You are on page 1of 5

Kesan Terhadap Alam Sekitar Lembah Klang dianggap sebagai kawasan nadi perindustrian Negara dan merupakan kawasan

estet perindustrian yang paling luas serta paling awal di Malaysia. Lembah Klang meliputi kawasan Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang serta di kelilingi oleh Gombak, Selayang, Ampang, Cheras, Hulu Langat, Semenyih, Kajang, Bangi dan lain-lain yang mana dikenali sebagai wilayah Bandar Lembah Klang. Pada tahun 1984, terdapat kira-kira 500 buah kilang atau hamper 37 % daripada jumlah kilang pembuatan di Malaysia berada di Lembah Klang. Daripada jumlah itu, terdapat lebih daripada 12 buah kilang memproses getah dan 10 buah kilang minyak kelapa sawit yang sedang beroperasi tanpa mengambil kira spesifikasi kualiti alam sekitar secara teratur dan sistematik. Berikutan daripada itu, ia menyebabkan kawasan Lembah Klang mengalami masalah kemerosotan kualiti alam sekitar yang paling serius berbanding dengan rancangan estet perindustrian lain di Semenanjung Malaysia.

Pencemaran air Rancangan estet perindustrian di kawasan Lembah Klang telah menyebabkan kemerosotan kualiti air khususnya air sungai. Kualiti air sungai biasanya diukur berdasarkan kepada nilai penggunaan oksigen terlarut dalam air (BOD). Jika terdapat sungai yang mempunyai nilai BOD yang tinggi melebihi paras yang dibenarkan, sungai tersebut dikategorikan sebagai sungai yang tercemar. Selain itu, terdapat juga indeksindeks yang lain seperti kandungan Amonia, COD, sedimen terampai dan sebagainya. Di dalam kes Sungai Klang, hampir 97% airnya tercemar akibat bahan buangan industri pembuatan seperti industri membuat makanan, kimia, tekstil, pemprosesan dan lain-lain. Kesemua industri tersebut dianggarkan menghasilkan 96% daripada jumlah beban BOD di dalam sungai tersebut. Lazimnya, kilang-kilang ini menyalurkan bahan buangannya sama ada ke atas tanah ataupun ke dalam kolam pengawet yang mempunyai saluran keluar ke alur atau ke sungai. Penyaluran efluen kilang yang mempunyai nilai BOD dan COD yang tinggi ini ke dalam sungai akan mencemarkan air sungai terutamanya pada masa aliran sungai rendah atau semasa air sungai kemarau. Sebahagian besar influen ini berbentuk organan dan memerlukan oksigen terlarut yang banyak untuk diuraikan. Contohnya, bahan buangan kilang memproses getah mempunyai kandungan konsentrasi bakteria Coliform dan E-Coli yang tinggi sehingga boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

Pencemaran bahan mendak dan kelodak ke atas sistem sungai Sungai Klang, Sungai Gombak, Sungai Langat, Sungai Batu, Sungai Pansun, Sungai Semenyih dan lain-lain merupakan sungai-sungai utama yang mengalir di Lembah Klang. Antara sungai-sungai tersebut, Sungai Klang dan Sungai Langat adalah dua batang sungai

di Semenanjung Malaysia yang mengalami pencemaran dan kelodakan yang paling teruk sehingga Sungai Klang dikategorikan sebagai salah satu daripada tiga batang sungai yang paling tercemar di Semenanjung Malaysia pada tahun 1989. Sejak tahun 1978, Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan satu kajian terhadap Sungai Klang dan jelas membuktikan bahawa bahan mendak dan kelodakan di Sungai Klang adalah sentiasa tinggi iaitu melebihi 200 mg1. Kadar ini adalah melampaui paras yang dicadangkan oleh JAS iaitu aras 150 mg1. Manakala bagi Sungai Langat pula, nilai kelodakan dan sendimen terampai di dalamnya sentiasa melebihi paras 80 mg1 iaitu nilai piawaian bagi perlindungan hidupan air. Indeks pencemaran air ini akan menjadi lebih serius di hilir Sungai Klang dan Sungai Langat hasil daripada pergerakan arus sungai yang membawa dan mengumpulkan (kumulatif) bahan-bahan sedimen tersebut. Kuantiti kelodak dan sedimen yang terkumpul dari hulu ke hilir akan menyekat atau memperlahankan pergerakan arus sungai. Selain itu, apabila hujan turun air sungai akan cepat melimpahi tebingnya dan menghasilkan fenomena banjir kilat. Oleh sebab itu, Bandar raya Kuala Lumpur kerap dilanda banjir kilat walaupun hujan yang turun hanya untuk seketika. Hal ini demikian kerana, bahan industri yang dibuang ke dalam Sungai Klang dan Sungai Gombak tersekat aliran pergerakannya.

Ekosistem akuatik terjejas Selain pencemaran sungai, ekosistem akuatik turut terjejas ekoran daripada pembangunan perindustrian yang pesat di Lembah Klang. Pembuangan atau penyaluran bahan-bahan toksik ke dalam sistem sungai akan mengurangkan kuatiti oksigen terlarut di dalam air yang menjadi komponen penting untuk ikan, udang, ketam dan sebagainya bagi meneruskan rantaian ekosistemnya. Keadaan ini akan memusnahkan hidupan akuatik. Bukan itu sahaja, sedimen terampai seperti minyak, gris dan buih sabun akan bertindak menghalang kemasukan cahaya matahari ke bawah permukaan air. Hal ini akan menyebabkan proses fotosintesis oleh tumbuhan air yang menjadi sumber makanan dan perlindungan utama ikan, udang dan ketam tergendala. Apabila tumbuhan tersebut mati, rantaian hidupan akuatik akan terganggu kerana tiada sumber bekalan makanan untuk meneruskan hidup. Pencemaran udara Estet perindustrian di Lembah Klang juga meninggalkan kesan yang buruk ke atas kualiti udara di kawasan Lembah Klang. Berlaku masalah pencemaran udara yang serius kerana terdapatnya bahan partikel terampai, turunan habuk dan beberapa jenis gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur, hidrokarbon-hidrokarbon dan sebagainya di udara. Indeks pencemar udara di tempat-tempat sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Klang sentiasa tinggi melebihi 50 ug m iaitu nilai standard kualiti udara yang dicadangkan oleh WTO. Dalam hal ini Prof Sham Sani dalam bukunya Iklim Bandar : Proses dan Aplikasi

(1984) menyatakan bahawa pencemaran udara di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya adalah standing dengan beberapa Bandar raya di Negara barat seperti Los Angelas dan San Francisco. Menurut Prof Sham Sani lagi sumber yang dibebaskan oleh kenderaan yang bergerak menjadi penyumbang utama kepada pencemaran udara di Lembah Klang iaitu hampir 90% dan diikuti pula oleh sumber industri, pembakaran terbuka dan lain-lain. Industri yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakar juga dikenalpasti membebaskan banyak bahan-bahan pencemar ke udara. Antaranya seperti kilang getah dan kelapa sawit serta kilang penapisan petroleum. Di Lembah Klang sahaja di anggarkan terdapat 500 buah kilang getah dan kelapa sawit yang sedang beroperasi mengeluarkan bau busuk dan asap udara secara terbuka. Selain itu, sumber-sumber pencemaran juga datangnya daripada industri yang membebaskan partikulat-partikulat terampai seperti habuk dan debu yang datangnya daripada kilang kayu, kilang pulpa dan kertas, kilang pembuatan simen yang berselerak di seluruh Lembah Klang ini. Pengeluaran bahan pencemar ke udara dari sektor perindustrian turut meningkat dari 6022.0 tan kepada 8832.5 tan antara tahun 1972 hingga 1975. Keadaan pencemaran udara di Lembah Klang diburukkan lagi oleh faktor topografinya yang berada di kawasan lembah yang dikelilingi bukit serta fenomena pulau haba Bandar raya Kuala Lumpur yang tinggi. Kedua-dua sebab ini akan memerangkap bahan-bahan pencemar dalam atmosferanya seterusnya nilai konsentrasinya cepat bertambah.

Jerebu Partikulat-partikulat terampai yang terbebas daripada sumber industri, pembakaran terbuka dan kenderaan akan terperangkap dan terapung-apung di udara yang kering sekaligus menyebabkan berlakunya jerebu. Ketika Malaysia dilanda jerebu pada September hingga Disember 1997, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang dicatat di beberapa stesen sekitar Lembah Klang seperti Kuala Lumpur, Gombak, Petaling Jaya dan Kajang menunjukkan nilai purata yang tinggi iaitu antara 300 hingga 500. Walaupun, kejadian kebakaran hutan di Indonesia dikatakan menjadi punca akan berlakunya jerebu di Malaysia, namun fenomena ini menjadi makin parah apabila adanya pelepasan partikulat-partikulat terampai dari kilang tanpa kawalan di Lembah Klang. Tuntasnya, fenomena jerebu yang melanda Malaysia pada akhir tahun 1997 memberikan pengajaran yang besar tentang betapa perlunya pengawalan yang sistematik dan ketat terhadap aktiviti pengeluaran asap, jelaga, hidrokarbon, debu dan habuk dari kilang-kilang.

Hujan asid Pencemaran udara dan jerebu seterusnya akan menyebabkan kejadian hujan asid berlaku di kawasan sekitar Lembah Klang. Walaupun hujan dianggap sebagai pembersih udara tetapi kesan bahaya daripada hujan asid boleh membahayakan penduduk di sekitar

Lembah Klang. Bahan-bahan pencemar yang terkumpul di atmosfera bertindak sebagai nuklues pemeluwapan untuk menarik wap-wap air di dalam udara berkumpul ke arahnya menjadi bintik-bintik air. Proses pemeluwapan seterusnya menghasilkan bintik-bintik air. Proses pemeluwapan seterusnya menghasilkan bintik-bintik air yang lebih besar, berat dan tepu lalu menurunkan hujan. Kualiti air hujan yang turun tersebut mengandungi beberapa asid seperti asid nitrit, sulfuric, asid karbonik dan lain-lain. Oleh sebab itu, hujan yang turun dianggap sebagai hujan asid kerana dicemari dengan bahan-bahan terampai yang terdapat diudara ketika hujan turun. Hujan asid yang turun ini akan meninggalkan kesan-kesan yang tertentu seperti membahayakan kulit manusia, hakisan dan kelunturan warna bangunan dan kenderaan serta boleh memusnahkan tisu-tisu badan manusia. Pulau haba Bandar Pengelompokan industry di sesuatu kawasan khususnya lembah Klang akan menyebabkan berlakunya pemanasan setempat. Gas-gas pencemar yang terbebas ke udara seperti gas karbon dioksida dan karbon monoksida akan membentuk satu selimut atmosfera. Selimut atmosfera ini membenarkan sinar lembayung matahari masuk menembusinya tetapi mengahalang pembalikan semuala bahangan dari bumi. Kesannya, bahangan dan tenagan matahari yang terperangkap lalu berkitar di dalam ruang udara yang sama sehingga menyebabkan suhu sekitarnya menjadi panas. Di bandar, pemanasan ini dinamakan sebagai pulau haba. Pada waktu malam, indeks suhu atau suhu efektif di kawasan Lembah Klang lebih tinggi berbanding dengan waktu siang terutamanya di kawasan yang padat dengan bangunan batu. Hal ini demikian kerana, sifat bangunan tersebut yang menyimpan haba di waktu siang dan membebaskan kembali pada waktu malam. Fenomena pemanasan setempat di Lembah Klang lebih ketaraa apabila berlakunya kejadian El-Nino. Keadaan ini disebabkan oleh pembentukkan selimut atmosfera yang lebih tebal di dalam keadaan cuaca kering. Contohnya, minima suhu harian yang dicatatkan di bandar raya Kuala Lumpur di dalam tempoh El-Nino ialah antara 34 darjah celcius hingga 37 darjah celcius berbanding dengan tempoh-tempoh sebelumnya iaitu antara 29 darjah celcius hingga 33 darjah celcius.

Kesan kepada Manusia Kegiatan perindustrian di Lembah Klang akan menyebabkan gangguan kesihatan kepada penduduk. Hal ini demikian kerana berlakunya fenomenan pencemaran udara dan jerebu, pencemaran air, pencemaran bunyi, hujan asid dan sebagainya. Kawasan tumpun industry perkilangan turut akan membebaskan dengan banyak bahan-bahan pencemar seperti karbon monoksida, sulfur, gas kloroflurokarbon dan lain-lain yang boleh memudaratkan kesihatan

penduduk seperti penyakit gatal, barah kulit, penyakit asma, brokontis dan lain-lain. Kesesakan lalu lintas akan berlaku apabila pekerja kilang bertambah. Kesesakan berlaku apabila jumlah kenderaan yang digunakan oleh pekerja untuk berulang alik ke tempat kerja bertambah. Kesannya masalah aliran trafik akan berlaku yang boleh melambatkan perjalanan dan meningkatkan lagi risiko kemalangan itu sendiri. Pertambahan tenaga buruh menyebabkan sesuatu kawasan seperti di bandar menjadi padat dan sesak. Keadaan ini biasanya boleh menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti penyakit berjangkit, masalah jenayah, penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Selain kesan negatif, perindustrian ini juga memberi kesan positif kepada masyarakat. Peningkatan pendapatan dan taraf hidup penduduk yang semakin baik kesan daripada pertambahan pekerjaan dari kilang-kilang pembuatan membolehkan pendapatan perkapita penduduk ditingkatkan. Selain itu, kuasa beli, tabungan dan lain-lain yang berkaitan dengan taraf hidup penduduk turut meningkat. Penduduk juga dapat menikmati pelbagai kemudahan pembandaran kerana kawasan tumpuan industri biasanya mempercepatkan proses urbanisasi. Pertumbuhan industri pembuatan menggalakkan perkembangan bandar moden yang lengkap dengan segala kemudahan. Oleh itu, penduduk dapat menikmti pelbagai kemudahan seperti kemudahan telekomunikasi dan pengangkutan, kemudahan tempat tinggal yang selesa, kemudahan membeli belah, kemudahan rekreasi dan sebagainya.

You might also like