You are on page 1of 3

3.

Seorang murid memerhati setitis air kolam di bawah sebuah mikroskop dan mendapati sejenis organisma unisel dalam titisan air itu. Organisma itu tidak berkloroplas tetapi badannya diliputi struktur yang menyerupai rambut halus. Apakah kemungkinan besar organisma itu? A Ameba B Klamidomonas C Paramesium D Yis

5.

Semasa menyediakan slaid mikroskop, kaca penutup harus dicondongkan pada sudut 45o dan diturunkan secara perlahanlahan. Mengapakah hal ini perlu dilakukan? A Supaya spesimen tidak dimampat B Supaya penutup slaid kaca tidak pecah C Supaya larutan berlebihan keluar daripada spesimen D Supaya gelembung udara tidak terperangkap di bawah kaca penutup

6.

Antara yang berikut, yang manakah organisma multisel? I II Hidra Mukor

III Klamidomonas A I dan II B I dan III C II dan III D III sahaja

7.

Apakah larutan yang digunakan untuk mewarnakan nukleus sel pipi manusia? A Larutan garam B Larutan metilena biru C Larutan asid D Larutan iodin

8. Berikut ialah langkah-langkah yang diambil semasa memerhatikan struktur sel epidermis bawang. P Tutupkan epidermis bawang Q Letakkan lapisan epidermis bawang ke atas titisan air di atas slaid kaca R Warnakan sel epidermis bawang dengan larutan iodin Urutan manakah yang betul bagi menjalankan eksperimen ini? A RPQ B RQP C QRP D QPR 9. Apakah bahan yang terdapat di dalam vakuol sel tumbuhan? A Ampaian sel B Larutan sel C Sap sel D Dinding sel

10.

Antara yang berikut, yang manakah paling sesuai digunakan untuk memerhatikan kloroplas di bawah mikroskop? A Tisu gabus B Epidermis bawang C Daun tumbuhan hijau D Pencungkil gigi

11.

Antara urutan yang berikut, yang manakah betul menunjukkan hierarki organisasi sel daripada yang ringkas kepada yang kompleks? A Sel Organ Sistem Tisu Organisma B Sel Organ Tisu Sistem Organisma C Sel Tisu Sistem Organisma Organ D Sel Tisu Organ Sistem Organisma

12.

Kumpulan manakah yang terdiri daripada mikroorganisma sahaja? A Euglena, bakteria, paramesium B Bakteria, semut, klamidomonas C Ameba, paramesium, jejentik D Lalat, paramesium, Bakteria

13. Maklumat yang berikut menunjukkan organisasi sel di dalam badan manusia. Sel P Organ Sistem Organisma Apakah yang paling sesuai untuk mewakili P? A Kulit B Hati C Usus D Otot

You might also like