You are on page 1of 8

SEPT 2010 BAHAGIAN A SOALAN 1. Nyatakan EMPAT ciri kata tunggal yang terdapat dalam bahasa Melayu. i.

Tidak mengalami proses pengimbuhan ii. Tidak mengalami proses pemajmukan iii. Tidak mengalami proses penggandaan iv. Boleh terdiri daripada satu suku kata atau lebih 2. Jelaskan EMPAT ciri penggandaan berentak. i. Pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar. ii. Seluruh kata nama digandakan dan bunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu diulang atau diubah. iii. Rentak terdiri daripada pengulangan vokal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar. iv. Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu: a. Penggandaan Suku Kata Awal b. Penggandaan Suku Kata Akhir c. Penggandaan Konsonan d. Penggandaan Sisipan e. Penggandaan Akhiran 3. Terangkan DUA tujuan wacana digunakan dalam penulisan atau lisan. i. Menyampaikan Maklumat Bagi tujuan menyampaikan maklumat, ayat yang digunakan ialah ayat penyata. ii. Mendapatkan Maklumat Ayat tanya sering digunakan untuk mendapatkan maklumat. 5. Nyatakan EMPAT contoh penanda wacana yang menunjukkan maksud sebaliknya. Antara penanda wacana yang menunjukkan maksud sebaliknya ialah: i. Sungguhpun ii. Berbanding dengan iii. Dalam masa yang sama iv. Sebaliknya, dan Walau bagaimana sekalipun. iii. Acuan adalah sesuatu yang diacu daripada pesanan yang disampaikan kepada penerima. Acuan berupa benda, orang, situasi ataupun konteks. iv. Pesanan adalah objek komunikasi yang terdiri daripada satu rangkaian informasi yang disampaikan. 4. Terangkan EMPAT unsur komunikasi yang berkait rapat dengan wacana. i. Pengirim adalah yang menyampaikan pesanan yang terdiri daripada seorang, satu kelompok manusia (misalnya satu syarikat), institusi atau pemerintah. ii. Penerima adalah yang menerima pesanan yang terdiri daripada satu orang, khalayak ramai, kelompok tertentu, haiwan ataupun mesin.

BAHAGIAN B SOALAN 1. (a) Jelaskan LIMA jenis wacana yang berdasarkan saluran komunikasi (wacana lisan dan wacana penulisan). i. Wacana deskriptif Wacana deskriptif merupakan suatu pernyataan atau rangkaian pernyataan, sama ada dinyatakan secara lisan mahupun tulisan serta memiliki hubungan makna antara satuan bahasa dan terikat kepada konteks. ii. Wacana ekspositoris

SEPT 2010 Wacana ini berisi konsep-konsep dan logika yang harus diikuti oleh penerima pesanan. iii. Wacana argumentatif Wacana argumentatif biasanya digunakan untuk mempengaruhi penerima pesan (adressee) agar melakukan perubahan sikap dan tindakan. iv. Wacana persuasif Wacana persuasif merupakan seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan. v. Wacana hurtatoris Wacana mengenai sejarah. (b) Bina DUA ayat yang gramatis bagi SETIAP hubungan wacana berikut : i. Hubungan sebab dan akibat Ahmad tidak bersungguh-sungguh berlatih. Dia gagal dalam setiap pertandingan yang disertainya. ii. Hubungan sebab dan tujuan Siti sangat rajin menelaah buku. Dia ingin berjaya dalam pelajaran. iii. Hubungan sebab dan hasil Salmah begitu rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir. iv. Hubungan latar dan kesimpulan Rosmah menangis. Rupa-rupanya dia terlalu gembira kerana lulus peperiksaan dengan cemerlang. v. Hubungan syarat dan hasil Pelajar-pelajar mestilah belajar bersungguh-sungguh. Kesungguhan akan menghasilkan kejayaan. 2. (a) Bincangkan EMPAT ciri yang menentukan koheren sesebuah wacana yang membolehkan interpretasi sesebuah ayat tidak kaku. Koheren merupakan kesinambungan fikiran dalam teks. Koheren termasuk wilayah semantik wacana. Dasar koheren ini adalah interpretasi atas masing-masing ayat yang dihubungkan dengan interpretasi ayat-ayat lain. Oleh itu, interpretasi sebuah ayat tidaklah kaku, melainkan bergantung kepada konteksnya. Hal-hal yang menentukan koheren sebuah wacana : i. Adanya kesinambungan konsep dan hubungan yang dapat difahami dan relevan. Konsepnya adalah konfigurasi pengetahuan yang dapat diperoleh atau diaktifkan dengan sedikit sebanyak kesatuan dan konsistensi dalam fikiran. Manakala hubungan adalah hubungan antara konsep yang tampil bersama dalam dunia teks. Fakta yang ada dalam teks perlu ada hubungan dengan dunia yang ditampilkan. Oleh sebab itu, sebuah wacana dikatakan koheren apabila ada pertalian makna dalamnya. ii. Adanya perkembangan (progression) agar sebuah teks dianggap koheren, baik dari segi ayat mahupun klausa. Perkembangan itu harus disertai dengan adanya penambahan unsur semantik yang selalu diperbaharui. Dengan itu, urutan ayatnya akan bertambah baik. Jika susunan ayat tidak tepat, maka perkembangan teks akan terganggu. iii. Tidak boleh wujud percanggahan dalam wacana, sehingga wacana itu dapat dianggap koheren. Suatu wacana tidak boleh mengandungi pertentangan antara sesuatu unsur semantik dengan isi yang terdapat pada bahagian lain wacana, sama ada yang ditampilkan secara eksplisit mahupun yang berupa pengertian implisit. Dalam hal ini, urutan ayat yang tidak tepat juga dapat menentukan adanya percanggahan atau pertentangan. iv. Identiti individual. Maksud individual bukan hanya kepada manusia, tetapi juga kepada haiwan, bahkan pada benda. Dalam suatu wacana, identiti individual berhubungan dengan konsep. Hubungan antara konsep dan identiti individual adalah cakupan, keanggotaan, sebahagian keseluruhan dan pemilikan. Misalnya, ruang merupakan bahagian pejabat, meja adalah sebahagian daripada ruangan pejabat, sedangkan surat-surat, buku, alat tulis dan komputer merupakan bendabenda yang termasuk dalam dunia pejabat. Identiti individual dan konsep pula dihubungkan oleh kata kerja yang biasanya disebut predikat.

SEPT 2010 (b) Jelaskan LIMA komponen konsep wacana berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu. Konsep wacana berformat dalam tatabahasa bahasa Melayu merangkumi komponen-komponen yang bersepadu seperti berikut : i. Penggunaan kata, rangkai kata dan ayat yang tepat untuk menyampaikan maklumat secara tersusun dan kohesif. ii. Penentuan format penyampaian dan jenis penulisan yang sesuai untuk memberikan maklumat. iii. Pengenalpastian gaya bahasa dan penggunaannya dalam penulisan. iv. Penganalisisan gaya bahasa dan penggunaannya secara koheren dalam penulisan. v. Penyampaian isi yang bernas dalam membina kerangka penulisan. 3. Pengaplikasian wacana berformat dan tidak berformat dalam pengajaran penulisan bagi sekolah rendah dan menengah membabitkan kehendak atau peraturan sesuatu penulisan, proses penulisan dan rangka kasar pencerakinan idea supaya wujud kesinambungan. (a) Terangkan LIMA peraturan penting yang perlu dipatuhi oleh pelajar semasa mengaplikasikan wacana berformat dalam pengajaran penulisan sekolah rendah dan menengah. Peraturan yang perlu diikuti ialah: i. Penulisan mestilah lengkap dan sempurna serta mempunyai tiga isi minimum yang dikembangkan dengan huraian dan contoh atau bukti kukuh yang relevan dengan isu-isu semasa yang dikemukakan, selain bertepatan dengan tajuk dipilih.Murid perlu matang menghuraikan isi pokok yang diberikan. ii. Murid perlu menghubungkaitkan pertalian idea semasa mengolah isi agar wujud kesinambungan idea antara ayat. iii. Murid juga perlu menggunakan penanda wacana dengan betul. iii. Murid perlu mempunyai kemahiran berhujah dan pengetahuan yang luas mengenai topik yang dibincangkan. iv. Hujah yang diberi mestilah logik untuk menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan dalam menghuraikan contoh berdasarkan isi. v. Murid perlu mempunyai sikap yang rasional untuk membuat pertimbangan dan menghuraikan isu-isu yang sensitif. vi. Bagi sesuatu topik, murid perlu bergantung pada kehendak penulisan.Sesuatu topik selalunya menghendaki murid: a. mengemukakan hujah daripada satu pihak sahaja, contoh ; Bincangkan keburukan kedatangan pekerja asing ke negara ini. b. mengemukakan hujah daripada dua pihak, contoh ; Bincangkan kebaikan dan keburukan kehadiran pekerja asing ke negara ini. vii. Gunakan bahasa yang mudah, tepat, padat dan ringkas. Elakkan daripada menggunakan bahasa yang berbunga-bunga dan terlalu panjang. viii. Penulisan mesti mengikut format penulisan sebenar, iaitu mempunyai pendahuluan, isi dan penutup. iv. Murid juga harus menggunakan bahasa yang baik dan lancar supaya tidak menampakkan ketergantungan idea. v. Pemerengganan dalam penulisan hendaklah seimbang. Pemerengganan yang dicadangkan antara lima hingga tujuh dengan menggunakan tanda baca yang betul dan tepat. (b) Bincangkan LIMA ciri penting penggunaan wacana tidak berformat dalam penulisan jenis perbincangan atau pendapat di sekolah rendah atau menengah. Ciri-ciri penggunaan wacana tidak berformat dalam penulisan jenis perbincangan atau pendapat di sekolah rendah atau menengah, ialah: i. Penulisan jenis ini tidak mempunyai format khusus. ii. Lazimnya, penulisan jenis ini mengkehendaki murid membincangkan sesuatu topik yang diberi berdasarkan pengalaman.

SEPT 2010 a. Pendahuluan Membayangkan perkara yang ingin dibincangkan selanjutnya. b. Isi Mengandungi hujah, ulasan dan pendapat tentang isu yang dikemukakan. Sertakan contoh yang sesuai. c. Penutup Kesimpulan tentang isu yang dibincangkan. 4. Wacana persuasif ialah salah satu seni penulisan yang bersifat memujuk atau mempengaruhi pihak lain sama ada dalam bentuk penyampaian ideologi ataupun propoganda. (a) Jelaskan LIMA jenis dan ciri wacana persuasif. Jenis-jenis dan ciri wacana persuasif : i. Pemerian Persuasif pemerian bertujuan memberikan gambaran visual yang jelas kepada khalayak seperti dalam pelukisan. Dalam persuasif, penghasil wacana memindahkan pengamatan dan perhatiannya kepada khalayak. Bahan yang dipindahkan termasuklah imej, hal fizikal, keadaan, perasaan, suasana, latar dan sebagainya. Pemerian seharusnya dilakukan secara objektif, tepat dan jelas. Penghasil wacana hanya memerihalkan sesuatu perkara atau objek sebagaimana kewujudan sebenarnya, iaitu tidak memasukkan emosi, imaginasi atau pandangannya dalam wacana yang dihasilkan. Dari segi penerimaan wacana pula, pembaca atau pendengar seolah-olah dapat melihat ciri-ciri objek yang digambarkan. Untuk menghasilkan wacana persuasif pemerian, penghasil wacana boleh memberikan gambaran secara realistik atau impresionistik. Selain bentuk prosa, persuasif pemerian juga terdapat dalam bentuk puisi. ii. Pemujukan Persuasif pemujukan dikenal juga sebagai persuasif pengaruh. Hal ini demikian kerana dalam persuasif ini, penulis atau penutur berusaha untuk mengubah dan mempengaruhi pemikiran, keyakinan dan pandangan pembaca atau pendengar. Persuasif pemujukan mementingkan kehalusan berbahasa dengan menyelitkan unsur-unsur psikologi serta perbandingan antara kebaikan dan keburukan. Inidilakukan supaya orang yang dipujuk akur pada saranan yang dikemukakan dan seterusnya bertindak mengikut kemahuan pihak yang melakukan pemujukan.

Salah satu ciri penting dalam persuasif pemujukan ialah penghasil wacana akan memainkan emosi penerima wacana. Dengan memanipulasikan emosi khalayak, penghasil wacana berharap pendirian penerima wacana akan berubah, lalu bertindak mengikut kehendak penghasil wacana. Persuasif pemujukan juga sering menggunakan bahasa yang manis dan menarik. Penggunaan bahasa yang demikian terdapat dalam iklan yang menggunakan persuasif pemujukan. iii. Penerangan Persuasif jenis penerangan memberikan input maklumat tentang sesuatu perkara dengan secara terperinci, iaitu dari satu langkah ke satu langkah yang lain. Persuasif penerangan bertujuan untuk memberikan maklumat kepada pengguna wacana. Oleh hal yang demikian, persuasif jenis ini dikatakan bersifat informatik. Dalam lisan, persuasif penerangan menyampaikan maklumat dan mesej tertentu dengan intonasi dan nada yang menarik. Persuasif penerangan menggunakan bahasa formal yang tepat, jelas dan bernas supaya orang yang diberikan penerangan dapat mengetahui serta memahami maklumat disampaikan. iv. Penceritaan Persuasif jenis ini merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada dalam bentuk penulisan mahupun lisan. Selain itu, gaya naratif seperti ini boleh ditemui dalam laporan akhbar, aktiviti, minit mesyuarat atau syarahan yang menerangkan sesuatu. Selain itu, persuasif penceritaan menyampaikan sesuatu cerita, iaitu menghubungkan beberapa siri peristiwa yang berkaitan dalam satu plot yang logik. Persuasif ini digunakan dalam penulisan cerpen, novel, autobiografi, lipur lara, hikayat dan sebagainya. Persuasif ini mengandungi empat prinsip yang bertalian: kesatuan, pertautan, penekanan dan gaya bahasa yang menarik. v. Pendedahan Persuasif pendedahan merujuk kepada satu teknik pemakaian bahasa yang menampakkan sesuatu perkara atau topik sehingga perkara atau topik tersebut dapat diketahui dan difahami oleh khalayak. Selain pendedahan, persuasif ini juga dikenali sebagai persuasif penjelasan. Hal ini demikian kerana tujuan persuasif adalah untuk memberikan pemahaman kepada khalayak.

SEPT 2010 Persuasif yang digunakan adalah persuasif penerangan untuk memberikan maklumat kepada pembaca, sekali gus bersifat informatif. Dalam persuasif jenis ini, bahasa formal yang jelas dan tepat digunakan untuk memberikan penerangan terhadap maklumat yang disampaikan. Ulasan dan komentar juga menggunakan persuasif penerangan dalam penulisannya. iv. Pengacaraan majlis Pengacaraan majlis menggunakan persuasif penerangan dan pendedahan. Persuasif penerangan bertujuan memberikan maklumat kepada pendengar dan mesej serta maklumat disampaikan dengan nada dan intonasi yang menarik. Persuasif pendedahan pula berfungsi untuk memberikan pemahaman kepada khalayak supaya khalayak dapat memahami sesuatu topik. 5. (a) Terangkan maksud KEEMPAT-EMPAT wacana berikut : i. Wacana ekspresif Wacana ini bersumberkan gagasan penutur atau penulis sebagai saranan ekspresi, seperti pidato. ii. Wacana faits Wacana ini bersumberkan saluran untuk melancarkan komunikasi. iii. Wacana estetik Wacana ini bersumberkan pesanan dengan tekanan keindahan, seperti puisi dan lagu. iv. Wacana direktif Wacana ini diarahkan pada tindakan atau reaksi daripada mitra penutur atau pembaca, seperti khutbah. (b) Terangkan ENAM tahap yang perlu wujud dalam penulisan narasi. Narasi adalah cerita yang berdasarkan kepada urutan suatu kejadian atau peristiwa. Narasi berupa fakta, misalnya biografi (riwayat seseorang), riwayat hidup seseorang yang ditulisnya sendiri atau kisah pengalaman. Narasi seperti ini disebut dengan narasi ekspositoris. Narasi boleh juga berupa cerita khayal/fiksi atau rekaan seperti

Dalam persuasif pendedahan, penghasil wacana berusaha memindahkan ideanya kepada khalayak secara berkesan. Biasanya idea sering dijelaskan dengan menggunakan persuasif pendedahan, iaitu idea yang berkaitan dengan definisi, konsep, istilah, fakta, falsafah, masalah, analisis, proses dan dasar tertentu. Dalam penulisan seperti kertas kerja, tesis, latihan ilmiah, buku-buku akademik dan rujukan, persuasif pendedahan digunakan dalam penghasilan wacana. Untuk menghasilkan wacana ini, persuasif kerap menggunakan teknik penyampaian idea berasaskan pentakrifan, pencerakinan, penggolongan dan contoh. Terdapat tiga prinsip utama persuasif pendedahan iaitu, penghasil wacana mesti pakar dalam subjek yang diperkatakan, khalayak tidak faham akan subjek dan subjek yang dibicarakan tidak menimbulkan kontroversi, iaitu tidak akan mencetuskan perbezaan pendapat. Seperti persuasif pemerian, persuasif pendedahan juga bersifat objektif, tepat dan jelas, iaitu penghasil wacana menjelaskan sesuatu topik tanpa memasukkan emosi dan pandangan peribadi. (b) Bincangkan ciri-ciri kemahiran menulis yang melibatkan wacana persuasif bagi KEEMPAT-EMPAT penulisan di bawah : i. Surat rasmi Dalam penulisan surat rasmi, persuasif yang digunakan ialah persuasif penerangan, iaitu persuasif yang menggunakan bahasa formal yang tepat, jelas dan bernas supaya orang yang diberikan penerangan mengetahui dan memaklumi maklumat yang disampaikan. ii. Rencana Dalam penulisan rencana, persuasif yang digunakan ialah persuasif penerangan, pendedahan dan penghujahan. Persuasif tersebut digunakan dalam rencana adalah untuk menyampaikan maklumat dan mesej tertentu dengan intonasi dan nada yag menarik, memberi pemahaman dan hujah yang logik. iii. Laporan

SEPT 2010 yang biasanya terdapat dalam cerita novel atau cerpen. Narasi ini disebut dengan narasiimajinatif. Unsur-unsur penting dalam sebuah narasi adalah : i. Kejadian ii. Tokoh iii. Konflik iv. Alur / plot v. Latar yang terdiri atas latar waktu, tempat dan suasana Narasi dihuraikan dalam bentuk penceritaan yang ditandakan oleh adanya huraian secara kronologis (urutan waktu). Penggunaan kata hubung yang menyatakan waktu atau urutan, seperti lalu, selanjutnya, keesokan harinya, atau setahun kemudian kerap digunakan. Tahap menulis narasi, iaitu sebagai berikut: a. Menentukan tema cerita. Setiap wacana memiliki tema sebab tema merupakan hal yang diceritakan sepanjang isi wacana. Tema menjadi acuan atau ruang lingkup agar isi wacana teratur, terarah dan tidak menyimpang. Sebelum menulis wacana, seseorang harus terlebih dahulu menentukan tema, setelah itu barulah tujuan. b. Menentukan tujuan. Tujuan ini berkaitan dengan bentuk atau model isi wacana. Tema wacana akan diungkapkan dalam corak atau jenis tulisan seperti bergantung pada tujuan dan keinginan si penulis c. Mendaftarkan topik atau gagasan pokok. d. Menyusun gagasan pokok menjadi kerangka penulisan. Kaedah penyusunan kerangka penulisan supaya efektif, iaitu seperti berikut: i. Menentukan tema/topik penulisan. ii.Menghayati tema dalam topik-topik/subtema. iii.Mengembangkan topik-topik menjadi subtopik. iv.Mengintegrasikan beberapa subtopik. v. Menyelaraskan topik dan subsubtopik. vi. Menentukan pola pengembangan penulisan.

e. Secara kronologis atau urutan waktu. Kerangka penulisan yang bersifat naratif dapat dikembangkan dengan pola urutan waktu. Penyajian berdasarkan urutan waktu adalah urutan yang didasarkan pada tahap-tahap peristiwa atau kejadian. Pola urutan waktu ini sering digunakan pada cerpen, novel, cinta, kisah perjalanan, cerita sejarah dan sebagainya. f. Mengembangkan kerangka menjadi penulisan.

BAHAGIAN C SOALAN 1. Sebagai seorang guru bahasa Melayu, anda mengharapkan setiap pelajar anda mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan bahasa Melayu. Huraikan secara terperinci apakah strategi-strategi yang boleh anda lakukan untuk membantu pelajar anda memperoleh markah yang cemerlang dalam konteks penulisan. Dalam pengajaran penulisan, perhatian perlu diberikan kepada beberapa kelemahan murid : i. Tidak mengemukakan isi yang menepati tajuk atau kehendak soalan. ii. Isi yang dikemukakan tidak mencukupi (iaitu kurang daripada empat). iii. Penulisan panjang, tetapi isi yang dikemukakan berulang. iv. Tidak menghuraikan isi yang dikemukakan. v. Tidak memberikan contoh untuk menguatkan isi yang dikemukakan. vi. Tidak mempunyai kesinambungan antara satu isi dengan satu isi yang lain. vii. Tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menunjukkan kesinambungan isi atau ayat. viii. Tidak menggunakan kosa kata yang sesuai.

SEPT 2010 c. Baca dan semak semula penulisan yang telah ditanda oleh guru. d. Teliti pengajaran guru berdasarkan pengolahan wacana yang tepat dan kemas serta mengelakkan tanda tanya dalam wacana. 2. Huraikan beserta contoh-contoh yang sesuai penggunaan KEEMPAT-EMPAT pendekatan berikut dalam pengajaran penulisan wacana bahasa Melayu. a. Pendekatan Terkawal Menerusi pendekatan ini, guru memandu dan mengawal pelajar daripada melakukan kesalahan. Pada peringkat permulaan, kawalan yang diberikan guru adalah secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pelajar masih diberikan kebebasan untuk memilih perbendaharaan kata atau struktur ayat mereka sendiri. Sebagai contoh, bentuk-bentuk kawalan yang diberikan guru adalah dengan menyediakan sebuah penulisan yang menghendaki pelajar mengisi tempat-tempat kosong dengan perkataan yang sesuai; guru memberikan senarai frasa yang berkaitan dengan sesuatu topik dan pelajar perlu membina ayat untuk melengkapkan frasa; guru mengambil satu petikan yang menggambarkan sesuatu kejadian atau peristiwa kemudian pelajar disuruh menggambarkan semula keseluruhan pengalaman berdasarkan kejadian itu. b. Pendekatan Bebas Dalam pendekatan ini, pelajar diberikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sesuatu topik penulisan. Walau bagaimanapun, pendekatan ini hanya sesuai digunakan bagi pelajar yang sudah dapat menguasai bahasa dengan baik. Misalnya dalam pengajaran penulisan wacana yang ada hubung kait dengan masalah penggunaan dadah di kalangan remaja, guru boleh membawa keratankeratan akhbar untuk ditunjukkan kepada pelajar dan menyuruh mereka memberikan pendapat melalui aktiviti sumbang saran. Melalui cara ini pelajar akan lebih berminat, aktif dan dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan. c. Pendekatan Pola-Perenggan Pendekatan ini mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Ini dapat melatih pelajar supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dalam perenggan dengan kemas dan teratur. Selain itu, pendekatan ini juga dapat membantu pelajar mengetahui cara-cara meringkaskan penulisan dengan baik.

ix. Struktur ayat tidak kemas, selain terdapat kesalahan ejaan. Beberapa perkara perlu diberikan penekanan semasa pengajaran iaitu ; 1. Sebelum penulisan : Murid dipastikan ; i. Memahami kehendak soalan dan format penulisan (jika karangan berformat). ii. Menggariskan kata kunci dalam soalan yang diberi. iii. Mencatat isi atau kerangka penulisan. Mesti ada pendahuluan, isi dan penutup. Contohnya, menggunakan konsep peta minda dan penomboran untuk mencatat isi. 2. Semasa penulisan : Murid perlu ; i. Menulis berdasarkan isi / kerangka penulisan. Patuhi format (jika berkaitan). ii. Menulis pendahuluan secara ringkas. Memadai dengan satu atau dua ayat. iii. Setiap isi hendaklah dinyatakan dan diikuti penjelasan atau keterangan lanjut serta contohnya. iv. Penutup juga hendaklah ringkas yang menunjukkan rumusan atau kesimpulan wacana. 3. Selepas penulisan : Memastikan murid; i. Membaca semula hasil penulisan yang telah siap dan pada masa yang sama semak pelbagai perkara, iaitu: a. Format b. Isi / Huraian c. Struktur Ayat d. Ejaan e. Tanda Baca f. Perbendaharaan Kata ii. Membaiki kesalahan atau membuat penambahan bagi beberapa kekurangan. Selain itu, murid perlu digalakkan : a. Banyak membaca bahan bacaan tambahan berfaedah seperti akhbar, majalah dan buku cerita yang bersesuaian untuk meneliti kesinambungan isi-isi. b. Sentiasa merujuk kepada kamus untuk mengetahui erti perkataan atau kosa kata baharu bagi penulisan.

SEPT 2010 Antara latihan yang dapat diaplikasikan, seperti latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang baik, menyusun ayat-ayat yang disediakan guru dalam satu perenggan yang kemas, pelajar mengenal pasti, memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu perenggan dan pelajar mencari isi penting dan isi bantu dalam sesuatu perenggan. d. Pendekatan Komunikatif Pendekatan ini diasaskan oleh Dell Hymes yang antara lain menyatakan bahawa kecekapan komunikatif merupakan penguasaan bahasa secara naluri yang dimiliki oleh seseorang pelajar, iaitu keupayaan pelajar mengguna dan memahami bahasa secara wajar dalam proses berkomunikasi dan berinteraksi dengan individu lain dan jalinannya dengan konteks sosial. Pendekatan ini menegaskan tentang seseorang yang sudah mempunyai pengetahuan tentang sturktur bahasa dan kebolehan membina ayat-ayat yang gramatis. Ini tidak bermakna dia sudah dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan memandangkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi itu juga menitikberatkan unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhinya, seperti aspekaspek sosiolinguistik dan psikolinguistik. Sebagai contoh, penulisan tentang kemajuan teknologi perubatan mestilah memasukkan kata atau frasa yang ada hubung kait dengan teknologi tersebut, iaitu laras bahasa perubatan. Oleh itu, pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk tujuan berkomunikasi termasuk dalam penulisan. Dengan menggunakan pendekatan ini, dapat dikatakan bahawa pelajar menulis adalah untuk dibaca oleh orang lain atau masyarakat. Justeru, guru perlu memasti dan menggalakkan pelajar menulis, sama seperti dalam situasi kehidupan seharian mereka. Dalam hal ini, guru harus menyatakan kepada pelajar bahawa penulisan yang dihasilkan adalah untuk dinikmati oleh pembaca termasuk penulisan pelajar lain di dalam bilik darjah.

You might also like