You are on page 1of 2

Teori pengasingan kuasa atau pembahagian kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil "Separation of Powers" telah diperkenalkan

oleh Montesquieu seorang ahli falsafah Peranchis. Ia merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam kuasa pemerintahan sesebuah negara kepada tiga cabang utama iaitu a. Pemerintah (Eksekutif) : Mengelakkan pertindihan bidang kuasa. Berkuasa lebih daripada satu bidang kuasa b. Perundangan (Legislatif) : Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah badan tertentu dan c. Kehakiman : Tiada gangguan daripada mana-mana badan yang lain

Ketiga-tiga bidang tersebut mempunyai bidang kuasa yang tersendiri. Tujuan a. Mengelakkan pertindihan bidang kuasa. Berkuasa lebih daripada satu bidang kuasa. b. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah badan tertentu. c. Tiada gangguan daripada mana-mana badan yang lain Apabila sesuatu kuasa seperti kuasa mentadbir, menggubal undang-undang, dan menghakimi pertikaian diletakkan ke atas seseorang atau sesuatu organisasi sahaja, maka ianya akan menggalakkan pemerintahan yang tidak tertakluk pemantauan dan pengimbalan (check and balance). Ini akan membuka ruang kepada sesuatu kerajaan untuk menyalahgunakan kuasa dan menjadi asas kepada pemerintahan autokratik atau kuku besi seperti ungkapan, absolute power, corrupts absolutely . Jadi apakah maksud sebenar doktrin pengasingan kuasa ini? Saya percaya kita semua pernah mendengar ungkapan, absolute power, corrupts absolutely. Dalam ertikata lain apabila sesuatu kuasa seperti kuasa mentadbir, menggubal undang-undang, dan menghakimi pertikaian diletakkan ke atas seseorang atau sesuatu organ sahaja, maka ianya akan menggalakkan pemerintahan yang tidak tertakluk pemantauan dan pengimbalan (check and balance). Ini akan membuka ruang kepada sesuatu kerajaan untuk menyalahgunakan kuasa dan menjadi asas kepada pemerintahan autokratik atau kuku besi. Dengan adanya doktrin pengasingan kuasa, maka setiap satu organ kerajaan akan dapat memantau dan memastikan agar organ kerajaan yang lain tidak akan melangkaui kuasa yang telah diletakkan oleh perlembagaan. Oleh yang demikkian, di dalam sebuah Negara yang menggamalkan doktrin pengasingan kuasa, kita akan dapati bahawa parlimen akan menggubal undang-undang bagi membolehkan pihak eksekutif mentadbir dan sekiranya akan pertikaian dalam segi pentadbiran pertikaian akan diputuskan oleh badan kehakiman. Doktrin pengasingan kuasa akan memastikan kelancaran sesuatu kerajaan dan pada masa yang sama memastikan tidak ada berlakunya penyalahgunaan kuasa. Atas sebab inilah setiap organ kerajaan hendaklah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Suatu organ tidak boleh mengawal atau mengatasi organ yang lain kerana ini akan menyebabkan kepincangan dalam sistem demokrasi.

Sekiranya Parlimen iaitu organ kerajaan yang berfungsi untuk menggubal undang-undang boleh menghadkan kuasa kehakiman, dan memberi kuasa yang berlebihan kepada eksekutif maka, kita akan memperolehi suatu kerajaan yang dikuasai oleh eksekutif di mana tindakan eksekutif tidak boleh dicabar di Mahkamah kerana parlimen telah mengurangkan kuasa kehakiman. Ini adalah suatu fenomena yang mengerunkan kerana dari kerajaan yang demokrasi ianya telah berubah kepada kerajaan autokrasi. Tetapi inilah hakikat yang sedang dihadapi oleh negara kita. Krisis kehakiman pada 1988 adalah merupakan saksi kepada pencabulan doktrin pengasingan kuasa yang kini telah melemahkan sistem kehakiman Negara kita. Sebelum krisis perlembagaan pada 1988 kuasa kehakiman jelas terletakhak pada badan kehakiman. Ini adalah dilihat pada Artikel 121(1) Perlembagaan yang menyatakan:

You might also like