You are on page 1of 8

KERTAS KERJA

BINA INSAN GURU


Program Pensiswazahan Guru Ambilan Feb 2012 (BM 1 Kohort 2 Semester 5)

PROJEK : MENCERIAKAN PONDOK BACAAN BAHASA MELAYU

TEMPAT

SK KOTA MASAI 2 TAMAN KOTA MASAI 81700 PASIR GUDANG JOHOR

TARIKH ANJURAN

23HB MAC 2014 GURU PELATIH PPG BM1 AMBILAN FEB 2012 IPG TEMENGGONG IBRAHIM DENGAN KERJASAMA PENTADBIR SK KOTA MASAI 2

1.0 PENGENALAN Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru PPG akan mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran sekolah dan mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan guru.

2.0 RASIONAL Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru, kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan menjadikan keadaan pondok bacaan secara tidak langsung akan

terasa lebih mesra dengan ilmu pengetahuan. Selain itu

kewujudan pondok bacaan juga secara tidak langsung akan menarik perhatian ibu bapa dan tetamu yang melalui kawasan sekolah untuk membaca kata-kata hikmah serta bahan bacaan lain yang digantung atau ditampal sekitar pondok bacaan tersebut.

Pondok bacaan yang dihias ini juga dapat dijadikan wadah yang menonjolkan budaya sekolah.

3.0 OBJEKTIF

1. Menggalakan para pelajar menggunakan bahan bacaan tanpa mengganggu kelas atau rakan sekelas dalam suasana pembacaan yang lebih santai.

2. Mewujudkan satu suasana pembelajaran yang akan mendorong pelajar lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang terbilang dan cemerlang.

3. Membudayakan sikap membaca di mana sahaja mereka berada.

4. Penggunaan secara maksima kemudahan-kemudahan bahan bacaan yang disediakan oleh pihak pusat sumber sekolah, khusus bagi membantu kecemerlangan pelajar.

4.0 MODUS OPERANDI PONDOK BACAAN

1. Terbuka kepada semua pelajar dan guru. 2. Bahan bacaan disediakan di dalam bakul . 3. Pondok Bacaan diwujudkan di wakaf sebelah kantin sekolah. 4. Para pelajar bebas menggunakan Pondok Bacaan semasa waktu rehat pada pukul 9. 50 hingga 10.45 pagi untuk sesi pagi dan 3.25 petang 3.45 petang untuk sesi petang. 5. Pondok Bacaan disediakan dengan bahan bacaan ringan dan berfaedah untuk kemudahan pelajar. 6. Di Pondok Bacaan para pelajar dibolehkan makan dan minum semasa mereka menggunakan kemudahan bahan bacaan.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar-pelajar dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2

6.0 TARIKH PERLAKSANAAN

23 HB MAC 2014 ( Hari Ahad )

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PERKARA KUANTITI ANGGARAN HARGA Rm 60 CATATAN

Cat

2 tin ( 5liter ) x Rm 30 6 orang x Rm 6

Makanan guru

Rm 36

Makanan murid

15 orang x Rm 4

Rm 60

Grafik dan video

6 orang x Rm 10

Rm 60

Bahan-bahan :i. Laminating Film ii. Kertas A4 berwarna iii. Tali iv. Double side tape

1set x Rm 30 1rim x Rm 10 4m x Rm 2.50 3 x Rm 8

Rm 30 Rm 10 Rm 10 Rm 24

Lain-lain

Rm 14

JUMLAH

Rm 294

8.0 STRUKTUR ORGANISASI

Penasihat Pengerusi Penyelaras Setiausaha AJK

: : : : :

Tn. Hj Saadon bin Jufrin Semua GPK SK Kota Masai 2 Pn. Norlida binti Hj Mohd Noor Pn. Jamilah binti Hussin Pn. Ramlah binti Ali Pn. Wan Hasnah binti Wan Sahafie Pn. Suraini binti Suib Pn. Zurinawati binti Mahdi

Jurugambar

Cik Mary Marlyna

9.0 IMPLIKASI/SUMBER KEWANGAN

Sekolah Kota Masai 2

10.0 PERANCANGAN PROJEK Bil 1. Aktiviti Perbincangan mengenai Bahan idea Bahan bacaan Tindakan Semua guru PPG BM 1 (Kohort 2)

untuk menghias pondok bacaan di SK Kota Masai 2 2. 3. Pembinaan kertas kerja Perbincangan bersama lokasi dan Kertas kerja pemilihan Kertas cadangan pihak

Setiausaha Semua guru PPG

dengan

pentadbiran SK Kota Masai 2 bagi mendapat kelulusan. 4 Pemilihan diperlukan projek


5 Projek dimulakan

bahan-bahan bagi

yang Bahan dan alatan Semua guru PPG menghiasa

melaksanakan untuk

pondok bacaan
Bahan dan alatan Semua guru pelatih dan murid-murid SK Kota masai 2

6.

Refleksi dan dokumentasi

Semua guru PPG

11.0 PENUTUP Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang akan dikendalikan oleh guru PPG Kampus Temenggong Ibrahim. Kami berharap projek menghiasa Pondok Bacaan ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

Projek seperti ini akan menjadi satu pengalaman secara tidak langsung kepada guruguru PPG mengenai pengurusan keceriaan di luar bilik darjah di samping mengeratkan hubungan antara guru-guru PPG dengan warga SK Kota Masai 2. Semoga projek yang bakal dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2.

Disediakan oleh ,

Disemak oleh,

(PN JAMILAH BTE HUSSIN) Setiausaha Projek Menceriakan Pondok Bacaan SK Kota Masai 2

(PN.NORLIDA BTE MOHD NOOR) Penyelaras Projek Menceriakan Pondok Bacaan SK Kota Masai 2

Disahkan oleh,

( HAJI SAADON BIN JUFRIN ) Guru Besar SK Kota Masai 2

TENTATIF PROGRAM

8.00am

: Murid-murid dan semua guru PPG yang terlibat berkumpul di kawasan Yang dicadangkan.

8.30am

: Senaman pagi dimulakan

9.00am

: Taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan kepada murid-murid Penyelaras program Pn.Norlida.

9.30am

: LDP dimulakan

10.00am

: Gotong royong dimulakan

12.30tgh

: Rehat (makan dan solat Zohor )

1.45 pm

: Aktiviti gotong royong disambung semula.

5.00pm

: Aktiviti selesai dan majlis bersurai.

You might also like