You are on page 1of 11

PERSATUAN INSTITUSI-INSTITUSI PEMBANGUNAN KEWANGAN MALAYSIA (ADFIM)

SEMINAR MODEL EKONOMI BARU (MBE)

MBE MENJANA TRANSFORMASI EKONOMI NEGARA

UCAPAN PERASMIAN OLEH TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

DEWAN TUN HUSSEIN ONN PWTC, KUALA LUMPUR

25 OKTOBER 2010

YBhg. Datuk Mohd Nasir Ahmad Pengerusi Persatuan Institusi-Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia; Ahli-ahli Majlis Persatuan Institusi-Institusi Pembangunan Kewangan Malaysia; Tetamu-tetamu kehormat; Hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarahkatu dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada Persatuan Institusi-institusi Pembangunan Kewangan Malaysia (ADFIM) yang telah menjemput saya untuk merasmikan Seminar bertajuk Model Baru Ekonomi yang bertemakan MBE Menjana Transformasi Ekonomi Negara.

2.

Saya yakin dengan kehadiran Ketua-Ketua Eksekutif Institusi-

Institusi Pembangunan Kewangan (DFIs), syarikat-syarikat kewangan serta peserta-peserta lain di Seminar ini, akan mengambil peluang untuk sama-sama mengatur langkah kearah memantapkan lagi sumbangan kepada usaha Kerajaan mentransformasikan negara ke arah mencapai negara maju.

Hadirin sekalian,

3.

Dalam tempoh lebih lima dekad yang lalu, ekonomi negara telah

berkembang pesat dan kita telah berjaya menjadikan ekonomi negara daripada sebuah ekonomi berpendapatan rendah kepada negara berpendapatan sederhana tinggi. Peningkatan ketara pendapatan negara telah dapat menghapuskan kemiskinan tegar serta mengurangkan

dengan ketara kadar kemiskinan. Kita juga telah berjaya membentuk satu golongan berpendapatan menengah yang besar.

4.

Walaubagaimanapun, strategi pertumbuhan yang berpacukan kos

rendah sebagai kelebihan bersaing, tidak lagi sesuai dalam persekitaran dimana negara berdepan dengan persaingan yang lebih hebat daripada kemunculan negara-negara seperti China, India, Indonesia, Brazil, Russia, Vietnam dan Timur Tengah untuk menarik lebih banyak peluang perdagangan dan pelaburan. Oleh itu, Malaysia tidak lagi boleh bergantung kepada struktur kos yang rendah untuk terus berdaya saing di pasaran antarabangsa. Pada hakikatnya, Malaysia kini tidak lagi mampu bersaing dengan negara pengeluar berkos rendah dan pada masa yang sama, Malaysia belum lagi mempunyai keupayaan yang mencukupi untuk bersaing dengan negara-negara maju, dimana pertumbuhan ekonomi adalah berteraskan tahap modal insan,

produktiviti, dan inovasi yang tinggi.

5.

Justeru, kita memerlukan satu model baru ekonomi untuk

mentransformasikan ekonomi negara bagi mencapai status negara maju menjelang 2020. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) 2011-2015 menyediakan asas yang kukuh bagi mentransformasi negara kearah ekonomi berpendapatan tinggi. Sebagai penggerak kepada model baru ekonomi, RMKe-10 mencartakan pendekatan dasar dan strategi baru

serta program pembangunan negara kearah menjadikan negara sebuah ekonomi berpendapatan tinggi berteraskan keterangkuman dan

kemampanan. Kearah ini, selaras dengan Model Baru Ekonomi, RMKe10 akan melaksanakan beberapa strategi baru.

6.

Pertama, inisiatif mencapai pertumbuhan ekonomi tinggi

akan

berpaksikan kepada produktiviti dan inovasi serta modal insan berkepakaran dan berkualiti. Kalau dahulunya, model ekonomi negara
3

bergantung kepada faktor pengeluaran berkos rendah, kita perlu beralih kepada peningkatan produktiviti dan inovasi yang tinggi. Ini merupakan peralihan yang signifikan oleh kerana produktiviti tinggi dan inovasi merupakan faktor utama yang akan mempastikan negara berjaya bersaing di peringkat global. Diantara langkah-langkah utama ialah memberi tumpuan kepada pelaburan berkualiti yang menyokong aktiviti nilai ditambah tinggi, menggalak pembangunan kluster perindustrian berasaskan pengkhususan serta menambah inisiatif R&D dan

pembiayaan modal teroka.

7.

Kedua, transformasi kepada aktiviti nilai ditambah tinggi dan

berintensif pengetahuan memerlukan pengkhususan di sektor-sektor dimana negara mempunyai lebihan bersaing. Melalui pengkhususan, negara akan dapat memanfaatkan pengeluaran skala besar, selain daripada memajukan aktiviti ekonomi yang berintensifkan pengetahuan dan teknologi tinggi. Selaras dengan pendekatan ini, RMKe-10 memberi tumpuan kepada pembangunan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEAs).

8.

Ketiga,

di

samping

pengkhususan,

pertumbuhan

tertumpu

(agglomeration) juga akan diutamakan untuk memudahkan jalinan jaringan perniagaan dan pelaburan yang lebih luas dan efektif. Kearah ini, pembangunan bandar akan di laksanakan dengan lebih teratur supaya dapat mewujudkan persekitaran dan keselesaan hidup yang kondusif untuk menjamin kualiti hidup yang baik. Persekitaran ini juga akan dapat menyumbang kepada usaha Kerajaan untuk menarik lebih ramai modal insan berkemahiran. Bersabit ini, Bandaraya Kuala Lumpur berserta kawasan sekitarnya atau Greater KL akan dimajukan sebagai bandar bertaraf dunia.

9.

Keempat, kita memerlukan modal insan yang berkualiti dan

berkemahiran tinggi untuk beralih ke aktiviti-aktiviti nilai ditambah serta produktiviti yang tinggi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Kearah ini, kita perlu menarik dan mewujudkan modal insan cemerlang dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kemahiran, produktiviti dan keupayaan soft skills di sepanjang rantaian nilai pendidikan dan latihan.

10.

Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Talent Corporation yang akan mula beroperasi pada

dibawah Jabatan Perdana Menteri Januari tahun hadapan.

Talent Corporation diberi mandat untuk

menarik, membangun dan mengekalkan bakat negara yang diperlukan bagi memacu usaha menjadikan negara berpendapatan tinggi. Satu langkah penting ialah menarik diaspora Malaysia untuk kembali berkhidmat dinegara ini. Adalah dianggarkan seramai 700,000

professional warga negara Malaysia kini berkhidmat di luar negara. Talent Corporation akan berperanan untuk memudahkan kepulangan tenaga pakar yang diperlukan. Disamping ini, bakat dalam negeri perlu digilap. Untuk ini, kolabrasi dengan sektor industri akan dipertingkatkan, terutamanya bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir di sektor NKEAs yang telah dikenalpasti. Talent Corporation juga akan

memanfaatkan sumbangan bakat tenaga mahir dari luar negara untuk menyumbang kepada usaha mentransformasikan ekonomi negara.

11.

Kelima, keutamaan akan diberikan kepada usaha menambah sumber tenaga kerja dalam negeri. Kearah ini, latihan

kemahiran

kemahiran akan diberi penekanan utama, terutamanya pendidikan teknikal dan latihan vokasional, supaya dapat menarik lebih ramai minat dikalangan pelajar untuk mengikuti pendidikan teknikal dan latihan

vokasional. Langkah ini juga akan dapat melahirkan modal insan yang diperlukan industri dan mampu menyumbang kepada peningkatan
5

produktiviti bagi membolehkan industri beralih ke rantaian nilai lebih tinggi.

12.

Keenam, RMKe-10 mensasarkan pertumbuhan ekonomi sebanyak

6 peratus setahun. Ini berlandaskan kepada perkembangan pesat sektor swasta untuk menjadi penggerak utama aktiviti ekonomi berproduktiviti dan bernilai tambah tinggi, serta mewujudkan gagasan modal insan yang cemerlang, berkemahiran tinggi serta bertaraf dunia. Peranan

sektor swasta adalah amat penting dalam menerajui pembangunan negara kearah menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. Pelaburan swasta perlu berkembang pada kadar melebihi 12 peratus, untuk menjana pelaburan sebanyak 115 bilion ringgit dalam tempoh 2011-2015.

13.

Ini merupakan sasaran yang mencabar, namun Kerajaan yakin

ianya dapat dicapai berkat kerjasama sektor swasta dan sektor awam yang pintar dan berkesan. Penekanan akan diberikan ke arah menggerakkan sektor swasta sebagai peneraju utama pertumbuhan dan inovasi, manakala sektor awam sebagai pemudah cara. Sumber, bakat, teknologi dan inovasi sektor swasta perlu digerakkan supaya menjadi jentera pertumbuhan ekonomi yang lebih berkesan.

14.

Ke arah ini, Kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif dalam RMKe-

10 untuk menggalakkan pelaburan dalam negeri dengan program reformasi ekonomi yang berpandangan jauh. Sehubungan itu, Kerajaan akan mengambil inisiatif seperti berikut:

Memodenkan peraturan perniagaan dengan melaksanakan kajian peraturan perniagaan secara menyeluruh, yang diterajui oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC); Meneruskan liberalisasi sektor perkhidmatan, terutamanya untuk menarik pelaburan asing langsung;
6

Menghapuskan market distortion melalui rasionalisasi subsidi; dan Memperkenal Undang-undang Persaingan.

15.

Di samping itu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia

(MIDA) akan dijadikan agensi promosi pelaburan yang lebih berkesan, di samping usaha memperkasakan MPC untuk mengenal pasti bidang utama bagi menambah baik produktiviti.

16.

Gandingan

sektor

awam

dan

sektor

swasta

akan

terus

dipergiatkan dalam RMKe-10, terutamanya melalui inisiatif penswastaan dan juga perkongsian awam swasta. Ke arah ini, antara langkah utama yang sedang dilaksanakan termasuk:

Memperkenalkan

Dana

Fasilitasi

Perkongsian

Awam

Swasta

sebanyak 20 bilion ringgit, untuk memangkin dan menyokong viabiliti pelaburan sektor swasta dalam bidang strategik ekonomi negara yang mempunyai kesan limpahan besar; Meningkatkan tahap infrastruktur untuk menyokong aktiviti

ekonomi sektor swasta seperti perluasan jaringan High Speed Broadband, projek-projek lebuhraya di Greater KL dan Landasan Keretapi Elektrik Berkembar dari Gemas ke Johor Bharu; dan Rangka kerja Sekolah Amanah (Trust Schools) juga diperkenalkan bagi menggalakkan kerjasama awam swasta dalam meningkatkan kecemerlangan sistem pendidikan negara.

Hadirin sekalian,

17.

Satu daripada intipati dasar dalam RMKe-10 ialah pertumbuhan

pesat yang berasaskan prinsip keterangkuman dan keadilan sosial bertujuan membela kepentingan setiap golongan masyarakat dan mempastikan tidak terdapat kumpulan yang akan terpinggir daripada
7

arus pembangunan negara. RMKe-10 akan mempastikan kemajuan ekonomi negara akan menyediakan peluang yang saksama bagi semua rakyat Malaysia untuk menikmati manfaat daripada kemajuan negara.

18.

Dalam konteks ini, satu peralihan dasar dalam RMKe-10 ialah

memberi tumpuan kepada isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah, yang merangkumi sebanyak 2.4 juta isirumah. Golongan ini merupakan golongan yang mudah terjejas, terutamanya dalam kitaran turun naik persekitaran ekonomi dalam dan luar negeri. Sumbangan mereka kepada pembangunan negara perlu di optimakan, terutamanya melalui program peningkatan pendapatan, seperti peningkatan kemahiran dan keusahawanan.

19.

Bagi gulungan mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya

mereka yang tinggal di kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak, Orang Asli, pekerja estet and mereka yang tinggal di kampong-kampung baru Cina di Semenanjung Malaysia, Kerajaan akan terus membantu mereka dengan menyediakan bantuan kebajikan, disamping

mempastikan mereka juga diberi peluang untuk menambah pendapatan melalui program-program seperti mikro kredit untuk membolehkan mereka terlibat dalam perniagaan kecil. Pada masa yang sama, bekalan kemudahan asas seperti jalan, bekalan air dan elektrik, kemudahan kesihatan dan pelajaran akan dipertingkatkan.

Hadirin sekalian,

20.

Institusi Pembangunan Kewangan (DFIs) mempunyai peranan

penting untuk menjadi catalyst kepada proses transformasi ekonomi negara. DFIs merupakan institusi khusus yang telah diwujudkan untuk

membangunkan sektor-sektor strategik bagi pertumbuhan ekonomi negara. Malahan, penubuhan DFIs adalah bertujuan menyediakan sumber pembiayaan di sektor-sektor yang lazimnya tidak dibiayai oleh institusi perbankan yang lain.

21.

Kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh DFIs telah

menyumbang kepada perkembangan pesat PKS, bukan sahaja dalam mewujudkan usahawan baru, tetapi juga dalam membangunkan lagi usahawan yang berdaya maju. Kerajaan menghargai peranan yang telah dimainkan oleh FDIs dalam menyediakan pelbagai opsyen pembiayaan serta sokongan khidmat nasihat. Saya yakin potensi perkembangan industri PKS amat besar dan ini akan menyediakan peluang bagi DFIs untuk memanfaatkan potensi ini dengan mengoptimakan penyediaan sumber pembiayaan kepada PKS.

22.

PKS adalah satu daripada komponen penting dalam ekonomi

negara memandangkan ianya merupakan lebih 90 peratus daripada bilangan syarikat, terutamanya di dalam sektor pembuatan, selain

daripada menyumbang lebih daripada separuh jumlah tenaga kerja dan hampir satu pertiga KDNK negara. PKS juga memainkan peranan

penting dalam menjana peluang pekerjaan serta memupuk budaya keusahawanan. Jelas PKS mempunyai potensi besar untuk menjadi satu daripada penggerak dalam agenda transformasi pembangunan negara. Kebanyakan syarikat besar antarabangsa di negara-negara maju yang telah berjaya pada hari ini bermula sebagai PKS.

23.

Walaubagaimanapun,

pembangunan

PKS

memerlukan

satu

kaedah yang menyeluruh yang melibatkan gabungan usaha Kerajaan, sektor kewangan dan usahawan sendiri. Matlamatnya ialah untuk mewujud dan memajukan budaya keusahawanan cemerlang melalui

penyediaan persekitaran yang mesra usahawan, supaya mereka mampu menjadi lebih kompetitif didalam pasaran di dalam dan luar negara.

24.

Aksesibiliti kepada sumber pembiayaan merupakan faktor penting menentukan kejayaan industri PKS. Sungguhpun sistem

dalam

perbankan merupakan penyedia dana terbesar kepada PKS, dengan lebih 40 peratus daripada jumlah pinjaman kepada sektor perniagaan, terdapat kecenderungan terhadap membiayai PKS yang telah berjaya. Disinilah letaknya peranan utama DFIs untuk menyediakan sokongan sumber pembiayaan, terutamanya untuk memenuhi keperluan

perusahaan kecil dan sederhana yang baru dan berpotensi berdaya maju. Dalam konteks ini, DFIs perlu lebih fleksibel dalam usaha

membiayai, membimbing dan menyokong pertumbuhan perniagaan baru.

25.

Selaras

dengan

strategi

menggalakkan

pertumbuhan

berasaskan produktiviti dan inovasi, tibalah masanya bagi FDIs menerajui sumbangan membangunkan sektor-sektor pertumbuhan yang telah dikenalpasti dibawah bidang NKEAs, di samping menggalakkan PKS menceburi perniagaan business start-ups dan venture capital. Selaras dengan ini, DFIs juga perlu memberi fokus membangunkan usahawan-usahawan baru melalui usaha mengkomersilkan R&D.

26.

Perluasan perniagaan ke pasaran eksport terus menjadi cabaran

kepada kebanyakan syarikat PKS. Pada masa ini, sumbangan eksport PKS kepada eksport negara masih rendah. Bagi membantu mereka menerokai pasaran eksport, keupayaan EXIM Bank menyediakan pembiayaan perlu dipertingkatkan untuk syarikat Malaysia mengeksport pelbagai jenis produk dan perkhidmatan.

10

27.

Selain industri PKS, FDIs juga berpotensi untuk memainkan pembangunan infrastruktur negara. Ini

peranan dalam membiayai

termasuk projek-projek yang akan dilaksana untuk menyokong aktiviti sektor swasta dan kemudahan awam, serta dalam bidang strategik ekonomi negara yang mempunyai kesan limpahan besar. Hadirin sekalian, 28. Akhir kata, RMKe-10 yang berteraskan kepada pertumbuhan tinggi,

keterangkuman dan kemampanan telah dirangka untuk mencarta pembangunan ekonomi menjadi sebuah negara maju, seperti yang di hasratkan dalam Wawasan 2020 negara. Perjalanan menuju matlamat ini amat mencabar dan memerlukan gandingan usaha dan sokongan semua pihak. Kerajaan menaruh harapan tinggi supaya DFIs, yang merupakan antara peneraju utama ke arah mentransformasikan ekonomi negara, akan bersama menyumbang kepada usaha ini. Sekian, terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarahkatu. Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Putrajaya. 25 Oktober 2010.

11

You might also like