You are on page 1of 1

Organisma multisel seperti haiwan mempunyai pelbagai jenis sel.

Sel-sel itu boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat untuk membentuk organisasi tubuh haiwan. Sel-sel yang menjalankan tugas yang sama atau tugas yang spesifik akan membentuk tisu. Manakala organ pula terbentuk daripada tisu-tisu yang berbeza yang sedang bekerjasama untuk menjalankan satu tugas yang sama. Dalam tubuh haiwan terdapat empat jenis tisu, iaitu tisu epithelium, tisu penghubung, tisu otot dan tisu saraf. Tisu-tisu ini akan menjalankan fungsi yang berlainan. Contohnya, ada tisu yang khusus untuk mengangkut bahan dalam tubuh haiwan dan ada pula tisu yang khusus yntuk merembes hormone. Organ dalam tubuh haiwan pula terdiri daripada sekumpulan tisu yang berbeza yang sedang bekerjasama untuk menjalankan satu tugas yang sama. System organ pula terdiri daripada dua atau lebih organ yang sedang berinteraksi untuk menjalankan tugas yang sama. Terdapat enam system organ utama yang dibincangkan dalam modul ini, iaitu system lntegumen, sistemsaraf, system imun, system urinary, system pernafasan dan system penghadaman.

You might also like