You are on page 1of 1

A14/

Isnin, 24 September 2012

Sukan

Tg Aru Kinabatangan A juara kategori terbuka Pertandingan Perahu Naga 2012


Oleh NOORASVILLA MUHAMMA noorasvilla@yahoo.com KATEGORI Terbuka: Hassan Ahmad (johan), Adam Ulamah (naib johan) dan Masrin Erowan (tempat ketiga). SANDAKAN: Pasukan Tanjung Aru Kinabatangan A muncul juara bagi kategori terbuka pada Pertandingan Perahu Naga 2012 yang diadakan di Pantai Pasir Putih di sini, kelmarin. Ia diikuti dengan pasukan Tanjung Aru Kinabatangan B dan Tanjung Papat A masingmasing di tempat kedua dan ketiga. Bagi kategori kaum Cina, johan diungguli oleh pasukan Persatuan Tongkang Sandakan, manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi pasukan MP 26 dan Persatuan Masyarakat Tiong Hua Sandakan Bersekutu. Sebanyak 12 pasukan bagi kategori terbuka dan 6 pasukan bagi kategori kaum Cina mengambil bahagian pada pertandingan tersebut merupakan antara pengisian sempena Festival Sandakan 2012. Kategoriterbukaturutdisertai oleh pasukan PDRM Tawau, MP 185, Lucky Paddlers Sandakan, PDRM Mix Tawau, Persatuan Perikanan Tawau, D.P.S Dragon Paddle Sandakan, Tanjung Papat B, Kobena

Kejohanan Catur Terbuka Sandakan 2012

Hassan Ahmad ungguli Kategori Terbuka


Oleh YUSOP TEPPO armie_bp@yahoo.co.uk SANDAKAN: Buat julung kalinya Kelab Catur Sandakan dengan kerjasama Persatuan Catur Sabah mengadakan Kejohanan Catur Terbuka Sandakan di Dewan Besar Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan, kelmarin. Pengerusi Pengelola, Mohd Jain Aliuddin berkata kejohanan ini telah berjaya menarik minat para peminat catur dari seluruh Sabah termasuk dari negara jiran Indonesia dan Filipina. Malahan beliau amat terkejut dengan sambutan yang diberikan terutama sekali oleh warga Sandakan. Menurut Masrin Erowan yang merupakan wakil Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Catur Sabah, kejohanan seperti ini amat perlu diadakan selalu demi kemajuan sukan catur itu sendiri. Ini juga memberi pendedahan kepada pelajarpelajar sekolah khususnya dan penggiat sukan catur di samping ingin menyahut misi Persatuan Catur Sabah iaitu untuk melahirkan Grandmaster pertama dari Sabah dan Malaysia amnya, katanya. Oleh itu, beliau amat berharap semua pihak sama ada pihak kerajaan mahupun NGOperlumemberisokongan padu dan bantuan yang mana perlu terhadap sukan ini yang boleh membentuk keperibadian yang jitu dan berdisiplin terutama generasi muda. Dalam edisi pertama kejohanan ini, seramai 97 orang peserta yang menyertai kejohanan yang julung kali ini. Malah agar lebih mencabar, kejohanan ini dijalankan secara overall atau semua pemain akan berlawan sesama KATEGORI Bawah 18 Tahun: Ahmaddin Samir (johan), Mohd Sazlee Hidayatullah (naib johan) dan Erickson James (ketiga).

WAKIL pasukan Tanjung Aru Kinabatangan A menerima piala kemenangan menjuarai kategori terbuka Pertandingan Perahu Naga 2012. Beluran serta Sepilok Laut. Sementara, kategori kaum Cina turut disertai oleh pasukan Chee Siang Khor Moral Uplifting Society, Persatuan Hakka Sandakan serta YMM Cawangan Sandakan. Majlis pelancaran pertandingan itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Haji Juhar Mahiruddin.

KATEGORI Bawah 15 Tahun: Mohd Syuib Saini (johan), Muhd Nur Syazwan A.Sani (naib johan) dan Muhd Syamil (ketiga).

KATEGORI Bawah 12 Tahun: Siti Norazlin Adzlee (johan), Dayang Bachtinissa Mohd Nasir (naib johan) dan M.Rizwan Ahamad Hussin (tempat ketiga). sendiri tanpa mengira umur dan jantina. Namun pemenang akan dipilih berdasarkan kedudukan terbaik mengikut kategori masingmasing. Kategori yang dipertandingkan ialah Kategori Terbuka, Kategori Bawah 18 Tahun, Kategori Bawah 15 Tahun dan Kategori Bawah 12 Tahun. Dalam kejohanan ini, Kategori Terbuka telah diungguli oleh Hassan Ahmad dari Malaysia selaku johan yang juga berasal dari Kota Kinabalu. Naib johan dimenangi oleh Adam Ulamah dari Filipina dan tempat ketiga disandang oleh Masrin Erowan yang juga berasal dari Kota Kinabalu. Bagi Kategori Bawah 18 Tahun, johan disandang oleh Ahmaddin Samir dari Malaysia yang juga berasal dari Lahad Datu, naib johan dimenangi oleh Mohd Sazlee Hidayatullah juga berasal dari Lahad Datu dan tempat Ketiga, Erickson James dari Kinabatangan. Manakala Kategori Bawah 15 Tahun, johan diungguli oleh Mohd Syuib Saini dari Malaysia yang juga berasal dari Lahad Datu, naib johan Muhd Nur Syazwan A.Sani dan tempat Ketiga, Muhd Syamil juga dari Malaysia. Kategori Bawah 12 Tahun pula, johan disandang oleh Siti Norazlin Adzlee dari daerah Sandakan, naib johan pula disandang oleh Dayang Bachtinissa Mohd Nasir juga dari Sandakan dan tempat ketiga dimenangi oleh M.Rizwan Ahmad Hussin dari Kinabatangan. PASUKAN Tongkang Sandakan yang mengungguli kategori kaum Cina.

Roberto Di Matteo ikat David Luiz sehingga 2017


LONDON, England: Pemain pertahanan Chelsea, David Luiz menandatangani kontrak baharu selama lima tahun bersama juara Eropah itu Sabtu lepas. Luiz masih ada lebih tiga tahun lagi dalam kontraknya sekarang selepas menyertai pasukan The Blues dari Benca menerusi perpindahan bernilai 25 juta pound (RM125 juta) pada Januari 2011. Namun kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dilaporkan pernah menyuarakan minat terhadap pemain pertahanan tengah Brazil itu, yang membantu Chelsea memenangi Liga Juara-Juara dan Piala FA pada musim lepas, dan pengurus The Blues Roberto Di Matteo bertindak dengan cepat untuk mengikat pemain berusia 25 tahun itu dengan Chelsea sehingga 2017. Saya sangat gembira untuk menandatangani kontrak baharu bersama Chelsea, kata Luiz dalam laman sesawang Chelsea selepas bermain dalam kemenangan 1-0 ke atas Stoke pada Sabtu lepas. - AFP

The Blues selesa di puncak liga


INGGERIS
LONDON, England: Gol pertama Ashley Cole (gambar) sejak Mei 2010 menyaksikan juara Eropah, Chelsea mendahului dengan kelebihan tiga mata di

LIGA PERDANA

puncak Liga Perdana selepas mereka menunggu hingga lewat perlawanan u n t u k menewaskan Stoke 1-0 di Stamford Bridge pada Sabtu lepas. Pasukan The Blues, y a n g menerima lawatan

pemilik bilionair Rusia yang tidak gembira, Roman Abramovich, ke padang latihan pada pertengahan minggu, berada di landasan bagi perlawanan keempat berturut-turut tanpa kemenangan dalam semua pertandingan sehingga Cole, pemain pertahanan kiri England, menjaringkan gol dari jarak dekat lima minit sebelum tamat selepas menerima bola daripada Juan Mata. Dalam perlawanan awal Sabtu lepas, Everton naik ke tangga kedua dengan kemenangan3-0 yang meyakinkan ke atas Swansea yang bermain dengan 10 orang di tempat lawan. Pasukan David Moyes mendahului dengan dua gol di Stadium Liberty hasil jaringan daripada Victor Anichebe dan Kevin Mirallas di babak pertama. Harapan Swan-

sea untuk mengelak kekalahan kedua berturut-turut musnah apabila pemain gantian Nathan Dyer diarah meninggalkan padang di babak kedua. Marouane Fellaini memastikan keputusan tidak dapat diragui dengan satu jaringan lewat. Keputusan dan persembahan kami sangat bagus tetapi keputusan itu adalah perkara paling penting, kata pengurus Everton, David Moyes kepada BBC. Southampton naik dari tangga tercorot selepas mereka bangkit untuk menewaskan Aston Villa 4-1 di St Marys. Pasukan The Saints tidak ada sebarang mata selepas empat kekalahan berturut-turut ekoran kenaikan ke liga utama dan mereka pasti khuatir mengenai keadaan terburuk apabila penyerang England, Darren Bent meletakkan Villa di hadapan pada minit ke-36 dengan gol pertamanya dalam Liga Perdana sejak Februari lalu. Namun penyerang Southampton, Rickie Lambert menyamakan kedudukan pada minit ke-58 apabila beliau menjaringkan gol dengan satu rembatan cantik walaupun tiga pemain pertahanan mengelilinginya. Lima minit kemudian, pemain pertahanan Nathaniel Clyne meletakkan The Saints di ha-

PEMAIN Swansea City, Nathan Dyer (kiri) diarah meninggalkan padang selepas menerima kad merah pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Everton di Stadium Liberty, Swansea, selatan Wales pada Sabtu lepas. Gambar AFP dapan apabila beliau memulakan dan menyudahkan satu gerakan cantik. Southampton menjadikan kedudukan 3-1 dengan gol jaringan sendiri pada minit ke-72 apabila Ciaran Clark terkena bola yang dirembat oleh pemain The Saints Jason Puncheon sebelum Lambert melengkapkan kemenangan dengan satu tendangan penalti pada minit terakhir. Hugo Rodallega menjaringkan gol ketika menentang kelab lamanya apabila Fulham menang 2-1 ke atas Wigan di tempat lawan. Penyerang Colombia itu memecah kebuntuan apabila beliau menanduk masuk bola hantaran lintang Dimitar Berbatov pada minit ke-31 sebelum gol Damian Duff pada minit ke-68 menggandakan kelebihan. Arouna Kone menjaringkan gol lewat bagi Wigan. Dalam perlawanan lain, kemenangan 1-0 West Bromwich Albion ke atas Reading di halaman lawan meletakkan mereka pada kedudukan mata yang sama dengan Everton dan meninggalkan pasukan The Royals di tangga tercorot Liga Perdana. Pasukan The Baggies terpaksa menunggu hingga minit ke-71 untuk gol penentuan apabila rembatan daripada penyerang Belgium, Romelu Lukaku, yang dipinjamkan daripada Chelsea, melepasi beberapa pemain. Gol awal daripada penyerang Sunderland yang berharga 12 juta pound (RM60 juta) Steven Fletcher meletakkan mereka di hadapan di tempat lawan dalam perlawanan menentang West Ham sebelum gol penyamaan Kevin Nolan pada minit ke-90 menyelamatkan satu mata bagi pasukan The Hammers dalam keputusan seri 1-1. - AFP

You might also like