You are on page 1of 8

BULETIN CAKNA ALAM

16 MAC 2014 BIL. 1

KELAB PENCINTA ALAM, SEK. KEB. SEKSYEN 1 BANDAR KINRARA


INFO ALAM SEKITAR Apakah JEREBU?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapungapung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikelpartikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata
SIDANG REDAKSI PENAUNG
HJH. ZALIJAH BINTI MOHD NOOR (GURU BESAR SKS1BK)

KELAB PENCINTA ALAM


Kelab Pencinta Alam (KPA) MNS telah dilancarkan pada bulan Ogos 1991 dengan sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia. Bermula dengan 12 buah sekolah di Lembah Klang, keahliannya kini mencecah lebih 400 buah sekolah dari seluruh Malaysia. Projek ini bertujuan untuk menggalak pengetahuan yang lebih mendalam tentang alam sekitar dan seterusnya memupuk sikap mesra alam di kalangan warga sekolah. Projek ini memberi peluang kepada para pelajar untuk melibtkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti alam sekitar secara praktikal. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti merintis hutan, kitar semula, membuat kompos, melibatkan diri dalam bengkel, seminar dan perkhemahan alam sekitar. Untuk memastikan perkembangan keahlian Kelab Pencinta Alam MNS berjalan secara lancar dan efektif, Koordinator Pendidikan Negeri MNS telah dilantik bagi membantu pihak urusetia MNS menganjur program dan aktiviti KPA di negeri-negeri masingmasing. Koordinator Pendidikan Negeri inilah yang menjadi pemangkin kepada perluasan KPA di setiap negeri dan mengukuhkan hubungan antara sekolah, KPA, Jabatan Pelajaran Negeri dan MNS.

Persatuan Sains dan Pencinta Alam, bermulanya ....


Januari 2013 - Sejarah tercipta di Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara apabila satu kelab baharu telah ditubuhkan sebagai satu daripada gerak kerja kokurikulum yang boleh disertai oleh murid sekolah ini. Digabungkan dengan persatuan sedia ada iaitu Persatuan Sains, kelab ini dikenali sebagai Persatuan Sains dan Pencinta Alam. Mac 2013 - Didaftarkan dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia sebagai Kelab Pencinta Alam dengan keahlian seramai 50 orang. Mac Oktober 2013 - Persatuan ini telah berjaya menjalankan atau mengikuti beberapa aktiviti di peringkat sekolah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa mahupun aktiviti secara usahasama dengan sekolah lain. Hari Tanah Bencah Sedunia Peringkat Sekolah (2 Mac), Program Pendidikan Alam Sekitar @ Minggu Pemerhatian Helang 2013 (9 Mac), Program Ekspedisi Pendidikan Alam Sekitar @ Taman Negara Pulau Pinang 2013 (21-23 Jun), Program Pendidikan Biodiversiti Marin @ Terengganu 2013 (14-16 September), Program Penanaman Pokok Sedunia Peringkat Antarabangsa ENO Finland (21 September), Perkhemahan Pendidikan Pemuliharaan Burung Enggang KPA Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan (4-6 Oktober), Perkhemahan Kelab Pencinta Alam 1Malaysia Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor (8-11 Oktober) adalah antara aktivitiaktiviti yang disertai. Terima kasih di atas sokongan semua pihak.

PENASIHAT
SABARIAH BINTI ALIAS (GPK KOKURIKULUM)

KETUA EDITOR
HASHIMI BIN ISMAIL

EDITOR
SITI NORLIZA BINTI HUSAIN LATIFAH BINTI SAIMI

kasar.

Wetlands
O' Wetlands! How I mourn for you, Death is close at hand, I am called many names, Estuarine, mangrove swamp, marsh, bottomlands And surrounded by mangrove forests, With oysters stuck to my roots, Fishes live and depend on me, to feed spawn and grow, Crabs have homes, tunnels of holes around me, Turtles pay a visit every year to lay, And birds of green, little blue and yellow night herons Reflect upon me. I also help to protect you, I take in carbon and Release oxygen for you to breathe I function like a strainer and a sieve to filter pollutants From the sea, making it safe for you to swim I hear two thousand a new millennium Will I be here for my eco-system and other sisters to survive and flourish? I am now threatened. I have been cut. I am bleeding Garbage is dumped in and around me I cannot breathe Filth- Sewage flows into me- I will become sick Development hotels and airports are building around us We are dying. Who are the powers that be? Does anyone care? Will we be saved? Is it already too late? I hope that we can be saved, Because in saving us the benefits and gains are so rich, That we can become millionaires together with MOTHER EARTH. By: Greta Akili (Tobago) Puisi di atas dideklamasikan oleh Pengerusi Kelab Pencinta Alam SKS1BK, Bazlin Faqihah Binti Rostam Shahrif (6M) sempena Sambutan Hari Tanah Bencah Sedunia 2014 di pentas Perhimpunan Pagi, 3 Februari 2014

Kelab Pencinta Alam, pilihan murid ...


27 Januari 2014 - Satu ujian mudah untuk mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid terpaksa dilakukan untuk memilih murid yang akan menjadi ahli Kelab Pencinta Alam SKS1BK. Ujian ini terpaksa dibuat memandangkan guru penasihat hanya seramai 2 orang sahaja (peringkat sekolah) sedangkan terdapat lebih daripada 120 orang murid yang mendaftar untuk menjadi ahli. Hasil daripada ujian ini, hanya 80 orang murid berjaya dipilih. Ujian ini dikendalikan oleh Puan Siti Norliza Binti Husain. Vale Scientific Expedition 2014 Teluk Batik, Seri Manjung, Perak En. Hashimi telah menyertai ekspedisi saintifik yang diadakan pada 18-27 Januari 2014, bertempat di Teluk Batik Resort. Ekspedisi ini dianjurkan oleh Vale Malaysia Minerals dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dengan mengambil sebahagian kawasan Hutan Simpan Teluk Muroh sebagai kawasan ekspedisi. Selaku Koordinator Pendidikan Negeri MNS, En. Hashimi telah membantu menjayakan ekspedisi ini dengan bertindak selaku fasilitator untuk aktiviti pendidikan alam sekitar bersama muridmurid sekolah dari sekitar Seri Manjung dan juga bersama staf Vale Malaysia Minerals serta sukarelawan-sukarelawan MNS. Selain itu, maklumat-maklumat berkaitan biodiversiti di kawasan tersebut juga diperolehi sewaktu membantu penyelidikpenyelidik dari universiti tempatan dan swasta di lapangan. BENGKEL TAHUNAN KOORDINATOR PENDIDIKAN NEGERI MNS PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

Kerteh, Kemaman En. Hashimi Ismail selaku Koordinator Pendidikan negeri MNS Terengganu/Selangor telah menghadiri bengkel tahunan ang diadakan pada 11 Januari 2014, bertempat di Pusat Pendidikan Alam Sekitar EcoCARE PETRONAS-MNS di Kerteh, Kemaman, Terengganu. Bengkel tahunan yang menghimpunkan Koordinator-koordinator Pendidikan Negeri MNS dari seluruh Malaysia ini bertujuan untuk menjadi wadah kepada perbincangan tentang aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2013 dan yang akan dijalankan pada tahun 2014. Antara aktiviti sampingan ialah pembelajaran tentang hutan paya bakau melalui aktiviti mangrove tour, pemerhatian kelip-kelip di Sungai Kerteh dan penanaman pokok bakau. Majlis penutup bengkel telah dirasmikan oleh En. Nordin dari Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Program Pendidikan Alam Sekitar @ Minggu Pemerhatian Helang 2014

Tanjung Tuan, 8 Mac Kelab Pencinta Alam SKS1BK telah menganjurkan program pendidikan alam sekitar sempena Raptor Watch 2014, sebuah acara tahunan peringkat antarabangsa anjuran Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS). Seramai 42 murid terlibat dalam lawatan tersebut. Bertempat di PNB Ilham Resort, Tanjung Tuan, Semua peserta telah berjaya mengikuti aktiviti merentas hutan bermaklumat (sewaktu jungle trekking), mempelajari tentang hutan bakau (sewaktu mangrove walk) dan mempelajari tentang haiwan pantai (sewaktu seashore/marine walk). Ketiga-tiga aktiviti ini dikendalikan oleh sukarelawan-sukarelawan Persatuan Pencinta Alam Malaysia. Sukarelawan-sukarelawan ini termasuklah dua orang guru dari SK Seksyen 1 Bandar Kinrara yang bertugas pada 8 dan 9 Mac 2014. Selain itu, peserta berpeluang melihat burung-burung pemangsa yang meluncur di udara dengan adanya thermal atau udara panas. Peserta juga berpeluang melawat galeri PERHILITAN dan memasuki rumah api Tanjung Tuan di samping mengunjungi gerai-gerai jualan dan pameran. Program lawatan ini diserikan lagi dengan kehadiran Puan Hjh. Zalijah Binti Mohd Noor, Guru Besar SK Seksyen 1 Bandar Kinrara, bersama PK Pentadbiran, En. Khairi Anuar dan PK HEM, Pn. Munaliza. Satu perbincangan berkenaan projek-projek khas yang akan dijalankan untuk ahli Kelab Pencinta Alam SKs1BK telah diadakan antara pentadbir dan Ketua Jabatan Pemuliharaan, MNS.

You might also like