You are on page 1of 16

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM 3103)

Disediakan oleh,
Muhammad Nadzrin bin Roslan Muhammad Ilyas bin Zakaria Muhammad Naqiuddin bin Ismail Nur Khairiyah binti Ayub

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

Peringkat pengetahuan
Pengetahuan berasal daripada pengalaman, pemerhatian yang diterima secara terus atau

melalui pembacaan dan diberitahu oleh seseorang lain. Contoh soalan apakah,siapakah. 31. Yang manakah tidak tergolong dalam permainan tradisional ? A. wau B. gasing C. sepak raga D. badminton

36. Siapakah penganjur pertandingan lukisan

di atas ? A. SK Tengku Ibrahim B. Majlis Daerah Lipis C. SMK Padang Tengku D. Syarikat Landskap Jaya

Peringkat kefahaman
Kefahaman ialah kebolehan kognitif yang

melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baru. kebolehan menyatakan suatu konsep yang diketahui dengan menggunakan perkataan atau simbol yang lain Contoh soalan :33 Berikut adalah kelebihan permainan moden kecuali A. Ketinggalan zaman. B. Mempunyai nilai komersial. C. Mampu mengharumkan nama negara. D. Memperolehi pendapatan yang lebih lumayan.

37 Berapa orangkah wakil yang boleh dihantar bagi setiap sekolah ? A. seorang wakil bagi tahap satu dan tahap dua B. dua orang wakil tahap satu sahaja C. empat orang wakil bagi setiap tahap D. dua orang wakil bagi setiap tahap.

Peringkat aplikasi
Aplikasi ialah kebolehan menggunakan

prinsip dan generalisasi pada satu masalah dan situasi baru. Ia mungkin kelihatan serupa seperti yang pernah murid selesaikan tetapi mengandungi sedikit elemen yang bersifat baru dan di luar kebiasaan mereka. Contoh soalan :-

38. Berapakah nilai hadiah berupa wang yang diperuntukkan bagi setiap kategori ? A. RM 100.00 B. RM 220.00 C. RM 70.00 D. RM 240.00 40. Azman dan sepupunya Osman telah menyertai pertandingan lukisan tersebut. Azman telah memenangi tempat ketiga manakala sepupunya telah menjadi naib johan. Berapakah jumlah wang yang diterima oleh mereka berdua? A. RM 70.00 B. RM 150.00 C. RM 120.00 D. RM 100.00

Analisis
Analisis ialah kebolehan memisahkan suatu

unsur kepada elemen atau bahagianbahagiannya sehingga suatu bentuk pertalian antara elemen-elemen yang membina unsur itu dapat dilihat dengan jelas Contoh soalan yang berkaitan analisis ialah pilih, susun.

Contoh soalan
Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan. 22. Kalau kamu makan ubat itu secara berlebihan,kamu akan mengalami cirit-birit. A. Kamu akan mengalami cirit-birit jika makan ubat itu secara berlebihan B. Ubat itu boleh menyebabkan cirit-birit kalau kamu makannya. C. Ubat itu,kalau dimakan, akan menyebabkan kamu ciritbirit yang berlebihan. D. Cirit-birit yang kamu alami ialah kesan daripada memakan terlalu banyak ubat itu.

sintesis
Sintesis ialah kemahiran yang

menggabungkan elemen-elemen dan bahagian-bahagian untuk membentuk suatu unsur. Ianya melibatkan proses menyusun dan menggabungkan sesuatu untuk membentuk suatu struktur ayat yang jelas Contohnya seperti kembangkan,huraiankan,bina

Contoh soalan
Kamu dan rakan-rakan kamu telah pergi mandi di sebatang sungai yang berdekatan dengan rumah kamu. Sedang kami seronok bermandi-manda,tiba-tiba..

Tulis karangan kamu bermula dengan Sedang kami seronok bermandi manda, tiba-tiba..

Penilaian
Penilaian ialah kemahiran intelek yang paling

tinggi dalam taksonomi bloom. Penilaian ialah kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan kaedah yang piawai untuk menentukan kesesuaian, ketepatan, kecekapan, keberkesanan tentang sesuatu nilai, makna, pendapat, penyelesaian, prosedur, produk dan sebagainya.

Contoh soalan
Pilih ayat-ayat yang betul.

28. I. Jamal berikan surat itu pada Mazlan. II. Yang berbaju kebaya itu anak Puan Laili. III.Pasu itu dipecahkan oleh awak ? IV. Afham lebih cerdik daripada Zulaikha. A. I dan II B. I dan IV C. II dan IV D. III dan IV

Sekian

You might also like