You are on page 1of 11

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PERGERAKAN ASAS (MANIPULASI ALATAN)

TAHUN TIGA

Pendidikan Jasmani Kemahiran rekreasi dan kesenggangan 1.11 melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan. RANCANGANkonsep PENGAJARAN HARIAN Standard pembelajaran : 1.11.1 menggunakan jam sebagai pandu arah semasa melakukan aktiviti menjejak dan mencari harta karun. 2.10.1 mengenal pasti konsep jam sebagai pandu arah dalam aktiviti menjejak dan mencari harta karun. 2.10.2 mentafsir maklumat dalam aktiviti pandu arah dan mencari harta karun. 5.3.1 berkomunikasi arah rakan, guru, dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti. Tarikh : Masa : 8.10 pagi 8.40 pagi Tahun : 2 Usaha Hasil Pembelajaran : Bilangan Murid : L 18 P 18 Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: Psikomotor 1. merangkak melepasi lima jenis halangan dengan konsep pergerakan iaitu ke hadapan, ke belakang, mengelilingi, ke atas, ke bawah, perlahan, laju, masuk dan keluar, sekurang-kurangnya dua daripada tiga kali percubaan. 2. merangkak dari satu halangan ke satu halangan sebanyak lima halangan secara sistematik mengikut arah tuju yang telah ditetapkan, secara berkumpulan. Kognitif 1. menamakan tiga bahagian anggota badan yang terlibat semasa merangkak. 2. memberi tiga contoh aktiviti harian dan tiga contoh aktiviti dalam permainan yang melibatkan kemahiran merangkak. Afektif 1. mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan menyimpan alatan permainan apabila alatan tersebut tidak digunakan. 2. menikmati keseronokan dan kepuasan. 3. menghargai usaha dan keupayaan guru. Penerapan nilai Kemahiran berfikir Strategi utama : : : Patuh pada arahan Membezakan di antara saiz, arah, aras dan ruang Kecerdasan Pelbagai

Mata Pelajaran Modul Standard kandungan

: : :

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Bilangan

Skital besar Perakam kaset / CD Meja murid Kerusi murid Fly-sheet Kotak besar Tangga kayu Kain penutup mata Gelung Tali panjang Carta lirik

12 1 8 1 8 1 1 40 20 1 1

Bahagian/ Masa Permulaan ( 7 minit )

Aktiviti 1. Kehadiran 2. Kesihatan 3. Pakaian Lampu Isyarat

Ciri Strategi

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Kehadiran murid direkodkan. Guru memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat. Guru memastikan pakaian murid seragam dan kemas. Guru memperkenalkan warna-warna lampu isyarat. Murid-murid berdiri berselerak dalam kawasan yang ditetapkan. Apabila wisel ditiup dan papan tanda berwarna hijau dipamerkan, murid-murid mula berlari anak bebas dalam kawasan aktiviti. Apabila wisel ditiup dan papan tanda berwarna kuning dipamerkan, murid-murid mula berhenti berlari, berdiri kaki kangkang dan mengangkat tangan ke atas. Apabila wisel ditiup dan papan tanda merah dipamerkan, murid-murid segera membongkok. Aktiviti diulang beberapa kali dalam masa 3 minit.

BSPP/ Catatan

Menghubungkait (Relating)

Memanaskan badan dan regangan

BSPP: 1. Skitel besar 2. Papan tanda berwarna (Hijau, Kuning dan Merah) 3. Wisel

Catatan: Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat menghubungkaitkan kepentingan perkaraperkara berikut: a. mewujudkan kesediaan diri. b. mematuhi lampu isyarat jalan raya

Murid-murid berlari bebas

Bahagian/ Masa

Aktiviti

Ciri Strategi

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

BSPP/ Catatan

Murid-murid berdiri kaki kangkang dan mengangkat tangan

Murid-murid membongkok

Bahagian/ Masa Perkembangan ( 20 minit )

Aktiviti Aktiviti 1 Polis Trafik Menggolek bola ke arah sasaran.

Ciri Strategi Mengalami (Experiencing)

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap murid dalam kumpulan perlu menggantungkan tag simbol lalu lintas pada tengkok masing-masing. Antara simbol lalu lintas adalah seperti berikut: i. Berhenti ii. Kanak-kanak Melintas Jalan iii. Dilarang Masuk iv. Dilarang Memotong v. Dilarang Berpusing Balik vi. Dilarang Meletak Kenderaan Murid-murid berdiri dalam bentuk bulatan besar, menghadap skitel besar. Setiap murid dibekalkan sebiji bola.

BSPP/ Catatan BSPP 1. Skitel besar 2. Bola 3. Dadu Lalu Lintas

Catatan: Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat mengalami : perlakuan menggolek bola tepat pada sasaran pada jarak tertentu. situasi semasa menggolek bola dengan memberi fokus kepada bila dan arah bola digolek, serta daya yang diaplikasikan semasa menggolek bola.

Bahagian/ Masa

Aktiviti

Ciri Strategi

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Salah seorang daripada murid-murid diberi peranan sebagai polis trafik. Polis Trafik menggolekkan dadu lalu lintas. Murid-murid yang memakai tag simbol lalu lintas yang sama seperti simbol pada dadu yang menghadap ke atas, akan menggolekkan bola ke arah skitel besar. Aktiviti diulang beberapa kali selama 5 minit. Murid-murid secara bergilir memainkan peranan sebagai Polis Trafik.

BSPP/ Catatan

Aktiviti 2 Traffic Jam Menggolek bola tepat pada sasaran.

BSPP 1. Skitel besar 2. Skitel kecil 3. Bola besar (Fitball) 3. Radio Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat mengalami : perlakuan menggolek bola tepat pada sasaran pada jarak tertentu. situasi semasa menggolek bola dengan memberi fokus kepada arah bola digolek, serta daya yang diaplikasikan semasa menggolek bola.

Bahagian/ Masa

Aktiviti

Ciri Strategi

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Murid-murid berdiri dalam bulatan besar. Setiap kumpulan dibekalkan dua biji bola besar (Fitball). Bola besar diletakkan di tengah bulatan. Apabila muzik dimainkan, murid-murid dikehendaki berjalan mengikut arah lawan jam. Apabila muzik diberhentikan, murid-murid bertindak dengan pantas untuk memperolehi bola besar di tengah bulatan. Dua orang murid yang berjaya memperolehi bola besar akan menggolek bola tersebut dari tengah bulatan ke arah pintu yang ditandakan dengan dua skitel kecil. Aktiviti diulang beberapa kali selama 5 minit.

BSPP/ Catatan

Kemuncak ( 20 minit )

Saman Permainan bersyarat

Memindahkan (Transfering)

Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan (Hijau dan Kuning) Kawasan permainan dibahagikan kepada tiga iaitu Zon A, Zon B dan Zon C. Zon A dan C mengandungi dua orang pemain Hijau dan dua orang pemain Kuning. Zon B pula mengandungi empat orang pemain Hijau dan empat orang pemain Kuning. Murid-murid mula menggunakan kemahiran menggolek bola semasa menghantar bola besar kepada rakan sepasukan. Pasukan akan memperolehi mata apabila bola digolek melepasi pintu yang ditandakan dua skitel kecil. Pasukan akan memperolehi kad merah (saman) dan mata yang telah diperolehi akan terbatal apabila bola digolek melalui pintu yang tertutup.

BSPP 1. Bola besar (Fitball) 2. Skitel besar 3. Skitel kecil 4. Kad merah 5. Papan skor

Bahagian/ Masa

Aktiviti

Ciri Strategi

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

BSPP/ Catatan Catatan: Menerusi aktiviti ini murid-murid dapat memindahkan: kemahiran menggolek bola ke arah sasaran pada jarak tertentu. kemahiran yang dikuasai dalam situasi permainan bersyarat berkomunikasi dengan rakan dan mengamalkan nilai kerjasama dalam kumpulan.

ZON A

ZON B

ZON C

Bahagian/ Masa Penutup ( 13 minit )

Aktiviti

Ciri Strategi

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

BSPP/ Catatan BSPP 1. Skitel besar 2. Dadu lalu lintas 3. Radio Catatan: Menerusi aktiviti ini murid dapat menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada mengenai: kualiti pergerakan semasa menyejukkan badan. had kelajuan semasa di jalan raya

Speed Trap

Menghubungkait (Relate)

Menyejukkan badan

Murid-murid berbaris dalam kumpulan (Empat orang setiap kumpulan). Setiap murid memakai tag simbol lalu lintas. Dengan iringan muzik, murid-murid berjalan mengikut laluan yang disediakan sambil memegang bahu rakan di hadapan. Empat orang murid dilantik sebagai polis trafik. Keempat-empat Polis Trafik berdiri di lokasi yang ditetapkan sambil memegang dadu lalu lintas. Polis Trafik akan menggolekkan dadu lalu lintas apabila kumpulan murid-murid tiba di lokasi berkenaan. Murid yang memakai simbol lalu lintas yang sama seperti simbol pada dadu yang menghadap ke atas, dikehendaki keluar dari kumpulan. Murid yang terkeluar dari kumpulan dikehendaki mengambil alih peranan sebagai Polis Trafik Aktiviti diteruskan selama 3 minit.

Bahagian/ Masa

Aktiviti

Ciri Strategi

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

BSPP/ Catatan Catatan: Menerusi aktiviti ini murid dapat menghubungkaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan kemahiran yang dipelajari.

Soal-jawab dan rumusan isi pelajaran

Murid-murid memberi pandangan dan menjawab soalan-soalan bertumpu dan bercapah mengenai kemahiran menggolek di dalam aktiviti. Antara soalan-soalan yang dilontarkan adalah seperti berikut: i. Apakah alat yang anda gunakan untuk menggolek tadi? ii. Kenapa bola boleh digolek? iii. Kenapa anda menggolek bola besar tadi? iv. Ke mana bola besar digolek? v. Kenapa anda dilarang menggolek bola ke arah pintu yang ditutup dengan skitel? vi. Apa yang berlaku apabila anda melanggar peraturan permainan tadi? vii. Kalau di jalan raya, apa yang anda terima daripada Polis Trafik sekiranya anda tidak mematuhi peraturan jalan raya? Isi pelajaran mengenai kemahiran menggolek dihuraikan.

You might also like