You are on page 1of 2

BAB 2 : ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA

Zaman Prasejarah dunia dibahagikan kepada empat iaitu Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Logam. Zaman Prasejarah Di Malaysia pula dibahagikan kepada tiga iaitu Paleolitik, Neolitik dan Logam. Penyelidikan terkini oleh Pusat Arkeologi Malaysia, USM membuktikan Malaysia tidak mengalami zaman Mesolitik kerana alat batu seperti di Hoabinh* telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik. Zaman Masa Ciri-ciri Penempatan Kegiatan Peralatan Kepercayaan Lokasi 200 000 Paleolitik Hingga 300 000 Hidup berpindahrandah (nomad). Tinggal di kawasan terbuka (di luar gua), di dalam gua dan di sekitar tasik. Memburu binatang liar. Memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan pucuk-pucuk daun. Mengamalkan cara hidup sara diri. Menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian. Animisme* Amalkan upacara perkuburan (kaki terlipat). Bukit Jawa, Kota Tampan, Bukit Bunuh di Lenggong, Perak. Gua Niah, Sarawak. Tingkayu, Sabah.

Zaman

Masa

Ciri-ciri Penempatan Wujud sistem bermasyarakat seperti mempunyai ketua. Wujud pembahagian kerja. Hidup secara menetap.

Neolitik

Bermula kira-kira 7 000 tahun dahulu

Kegiatan Bercucuk tanam. Menangkap ikan dan menternak binatang. Berburu dan mengutip hasil hutan. Berdagang secara tukar barang (barter).

Peralatan Menghasilkan barangan tembikar seperti bekas air, periuk dan belanga. Mengunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit kayu. Mencipta kalung, antinganting dan gelang.

Kepercayaan

Lokasi

Animisme Pengebumian (artifak dikebumikan bersama)

Gua Cha, Kelantan. Bukit Tengkorak, Sabah.

Zaman

Masa Bermula kira-kira 4 000 tahun dahulu

Ciri-ciri Penempatan Hidup secara menetap. Tinggal di dalam gua dan berhampiran dengan sungai. Mempunyai adat resam.

Kegiatan Bercucuk tanam. Menangkap ikan. Memburu binatang. Menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang.

Peralatan Menghasilk an alat logam daripada gangsa dan besi.

Logam

Kepercayaan Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu. Menjalankan pengebumian menggunakan kepingan batu.

Lokasi Sg Tembeling, Pahang Gua Harimau, Perak Changkat Menteri, Perak

* Hoabinh Salah satu nama tempat di Vietnam. Di sini dijumpai alat-alat yang telah digunakan pada Zaman Mesolitik. * Animisme Percaya bahawa benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat (jiwa dan roh) orang mati. * Upacara perkuburan Zaman Paleolitik mayat dikebumikan dgn makanan dan alat-alat batu. * Alat batu Paleolitik yang dijumpai di Kota Tampan (1987) meletakkan Malaysia antara negara terawal yang melalui Zaman Prasejarah Dunia. * Manusia Perak ialah rangka manusia Zaman Paleolitik yang ditemui di Gua Gunung Runtuh pada tahun 1990.
3

You might also like