You are on page 1of 2

MODEL TERAPI REALITI ( WILLIAM GLASSER) Berdasarkan Model Terapi Realiti yang diperkenalkan oleh William Glasser, terdapat

beberapa langkah yang boleh dijalankan untuk menyelesaikan masalah ponteng sebagai masalah disiplin yang peling kerap berlaku di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelapang Jaya. Menurut Laporan Disiplin Pelajar Sekolah Malaysia (1991), ponteng merupakan salah satu daripada sembilan jenis tingkah laku pelanggaran disiplin oleh murid selain jenis-jenis tingkah laku yang lain. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Unit Disiplin Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (2007), gejala ponteng sekolah mencatat peratus kekerapan yang paling tinggi iaitu sebanyak 18% berbanding dengan masalah tingkahlaku lain. Lantaran itu, bagi menyelesaikan masalah ponteng yang berlaku di Sekolah

Kebangsaan (SK) Jelapang Jaya tersebut, beberapa langkah penyelesaian berdasarkan Model Terapi Realiti William Glasser boleh dilaksanakan bagi membendung masalah ini daripada terus menular. Berdasarkan model ini, William Glasser menyatakan bahawa

masalah tingkah laku dalam kalangan murid berlaku disebabkan oleh keperluan fisiologi dan psikologi manusia yang tidak dipenuhi (Halizah Hamzah, 2009). Justeru bagi menyelesaikan masalah ponteng dalam kalangan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelapang Jaya, guru haruslah mengenal pasti punca murid melakukan gejala ponteng tersebut terlebih dahulu. Salah satu cara penyelesaian masalah ponteng dalam kalangan murid ini adalah guru harus berusaha memenuhi keperluan murid terutamanya dari aspek keperluan psikolgi. Aspek psikologi merangkumi empat elemen utama iaitu kasih sayang, kebebasan, kuasa dan kawalan serta keseronokkan. Bagi mewujudkan perasaan seronok dalam diri murid untuk datang ke sekolah, guru harus merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan mengamalkan konsep fun learning. Perkara ini bertepatan dengan kenyataan Abdul Karim Desa (1994) dalam tulisan jurnal Muhammed Sharif Mustaffa dan Suria Abdul Jamil yang bertajuk Mengenal Pasti Punca-Punca Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes yang menyatakan bahawa guru mempunyai peranan yang penting dalam menarik minat pelajar dengan cara mempelbagaikan kaedah pengajaran Hal ini secara tidak langsung akan dapat menarik perhatian murid untuk sentiasa datang ke sekolah sekaligus mengelakkan murid melakukan masalah ponteng. Bagi mewujudkan perasaan disayangi dalam kalangan murid, guru boleh mengamalkan pengurusan bilik darjah secara demokratik. Guru boleh meminta pendapat murid tentang pelaksanaan sesuatu akiviti bilik darjah. Sebagai contohnya, apabila guru ingin menghias bilik darjah, guru boleh meminta pendapat murid. Hal ini akan menimbulkan sikap ingin bertanggungjawab dalam diri murid sekaligus menepati keperluan aspek kuasa

dan kawalan dalam diri murid yang perlu dipenuhi. Hal ini akan menyebabkan murid sentiasa menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bilik darjah atau sekolah sekaligus mengelakkan murid daripada melakukan masalah ponteng secara berterusan. .

You might also like