You are on page 1of 12

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG )

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR
KHAIRUNNISSA BINTI KHAIRI
NO MATRIK
PPG/21648/12
PENSYARAH
DR.SHAHABUDDIN B. HASHIM
KURSUS
KKD 2063
TAJUK
SRENGENGE WAJIB JADI HUMA

ISI KANDUNGAN:
1. Muka hadapan

2. Isi kandungan

3. Pengenalan

4. Teori Personaliti Waja Diri

5. Analisis karya/ penerapan teori

59

-watak Awang Cik Teh


6. Rumusan

10-11

7. Bibliografi

12

PENGENALAN

Tajuk Srengenge di kulit muka novel jika diterjemahkan dalam bahasa Jawa
bermaksud matahari.Novel ini adalah sebuah novel yang tinggi tahap
pengkaryaannya.Namun begitu Srengenge yang dimaksudkan oleh Sasterawan Negara iaitu
Dato Haji Shahnon Ahmad pada kisah novel ini adalah nama kepada sebuah bukit yang
memberi kesan mendalam pada orang kampung yang tinggal di sekitarnya.
Di dalam novel ini didapati bahawa penduduknya rata-rata bekerja sebagai
pesawah.Plot-plot cerita ini adalah berkisar diantara orang kampung ketika menunggu musim
menuai padi.Pada masa yang terluang sebelum padi dituai,Bukit Srengenge menjadi medan
penduduk kampung mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti menepuk
pelanduk,menggetah puling atau punai,meracik terkukur dan menjebak landak.
Kisah Srengenge membawa kepada konflik antara manusia dan kepercayaan
animisme.Kisah bermula apabila watak utama Awang Cik Teh berhasrat untuk meneroka
Bukit Srengenge.Namun begitu hasrat beliau mungkin mendapat tentangan orang kampung
yang menjadikan Bukit Srengenge itu sebagai medan mereka melepaskan lelah sewaktu
menunggu musim menuai padi.Disamping itu juga,kebanyakkan penduduk di situ percaya
bahawa bukit tersebut mempunyai penunggunya dan kerja-kerja memunggar bukit tersebut
berkemungkinan akan menyebabkan malapetaka terjadi kepada kampung tersebut.
Hal ini adalah situasi yang biasa pada penduduk kampung lebih lebih lagi di kawasan
pedalaman iaitu mempercayai kuasa selain daripada kuasa tuhan tanpa menafikan kuasa
tuhan itu sendiri.Dalam kebudayaan Melayu lebih lebih lagi pada masa dahulu,kepercayaan
kepada kuasa makhluk halus adalah satu kelaziman.Pawang atau bomoh merupakan orang
yang terpenting dalam mengubati sakit seseorang.
Di dalam kisah novel Srengenge,kepercayaan penduduk Kampung Kaki Srengenge
menjadi lebih kuat apabila Imam Hamad ( salah satu watak dalam novel ) diserang penyakit
misteri setelah balik dari meracik terkukur di Bukit Srengenge dan setelah menyatakan
persetujuan kepada idea Awang Cik Teh untuk memugar Bukit Srengenge.
Penulis mencipta watak Useng sebagai seseorang yang berkebolehan mengubati sakit
sakit misteri yang terkena pada Imam Hamad.Gambaran watak Useng ini memang wujud
didalam dunia sebenar dan penulis membuatkan pembaca betul betul merasai susasana yang
cuba diwujudkan.
Dari watak Useng,penduduk Kampung Kaki Srengenge mendapat tahu yang Imam
Hamad telah dirasuk oleh penunggu Bukit Srengenge.Menurut Useng penunggu Bukit
Srengenge Harus dijamu untuk menyembuhkan Imam Hamad seperti sediakala.Namun begitu
Imam Hamad tetap juga meninggal dunia walaupun sudah dijamu.
Dalam novel ini,penulis bijak menggunakan Bukit Srengenge yang ada di dalam
novel tersebut sebagai satu bahan untuk menyesatkan penduduk Kampung Kaki Srengenge
dan penulis secara tidak langsung menyedarkan pembaca bahawa sifat setan itu tidak pernah
berputus asa untuk menyesatkan manusia.

TEORI PERSONALITI WAJA DIRI

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka,perkataan


waja diri tiada dari pengkalan data mereka tetapi jika dikupas perkataan itu satu persatu frasa
waja lazimnya dikaitkan dengan semangat atau keazaman yang kuat.Berdasarkan Kamus
Dewan Edisi Keempat,waja bermaksud semangat yang kuat,berani dan punya cita-cita.Jika
dikupas frasa diri pula bermaksud empunya badan atau seseorang.
Jadi dari gabungan dua frasa ini kita dapat merumuskan bahawa perkataan waja diri
bermaksud seseorang yang mempunyai semangat yang kuat dan berani dalam mendokong
cita-cita.Manakala personaliti waja diri jika digabung jalinkan bermaksud perwatakan
seseorang yang bersemangat dalam meneruskan cita-cita.
Personaliti waja diri adalah berhubung kait dengan perkataan resilience yang
bermaksud ketahanan psikologi.
Dalam Wikipedia frasa psychological resilience ataupun daya tahan psikologi jika
diterjemahkan didalam Bahasa Melayu merujuk kepada idea kecenderungan seseorang
individu berdepan dengan tekanan dan penyakit.Hal ini menyebabkan individu tersebut
bangkit dari kebiasaan normal dan menggunakan pengalaman sukar yang pernah dilalui
untuk menangani masalah ataupun tekanan yang mendatang dengan cara yang lebih
baik.Daya tahan psikologi juga adalah saling berhubung kait dengan ketabahan individu
tersebut dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang.
Daya tahan adalah satu proses yang dinamik di mana individu mempamerkan
kelakuan penyesuaian yang positif apabila mereka menghadapi kesukaran yang berhubung
kait dengan trauma,tragedi dan tekanan.
Personaliti waja diri sebagai seorang petani iaitu seseorang yang tidak mudah
berputus asa dalam mencari rezeki.Sebagai seorang lelaki lebih lebih lagi sebagai ketua
keluarga seseorang itu perlu mempunyai semangat dan cita-cita yang tinggi dalam menambah
rezeki keluarganya.Sikap ini harus diterapkan dalam semua ketua keluarga yang tidak mudah
berputus asa dalam mencari rezeki yang halal.
Semangat
yang ditunjukkan oleh watak yang bersungguh-sungguh dalam
merealisasikan impian boleh dicontohi pada generasi muda masa kini.Sifat yang
mengenggam bara api hingga menjadi abu perlu diterapkan agar sesuatu pekerjaan yang
dibuat berjaya dilaksanakan.
Berasaskan teori bahawa manusia dan masyarakatnya mempunyai keinginan
yang berterusan untuk saling melengkapi sesama mereka supaya boleh membangun ke arah
sesuatu yang lebih baik daripada apa yang sedang mereka alami.

PENERAPAN TEORI/ANALISIS KARYA


Srengenge menceritakan watak seorang lelaki bernama Awang Cik Teh yang bercitacita untuk memugar Bukit Srengenge untuk menjadikannya sebagai huma.
Srengenge wajib jadi huma ( petikan dari bab pertama muka surat 1 )
Sikap Awang Cik Teh yang tidak pernah berputus asa dalam mencari rezeki memberi
inspirasi kepada kita.
Bukit
itu
perlu
ditebas,ditebang,dibakar,ditajuk.Mesti
dijadikan
huma.( petikan dari bab pertama muka surat 2 )
Awang Cik Teh digambarkan sebagai seorang yang tidak mudah mengaku kalah
dalam mencari rezeki.Beliau tetap dengan pendiriannya untuk meneroka Bukit Srengenge
tersebut.
Soal gagal bukan soal tamat.Sesungguhnya tidak ada tamat dalam perjuangan
hidup selain mati ( petikan bab pertama muka surat 4 )
Awang Cik Teh adalah seorang yang optimis dalam kehidupan.Sejarah kegagalan
yang dulu tidak menghalangnya daripada menutuh Srengenge.
Awang Cik Teh tetap ingat segala,tapi ingatan-ingatan itu bukan boleh jadi
halangan untuk menutuh Srengenge.Kalau Siddik membantah,tinggalkan saja
dia.Kalau

Diah

membantah,tinggalkan

saja

Diah.Kalau

Kasseng

membantah,tinggalkan saja Kasseng.Kalau semua anak buah kaki Srengenge


membantah ,dia sendiri akan menutuhnya.Dan dia cukup percaya ,segarang Keghesum
pun ,dia akan bersama menebang pokok pokok merbau yang menjulang langit itu.
(petikan bab pertama muka surat 4 dan 5 )
Walaupun Awang Cik Teh bukan anak watan Kampung Kaki Srengenge,namun
begitu sikap Awang Teh yang berpandangan jauh kehadapan boleh dijadikan contoh.
Soalnya bukan boleh difikirkan dari segi kecaman orang.Soalnya dia ingin
membuat sesuatu yang difikir baik dan bermanfaat.Itu sudah cukup dalam pengertian
hidupnya.Dia ingin mati dalam keadaan demikian.(petikan bab pertama muka surat 5
)
Awang Cik Teh adalah seorang bermatlamat dan tidak mengenal erti kekalahan dalam
hidupnya.Beliau digambarkan sebagai seseorang mempunyai misi
Sesungguhnya Awang Cik Teh tidak pernah serik dalam apa-apa pun.Serik
hanya hanya mendedahkan kekalahan;bukan kekalahan terhadap lawan seperti Diah

atau Siddik.Tapi kekalahan terhadap hidup itu sendiri.( petikan bab pertama muka
surat 5 )
Awang Cik Teh adalah seorang yang berdikari dalam hidup.Dia tidak mahu
bergantung pada kedua-dua anaknya.
Dia hanya hendak hidup.Dan sekarang hidup masih tak mahu tamat.Dan itu
bererti kerja.Itu saja.Dan kerja kini bukan untuk makan lagi.Dia sudah cukup tentang
itu.Anak-anaknya yang dua orang itu sudah kerja besar.Dan kalau dia pergi tinggal
bersama anak-anaknya pun,hidup senang.Tapi itu bukan hidup lagi.( petikan bab satu
muka surat 5 )
Awang Cik Teh adalah seorang yang berinovasi.Beliau adalah seorang yang sentiasa
memikirkan idea untuk menjana pembaharuan dalam sistem sosial penduduk kampungnya
itu.
Yang aku nak buat,semuanya jadi.Nak buat rumah,rumah jadi.Nak buat
dusun,dusun jadi.Nak buat Syarikat Mati,Syarikat Mati jadi.Nak buat Syarikat
Baja,Syarikat Baja jadi.Dan bila aku nak buat huma menutuh Srengenge,Srengenge
akan kututuh.( petikan bab pertama muka surat 12 )
Penulisan DatoHaji Shahnon Ahmad membuatkan pembaca merasai bahawa
tindakan Awang Cik Teh yang berhasrat untuk memugar Bukit Srengenge adalah merupakan
satu tindakan yang mempunyai azam yang kuat dan semangat yang gigih.
Awang Cik Teh menentang bukit itu bagaikan menentang lawan waktu mudamuda dulu.Sesungguhnya itu adalah setan yang paling hodoh.Dan setan yang hodoh itu
sedang mengamit-gamitnya.( petikan bab satu muka surat 14 )
Bagi Awang Cik Teh Srengenge adalah penghalang kemajuan,penyekat ekonomi dan
penyebab kemiskinan kampungnya.Oleh kerana itu Awang Cik Teh terus bertekad untuk
membasmi kemiskinan itu.
Srengenge akan ditebas akan ditebang dan dibakar dan ditajuk.Srengenge
tidak akan tinggal bukit lagi.Ia akan bertukar jadi huma.Dan Awang Cik Teh yang
berusia lima puluh lima tahun itu akan menghumakan Bukit Srengenge itu.( petikan
bab pertama muka surat 15 )
Sifat Awang Cik Teh yang positif dalam menghadapi segala cabaran memperlihatkan
kematangannya seorang lelaki yang tidak mudah berputus asa.
Mereka cuma tahu menghalang.Mereka cuma tahu membantah.Membantah
bukan apa-apa tapi kerana hendak membantah.Tapi Awang Cik Teh juga yakin
padahal yang lain.Tiap bantahan dan halangan adalah arus hidup.Boleh dipatahkan
dan dikikis untuk kesempurnaan dan kepuasan hidup. ( petikan dari bab kedua muka
surat 25 dan 26 )

Awang Cik Teh juga dilihat mempunyai azam yang kuat untuk memajukan dirinya
dan orang kampung.
Paksu dan maksu nak ajak kita dan anak buah Kaki Srengenge pakat.
( petikan dari bab ketiga muka surat 37 )
Awang Cik teh juga dilihat sebagai seorang yang rajin dan bersemangat dalam
melakukan sesuatu pekerjaan.
Nak pugar Srengenge.Nak buka tanah rimba.Nak buat huma.Nak tanam
padi,pisang,jagung,peria,ubi.( petikan dari bab ketiga muka surat 38 )
Awang Cik Teh juga dilihat sebagai satu watak yang suka bermuafakat dalam
melaksanakan sesuatu kerja dan dirinya tidak mudah mengalah dengan cacian atau makian
masyarakat kampung
Menebang batang merbau di rimba Srengenge hanya satu jenis kerja.Muafakat
pugar Srengenge hanya satu permuafakatan.Kalau dapat menarik semua anak buah
Kaki Srengenge ke arah pemugaran Srengenge itu adalah satu kejayaan yang paling
murni.Soal Berjaya atau tidak pemugaran itu.soal lain pula.Benar dia pernah gagal
beberapa

kali

tapi

itu

bukanlah

satu

alasan

yang

boleh

mengendurkan

ketenangan.Kegagalan yang sudah sudah cuma disebabkan kejahilan orang-orang


lain.Tuduhan yang mengatakan dia anak bangsat itupun terkeluar dari mulut orangorang jahil juga.Kalau dia gagal kali ini pun,tak jadi soal.Kadang-kadang Awang Cik
Teh merasai dirinya akan mati di tengah tengah kegagalan.Namun begitu hatinya
lapang.Itulah hidup.( petikan dari bab keenam muka surat 70 dan 71 ).
Watak Awang Cik Teh menggambarkan seorang yang cukup merendah diri dan tidak
mementingkan diri sendiri dalam merealisasikan impiannya dalam memajukan kampung.
Pulang pada Imam,balasnya.Balasan itu sebenarnya pendek sangat,tapi
Awang Cik Teh terlalu banyak tempuh pahit getir hidup.Dia tahu menghargai
perasaan orang lain.Biar Imam hamad merasakan dirinya penting.Dan biar Imam
Hamad sendiri jadi ketua pugar Srengenge.Sesungguhnya memamg begitulah hajat
Awang Cik teh.Asal semua anak buah Kaki Srengenge ditebas,ditebang,sudah cukup.(
petikan bab keenam mukasurat 76 )
Awang Cik Teh adalah seeorang yang sentiasa mengingati tuhan.Setiap perkara yang
berlaku sering kali disandarkannya dengan takdir yang tuhan tentukan.Hal ini dapat dilihat
pada petikan dibawah.
Sesungguhnya Awang Cik Teh teringat pada Tuhan.Perubahan sikap Imam
Hamad serta merta itupun bukan kerana desakan Haji Munah.Bukan kerana nasihat
dia.Semuanya kerana Tuhan.(petikan bab ketujuh mukasurat 83)

Awang Cik Teh adalah seorang yang berfikiran realisitik dan tidak mudah percaya
kepada soal soal tahyul.Namun begitu fikiran orang kampung yang mudah mempercayai
perkara-perkara khurafat dilihat membantutkan idea Awang Cik teh dalam memberikan
pandangan kepada Haji Munah.
Orang
baru
datang,sungut
Useng
lagi;berbisik-bisik,tak
tahu
saya,siapa.Yang tahu cuma dua .Dia menetap di bukit Srengenge.Dia baru.
Awang Cik teh turut tercengang.Duduk tak bergerak.Kenapa sibuk diluar
saja.Sampai sekerat hari orang sakit belum dilihat.Diusung masuk bilik,berkurung
dalam bilik gelap tanpa ambil hirau.Kita bicara dahululah Imam.Sekali tak sekali dia
mahu bangun dan berkata terus terang kepada Haji Munah.Ubatnya senang saja.Bawa
ke hospital.Kalau bawa ke hospital pun,sekarang sudah sampai.Imam boleh diusung
sampai jalan kereta.Kemudian boleh ambil teksi.Dan terus ke rumahsakit yang
jauhnya cuma dua hari berjalan kaki.Tapi Awang Cik Teh sudah mencium
bahaya;malah bahayalah lebih besar dari pahalanya.Dia cuma seorang.Yang lain tak
akan ikutnya;kecuali Keghesum barangkali,tapi dalam soal begini ,Keghesum tolak
sebelah saja.Bagaimana kalau Imam Hamad mati di rumah sakit?Tak sempat
mengucap pula?Orang akan melompat keatasnya.( petikan dari bab kesembilan
mukasurat 131 dan 132 ).
Namun begitu Awang Cik Teh dilihat sebagai seseorang yang telalu berazam dan
bercita-cita.Keinginannya terlalu kuat hingga angan-angannya itu melampaui batas.
Kalau Imam pendek umur,Awang Cik Teh rasa dia tentu ada modal besar.Dia
akan kemuka perkara itu habis saja baca kulhu malam ketiga lepas imam
meninggal.Biar apa nak jadi.Biar apa alasan mereka.Srengenge musuh kita
bersama.Kita bersabar.Kita berjamu.Dia masih juga musuh kita.Lihat imam
sendiri.Dia mati kerana Srengenge.Ubat

sekarang satu saja:asah kapak.Asah

golok.Asah beliung.Srengenge wajib ditutuh.( petikan bab kelima belas muka surat
159 )
Keazaman Awang Cik Teh untuk memugar Bukit Srengenge tak pernah
terpadam.Walaupun pada ketika itu Imam Hamad masih sakit Awang Cik Teh tetap
memastikan niatnya memunggar Bukit Srengenge terlaksana.
Sembuh atau tidak sembuh Imam Hamad,Srengenge akan dipugar
juga.Kadang-kadang Awang Cik Teh tidak ada pilihan yang kedua.Kalau Imam
sembuh,mesyuarat akan diadakan.Imam tidak pernah cakap tidak benar.Imam sendiri

pergi kerumahnya.Imam sendiri pergi kerumahnya.Imam sendiri yang hendak adakan


mesyuarat.(petikan bab kelima belas muka surat 181 )
Awang Cik Teh dilihat seseorang yang seorang yang tidak mudah berputus asa dan
panjang akal dalam mencari idea untuk melaksanakan hasratnya itu.
Orang-orang kampung hanya boleh dipujuk dengan main hadith dan ayat
Quran saja.Lain tak boleh jadi.Sebut ayat suci,mereka setuju.Beri contoh tauladan
Nabi,mereka ikut sampai ke mana pun.
Awang Cik Teh digambarkan sebagai seorang lelaki yang amat berani dalam
mengeluarkan ideanya yang masih tersimpan walaupun pada ketika itu Imam Hamad dalam
keadaan tenat.
Srengenge lawannya cuma kapak dan api.Lain tidak ada, ( petikan bab kedua
puluh mukasurat 220 )
Awang Teh juga adalah seorang yang berpendirian teguh dan bersungguh- sungguh
dalam meyatakan keinginannya kepada orang lain dia juga tidak takut akan pendiriannya
mengakibatkan kemarahan orang lain.
Sesungguhnya Awang Teh bukan berseloroh.Dia sudah terlajak cakap.dan
terlajak cakap,semua orang tahu.Tak boleh diundur lagi.Terlajak cakap,terlajaklah
terus.Ini bukan terlajak rakit buluh dinding.Sepayah-payah canggah arus pun boleh
dikayuh mudik.Tapi apa salahnya dibiar terlajak.Biar berpintal-pintal dibawa air
masuk lubuk keluar lubuk.Srengenge habuannya cuma kapak dan api.Merbaunya
merantinya pinang baiknya mesti ditutuh.Bukan berjamu ayam panggang lima enam
ekor.Bukan menyembah .Srengenge bukan tuhan.Srengenge hanya bukit.Jadilah apa
nak jadi.(petikan bab kedua puluh muka surat 220 dan 221 ).
Awang Cik Teh seorang yang tetap pendiriannya dan tidak akan berganjak walau apa
pun yang akan berlaku di masa akan datang.
Satu saja habuan Srengenge.Kapak,kata Awang Cik Teh. Awang Cik Teh
sudah terlajak.Tapi dibiarkan.Memang dia hendak pugar Srengenge.Tak boleh
muafakat seluruh kampung,dia boleh pugar seorang diri.Tak boleh pugar serelung
dua ,seluas tapak tangan pun dia akan pugar juga.Dia bukan terkena.Dan itu dia
Srengenge.Itu dia Srengenge :tegak menanti kapak,menanti beliung,menunggu api.
Srengenge bedebah itu ubatnya satu.Kapak,ulangi Awang Cik Teh sambil
menundingkan telunjuk kanannya ke arah Srengenge itu itu juga.
Awang Cik Teh tidak takut atau gentar dalam mempertahankan hasratnya di depan
orang kampung.
Hanya kapak dan api saja hadiah kepada Srengenge,ulangi Awang Cik Teh.

RUMUSAN/PENUTUP.

Novel ini memberikan impak yang mendalam kepada pembaca.pembaca dapat


menggambarkan betapa bencinya Awang Cik Teh kepada Bukit Srengenge.Dalam Novel
Srengenge juga menunjukkan watak utama iaitu Awang Cik Teh adalah seorang yang
berpandangan jauh kehadapan.
Dari sudut kaca mata pembaca,Awang Cik Teh dilihat sebagai satu watak yang
sentiasa ingin berusaha dan mencuba sesuatu yang baru dan bukan jenis orang yang suka
duduk diam dan mementingkan hiburan.
Beliau mempunyai idea atau cita-cita untuk memajukan dirinya dan penduduk
Kampung Kaki Srengenge.Bukit Srengenge yang hanya dipandang sebagai medan untuk
melepaskan lelah ketika menunggu musim menuai padi oleh penduduk kampung.
Baginya bukit yang tersergam lebih baik dipugar untuk dijadikan tanah bagi menanam
huma yang lebih menjanjikan pulangan hasil yang lebih lumayan pada penduduk Kampung
Srengenge tersebut.
Walaupun sudah banyak kali dirinya dimaki dan dihina atas kegagalan projek-prjek
terdahulu,penulis menggambarkan Awang Cik Teh sebagai seoarang yang tidak mudah patah
semangat.Awang Cik Teh digambarkan adalah seorang lelaki yang berwawasan tinggi dan
tidak mudah mengaku kalah.
Namun begitu penulis juga menggambarkan bahawa Awang Cik Teh adalah seorang
yang suka bekerja dan tidak akan berasa senang sekiranya tiada kerja yang perlu dilakukan
olehnya.Awang Cik teh adalah seorang yang kental dalam mencapai sesuatu yang
dikehendaki.Walaupun beliau sedar bahawa pelbagai jenis tentangan dan halangan yang perlu
dihadapi sepanjang usaha untuk memugar Srengenge.Awang Cik Teh tetap dengan keputusan
dan azamnya itu.
Walupun menyedari bahawa usaha untuk memugar Srengenge adalah satu kerja yang
sangat susah,namun begitu Awang Cik Teh tetap optimis dan percaya bahawa ia adalah
bukan sesuatu yang mustahil.Dia percaya bahawa tuhan akan sentiasa membantunya.
Awng Cik Teh juga adalah seorang yang sangat teliti dalam membuat
perancangan.Dia sentiasa memikirkan jalan keluar bagi setiap permasalahan yang akan
ditempuhi kelak.
Penulis juga menggambarkan Awang Cik Teh sebagai seorang yang taat pada
agama.Awang Cik Teh tetap menunaikan solat subuh walaupun dirinya sentiasa sakit-sakit.
Awang Cik Teh juga dilihat agak berpandangan jauh kehadapan kerana bertanya
Useng jikalau berjamu tidak berhasil apa yang akan dilakukan seterusnya.
Walaupun kesihatan Imam Mahad pada ketika itu kurang baik tambahan lagi
mesyuarat untuk memugar Srengenge masih belum dijalankan,Awang Cik Teh dilihat
sentiasa berpegang teguh bahawa Allah s.w.t akan membuka jalan lain untuk menolongnya
memugar Bukit Srengenge.

10

Namun begitu keinginan Awang Cik Teh untuk memugar Bukit Srengenge terlalu
melonjak sehinggakan dia terniat sesuatu yang melebihi batas kerana mengharapkan Imam
Mahad mati agar Bukit Srengenge di benci penduduk kampung.
Walaupun dibelenggu banyak soalan mengenai Srengenge Awang Cik Teh secara
rasionalnya membuat keputusan selepas melihat situasi yang agak huru hara di rumah Imam
Mahad.
Dalam erti kata lain,novel Srengenge merupakan sebuah novel yang menceritakan
kisah masyarakat kampung yang masih berpegang teguh dengan kepercayaan tradisidan
perhubungan manusia dan alam sekitar.

11

BIBLIOGRAFI

1. Shahnon Ahmad.(1973).Srengenge.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka


2. http://prpm.dbp.gov.my
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Personaliti
4. http://en.wikipedia.org/wiki/Psychological_resilience

12

You might also like