You are on page 1of 2

1.0 Pengenalan.

Perkataan idealisme berasal dari perkataan Yunani iaitu perkataan ideal yang bermaksud idea dan perkataan isme yang bermakseud ajaran atau faham. Teori ini dibentangkan oleh Socrates dan diikuti oleh Plate. Mengikut Plato, saya fikir, oleh itu saya wujud, iaitu segala reality adalah kebenaran hanya wujud dalam fikiran manusia. Golongan idealisme percaya bahawa manusia yang dilahirkan adalah baik dan kebaikan itu mestilah dikekalkan melalui pemupukan amalan yang baik dalam diri mereka. Oleh itu, perlunya persekitaran antarabangsa yang sempurna dan baik supaya manusia sentiasa terdedah dengan persekitaran yang baik. Keperluan kepada pendidikan juga penting bagi mewujudkan kesedaran kepada manusia bagaiman untuk mewujudkan persekitaran yang sempurna. Di samping itu, peraturan dan undang-undang merupakan elemen yang penting dalam pendekatan ini. Peraturan yang terdiri daripada undang-undang antarabangsa sangat penting bagi menjamin persekitaran yang baik dengan mematuhi undang-undang yang ditetap. Pendekatan idealisme memetingkan kepentingan bersama dan negaranegara akan berusaha bersama-sama serta mengelakkan persaingan yang tidak sihat antara satu sama lain. Oleh itu, bagi mengelakkan persaingan antara negara, Presiden Woodrow Wilson, salah seorang golongan idealisme telah menyarankan dalam cadangan ke-14 perjanjian Versail, supaya ditubuhkan sebuah organisasi antarabangsa bagi menggalakkan kerjasama antara negara-negara dan menjadi satu badan pemantau terhadap aktiviti negara supaya negara-negara tidak bertindak di luar batasan. Melalui cadangan inilah tertubuhnya Liga Bangsa.

2.0 Cirri-Ciri. Terdapat tiga ciri utama teori idealisme dalam menentukan disiplin dalam hubungan antarabangsa. a) Moralistik. Moralistik dalam idealisme mementingkan konsep kerjasama serta pemupukan nilainilai murni dalam negara. b) Normatif. Normatif pula lebih kepada norma-norma dan kebiasaan adat dalam masyarakat. c) Legalistik. Legalistik pula merupakan pemupukan dan mementingkan undang-undang dalam negara.

3.0 Tokoh Pemikiran.

Socrates dan Plato

You might also like