan sikap seorang yang meyakini Tuhannya.
Mereka menerimanya dengan penuh sopan sesuai dengan dasar-dasar
kesusilaan hamba terhadap Tuhannya. Mereka tidak sekali-kali cuba
mempersoalkan sebarang firman perkhabaran dari Allah. Sebaliknya orang-
Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
orang musyrikin menanggapi bilangan ini dengan hati yang tandus dari
keimanan, dengan sikap biadap kepada Allah, dan tidak serius terhadap
persoalan yang demikian penting. Lantas mereka menjadikannya sebagai bahan
ejekan dan gurau-senda. Malah ada di kalangan mereka yang berkata.

Apakah tidak terdaya tiap-tiap sepuluh orang di antara kamu mengalahkan
seorang dari yang sembilan belas itu?

Dan ada pula yang menyampuk,

Kalian hadapi dua sahaja dan yang bakinya serahkan padaku aku seorang sahaja pun
sudah cukup.

Demikianlah mereka telah menenima firman agung itu dengan sikap
yang negatif dan hati yang terkunci.

Ketika itu turunlah ayat-ayat yang berikutnya menyingkap hikmat rahsia
mengapa Allah membuka sebahagian dari tabir alam ghaib dan menyebut
bilangan tersebut dan seterusnya menyerahkan ilmu tentang yang ghaib itu
kepada Allah serta menyatakan motif tujuan sebenar Allah menyebutkan neraka
dan pengawalnya:

$ $=_ =t& $9# ) 3= $ $=_ E ) F %#9 #`. )F`9
%!# #?& =G39# # %!# #`# $) >$? %!# #?& =G39#
`9# )9 %!# 5=% " `39# #$ #& !# #5 W 79.
` !# '$ '$ $ `= ``_ 7/ ) $ ) .
6=9

(Dan tiada Kami jadikan penjaga neraka itu melainkan dari malaikat; dan tidaklah Kami
menjadikan bilangan mereka itu melainkan untuk jadi cubaan bagi orang-orang kafir,
supaya orang-orang yang diberi al-Kitab menjadi yakin dan supaya orang yang beriman
bertambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi al-Kitab dan orang-orang
mukmin itu tidak ragu-ragu dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada
penyakit dan orang-orang kafir (menyatakan): Apakah yang dikehendaki Allah dengan
bilangan ini sebagai suatu perumpamaan? Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-
orang yang dikehendakiNya dan membeni petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya.
Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan saqar itu
tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia).

Ayat ini bermula dengan penegasan tentang hakikat pengawal senibilan belas
yang dipersoalkan oleh orang-orang musyrikin itu.

3= $9# =t& $=_ $
(Dan tiadalah kami jadikan penjaga neraka itu melainkan dari malaikat..)

Mereka adalah dari makhluk ghaib yang tiada siapa pun mengetahui sifat
dan kekuatannya kecuali Allah. Mengenai para malaikat ini Allah menyebut,

!# $ & = $ '`
(... tiada mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan
mengerjakan apa yang diperintahkan.) (At-Tahrim: 6)

Di tegaskanNya bahawa mereka adalah sentiasa penuh patuh menjunjung
apa sahaja yang dititahkan Allah kepada mereka dan mereka mampu pula
melaksanakannya. Ini bererti bahawa mereka sememangnya dibekalkan dengan
kekuatan yang memungkinkan mereka menjalankan segala sesuatu yang
diperintahkan oleh Allah. Sekiranya Allah menitahkan mereka mengawal neraka
maka tentunya Allah telah membekalkan kekuatan seperlunya untuk tugas
tersebut. Dengan demikian tidak mungkin sama-sekali untuk mereka dikalahkan
oleh manusia yang serba lemah! Rencana angan-angan untuk mengalahkan
mereka itu sebenarnya hanya mungkin timbul dari kejahilan tentang hakikat
ciptaan Allah dan cara pengendalian segala urusanNya.

#`. %#9 F ) E $=_ $
( dan tidaklah Kami menjadikan bilangan mereka itu melainkan Untuk jadi cubaan
bagi orang-orang kafir).


URUSAN ALLAH

Merekalah (orang-orang kafir) yang merasa terdorong untuk berpolemik
apabila disebut bilangan (sembilan belas malaikat). Mereka tidak mengenal
tempat yang mana untuk diterima dan yang mana untuk dipolemik. Sebenarnya
persoalan-persoalan ghaib ini adalah urusan Allah, manusia sedikit pun tidak
mengetahuinya. Maka apabila Allah memberitahu sesuatu mengenainya maka
sesunggubhnya Ia adalah sumber yang satu-satunya mengenai hakikat tersebut.
Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb

Dan dalam keadaan demikian manusia tidak punya pilihan atau hak apa-
apa selain dari menerima bulat-bulat tanpa soal jawab dan harus puas dengan
kadar yang disebut, tidak perlu berpolemik kerana manusia hanya boleh
berpolemik mengenai persoalan-persoalan baru yang difikirkannya
bertentangan dengan fakta-fakta pengetahuan dan pengalamannya. Tetapi
tentang soal kenapa bilangan mereka sembilan belas (walau apa pun yang
diertikan dengan bilangan ini) maka ianya adalah persoalan yang memang
diketahui oleh Allah Pencipta dan Penggubah alam dan segala sesuatu menurut
kadar-kadar tertentu.

Bilangan yang disebut dalam konteks ini samalah dengan bilangan-
bilangan lain yang disebut di tempat-tempat lain. Dan orang yang memang gila
polemik boleh mempersoal atau menentang sebarang bilangan yang lain dan apa
jua perkara lain dengan cara yang sama... umpamanya kenapa langit tujuh
petala? Kenapa manusia dijadikan dan tanah kering seperti tembikar dan
dijadikan jin dari nyala api? Kenapa bayi dikandung selama sembilan bulan?
Kenapa kura-kura boleh hidup ribuan tahun? Dan begitulah seterusnya kenapa
dan mengapa. Semua pertanyaan tersebut dapat dijawab bahawa Allah
menghendakinya dan Dia berbuat apa yang dikehendakiNya. Itulah kata putus
dan jawapan muktamad kepada soalan-soalan tersebut,

#?& %!# >$? $) #`# %!# # =G39# #?& %!# )F`9
`9# =G39#
( supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab menjadi yakin dan supaya orang yang
beriman bertambah imannya dan supaya orang-orang yang diberi al-Kitab dan orang-
orang mumin itu tidak ragu-ragu).

SIKAP MUMIN DAN KAFIR

Bagi setengah pihak bilangan pengawal neraka itu membawa keyakinan
dan bagi pihak lain pula ianya menambah keimanan. Bagi orang-orang yang
telah diberi kitab tentunya telah mengetahui sedikit sebanyak tentang hakikat
ini, dan apabila mereka mendengarnya dari al-Quran pula maka bertambahlah
keyakinan mereka kerana ianya menepati apa yang telah ada pada mereka.
Sementara itu bagi orang-orang mumin pula setiap patah firman dari Tuhan
adalah menambah keimanan kerana hati mereka adalah sentiasa terbuka dan
bertaut dengan Tuhan sehingga mereka dapat menerima segala hakikat dengan
secara langsung dan seterusnya setiap sesuatu yang datang dari Allah akan
membawanya lebih jinak dan lebih mesra dengan Allah.

Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
Hati mereka dapat merasai hikmat Allah dalam penyebutan bilangan
tersebut di samping mereka juga dapat merasa betapa rapinya tadbir Ilahi, lantas
meningkatlah imannya. Hakikat ini terus tetap mantap bertapak di hati mereka
dan seterusnya mereka tidak akan meragukan apa sahaja yang bakal
didatangkan dan Allah.

W #5 !# #& #$ `39# 5=% %!# )9
(... dan supaya orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan orang-orang kafir
(menyatakan): Apakah yang dikehendaki Allah dengan bilangan ini sebagai suatu
perumpamaan?)

Demikianlah hakikat yang satu itu telah menimbulkan dua kesan yang
berbeda pada hati-hati yang berbeda. Sedang orang-orang yang diberi kitab
merasa yakin dan orang-orang mumin bertambah keimanannya, tiba-tiba orang-
orang kafir dan orang-orang yang berjiwa lemah serta munafiq bingung
tertanya-tanya.

W #5 !# #& #$
Apakah yang dikehendaki oleh Allah dengan perumpamaan bilangan ini?

Mereka tidak mengerti hikmat soal yang luar biasa ini, tidak menerima
hikmah kebijaksanaan Allah yang mutlak dalam mengendalikan urusan segala
ciptaanNya, mereka juga tidak menerima kebenaran firman perkhabaran Allah
serta manfaat kebaikan ianya diserlah keluar dari alam ghaib ke alam nyata.

$ $ !# ` 79.
(... Demikianlah Allah membiarkan sesat orang-orang yang dikehendakiNya dan
memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya.)

Demikianlah juga penyebutan hakikat-hakikat dan pengutaraan tanda-
tanda bukti telah diterima oleh hati-hati yang berbeza-beza dengan cara dan
kesan yang berbeza-beza pula. Segolongan memilih jalan petunjuk sesuai
dengan kehendak Allah manakala segolongan yang lain pula telah memilih jalan
sesat dan buntu, juga dengan kehendak Allah. Sesungguhnya titik kembali yang
terakhir dalam segala sesuatu ialah kehendak iradat Allah yang Maha Mutlak,
sedang manusia dalam penciptaannya diberi dua cabang persiapan Untuk
petunjuk atau kesesatan. Samada ia menerima petunjuk atau menolaknya kedua-
duanya adalah berlaku dalam lingkungan batas kehendak Yang Mencipta
dengan persiapan dwi-cabang yang mempermudah untuk memilih yang itu atau
Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
yang ini dalam batas kehendak yang mutlak dan selaras dengan hikmat Allah
yang tersembunyi.

KONSEPSI IRADAH

Konsep mutlaknya kehendak dan konsep titik pengembalian terakhir
sesuatu yang berlaku di alam ini adalah merupakan konsep yang amat luas
pengertiannya yang tidak dapat dijangkau oleh akal yang cetek dengan polemik
di sekitar persoalan yang disebut sebagai Jabr (paksa) dan Iradah
(kebebasan kehendak). Polemik demikian tidak mungkin sampai kepada konsep
yang sebenar kerana ia hanya mendekati persoalan tersebut dari sudut yang
sempit dan meletakkannya dalam perspektif yang terbatas akibat keterbatasan
fikiran dan pengalaman manusia sendiri, sedang persoalan yang cuba
dibahasnya adalah persoalan Ilahi yang luas tidak terbatas.

Sesungguhnya Allah telah membentangkan di hadapan kita jalan
petunjuk dan jalan kesesatan. Ia telah menggariskan peta rencana untuk dilalui
agar kita terpimpin, berjaya dan bahagia. Ia juga telah menunjukkan simpang
seleweng serba kusut yang membawa kita kepada kesesatan, kerugian dan
kecelakaan. Hanya itu, Allah tidak menghendaki kita mengetahui lebih dari itu
dan tidak pula Ia memberikan kita kemampuan meneroka lebih jauh dari itu.

Ia hanya menyatakan, Sesungguhnya kehendak iradatKu adalah mutlak
dan kemahuanKu pasti terlaksana.... Oleh itu kita harus membahaskan
sekadar yang termampu - konsep hakikat kehendak yang mutlak dan kemahuan
yang terlaksana. Di samping itu kita harus berpegang erat dengan petunjuk dan
menjauhi kesesatan. Kita tidak perlu sibuk dengan polemik yang sia-sia
mengenai persoalan yang kita tidak dianugerahi kemampuan mengetahui
hakikatnya yang ghaib tersembunyi. Demikianlah rata-rata kita mendapati
percubaan-percubaan para ahli Ilmu Kalam dalam menjajaki persoalan Qadar
dengan caragaya pendekatan mereka yang umumnya tidak sampai ke mana-
mana kerana sebenarnya mereka cuba memasuki bidang yang di luar
kemampuan mereka.

Sesungguhnya kita tidak mengetahui Kehendak Allah, soal ghaib yang
di luar jangkauan kita. Namun kita sememangnya tahu apa yang dipinta oleh
Allah dari kita agar kita berhak menerima anugerahNya. Oleh itu kita harus
sedapat mungkin berusaha untuk menunaikan segala yang diperintahkan
kepada kita dan menyerahkan kepadaNya segala keghaiban kehendakNya. Apa
yang akan berlaku adalah kehendakNya jua. Ketika ia berlaku barulah kita
mengetahui bahawa itulah kehendakNya tetapi kita tidak mengetahuinya
sebelum ia berlaku. Dan di sebalik apa yang akan berlaku tersembunyi hikmat
Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
rahsia yang hanya diketahui oleh pihak yang Maha Tahu dan Maha Mutlak.
Begitulah cara seorang mumin harus menanggapi dan merenung persoalan ini.

) 7/ ``_ = $
(... Dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sendiri).

Ianya adalah persoalan ghaib baik dari segi hakikat, fungsi dan
kekuasaannya... Allahlah yang membukakan mana-mana aspek dari keghaiban
itu, perkataanNya sahajalah yang muktamad mengenainya dan tidak ada siapa
pun yang boleh menyoal, mendebat atau cuba menjangkau aspek yang tidak
dibuka oleh Allah kerana memang tidak ada jalan yang terbuka untuk
mengetahuinya.

6=9 . ) $
( Dan Saqar itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia).

Ia ( ) dalam ayat ini mungkin merujuk kepada tentera Tuhan atau
mungkin juga merujuk kepada neraka dan pengawalnya (yang juga termasuk
dalam kategori tentera Tuhan). Ianya disebut untuk meniberi kesedaran dan
amaran bukan untuk menjadi bahan polemik atau gurau-senda. Hanya jiwa-
jiwa yang berimanlah yang akan mendapat manfaat dan peringatan ini dan
sebaliknya jiwa-jiwa yang sesat pula akan menjadikannya sebagai bahan
polemik dan gurau senda.

HAKIKAT KEJADIAN ALAM

Hakikat tentang akhirat, neraka dan bala tentera Tuhan itu kemudiannya
telah dihubungkan dengan fenomena-fenomena alam yang dapat disaksikan di
alam nyata, fenomena-fenomena yang ditemui dan dilalui sendiri oleh manusia
tetapi mereka tidak mengerti dan menginsafi bahawa semuanya itu berlaku
dengan penentuan dan kendalian kehendak Maha Pencipta dan bahawa segala-
galanya itu mengisyaratkan adanya matlamat dan kesudahan, pengiraan dan
pembalasan di sebalik penenituan dan kendalian itu.

. )9# 9# ) /& x69# #) `& $) n} 939# #
6=9

Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
(Sekali-kali tidak! Demi bulan. Dan malam ketika telah berlalu, Dan subuh ketika mulai
terang. Sesungguhnya Saqar itu adalah salah satu bencana yang amat besar. Sebagai
peringatan kepada manusia).

Pemandangan ketika bulan purnama, ketika gelap malam telah berlalu
dan ketika fajar pagi mula menyinsing... adalah pemandangan-pemandangan
suasana yang mengilhamkan inspirasi melafazkan anika bicara kepada nurani
manusia, membisikkan berbagai rahsia ke lubuk hati mereka dan menggerakkan
bermacam rasa dalam jiwa. Dengan lintasan isyarat ini al-Quran menyentuh
pendaman rasa dan rahsia dalam hati manusia dengan penuh bijaksana tepat
mengikut ruang dan salurannya.

Jarang sekali hati manusia berjaga dan waspada ketika bulan sedang
mulai naik, tengah mengambang penuh purnama atau ketika sedang
menghilang sehingga tidak menyedari apa yang dibisikkan oleh sang
rambulan tentang rahsia-rahsia kewujudan ini! Sesungguhnya sejenak renungan
di bawah sinaran bulan itu kadangkala dapat mencuci hati bagai bermandikan
cahaya.

Jarang sekali hati manusia berjaga dan waspada ketika malam hampir
menghilang, detik-detik menjelang siang, ketika alam mula bangun membuka
mata... dan kerananya pemandangan ini tidak meninggalkan kesan apa-apa dan
tidak memancarkan lintasan-lintasan ilham di lubuk jiwa.

Jarang sekall hati manusia berjaga dan waspada di waktu pagi menjelang
cerah sehingga ianya tidak berdenyut dan mekar segar bersama sinaran cahaya
pagi, detik ketika yang tepat untuk menerima sinar nur yang memancar ke
lubuk jiwa bersama dengan pancaran cahaya yang menerangi pandangan.

Allah, Tuhan yang mencipta hati manusia adalah Maha Mengetahui
bahawa pada saat-saat pemandangan tersebut berlaku keluarbiasaan, seolah-
olah hati manusia mengalami penciptaan semula.

Al-Quran mengarahkan seluruh indera dan pemikiran supaya merenung
hakikat-hakikat agung yang penuh keajaiban di sebalik sinar dan pancaran
bulan, di kala malam dan pagi. Demikian juga tentang tanda-tanda bukti
kekuasaan Maha Pencipta, kebijaksanaan pengendalianNya dan keharmonian
Ilahi dalam perjalanan jagat raya. Penciptaan dan pengendalian paling harmonis
dan serasi yang mengkagumkan.

Allah bersumpah dengan fenomena-fenomena alam yang besar untuk
menyedarkan orang-orang yang sedang lupa alpa terhadap nilainya yang agung
dan pengertiannya yang mendalam. Tuhan bersumpah bahawa neraka (Saqar),
Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
bala tentera pengawalnya, akhirat dan seisinya adalah merupakan salah satu
hakikat agung yang penuh keajaiban dan sekaligus merupakan amaran kepada
manusia terhadap bahaya malapetaka di belakangnya.

$) n} 939#
(Sesungguhnya Saqar itu adalah salah satu bencana yang amat besar)


TANGGUNGJAWAB

Sumpah ini sendiri lafaz dan semangatnya adalah merupakan
ketukan-ketukan keras di pintu hati manusia yang senada seirama dengan
tiupan sangkakala, yang sama-sama menggetar dan menggoncang rasa. Di
samping itu selaras pula dengan pembukaan surah ini yang berupa panggilan
yang menggugah, `O9# $' (Wahai orang yang berselimut) serta perintah
menyampaikan amaran, ' % (Bangun! Dan beri amaran) ... Pendeknya
suasana yang diwujudkan oleh ungkapan-ungkapan ayat ini adalah gamat
dengan gemertap dentuman bencana!

Dalam situasi demikianlah Allah menyatakan tanggungjawab setiap
orang terhadap dirinya, setelah Allah menyerahkan kepadanya kuasa memilih
jalan dan kesudahannya dan memberitahu bahawa ia adalah bertanggungjawab
penuh dengan apa yang dilakukannya baik buruknya dan bahagia celakanya.

9 $ `3 & )G & z'G . _ $/ M6.

(Kepada siapa yang di antaramu yang berkehendak akan maju atau mundur. Tiap-tiap
diri bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatkannya).

Setiap individu membawa dirinya menurut haluan masing-masing maju
atau mundur, mendaki mercu kemuliaan atau menerjuni gaung kehinaan. Dan ia
adalah bertanggungjawab terikat dengan segala yang dibuat. Sementara itu
Allah telah menjelaskan jalanNya untuk dilalui, jalanNya yang nyata terserlah
dengan meneliti pemandangan alam dengan segala pengertian di sebaliknya
serta pemandangan neraka Saqar dengan kepanasannya yang menghancur-lebur
pemandangan-pemandangan yang sesungguhnya mengandung nilai dan erti
yang tak terperi.

Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
ASHABU L-YAMIN

Dalam keadaan demikian Allah menyatakan pula tentang bebas lepasnya
golongan Puak Kanan (ashabul Yamin) dari belenggu yang mengikat mereka
dan pengurniaan hak kuasa menyoal Puak Durjana (al-Mujrimin) di neraka,
mengapa mereka sampai terjerumus ke gaung Saqar.

) =t& 9# M_ 9$F f9# $ `36=
) #9$% `9 7 ,#9# `9 7 ` 3`9# $2 `
$:# $. >3 / 9# Lm $9?& )9#


(Tetapi golongan kanan, Berada di dalam Syurga tanya menanya. Tentang orang-orang
yang berdosa. Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar? Mereka menjawab,
Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan sembahyang. Dan kami
tidak memberi makan orang miskin. Dan kami membicarakan yang batil, bersama orang-
orang yang membicarakannya. Dan kami mendustakan hari pembalasan. Hingga datang
kepada kami kematian).

Pembebasan Puak Kanan itu adalah kerana limpah kurnia Allah yang
memberkati segala amal bakti mereka berganda-ganda. Pernyataan hal ini dalam
konteks suasana tersebut adalah merupakan suatu teknik yang menyentuh ulu
hati manusia. Ianya mengusik jiwa puak durjana yang benar-benar merasakan
suasana tragis dan realistis mereka terhumban dalam .keadaan yang cukup
hina hingga terpaksa membuat pengakuan-pengakuan yang panjang lebar
tentang kesalahan-kesalahan yang telah mereka lakukan. Sementara itu orang-
orang mumin yang mereka pandang hina di dunia kini ditempatkan di pentas
kemuliaan dan dimandatkan untuk menyoal mereka.

$ `36= )
(Apakah yang memasukan kamu ke dalam Saqar?)

Ianya juga mengusik jiwa orang-orang mumin yang ketika di dunia kini
mengalami segala macam derita sengsara akibat angkara puak durjana itu. Pada
hari tersebut mereka tidak lagi lemah dan tertindas, sebaliknya mereka
mendapat penghormatan yang tinggi menduduki singgahsana kemuliaan
sedang musuh-musuh mereka yang angkuh takabbur itu tersungkur tonggang-
langgang dalam kehinaan. Kesan pemandangan ini dalam hati kedua-dua
Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
golongan itu begitu mendalam sekali. Ianya begitu realistis seolah-olah saat itu
sudah benar-benar menjelang dan mereka sendin benar-benar sedang
mengalaminya dan seolah-olah kehidupan duniawi seisinya telah benar-benar
berlalu.

Pengakuan yang panjang lebar itu merperincikan berbagai kesalahan
yang telah mengheret mereka ke jurang Saqar. Dalam keadaan paling hina
mereka mengakui semuanya itu dengan lidah mereka sendiri di hadapan
penyaksian orang-orang mumin:

#9$% `9 7 ,#9#
(Mereka menjawab, Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan
sembahyang.)

Sembahyang adalah melambangkan keimanan seluruhnya dengan
mengisyaratkan tentang betapa pentingnya sembahyang dalam pembinaan
aqidah dan kedudukannya sebagai simbol yang menandakan keimanan.
Mengingkarinya bererti kufur dan tersisih dan barisan muminin.

`9 7 ` 3`9#
(Dan kami tidak pula memberi makan orang miskin).


AQIDAH SOAL POKOK

Ini adalah kerana ketiadaan iman. Iman dengan pengertian penyembahan
Allah dengan berbakti kepada makhlukNya sesudah menyembah zat Allah itu
sendiri. Penyebutan hal ini dengan nada yang demikian tegas dan diulang
berkali-kali pula di tempat-tempat yang lain adalah unluk menunjukkan
keadaan masyarakat yang dihadapi oleh al-Quran, masyarakat yang sudah
ketandusan sifat ihsan belas terhadap golongan miskin pada saat-saat genting
dan mendesak. Mereka berlagak pemurah dalam hal-hal yang tidak perlu
semata-mata untuk berbangga-bangga dan bermegah-megah, tetapi dalam
keadaan yang benar-benar genting dan menuntut pengorbanan suci tanpa
publisiti mereka bersikap bakhil menangkai jering.

$2 ` $:#
(Dan kami membicarakan yang batil, bersama orang-orang yang membicarakannya).

Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
Ianya menggambarkan sikap mengabaikan aqidah dan iman. malah
mereka mempermain-main dan memperolok-olokkannya. Walhal aqidah adalah
soal yang paling pokok dalam kehidupan manusia. Soal yang harus dibereskan
dahulu dalam jiwanya sebelum menggarap persoalan-persoalan lain; kerana
sebenarnya aqidahlah yang menjadi asas dan dasar segala konsepsi, tanggapan,
pertimbangan dan penilaiannya. Seterusnya aqidahlah juga yang menjadi
pedoman dalam menjalani liku-liku kehidupan. Demikian pentingnya aqidah
dalam kehidupan namun mereka tidak mempedulikannya. Sebaliknya mereka
hanyut terumbang-ambing dalam kesongsangan hidup.

$. >3 / 9#
(Dan kami mendustakan hari pembalasan)

Sebenarnya inilah yang merupakan punca segala bencana. Orang yang
mendustakan hari pembalasan tidak lagi dapat membuat penilaian dan
pertimbangan dengan betul. Ia akan tersepit dalam batas hidup duniawi,
terhimpit dalam buruan umur yang singkat. Ia memperhitungkan kesudahan
segala sesuatu secara jangka pendek dalam batas ruang yang sempit. Dengan itu
maka melesetlah segala perhitungannya dan pincanglah seluruh kehidupan
duniawinya sebelum ia terjerumus dalam kemelesetan dan kepincangan yang
lebih parah di akhirat.


NASIB PUAK DURJANA

Dan puak durjana itu pun berkata, Demikianlah keadaan kami terus
menerus, tidak sembahyang, tidak membela anak yatim, hanyut bergelumang
noda dan mendustakan hari pembalasan...

Lm $9?& )9#
(Hingga datang kepada kami kematian).

Iaitu kematian yang mengakhiri segala keraguan dan mempastikan
segala-gala dengan muktamad tidak ada tawar menawar lagi dan tidak ada
pertimbangan lagi untuk penyesalan, taubat dan amal bakti ... sesudah
datangnya kepastian ini.

Keadaan yang serba buruk dan hina ini kemudiannya diikuti pula dengan
pengumuman yang menolak sebarang kemungkinan berubahnya kesudahan
tersebut:

Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
$ ``? 9#
(Maka tidak berguna lagi bagi mereka syafaat dan orang-orang yang memberikan
syafaat).

Begituiah sudahnya nasib puak durjana sebagai balasan dari kejahatan-
kejahatan yang mereka sendiri akui. Segala-galanya telah sempurna terlaksana,
dan keadaan itu akan terus abadi selamanya. Tidak ada lagi syafaat simpati yang
dapat diharapkan. Memang pada hakikatnya tidak ada sama sekali syafaat
untuk mereka, tetapi kalau diandaikan ada pun maka syafaat itu tidak dapat
memberi kesan apa-apa.

Ketika gambaran hina di akhirat ini masih terbentang nyata, Allah telah
mengembalikan mereka menghadapi realiti kehidupan mereka kini yang kotor
lacur serba-serbi, namun masih ada peluang dan kesempatan untuk
menyelamatkan diri sebelum menjelangnya peristiwa bencana trajis yang baru
digambarkan tadi. Selama ini mereka menolak dan menentang peringatan Ilahi,
malah mereka lari dari petunjuk dan menyimpang dari jalan selamat yang
terbentang lapang di hadapan mata. Lantas Allah melukiskan suatu gambaran
yang lucu buat mereka, gambaran yang mempersenda-sendakan sikap bodoh
sombong mereka:

$ ; .G9# ` (. "`m F` N _`%
(Maka mengapa mereka berpaling dari peringatan? seakan-akan mereka itu keldai liar
yang lari terkejut. Lari dari singa).

Gambaran keldai liar yang lari lintang-pukang ketika mendengar
deraman singa adalah suatu gambaran yang tidak asing bagi orang Arab, suatu
pemandangan yang sangat menggelikan, apalagi jika ianya berlaku pada
manusia! Betapa kiranya keadaan mereka yang bertukar dan manusia menjadi
keldai liar yang lari tonggang-langgang bukan kerana ketakutan atau terancam
tetapi kerana didatangi peringatan tentang Tuhan, tentang kesudahan nasib
mereka dan tentang peluang untuk selamat dan kecelakaan. Ianya adalah
merupakan lukisan yang terpahat pada alam untuk ditonton dan diapresiasi
oleh manusia, semoga mereka merasa malu dan mengelak dari ikut terlukis di
dalamnya. Sementara orang-orang yang menolak petunjuk akan tunduk
menekur dan meminggir kerana malu dan merasa tersindir, lantas segera
mengubah sikap.




Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
PEMBESAR

Ayat tersebut mengambarkan keadaan telatah lahiriah mereka dan
seterusnya Allah mendedahkan pula rahsia yang menggelodak dalam jiwa
mereka:

/ ` . # ] & A` $s
(Bahkan tiap-tiap orang dari mereka berkehendak supaya diberikan lembaran-lembaran
kitab yang terbuka).

Iaitu kedengkian terhadap Nabi s.a.w. kerana dipilih dan diberi wahyu
oleh Allah. Semua mereka menginginkan kedudukan itu dan mengharapkan
pemberian kitab untuk disebarkan .. orang yang dimaksudkan dalam konteks ini
tidak lain dari golongan pembesar-pembesar yang merasa tidak senang dengan
penurunan wahyu kepada Muhammad ibn Abdu Llah. Mereka merasakan
bahawa kepada merekalah sepatutnya wahyu itu diturunkan. Lantas mereka
berkata,

(Dan mereka berkata: Mengapa al-Quran ini tidak diturunkan kepada seorang besar dari
salah satu dari dua negeri Mekah danTaif ini?)

Sesungguhnya Allah Maha Tahu di mana Ia harus meletakkan
risalahNya. Maka dipilihNya Muhammad s.a.w. manusia yang sempurna
dengan segala sifat kemuliaan dan keagungan. Kedengkian yang menggelodak
di jiwa yang telah dibongkar oleh al-Quran itulah sebenarnya yang menjadi
sebab mereka menolak dan memekak dari petunjuk.

Kemudian disambungnya lagi penggambaran dari dalam jiwa mereka.
Dibongkarnya satu lagi rahsia lain yang menyebabkan mereka berdegil:

. / $ z#
(Sekali-kali tidak! Sebenarnya mereka tidak takut kepada hari akhirat).

Ketidaktakutan kepada akhirat itulah yang menjauhkan mereka dari
menerima peringatan dan menyebabkan mereka lari darinya. Kalaulah hati
mereka dapat merasakan hakikat akhirat tentu sahaja keadaan mereka berbeza.

Dan kini sekali lagi Tuhan mendatangi mereka untuk menyampaikan kata
putus. Terserahlah kepada mereka sendiri untuk .menentukan jalan mana dan
kesudahan bagaimana yang hendak dipilih:

Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
2 ) .? $ 2

(Sekali-kali tidak demikian halnya. Sesungguhnya al-Quran itu adalah peringatan.
Maka barangsiapa menghendaki, nescaya dia tetap mengingatinya).

Peringatan terakhir itu ialah al-Quran ini. Kitab yang mereka enggan
mendengarnya. Kitab yang mereka tinggalkan dengan kedegilan keldai liar.
Kitab yang mereka tolak kerana memendam rasa dengki yang meluap-luap
terhadap Muhammad. Ianya adalah peringatan untuk disedari dan diinsafi.
Barangsiapa yang mahu sedar, sedarlah! Dan barangsiapa yang masih tidak
mahu sedar, terserah! biarkan ia menentu dan memilih sendiri syurga atau
neraka, bahagia atau celaka!

Sesudah ditegaskan kebebasan mereka memilih jalan yang hendak dilalui,
kini diikuti pula dengan pernyataan mutlaknya kehendak Allah dan
pengembalian akhir segala sesuatu kepadanya. Ianya adalah suatu fakta yang
sentiasa ditekankan oleh al-Quran di mana-mana sahaja ayat yang berkaitan
dengan tujuan untuk membetulkan tanggapan tentang kehendak iradat Ilahi
yang sempurna serba mencakup dan pemutus terakhir yang maha mutlak dalam
segala perkara dan peristiwa:

$ `. ) & $ !# `& )G9# `& RQ#
(Dan mereka tidak akan mengingatnya kecuali Allah menghendakinya. Dia adalah
Tuhan yang layak kita bertaqwa kepada Nya, dan layak memberi ampun).

Segala sesuatu yang terjadi di alam ini adalah terikat dengan kehendak
iradat Maha Agung, bergerak menurut arahanNya dan berkisar dalam
lingkungan perbatasanNya. Tidak mungkin berlaku kehendak makhluk yang
bertentangan dengan kehendakNya kerana kehendak Allah adalah menguasai
setiap unit jagat raya. Dialah tang menciptakannya dan menciptakan segala
ragam sunnah dan undang-undangnya. Maka berjalanlah buana semesta ini
dengan seisinya persis menurut rangka rencana iradat yang Maha Mutlak itu.

HAKIKAT KEJIWAAN

Peringatan adalah merupakan petunjuk dari Allah yang dikurnia kepada
sesiapa yang bersedia menerimanya. Hati manusia adalah seutuhnya di tangan
Tuhan; Dialah yang membuka dan menutupnya. Allah akan menuntun
hambaNya kepada ketaatan apabila si hamba sudah punya niat dan hasrat yang
benar.

Fi Zilalil Quran - Al-Muddatstsir
Sayyid Qutb
Tidak ada hamba yang tahu apa yang dikehendaki oleh Allah. Ianya
adalah soal ghaib yang asing terdinding. Tetapi ia tahu apa yang Allah mahu
darinya. Maka apabila telah bulat niatnya untuk bangun melaksanakan segala
perintah, Allah akan menghulurkan inayat pertolonganNya dan
membimbingnya menurut kehendakNya yang mutlak.

Apa yang hendak dipahatkan oleh al-Quran dalam jiwa umat Islam ialah
hakikat kehendak Allah yang maha Mutlak dan serba mencakup itu, sehingga
mereka menerima dan menyerah pasrah kepadanya dalam kebulatan yang utuh.
Inilah sebenarnya hakikat kejiwaan Islam yang tidak mungkin tegak mantap
tanpa sikap dan tanggapan tersebut. Apabila tanggapan demikian telah
menapak dengan teguh maka ianya akan dapat melentur hati manusia dari
dalam dan membina tanggapan-tanggapan tertentu bagi menghadapi segala
gelombang gelora kehidupan. Dan inilah tujuan sebenar dari pernyataan hakikat
kemutlakan kehendak Allah dan kesempurnaannya yang mengikuti
pembicaraan tentang janji syurga atau neraka, petunjuk atau kesesatan.

Adalah tidak wajar untuk mendekati masalah kemutlakan ini dengan
menyeretnya kepada polemik di sekitar Jabr dan Ikhtiar. Pendekatan
demikian sebenarnya adalah merupakan suatu tinjauan serpihan dan suatu
konsep yang menyeluruh dan hakikat yang mutlak. Ianya juga merupakan suatu
penyimpangan kepada jalan mati yang tidak akan bertemu dengan penyelesaian
kerana hal ini adalah di luar konteks pembicaraan ayat.

$ `. ) & $ !#
(Dan mereka tidak akan mengingatinya kecuali Allah menghendakinya).

Kehendak mereka tidak dapat mengatasi kehendak Allah, malah mereka
tidak akan berupaya bergerak ke mana-mana melainkan dengan kehendak Allah
jua yang penuh berkuasa menentukan segala gerak dan arahnya. Allah adalah
ahlu t-taqwa satu-satunya kuasa yang layak dan berhak menerima taqwa
dari para hamba, dan sememangnya mereka diperintahkan bertaqwa hanya
kepadaNya. Allah juga ahlu l- maghfirah; Ia mengurniakan pengampunan
kepada hamba-hambaNya menurut kehendakNya. Taqwa adalah anak tangga
keampunan dan kedua-duanya adalah kepunyaan Allah.

Surah ini berakhir dengan ungkapan tasbih pujian yang mendalam
kepada Ilahi Rabbi dalam iringan doa semoga dengan restu perkenanNya
terlimpah rahmah taufiq pembimbing ke arah menerima peringatanNya
menuju taqwa dan cucuran pengampunan.

You might also like