You are on page 1of 21

Bahasa Melayu dan Perpaduan

Details Published on Wednesday, 08 July 2009 03:48 Hits: 12047

Oleh Abdullah Hassan PENGENALAN Menurut Buku Maklumat Perangkaan (1987) penduduk Malaysia (dahulu Malaya) berjumlah 16.8 juta. Penduduk Malaya betul-betul menjadi multietnik sejak seratus lima puluh tahun yang lalu. Di bawah pentadbiran Inggeris, ketiga-tiga kaum etnik ini tinggal terpisah dari segi geografi, ekonomi dan sosialnya. Oleh yang demikian, tugas utama kerajaan semasa mencapai kemerdekaan adalah menyatukan penduduk daripada berlainan kaum etnik ini dalam membina negara baru. Bahasa merupakan isu utama dalam pembinaan negara ini. Perhatian akan ditumpukan kepada perkembangan pembentukan dasar pendidikan bahasa negara dalam masa empat puluh tahun yang lalu. Dalam jangka waktu ini ada enam buah suruhanjaya pendidikan ditubuhkan dan masing-masing mengemukakan laporannya yang berasingan. ILTIZAM BAGI MEMBAWA PERUBAHAN Dalam pentadbirannya, Kerajaan Inggeris membenarkan wujudnya empat buah sistem pendidikan yang berasingan. Keadaan ini mempengaruhi tujuan, pembentukan dan pelaksanaan dasar pendidikan negara. Pendeknya, dasar yang dibentuk itu hendaklah dapat mengekalkan ketiga-tiga identiti kaum di negara ini, dan dalam masa yang sama dapat pula mempertsatu mereka menjadi sebuah bangsa dalam sebuah negara. Semenjak itu negara terpaksa menghadapi dan cuba menyelesaikan banyak isu yang rumit tenta g bahasa. Antaranya adalah: a. Pilihan bahasa kebangsaan; b. Pemersatuan negara melalui satu bahasa; c. Taraf bahasa-bahasa minoriti; d. Bahasa untuk penyampaian pendidikan; e. Bahasa untuk perhubungan dengan masyarakat luar. Apabila kerajaan Inggeris kembali ke Malaya selepas Perang Dunia Kedua, seorang pendidik veteran Inggeris, Cheeseman ditugaskan menjadi Pengarah Pendidikan. Beliau berusaha membina semula sistem pendidikan yang wujud sebelum perang dulu, dan ini tercatat dalam Laporan Cheeseman (1946). Laporan Cheeseman 1946 Cheeseman menyedari beberapa masalah penyatuan bangsa yang mula menonjolkan isunya. Lantas Cheeseman melaporkan ... ada suatu masalah yang timbul daripada kepelbagaian kaum etnik: sebuah kelas di sekolah Inggeris itu ... mengandungi ... sebanyak sebelas bahasa yang berlainan yang dituturkan oleh murid-muridnya" (Cheeseman 1946:6-7). Beliau juga membuat beberapa pengamatan penting dan relevan mengenai isu pendidikan bahasa dan kesannya terhadap keadaan ekonomi rakyat. Pengamatan itu adalah: a. Tidak wujud sebuah bahasa vernakular yang boleh menjadi bahasa pengantar; b. Tanggungjawab kerajaan terhadap bahasa vernakular dan pendatang tidaklah mudah ditentukan; masalah ini meningkat apabila masyarakat pendatang mula menetap; c. Masyarakat pendatang (istimewanya Cina) lebih cenderung mengekalkan pandangan nasionalistik Cina, dan bekalan buku-buku teks sekolah dari negara Cina pada masa itu memperkukuh kecenderungan ini;

d. Masyarakat bumiputera agak terkebelakang ... kerana masyarakat dagang dan pekerja pendatang telah membolot pekerjaan-pekerjaan yang lumayan di Semenanjung ... orang-orang Melayu agak terlalu miskin untuk masuk ke sekolah Inggeris" (Cheeseman, 1946: 160). Sekurang-kurangnya Cheeseman dapat melihat tiga isu penting, mundurnya pendidikan orang Melayu dalam bahasanya sendiri, masalah penyatuan kelompok-kelompok etnik, dan masalah bahasa pengantar. Laporan Barnes 1950 Barnes mengatakan pemerintahan Inggeris selama 150 tahun sudah meletakkan orang Melayu jauh di belakang kaum etnik lain di tanah airnya sendiri. Oleh itu Jawatankuasa Barnes (yang dianggotai oleh orang Melayu dan pegawai pendidikan Inggeris) memperakukan supaya kaum Melayu patut dibantu "... untuk membolehkan (mereka) mengambil tempatnya dalam masyarakat Malaya yang berbilang kelompok etnik itu, ... untuk membentuk sebuah bangsa yang bersatu" (Barnes 1950). Laporan Barnes mengajukan suatu jenis sekolah rendah terbuka kepada semua rakyat. Selain daripada cirinya yang multietnik itu, ciri-ciri utama Sekolah Kebangsaan itu adalah seperti berikut: a. Sistem itu menyediakan pendidikan rendah yang percuma bagi semua kanak-kanak daripada berbilang kaum etnik yang berumur antara enam hingga dua belas tahun; b. Sistem itu juga bertujuan menghasilkan kanak-kanak yang dwibahasa, terdidik dalam bahasa Inggeris dan Melayu ... yang kemudiannya akan menyambung pengajiannya pada peringkat menengah dan tinggi dalam aliran Inggeris" (Barnes, 1950: 20). Cadangan ini bermaksud semua sekolah rendah menjadi satu jenis sahaja, iaitu Sekolah Kebangsaan, atau sekolah Melayu. Dengan itu, Jawatankuasa Barnes dapat dikatakan sudah memikirkan perkara yang agak serius terhadap pemersatuan bangsa melalui bahasa. Pada peringkat darjah tiga, "... bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu, dan akhirnya murid-murid akan menjadi dwibahasa pada peringkat umur dua belas tahun ... sehingga mereka bolehlah menuturkan kedua-dua bahasa sesuai dengan umur mereka" (Barnes 1951). Pelaksanaan perakuan-perakuan ini bermaksud bahawa murid-murid Cina dan India perlulah menggugurkan bahasa ibundanya, dan masuk ke sekolah Melayu, tetapi bukanlah sekolah Melayu dalam erti kata dahulu lagi. Walau bagaimanapun, jawatankuasa itu sedar bahawa "cadangan sistem itu akan menjadi lemah, jika setiap kaum etnik Cina, India dan juga Melayu terus mahu mengadakan sekolah rendah mereka sendiri berasingan daripada usaha kerajaan" (Barnes 1951). Masyarakat Cina menolak cadangan ini kerana mereka menganggap ia akan membunuh bahasa Cina. Isu ini menjadi hangat diperdebatkan dalam akhbar harian pada masa itu. Walaupun sistem sekolah itu lebih banyak memberi keutamaan kepada bahasa Melayu, guru-guru pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris juga menentangnya dan menunjuk perasaan. Mereka menyedari bahawa perakuan itu juga akan membunuh bahasa Melayu dan hanya menghidupkan bahasa Inggeris (Straits Budget, 18 Nov. 1952). Laporan Fenn-Wu 1951 Jawatankuasa Fenn-Wu membuat pemerhatian bahawa "sesuatu kelompok yang hanya mahu mengekalkan budayanya, dan ketaatannya terletak di luar Malaya, tidak akan dapat berkhidmat dengan taatnya untuk Malaya." Walau bagaimanapun, mereka menentang "sebarang penurunan taraf bahasa Cina ke peringkat yang lebih rendah, yang akan mengakibatkan penghapusan bahasa dan budaya Cina di Malaya ..." (Fenn-Wu 1951). Hasrathasrat ini, kalau dilihat lebih rapi akan didapati bertentangan. Mengecam ketaatan kepada negara Cina memanglah benar, tetapi memberi ketaatan kepada sebuah negara baru merupakan suatu hal lain. Mereka membuat pengamatan: "Bahasa Cina, Inggeris, Melayu dan Tamil merupakan bahasa pertama atau kedua bagi ramai rakyat Malaya. Dan "telah pernah dihujahkan bahawa pemersatuan dapat dicapai walaupun wujud bahasa-bahasa yang berlainan ... Pada pihak lain pula, pernah dihujahkan, untuk mewujudkan pertalian kemasyarakatan, ekonomi dan politik, maka perlulah wujud sebuah bahasa perhubungan diwujudkan untuk menimbulkan pemersatuan rakyat Malaya" (Fenn-Wu 1951). Walau bagaimanapun jelas, bahawa bahasa perhubungan yang dimaksudkan itu bukanlah bahasa Melayu. Ini jelas

dalam ayat berikut, iaitu "... manusia yang menuturkan bahasa Inggeris telah menubuhkan negara-negara besar di seberang laut. Jadi kami mencurigai kebijaksanaan Malaya untuk membina negara berdasarkan identiti sejarah dan politik yang berlainan daripada itu." (Fenn-Wu 1951). Pendirian mereka terhadap bahasa Melayu juga cukup jelas. Jawatankuasa itu "mengiktiraf bahasa Melayu itu patut dijadikan bahasa rasmi dan diwajibkan diajar di sekolah, dan patut dikaji oleh semua rakyat Malaya sebagai sebuah bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu, tetapi laporan itu tidak mengandungi perakuan untuk meletakkan bahasa Melayu itu pada taraf demikian. Walaupun jawatankuasa itu mengatakan bahasa demikian boleh memberi sumbangan terhadap kefahaman antara kaum, dan jawatankuasa itu turut membuat perakuan bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa perdagangan di Malaya ... dan di dunia ... dan pengajarannya hendaklah ditingkatkan di sekolah-sekolah Cina. Jawatankuasa itu juga menyimpulkan bahawa bahasa Cina itu merupakan sebuah bahasa besar di dunia "... dan bangsa-bangsa lain juga harus mendapat manfaat mempelajarinya" (Fenn-Wu 1951). Jelas bahawa jawatankuasa itu tidak memberi tempat kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan Cina di Malaya. Laporan jawatankuasa itu, pada mulanya difikirkan agak bersimpati dengan bahasa Melayu kerana mereka berkata "... tidak ada yang dipertikaikan dengan kedwibahasaan. Kami yakin bahawa pendidikan awal kanak-kanak ... perlulah dalam bahasa ibundanya. Mulai tahun ketiga, bahasa kedua (Inggeris) bolehlah diajarkan ... dan pada tahun kelima, mungkin bahasa ketiga pula (Bahasa Melayu) bolehlah diperkenalkan" (Fenn-Wu 1951). Keengganan menerima bahasa Melayu itu agak ketara. Mereka berkata "... bahasa Melayu itu agak mudah dipelajari dan sudah diketahui sedikit oleh murid-murid Cina melalui pertembungan dengan murid-murid Melayu.... Jadi muridmurid Cina akan terus menjadi dwibahasa untuk berlajar (dan tribahasa untuk bertutur) selepas tamat pendidikan menengahnya." Malah jawatankuasa itu memberi amaran "... bahawa sebarang percubaan untuk memaksa percantuman akan hanya menimbulkan ... perpecahan ... Suatu penyelesaian terhadap masalah berbilang bahasa ini mestilah dicari, bukan daripada iktibar sejarah, tetapi melalui persetujuan semua kaum etnik di Malaya." (Fenn-Wu 1951). Penyata Razak yang berikut banyak mengambil perhatian kepada Laporan Fenn-Wu itu. Penyata Razak 1956 Jawatankuasa ini meletakkan asas sistem pendidikan Malaysia. Perhatian khusus sekali lagi ditumpukan kepada isu bahasa. "Tujuan akhir dasar pendidikan ini adalah bagi menyatukan budak-budak daripada berlainan bangsa ini di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak" (Penyata Razak 1956). Ini bermaksud bahawa bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil dipertahankan di sekolah-sekolah. Perlembagaan Malaya juga menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu akan digunakan di samping bahasa Inggeris untuk sepuluh tahun sehingga ia dapat menggantikan bahasa Inggeris dalam semua ranah sebagai bahasa rasmi tunggal. Kedua, jawatankuasa itu juga mengajukan supaya sukatan pelajaran umum diperkenalkan bagi mewujudkan pandangan yang serupa. Amalan lama yang menggunakan buku teks dari negara Cina dan India (Ceylon) untuk masing-masing murid-murid Cina dan India juga hendaklah dihentikan. Jawatankuasa itu juga mengambil perhatian berat terhadap keperluan "menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan mengekalkan, dan terus memperkembangkan bahasa dan budaya masyarakat lain yang tinggal di negara ini" (Penyata Razak 1956). Pelaksanaan perakuan jawatankuasa ini agak berjaya dalam kebanyakan hal. Walau bagaimanapun perkembangan Sekolah Kebangsaan (Melayu) terbantut. Walaupun jelas banyak masalah dan kekurangannya, seperti keperluan guru-guru terlatih, buku teks, bilik darjah; guru-guru Melayu terus mendesak pembentukannya. Ugutan guru-guru Melayu untuk keluar daripada UMNO beramai-ramai memaksa kerajaan melaksanakan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan segera (Straits Budget, Okt. 18, 1956). Sekolah Menengah Kebangsaan (Melayu) ditubuhkan dan menjadi nukleus perkembengan pendidikan kebangsaan seterusnya. Perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan memang pesat berlaku. Buat pertama kalinya kanakkanak Melayu berpeluang mendapat pendidikan menengah dalam bahasanya sendiri. Kanak-kanak masih pergi ke sekolah yang berlainan menurut bahasa ibundanya. Sekolah Kebangsaan tidak begitu popular di kalangan murid-murid bukan Melayu. Hakikat bahawa kana-kanak belajar di sekolah-sekolah yang berlainan tidak menjamin mereka mempunyai pandangan kebangsaan yang sama seperti yang diharapkan. Ini menyebabkan timbulnya Laporan Rahman Talib (1960), yang menjadi asas Akta Pendidikan 1961.

Laporan Rahman Talib 1960 Jawatankuasa ini menyatakan semula tujuan yang sama sebagai objektif pendidikan kebangsaan. Laporan ini mementingkan pembentukan dasar pendidikan yang boleh diterima oleh semua kaum etnik di Malaysia dan pada masa yang sama mencuba memenuhi hasrat yang wajar bagi kumpulan-kumpulan besar budaya yang berada dalam negara ini. Jawatankuasa itu cepat menyedari suatu hal yang tidak sejajar dengan kepentingan negara. "Adalah tidak sejajar dengan dasar kebangsaan untuk mewujudkan kesedaran kebangsaan dan menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara, dengan memperluas dan memperkekal suatu jurang bahasa dan kaum etnik di dalam sistem pendidikan yang dibiayai oleh kerajaan" (Laporan Rahman 1961). Laporan itu memperakukan "... pendidikan pada peringkat menengah yang dibiayai oleh kerajaan hendaklah dikendalikan dalam salah satu daripada bahasa rasmi (Melayu dan Inggeris) dengan matlamat menggunakan Bahasa Kebangsaan (iaitu bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantar utama, tetapi bahasa dan kesusasteraan lain boleh juga diajar dan dipelajari di sekolah-sekolah aliran yang sama" (Laporan Rahman 1961). Peruntukan ini dibentuk untuk mengurangkan kepelbagaian bahasa yang digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Suatu dasar dwibahasa yang pragmatis dan saksama perlulah diwujudkan. Walau bagaimanapun, keperluan ini hendaklah mengambil kira dasar yang mahu menyatukan penduduk berbagai golongan etnik ini. Pendidikan di Malaysia (Hussein Onn) 1971 Sekali lagi pada tahun 1971 Menteri Pelajaran Malaysia mengkaji semula dasar pendidikan negara, dan hasilnya agak menggalakkan. Tujuan utama dasar itu adalah menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah dan ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Pendidikan menengah dalam sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dijalankan dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. "Sistem pendidikan kebangsaan direka bentuk bagi memenuhi keperluan negara dan meningkatkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik ... yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama" (Hussein Onn 1971). Oleh sebab itu, mulai tahun 1968, bahasa Melayu mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris. Salah satu daripada tugas yang paling berat adalah melatih semula guru-guru supaya dapat mengajar dalam bahasa Melayu. Usaha ini bermula pada tahun 1970 dan tamat pada tahun 1973, dan seramai 5,600 guru dapat dilatih semula. Sebagai persiapan lanjut seramai 10,500 orang guru sekolah menengah juga dilatih semula pada tahun 1979. Semenjak Penyata Razak 1956 diterima, perubahan-perubahan sudah berlaku secara berterusan. Penyata Razak mengetahui betapa pentingnya sebuah bahasa pengatar dalam pembinaan negara. Namun, kemajuan agak perlahan kerana masalah guru dan buku teks. Dengan itu, pada tahun 1955 Maktab Bahasa ditubuhkan bagin menyelesaikan masalah guru dan Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1957 untuk menyelesaikan hal kedua. Pengubahan Rekolah Rendah Inggeris menjadi Sekolah Rendah Kebangsaan (Melayu) bermula pada tahun 1967. Beberapa matapelajaran yang kurang memerlukan penguasaan bahasa yang tinggi mula didsampaikan dalam bahasa Melayu, seperti Pendidikan Jasmani, Seni dan Kerja Tangan, Pengajian Tempatan dan Muzik, dan diikuti dengan matapelajaran lain seperti Sejarah, Geografi, Matematik dan Sains; lama-kelamaan semua matapelajaran dapat disampaikan dalam bahasa Melayu, melainkan bahasa Inggeris. Proses mengubah bahasa pengantar ini meningkat ke sekolah menengah dan juga pengajian tinggi secara berperingkat-peringkat. Pada masa ini, pengajian dalam Bahasa Kebangsaan wujud dari peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi. Mungkin ramai yang memikirkan bahawa pendidikan Cina dan Tamil dihapuskan. Sebenarnya ini tidak menjadi matlamat dasar pendidikan negara. Dasar pendidikan negara memang mengekalkan pendidikan kebangsaan aliran Cina dan Tamil pada peringkat rendah. Tetapi pendidikan menengah yang masih meneruskan penyampaian dalam bahasa selain daripada Bahasa Kebangsaan juga dibenarkan wujud, tetapi tanpa biaya kerajaan.

Menurut Stedman, masih terdapat enam puluh buah sekolah menengah Cina persendirian yang mendaftarkan seramai 45,000 orang pelajar dan bilangan ini semakin bertambah (Stedman 1986:28). Mungkin pada saat ini perlu kita menumpukan perhatian kepada suatu isu penting dalam sistem pendidikan kebangsaan, iaitu, taraf bahasa Inggeris. "Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolah kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi dan juga perdagangan dan juga dalam hal ehwal antarabangsa" (Hussein Onn 1971). Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Tempoh masa untuk mengajar Bahasa Inggeris ditingkatkan dan guru diberi latihan lanjut untuk membolehkan hasil yang lebih baik dicapai. Bahasa Inggeris akan terus menjadi bahasa kedua negara. Sebenarnya penguasaan bahasa Inggeris menjadi syarat penting bagi pelajar universiti, kolej dan politeknik. Laporan Kabinet (Mahathir) 1985 Sekali lagi pada tahun 1985 sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji dasar pendidikan negara dan pelaksanaannya. Jawatankuasa itu memperteguh semula peruntukan dalam Laporan 1956 dan 1960. Ia juga melaporkan perkembangan yang positif dalam pelaksanaan dasar pendidikan negara. Laporan itu juga memperkukuh kemajuan sistem pendidikan kebangsaan bagi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan. "Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu adalah ditujukan bagi mempersatu berbagai penduduk dalam negara (di samping menjadikannya) bahasa untuk memperoleh ilmu. Sejajar dengan hasrat ini bahasa Melayu dijadikan matapelajaran wajib di sekolah dan kelulusan dalam peperiksaan bahasa Melayu menjadi syarat wajib bagi mendapat sijil-sijil tertentu peperiksaan pada beberapa peringkat pendidikan (Laporan Kabinet - Mahathir, 1985). Sebelum mencapai kemerdekaan, bahasa Inggeris adalah bahasa pengantar terpenting bagi semua aliran, iaitu bahasa perantara untuk perhubungan kelas menengah dan atasan. Pada masa ini taraf dan fungsinya berubah. Sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kedua, pembelajaran bahasa Inggeris mempunyai dua tujuan; "pertama, untuk membolehkan murid-murid itu menggunakan bahasa tersebut dalam kerja dan aktivitinya, dan kedua untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk digunakan bagi tujuan pendidikan tinggi" (Laporan Kabinet - Mahathir 1985). Oleh sebab itu, universiti-universiti di Malaysia memperkemas matapelajaran ini di peringkat universiti dan pelajar diwajibkan mengikuti dan lulus peperiksaan bahasa Inggeris sebagai satu matapelajaran pada peringkat-peringkat tertentu. MEMBINA SUATU PANDANGAN BERSAMA Hasil perancangan bahasa yang berjalan selama tiga puluh tahun ini mengakibatkan hanya tiga jenis sekolah masih wujud diMalaysia. Kesemuanya menggunakan sukatan pelajaran yang samadengan matlamat kebangsaan yang sama, tetapi mempunyai bahasa pengantar yang berlainan. Pendidikan rendah ditawarkan dalam tiga bahasa; Melayu, Mandarin dan Tamil. Ini memberi pilihan yang seluas-luasnya, iaitu ibu bapa bolehlah menghantar anakanak mereka ke sekolah menurut aliran bahasa yang dikehendaki bagi meneruskan tradisi dan budaya masingmasing. Walau bagaimanapun mereka diharapkan dapat bersatu dalam sekolah kebangsaan aliran bahasa Malaysia pada peringkat memembina negara. Semangat tolak ansurdan pelaksanaan secara berperingkat-peringkat sebagai yangdiajukan oleh Razak pada tahun 1956 itu memang dipatuhi oleh negara. Walau bagaimanapun, kemajuan yang berlaku tidaklah sepesat yang mungkin diharapkan, dan ini juga tidak bermakna bahawa segala-galanya berjalan lancar. Malaysia memang sudah berjaya melaksanakan semua perakuan dalam Penyata Razak (1956) mengenai pendidikan bahasa, dengan mengambilkira perakuan-perakuan dalam hal yang sama dalam laporan-laporan berikut. Banyak kesulitan dan juga hal-hal sensitif yang perlu diselesaikan, dan ini telah dapat diatasi melalui sikap dan tindakan kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa mengambilkira kesensitifan setiap kaum. Pada satu pihak kepelbagaian bahasa di sekolah hendaklah dikurangkan untuk meningkatkan perpaduan rakyat. Pada pihak yang lain segala tuntutan setiap kaum etnik yang bertentangan juga hendaklah diatasi dengan saksama dan bijaksana supaya tidak mengorbankan tujuan pertama tadi. Agak sukar mencari penyelesaian kepada masalah begini. Dengan ini, satu masa selama tiga puluh tahun berlalu sebelum sebuah dasar seperti yang dilaksanakan sekarang wujud untuk melahirkan sistem pendidikan dwibahasa yang kita mahukan. Oleh sebab itu Malaysia ini, pendidikan boleh diperolehi dalam bahasa kebangsaan sepenuhnya dari sekolah rendah, menengah dan juga pengajian tinggi. Kita tidak lagi perlu mengajar sebuah bahasa asing untuk membolehkan anakanak kita mendapat pendidikan.

Dalam melihat keberkesanan dasar pendidikan bahasa negara dalam pelaksanaannya sekarang akan dilihat melalui beberapa penyelidikan yang telah saya lakukan dengan disokong dengan beberapa kajian yang dilakukan oleh penyelidik lain. Kajian ini dilaporkan dengan tujuan untuk melihat setakat mana kejayaan yang tercapai dan permasalahan yang masih wujud. POLA-POLA KEDWIBAHSAAN Pola-pola kedwibahasaan ini dikaji dengan agak baik oleh Gaudart (1985) dalam disertasi kedoktorannya "A Descriptive Study of Bilingual Education in Malaysia". Daripada kajian tersebut terlihat beberapa pola kedwibahasaan ataupun 'ketribahasaan' yang berlaku dalam sistem pendidikan di kalangan murid-murid sekolah Malaysia. Tinjauan ini didasarkan kepada bahasa pengantar yang digunakan pada peringkat-peringkat pengajian rendah, menengah dan tinggi. Dengan penyesuaian, huraian ini digunakan dalam mengenalpasti pola-pola kedwibahasaan di kalangan lima puluh dua orang pelajar Malaysia di Ohio University pada bulan Januari 1989. Hasilnya menunjukkan suatu pola yang berbagai-bagai. Sekurang-kurangnya ada lima pola kedwibahasaan dan ketribahasaan dalam pendidikan yang timbul, iaitu: Pola I: Melayu-Melayu-Inggeris (29), Pola II: Inggeris-Inggeris-Inggeris (8), Pola III: Mandarin-Melayu-Inggeris (6), Pola IV: Mandarin-Mandarin-Inggeris (4), dan Pola V: Mandarin-Inggeris-Inggeris (5). Menurut kelompok-kelompok dalam pola-pola ini, kemahiran dan sikap pelajar-pelajar ini ditinjau untuk menentukan kefasihan mereka berbahasa Malaysia dan juga sejauh manakah mereka menghayati bahasa Malaysia tersebut. Definisi 'penghayatan' Teo Kok Seong yang memberatkan "aspek-aspek bukan linguistik" (1989: 49-63) tidaklah sesuai di sini. Di sini penghayatan menuntut penerimaan dan penguasaan aspek-aspek bahasa juga dipentingkan. Kajian ini tidaklah boleh dikatakan dapat mewakili seluruh keadaan di Malaysia. Jilalau sebuah kajian dilakukan untuk seluruh negara, maka suatu gambaran yang lebih kompleks akan timbul. Kajian ini hanya merupakan suatu gambaran sebahagian daripada pola-pola kedwibahasaan pendidikan bahasa di Malaysia. Dalam pola-pola yang kelihatan ini, pola III adalah pola peralihan yang melibatkan pelajar-pelajar Sarawak. Dalam negeri ini bahasa Inggeris masih digunakan sebagai bahasa pengantar sehingga akhir-akhir ini. Sebenarnya negeri ini sepuluh tahun ke belakang dalam pelaksanaan bahasa Malaysia. Jadi pelajar-pelajarnya masih mengikuti pendidikan dalam bahasa Inggeris hingga ke peringkat universiti, walaupun sekarang negeri ini juga sudah sama is (lebih-lebih lagi melalui institusi pengajian swasta). Daripada kajian kecil yang dilakukan ini kepelbagaian sikap terhadap bahasa dan bahasa kebangsaan dapat dilihat. Suatu set soalan ditanyakan untuk menentukan; 1. Ranah penggunaan bahasa Melayu, 2. Pendapat sama ada bahasa Melayu akan dapat mempersatu rakyat, dan 3. Bahasa yang mereka mahu pelajari dan kuasai sekiranya mereka perlu menjadi dwibahasa dan tribahasa. Kesemua 23 orang pelajar Melayu yang dikaji memberi tindakbalas yang agak seragam terhadap soalan-soalan yang dikemukakan. Kesemuanya menggunakan bahasa Melayu di kalangan keluarga, rakan, kerja dan jual beli. Mereka juga dapat menggunakan bahasa Melayu basahan dan baku dengan sesiapa saja yang mereka kehendaki atau perlui. Kesemua mereka yakin bahawa bahasa Melayu patut dipelajari oleh semua rakyat Malaysia untuk perpaduan. Sekiranya mereka perlu menjadi dwibahasa, maka pilihan mereka ialah bahasa Melayu dan Inggeris, dan sekiranya mereka dikehendaki menjadi tribahasa, maka bahasa ketiga mereka ialah Arab; dan ada seorang yang memilih bahasa

Perancis dan seorang bahasa Jepun menggantikan bahasa Arab. Agak penting dilihat bahawa bahasa Inggeris selalu mendapat tempat dalam keadaan dwibahasa dan tribahasa. Ini dapat disimpulkan dengan mudah kerana nilai ekonomi bahasa Inggeris tersebut tinggi. Agak penting juga untuk difahami bahawa tidak ada pelajar yang memilih bahasa Mandarin, walaupun kita menganggap bahawa mungkin akan timbul kemahuan demikian demi keperluan pemersatuan rakyat, dan juga kepentingannya sebagai bahasa perdagangan. Pemeringkatan bahasa Arab sebagai bahasa ketiga tidak juga menimbulkan sebarang isu penting. Sudah sewajarnya demikian kerana, selain daripada beberapa ungkapan umum yang mantap, bahasa Arab tidaklah banyak digunakan di luar keperluan agama. Tidak juga timbul suatu kemungkinan bahasa Arab itu akan menggantikan bahasa Melayu dalam bidang kekeluargaan, perniagaan dan sebagainya; 2. Keenam-enam pelajar bukan Melayu dalam pola ini juga memberi tindakbalas yang hampir sama. Mereka menerima pendidikan rendah dan menengah dalam bahasa Melayu, dan daripada kajian yang dijalankan juga terdapat bahawa rakan dan ibu bapanya juga datang dari masyarakat bahasa yang sama. Dapat dilihat sedikit pergeseran di dalam penggunaan bahasa; bahasa Melayu mula digunakan dengan agak meluas dalam bidang pergaulan dengan rakan-rakan. Mereka juga agak menyetujui pernyataan bahawa bahasa Melayu itu akan dapat berfungsi sebagai pemersatu bangsa. Mereka memilih bahasa Mandarin dan Melayu, dan Mandarin; Melayu dan Inggeris apabila ditanya tentang pemilihan bahasa mereka kalau mahu menjadi dwibahasa dan tribahasa. Dua orang daripada mereka meletakkan bahasa Melayu sebagai pilihan pertama. Tindakbalas seperti ini tidak dapat sewenang-wenangnya dikatakan mewakili seluruh negara. Sekirannya rakyat yang lebih ramai dikaji, gambaran ini dapat diduga menjadi lebih berbagai;

3. Dalam pola II terdapat 8 orang pelajar yang menerima pendidikan mereka secara keseluruhan dalam bahasa Inggeris. Mereka menggunakan bahasa Inggeris dalam semua ranah penggunaan bahasa, berpindah menggunakan bahasa kandungnya dalam bidang kekeluargaan dan pergaulan. Tindakbalas mereka agak berbeza-beza mengenai fungsi bahasa kebangsaan sebagai bahasa pemersatu; setengah bersetuju dan yang selebihnya tidak setuju. Pilihan mereka tentang bahasa dalam keadaan dwibahasa dan tribahasa agak sejajar dengan pendapat mereka mengenai fungsi bahasa sebagai alat pemersatu. Mereka yang tidak mempercayai bahasa Melayu itu boleh menjadi alat pemersatu itu tidak menganggap bahasa Melayu itu penting, lantas memilih bahasa Inggeris, Jepun dan Perancis sebagai bahasa yang mereka mahu kuasai dalam keadaan dwibahasa dan tribahasa. Sikap mereka yang tidak bersimpati dengan bahasa Melayu ini mungkin boleh kita lihat dari sebab bahawa mereka telah mendapat pendidikan seluruh atau sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris, dan rasa a ua tidak bersetuju dan seorang tidak percaya bahasa mempunyai sebarang kesan dalam hal ini. Walau bagaimanapun kesemuanya menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kedua atau ketiga dalam keadaan dwibahasa dan tribahasa; dan rentetannya berubah-ubah daripada pelajar ke pelajar 5. Pelajar-pelajar dalam pola IV yang menerima pendidikan rendah dalam bahasa Mandarin dan menengah dalam bahasa Inggeris agak memandang sepi terhadap bahasa Melayu. Mereka

tidak banyak atau tidak langsung menggunakan bahasa Melayu di dalam ranah persahabatan, keluarga atau pekerjaan. Mereka juga tidak mempercayai yang bahasa Melayu dapat mempersatu rakyat. Kesemuanya memilih bahasa Inggeris, Mandarin dan Jepun dalam keadaan dwibahasa dan tribahasa. Ada seorang yang meletakkan bahasa Melayu pada tempat ketiga. Agak menarik juga kalau dilihat bahawa tidak seorangpun daripada mereka meletakkan bahasa Mandarin sebagai pilihan pertama. Malah penulis juga merasa bahawa mungkin akan ada juga orang Melayu yang akan meletakkan bahasa Inggeris pada kedudukan pilihan pertama sekiranya mereka hanya berpendidikan Inggeris. Dalam hal ini, bahasa Inggeris memberi saingan yang agak kuat kepada bahasa kebangsaan; 6. Mungkin kita akan menganggap bahawa pelajar dalam pola V, yang menerima pendidikan rendah dan menengah dalam bahasa Mandarin untuk menunjukkan sikap yang paling negatif terhadap bahasa kebangsaan. Dapatan Teo Kok Seong (1986 dan 1989) juga menunjukkan ciri-ciri yang sama, namun, penulis tidaklah perlu membuat kesimpulan yang sama. Kajian ini menunjukkan bahawa pendirian dan sikap mereka agak sederhana. Hanya seorang daripada mereka yang tidak percaya bahasa Melayu boleh mempersatu rakyat, dan yang lainnya memberi jawapan 'mungkin', bermakna mereka tidak menolak kemungkinan bahasa Melayu itu boleh menjadi bahasa pemersatu rakyat. Mungkin juga kita dapat melihat bahawa pendirian begini agak munasabah. Memang kita telah banyak mencapai kejayaan dan kemajuan dalam mempersatu rakyat melalui bahasa kebangsaan, tetapi masih banyak yang perlu kita buat untuk mencapai matlamat ini. Mereka juga menyatakan bahawa mereka ada menggunakan bahasa Melayu dalam ranah rasmi, persahabatan dan jual beli. Bahasa Melayu timbul sebagai pilihan kedua dan ketiga dalam keadaan dwibahasa dan tribahasa. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu tidak pernah dipilih sebagai bahasa pertama dari segi kepentingannya. Namun demikian, ini dapat dikatakan sebagai suatu kejayaan dalam pelaksanaan dasar pendidikan bahasa untuk melahirkan suatu sikap kebangsaan yang seragam. Sikap begini yang timbul daripada suatu keadaan rakyat yang berbagai-bagai golongan etnik dan bahasa adalah suatu kemajuan, walaupun tidak dapat dianggap besar. Kita dapat mengenali beberapa pola tertentu dalam tindakbalas pelajar menurut latar belakang bahasa yang digunakan sebagai pengantar dalam pendidikannya pada tahap sekolah rendah dan menengah. Namun, kita tidaklah dapat membuat kesimpulan ini secara muktamat sehingga kajian yang meliputi bilangan responden yang lebih ramai dijalankan. Pelajar Melayu agak segaram dalam tindakbalas mereka mengatakan bahawa bahasa Melayu itu perlu dipelajari oleh semua kerana ia adalah bahasa kebangsaan, dan ini boleh menimbulkan pemersatuan. Mereka yang mempunyai latar pendidikan bahasa yang berbagai juga menerima hakikat bahawa bahasa Melayu itu adalah bahasa kebangsaan, walaupun mereka agak ragu tentang keberkesanan fungsinya sebagai pemersatu rakyat. Tetapi mereka yang menerima pendidikan seluruhnya dalam bahasa Inggeris tidaklah begitu bersimpati dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan falsafah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pemersatu. Hasil kajian ini tidaklah boleh dianggap sebagai muktamad. Penemuannya akan menjadi berlainan sekiranya bilangan responden yang lebih ramai dikaji. Walau bagaimanapun, daripada gambaran lakar yang didapati daripada kajian ini, kita tidak dapat menolak

hakikat bahawa kita perlu berfikir secara serius sama ada pengalaman yang begitu berbagai-bagai dalam pe ng mengkhuatiri kebijaksanaan dasar bahasa dalam pendidikan untuk menjadi alat pemersatu dalam membina sesuatu negara. Malangnya kebanyakan kritikan ini datang dari satu golongan penduduk saja iaitu umumnya masyarakat Cina. Ada ahli masyarakat Cina yang mengkhuartiri dasar bahasa kebangsaan itu, dan kadang-kadang pernyataan mereka itu menyebabkan kita berfikir apakah isu sebenar yang dibangkitkan itu. Misalnya Kua Kia Soong membangkitkan persoalan "Kami menerima bahasa Malaysia (Melayu) sebagai bahasa kebangsaan untuk digunakan sebagai bahasa perantara masyarakat kita yang berbilang (golongan) etnik. Walau bagaimanapun ... bahasa Malaysia (Melayu) itu mestilah jangan digunakan untuk memaksa pengasimilasian bahasa ..." Pada halaman yang sama juga dia menyuarakan bahawa "... bahawa bahasa rakyat kita yang berlainan itu adalah sama tarafnya, mempunyai maruah yang sama dan mesti diberi penghormatan yang sama, dan mesti diberi kebebasan untuk digunakan di semua lingkungan ..." (1987: 124). Pernyataan seperti ini juga telah jauh meninggalkan semangat kedwibahasaan dan ketribahasaan yang diajukan oleh Fenn-Wu, yang mengatakan bahawa mana-mana kaum yang semata-mata mahu memajukan satu bahasa dan budaya itu akan menghalang pemersatuan rakyat. Perlembagaan kita tidak menghalang penggunaan bahasa-bahasa lain di samping bahasa kebangsaan. Memanglah tujuan kita hendak mewujudkan hanya satu bahasa kebangsaan di samping membolehkan bahasa dan budaya lain dikekalkan. Memberi taraf yang sama kepada semua bahasa dalam konteks ini adalah tidak wajar dan tidak mungkin. Bahasa-bahasa lain daripada bahasa Melayu memang luas dipergunakan di Malaysia dan ini tidak memerlukan kajian lanjut dan mendalam. Seorang pelancong saja akan dapat melihat dan merasai betapa bebas dan luasnya bahasa-bahasa lain, terutamanya bahasa Cina digunakan di Malaysia. Masyarakatnya tetap berbahasa Cina, media massanya penuh dengan tulisan Cina, nama-nama perniagaan dan lain-lain masih mengekalkan nama Cina. Malah pelancong yang tidak melihat daerah luar bandar tidak akan merasakan perbezaan antara negara ini dengan Hong Kong atau Taiwan. Wujudnya bahasa kebangsaan tidak sedikitpun mengurangkan peranan bahasa-bahasa minoriti lain di ranah-ranah tertentu. Malah Noss (1984) mengatakan keadaan 'tidak rasmi' ini memberi kedudukan yang lebih kukuh kepada bahasa-bahasa Cina dan Tamil. Ia memperlengkap fungsi bahasa rasmi dalam ranah bahasa rasmi tersebut tidak berfungsi dengan kuat. Dalam pengumuman rasmi dan sebagainya, bahasa-bahasa Mandarin dan Tamil digunakan untuk membolehkan rakyat semua memahami perutusan yang disampaikan. Dengan kata lain, tidak ada sebarang tekanan dan sekatan yang dikenakan kepada bahasa Tamil dan Cina dalam semua ranah melainkan urusan rasmi seperti yang diimplikasikan oleh Kua Kia Soong. Artikel 21(2) Kedua, salah satu daripada ceraian Akta Pelajaran 1961 yang kerap dibangkitkan oleh kaum Cina ialah Artikel 21(2): "Sekiranya Menteri Pendidikan berpuas hati/berpendapat bahawa sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan sesuai diubah menjadi sekolah rendah kebangsaan (Melayu), dia bolehlah mengarahkan sekolah itu menjadi sekolah rendah jenis kebangsaan". (Akta Pendidikan 1961, No. 43). Artikel ini seterusnya menjadi isu yang menimbulkan kebimbangan kaum Cina. Walaupun kuasa ini tidak pernah digunakan oleh Menteri Pendidikan, keresahan dan ketakutan masyarakat Cina

itu sentiasa kekal. Tetapi bagi mereka, wujudnya artikel demikian, walaupun ada kebaikannya, masih merupakan suatu ancaman kepada penerusan tradisi Cina. "Walaupun sebuah kajian semula, tetapi pengekalan artikel in menjadi sumber keresahan yang amat sangat kepada masyarakat Cina" (David Chua, 1988:63). Dipandang dari segi lain, rungutan ini mencerminkan kesungguhan masyarakat Cina untuk mempertahankan sekolah jenis kebangsaan Cina. Dalam hasrat kita untuk mengurangkan kepelbagaian bahasa dalam pendidikan, tindakan negatif ini mungkin akan merupakan halangan. Peluang Pendidikan Tinggi Dalam pengamatan umum negara dapat memenuhi permintaan penduduk dalam pendidikan. Walau bagaimanapun pendidikan tinggi terus menjadi masalah. Permintaan yang berganda bagi pendidikan tinggi telah menyebabkan kekurangan tempat di pusat-pusat pengajian tinggi. Hanya 10% pelajar daripada semua kaum dapat melanjutkan pengajiannya ke pusat pengajian tinggi. Oleh sebab permintaan yang mendadak, maka sistem kuota terpaksa dilaksanakan untuk menjamin hak setiap kaum. Kaum Cina yang dahulunya mendapat serba kemudahan untuk belajar terpaksalah mengongsi peluang mereka dengan kaum Melayu dan India. Walaupun peratus pelajar Cina yang masuk ke universiti itu berkurangan tetapi jumlah sebenarnya adalah bertambah. Tambahan pula, jelas bahawa isu ini tidak perlu berbangkit kerana pendidikan bukanlah hak satu-satu kaum saja. Universiti Merdeka Suatu isu panas yang pernah timbul dulu ialah mengenai permintaan masyarakat Cina untuk menubuhkan sebuah universiti swasta, Universiti Merdeka. Walaupun universiti ini tidak semestinya menggunakan Mandarin sebagai bahasa pengantar, atau untuk masyarakat Cina saja, tetapi pada asalnya mungkin konsepnya berlainan. Wujudnya suatu konsep demikian tidaklah begitu bersesuaian dengan matlamat pemersatuan bangsa Malaysia melalui satu bahasa kebangsaan. Tindakan yang diambil oleh kerajaan Singapura untuk menggabungkan Universiti Nanyang (1980) dengan Universiti Singapura dan menubuhkan suatu universiti baru The National University of Singapore yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar adalah suatu cara lain untuk membangun suatu bangsa melalui satu bahasa neutral. Ternyata dalam hal ini, walaupun kaum Cina merupakan majoriti di Singapura, bahasa Mandarin tidak difikirkan boleh melaksanakan fungsi pemersatu dan kemajuan ekonomi di Singapura. Sedikit sebanyak, tindakan Singapura ini membantu keadaan di Malaysia untuk menghilangkan kepelbagaian bahasa. Namun demikian, isu ini belumlah selesai. Pergelutan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris masih berterusan dan sebenarnya semakin sengit. Dekad 90-an ini akan menentukan arah dan taraf bahasa Melayu itu dengan lebih jelas lagi. Nilai yang lebih tinggi yang diberikan kepada bahasa Inggeris di semua pihak, kerajaan dan swasta, memberi kedudukan yang istimewa kepada bahasa Inggeris dalam pendidikan. Walaupun dalam sistem pendidikan kebangsaan pendidikan aliran Inggeris telah seluruhnya ditukar kepada bahasa Malaysia, tetapi kedudukan bahasa Inggeris dalam bidang ini masih mendapat permintaan dan sokongan yang tinggi, dan akibatnya pendidikan Inggeris masih bertapak kuat, malah semakin membiak. Kadang-kadang kita akan merasa hairan, kenapa sebuah universiti swasta seperti Universiti Merdeka mendapat tentangan yang hebat. Tetapi, universiti kembar sudah beberapa buah ditubuhkan (Kolej Damansara Utama, Kolej Tunku Abdul Rahman, ITM-KPP, MARA, Sunway College, Rima Colllege, Kolej Disted dan beberapa buah lagi) dan menjalankan pengajian seluruhnya dalam bahasa Inggeris. Kita dapat melihat betapa penting dan besarnya peranan institusi seperti ini dalam menambah tempat bagi semua pihak, lebih-lebih lagi bagi kaum berada, untuk mendapat pendidikan universiti. Walau bagaimanapun, dari segi

perancangan bahasa, hakikat untuk membangun sebuah negara baru melalu satu bahasa akan tercabar hebat apabila bertentangan dengan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris adalah amat penting, dan harus dijadikan milik oleh semua pihak demi kepentingan negara. Tetapi sama ada bahasa tersebut perlu kita perkembangkan sehingga menyingkirkan bahasa kebangsaan kita, adalah suatu isu pokok. Kita memang tidak ragu menerima hakikat ini, walau bagaimanapun, adakah tindak-tanduk kita selaras dengan matlamat ini. Budaya Cina Dalam sebuah penerbitan MCA, "The Future of Malaysian Chinese oleh Ling Liong Sik dan rakan-rakan (1988), terdapat sebuah bab yang ditumpukan kepada pendidikan dan kebudayaan. Penulisnya, David Chua menyatakan kesedihannya "... generasi muda Cina ... tidak lagi menguasai bahasa Cina dengan cukup mendalam bagi menikmati kehalusan-kehalusan budaya Cina, bagaimanakah mereka dapat diharapkan untuk memajukannya" (1988:59). Dalam hal ini kita mungkin dapat melihat perubahan dua arah. Ada benarnya kalau kita mengatakan bahawa kejayaan sistem pendidikan bahasa negara itu telah menimbulkan keadaan begini di kalangan masyarakat Cina. Malah, ini juga berlaku, mungkin dengan lebih hebat lagi semasa bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar utama dalam pendidikan. Dan bahasa Melayu sekarang mengubah kecenderungan dari bahasa Inggeris ke b Suatu perkembangan dalam hal ini yang seharusnya tidak patut kita perkecilkan ialah perkembangan yang sudah berlaku di kalangan kaum Cina Baba. Mereka telah mula mengasimilasikan diri kembali dengan kaum Cina yang baru datang, dan menCinakan kembali diri mereka, walhal mereka sudah menjadi sebati dengan budaya dan bahasa negara ini. Sebenarnya ini bukan suatu gejala yang khusus berlaku di kalangan masyarakat demikian di Malaysia saja. Ini adalah suatu ciri umum. Pendatang Yunani, Itali, Spanyol yang telah lama bermastautin di Amerika Syarikat juga menunjukkan kecenderungan yang sama. Umumnya generasi kedua dan ketiga telah mengalami pergeseran bahasa dan mula menganut bahasa Inggeris. Namun demikian, percubaan untuk emngekalkan bahasa dan budaya mereka timbul kembali dengan tibanya kedatangan pendatang baru dari negeri dan budaya yang sama (Ferguson et al., 1981). Masyarakat India Umumnya masyarakat India tidak menunjukkan tentangan yang hebat terhadap isu bahasa ini. Sejak Laporan Cheeseman pada tahun 1946 hinggalah Laporan Kabinet 1981, masyarakat India menerima saja perubahan demikian. Mungkin juga ini disebabkan oleh taraf bahasa Tamil tidak pernah penting dalam sistem pendidikan, pentadbiran dan ekonomi negara. Oleh itu tidak ada isu yang mehu dipertahankan. Lagipun, bilangan masyarakat India itu tidak begitu ramai dan terbahagi pula kepada dua belas bahasa yang berlainan, jadi setiap bahasa itu tidak begitu ramai pendukungnya bagi menimbulkan isu yang boleh dipertahankan. MASA DEPAN Malaysia, kalau dibandingkan dengan negara-negara jiran mempunyai komposisi penduduk yang berlainan, namun demikian banyak masalahnya agak sama. Jadi apa yang dilakukan oleh negara jiran dalam mengatasi masalah yang sama itu mungkin juga kita perhatikan sebagai iktibar dalam meneliti dan menilai dasar serta keberkesanan pelaksanaan dasar pendidikan bahasa negara kita. Malaysia telah melaksanakan dasar yang agak liberal dalam hal ini untuk menerima dan melayani permintaan rakyatnya yang berbagai dan masing-masing dengan aspirasi yang berlainan di dalam suatu kerangka dasar pendidikan negara. Memanglah perlu

bagi Malaysia mengurangkan jurang kepelbagaian bahasa yang digunakan dalam sistem pendidikan kebangsaannya. Pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan dalam jangka masa tiga puluh tahun yang lalu telah membawa banyak perubahan terhadap sistem pendidikan Malaysia. Dari sebuah sistem pendidkan yang menggunakan empat buah bahasa pengantar; Inggeris, bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil telah dikurangkan kepada tiga saja dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Walaupun sistem pendidikan Mandarin dan Tamil tidak dihapuskan, tetapi hanya pendidikan rendah yang ditaja oleh kerajaan. Pendidikan menengah dan tinggi dalam bahasa Mandarin dan Inggeris, walaupun tidak dihalang, tetapi kerajaan tidaklah membiayainya. Dengan itu, para ibu bapa masih mempunyai hak untuk memilih bagi menghantar anak-anak mereka ke sekolah menurut bahasa kandung masing-masing (walaupun Mandarin itu bukanlah bahasa kandung sebarang masyarakat Cina di Malaysia). Kalau mereka ingin meneruskan pengajian anaknya dalam bahasa yang sama, mereka masih lagi boleh berbuat demikian dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah swasta, atau ke seberang laut. Walaupun dasar ini tidak dapat dikatakan drastik atau tegas dalam melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan seperti yang berlaku dalam negara-negara jiran, tetapi ternyata dasar pendidikan negara kita agak liberal walaupun masyarakat Cina dan India yang tinggal di Malaysia ini menganggapnya terlalu keras. Keliberalan dasar pendidikan negara, malah sesetengah pihak menganggapnya sebagai kelemahan, adalah terletak pada sifatnya yang liberal itu. Negara-negara Asia Tenggara lain tidak seliberal demikian terhadap bahasa Cina dan India menyebabkan bahasa tidak menjadi soal besar dalam politik bahasa dan pendidikan mereka. Indonesia mengharamkan sekolah Cina pada tahun 1959 dan ternyata sekarang isu pendidikan bahasa negara tidak timbul lagi. Thailand meningkatkan sekolah kebangsaan mereka, dan tidak menggalakkan sekolah Cina dan Melayu, sehinggakan sekolah kebangsaan dapat menyerap sekolah-sekolah Cina dan Melayu tersebut. Filipina tidak menganggap sekolah-sekolah Cina sebagai suatu saingan kerana bilangannya yang kecil serta penekanan yang berlebihan diberi kepada bahasa Inggeris yang juga diterima oleh masyarakat Cina, sehinggakan sekolah-sekolah Cina tidaklah menjadi isu. Singapura meningkatkan sekolah Inggeris dengan berbagai-bagai kemudahan dan kelebihan menyebabkan sekolah-sekolah aliran Cina tidak menarik dan lenyap sebagai isu dalam pendidikan negara. Keperluan bahasa itu pula ditampung dengan baik dalam sistem pendidikan bahasa Inggeris. Dalam hal ini Malaysia masih terus kekal dengan sistem pelbagai bahasanya, sama ada secara rasmi atau tidak. Malaysia masih menghadapi isu bahasa dalam sistem pendidikannya, walaupun kejayaan dalam pelaksanaan bahasa Melayu semakin jelas. Nota 1: 1. PERTAMBAHAN PENDUDUK DALAM MASA 100 TAHUN YANG LALU Tahun 1871 1891 1901 1911 1921 1931 1941 1947 1970 1980 1988 Jumlah Melayu 170,092(55) 444,624(49) 528,263(43) 1,463,187(55) 1,623,014(48) 1,894,044(44) 2,350,234(42) 2,543,569(44) 5,795,000(56) 7,503,777(56) 9,762,840(57) Cina India

308,097 910,123 1,227,195 2,644,489 3,338,545 4,347,704 5,545,173 5,848,910 10,434,034 13,435,588 16,920,000

104,615(34) 33,390(11) 391,418(43) 74,081(09) 583,396(48) 115,536(09) 914,143(35) 267,159(10) 1,171,740(35) 471,536(17) 1,704,452(39) 621,847(14) 2,418,615(44) 776,324(14) 2,614,667(45) 599,616(11) 3,455,000(33) 933,000(09) 4,438,505(33) 1,158,680(09) 5,380,560(31) 1,670,800(09)

Sumber: Malaysian Year Book of Statistics 1901-1987. * Termasuk pribumi

Nota 2. BAHASA-BAHASA DI MALAYSIA Pribumi Cina India/Pakistan/Sri Lanka/Bangladesh Melayu Kanton/Kwongsai Tamil Bajau Hokkien/Fukkien/Amoy Telugu Bisaya Hailam/Hainanese Malayalam Jakun Hakka/Khek Sinhalese Kayan Hokchia/Henghua Punjab (Sikh) Kedayan Hokchiu/Foochow Bengali Kelabit Teochew Bangladesh Kenyah Mandarin Urdu Melanau Gujerat Murut Benare Negrito Maharata Senoi Sumber: Disesuaikan daripada Malaysian Year Book 1987, 1988 and Malaysian Year Book of Statistics 1987.

Nota 3. KETIBAAN DAN KEPULANGAN CINA DI MALAYSIA (Termasuk SINGAPURA), 1911-1940 Tahun Tiba Pulang Beza 1916 183,399 61,630 121,769 1917 155,167 41,282 113,885 1918 58,421 35,585 22,836 1919 70,921 37,590 33,322 1920 126,077 68,383 57,694 1921 191,043 98,986 92,057 1922 132,886 96,869 36,019 1923 159,019 78,121 80,898 1924 181,430 87,749 93,681 1925 214,692 77,920 136,772 1926 348,593 120,308 228,285 1927 359,262 155,198 204,064 1928 295,700 149,354 146,346 1929 293,167 139,967 153,200 1930 242,149 167,903 74,246 1931 191,690 304,655 112,965 1932 138,328 235,846 97,518 1933 124,460 155,638 31,178 1934 223,892 162,253 61,639 1935 278,168 187,182 90,986 1936 282,299 206,498 75,801 1937 402,563 222,061 180,502 1938 228,669 175,489 53,180 1939 160,448 146,109 14,339 1940 147,016 143,694 3,322 Sumber: Timothy Lam Thim Fook, "The Growth of the Chinese Community and Urbanization in the Malay Peninsula", (Kuala Lumpur, 1969). hal. 13. Nota 4. BAHASA PENGANTAR DAN BAHASA YANG DIPELAJARI Bahasa -Bahasa Bahasa Kandung Bahasa-K

Pengantar Murid -Wajib Opsyenal-K B. Melayu B. Melayu Baku B. Melayu Mandarin B. Melayu Baku Dialek Tamil Dialek Cina Inggeris Thai Dialek India Iban Dialek Inggeris (di Sarawak) Thai Bahasa lain Mandarin Dialek Cina Mandarin Dialek Melayu B. Melayu Thai Dialek Melayu B. Inggeris Iban (in Sarawak) Tamil Tamil Tamil Dialek Cina B. Melayu Dialek Melayu B. Inggeris Telegu Telegu Telegu B. Melayu Mandarin B. Inggeris Tamil (tak rasmi) Punjabi Punjabi B. Melayu Mandarin B. Inggeris Punjabi Tamil

Mandarin

Tamil

Tamil

Sumber: Hyacinth M. Gaudart, A Descriptive Study of Bilingual Education in Malaysia. hal. 377

Nota 5. RANCANGAN UNTUK PENDIDIKAN BAHASA DI MALAYSIA Bahasa Pengantar Bahasa Melayu Mandarin Tamil Telegu Punjabi | | | | | | | | | | | SELEPAS ENAM BULAN | | Wajib belajar Bahasa Melayu | | | | | | | | | | | | | | | | | SELEPAS TIGA TAHUN | | | Wajib belajar Bahasa Inggeris | | | | | | | | | | | PENDIDIKAN MENENGAH SELEPAS ENAM TAHUN PENDIDIKAN RENDAH | | | | | | | | | | | KELAS PERALIHAN | | | / / / / | / / / / | / / / / | PERUBAHAN BAHASA PENGANTAR / | / / / /

| / / / / | / / / / |--------------------/ / / |-------------------------------------------/ / |---------------------------------------------------/ / |----------------------------------------------------------/

Bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan Pengekalan bahasa Mandarin dan Tamil opsyenal Iban juga diajar di Sarawak Tidak ada peruntukan bagi bahasa Telegu dan Punjab Sumber: Hyacinth M. Gaudart, A Descriptive Study of Bilingual Education in Malaysia. hal. 380.

Nota 6. PELAKSANAAN BAHASA MELAYU DI SEKOLAH TAHUN PELAKSANAAN 1957 Bahasa Kebangsaan diwajibkan di semua Sekolah Rendah dan Menengah bantuan kerajaan. 1958 Penubuhan Sekolah Menengah aliran Melayu yang menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan. 1963 Penubuhan Sekolah Menengah Melayu pertama, Alam Shah; Tingkatan Enam aliran Melayu dimulakan di sekolah yang sama. 1965 Kumpulan pertama aliran Melayu masuk ke Universiti Malaya. 1968 Kumpulan pertama aliran Melayu mendapat ijazah dari Universiti Malaya; kelas aliran Melayu dimulakan di Sekolah Menengah Vokasional; lima buah mata pelajaran disampaikan dalam bahasa Melayu dalam darjah 1-3 di semua sekolah aliran Inggeris; 1969 Sivik diajarkan di sekolah di semua sekolah Inggeris; Geografi dan sejarah diajar dalam bahasa Inggeris dalam darjah 4 sekolah aliran Inggeri; kelas aliran Melayu dimulakan di Sekolah Menengah Teknik. 1973 Semua matapelajaran Tingkatan 1 di semua Sekolah Menengah Inggeris diajar dalam bahasa Melayu. 1975 Kelas Peralihan Inggeris ditamatkan; Sekolah Rendah Inggeris dialih menjadi Sekolah Kebangsaan (aliran Melayu). K 1976 Semua matapelajaran Sastera, Sains dan Teknik di semua Sekolah Menengah Inggeris diajar dalam bahasa Melayu; Semua matapelajaran Tingkatan IV di semua Sekolah Menengah Inggeris diajar dalam bahasa Melayu. 1978 Aliran Sastera di semua Tingkatan VI (Rendah) diajar dalam bahasa Melayu 1980 Kursus Sastera tahun pertama dan matapelajaran yang bergabung di universiti diajar dalam bahasa Melayu. 1981 Semua matapelajaran Sastera, Sains, dan Teknik dalam Tingkatan VI (Rendah) di semua Sekolah Menengah Inggeris diajar dalam bahasa Melayu. 1982 Peralihan Sekolah Menengah Inggeris menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan (Melayu) selesai.

1983 Semua kursus tahun pertama universiti diajar dalam bahasa Melayu.

Sumber: Disesuaikan daripada Laporan Pelaksanaan Perakuan Jawatankuasa Penilaian Pendidikan, 1960, (1971). Nota 7. Soalselidik (pangkah kotak yang sesuai) 1. a. lelaki [ ]; b. perempuan [ ] 2. a. bumiputera [ ]; b. bukan-bumiputra [ ]; c. pribumi [ ] 3. Bahasa pendidikan: a. Rendah: Melayu/Inggeris/Mandarin/Tamil/............. b. Menengah: Melayu/Inggeris/Mandarin/Tamil/............. d. Tinggi: Melayu/Inggeris/Mandarin/Tamil/............. 4. Dalam sekotor manakah anda akan bekerja di Malaysia? a. kerajaan [ ]; b. swasta 5. Apakah peringkat kemahiran bahasa Melayu anda? a. pertuturan: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 b. tulisan: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1-3: lemah; 4-6: sederhana; 7-8: baik; 9-10: cemerlang 6. Adakah anda menggunakan bahasa Melayu berkomunikasi dengan rakan-rakan dari Malaysia di Athens? Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1: tak pernah -10: pada semua waktu 7. Sekerap manakah anda menggunakan bahasa Melayu? a. Dengan ibu bapa di rumah Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 b. Dengan adik-beradik di rumah Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 c. Dengan rakan-rakan di khalayak ramai Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 d. Dengan rakan bukan Melayu di khalayak ramai Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

e. Dengan rakan-rakan di universiti Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 f. Dengan rakan-rakan Melayu dan bukan-Melayu bersama-sama Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 g. Dengan pegawai kerajaan di pejabat mereka Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 h. Di tempat-tempat komersial: pusat membeli-belah, bank, dll. Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

i. Di tempat awam: restoran, tempat letak kereta, dll. Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 j. Di tempat kerja sendiri? Skala: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 8. Aktiviti dalam bahasa Melayu: a. Akhbar yang dibaca . ................................ b. Majalah yang dibaca ................................. c. Novel yang dibaca dalam 12 bulan yang lalu .......... ..................................................... d. Rancangan TV yang ditonton .......................... ..................................................... ..................................................... e. Rancangan Radio yang didengar ....................... ..................................................... f. Lagu Melayu/Indonesia yang digemari.................. ...................................................

g. Lagu Cina/India yang dgemari ........................ .................................................... 9. Apakah neka bahasa Melayu yang digunakan. a. di rumah: baku [ ]; dialek [ ] b. di sekolah: baku [ ]; dialek [ ] c. jabatan kejaraan: baku [ ]; dialek [ ]

d. jabatan bukan kerajaan: baku [ ]; dialek [ ] 10. Adakah anda menuturkan/belajar sebuah bahasa lain? a. Ya [ ]; b. Tidak [ ] 11. Jika 'Ya', apakah bahasanya? a. .............., b. ..............,c. ................. 12. Beri sebab anda belajar bahasa asing? a. ..................................... b. ..................................... c. ..................................... 13. Pentingkah bagi warganegara Malaysia mempelajari bahasa Melayu? a. Ya [ ]; b. Tidak [] c. Kenapa ............................................ 15. Dapatkah bahasa Melayu menyatukan rakyat Malaysia? a. Ya [ ]; b. Tidak [ ] c. Kenapa ............................................. 16. Adakah identiti/budaya etnik anda akan hilang sekiranya anda mempelajari bahasa Melayu? a. Ya [ ]; b. Tidak [ ] c. Kenapa ................................................. 17. Patutkah Malaya mengekalkan dasar bahasanya sekarang? a. Ya [ ]; b. Tidak [ ] c. Kenapa ............................................... 18. Adakah anda mempelajari sebuah bahasa asing? a. Ya [ ]; b. Tidak [ ] 19. Sekiranya rakyat Malaysia perlu mempelajari lebih daripada sebuah bahasa, nyatakan rentetan pilihan anda untuk mempelajari bahasa ini; Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Perancis, Arab, Jepun (tambah sebarang bahasa pilihan anda sekiranya tidak dinyatakan di sini). a. .................

b. ................. c. ................. 20. Nyatakan sebab anda membuat setiap pilihan: a. ......................... b. ......................... c. .........................

Bibiligrafi Abdullah Hassan, 1987, "30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Alisjahbana S.T., 1975, "Language Planning for Modernization: the Case of Indonesia and Malaysia, The Hague: Mouton and Co.. Allen, James A de. V., 1967, "The Malayan Union, New Haven: Yale University Southeast Asia Studies, Monograph Series. Asaratnam, S. "Indians in Malaysia and Singapore, Kuala Lumpur: Oxford University Press. Asmah Haji Omar, 1979, "Language Planning for Unity and Efficiency: A Study of the Language Status and Corpus Planning of Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Asmah Haji Omar, 1982b, "The Roles of English in Malaysia in the Context of National Language Planning," in Asmah Haji Omar, 1987a, "Malay in its Sociocultural Context, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 157-175. Asmah Hj. Omar, 1983, "The Malay Peoples of Malaysia and Their Languages, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar, 1985, "Patterns of Language Communication in Malaysia," in Asmah Haji Omar, 1987, "Malay in its Sociocultural Context; Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 71-82. Chai Hon Chan, 1971, "Planning Education for a Plural Society, Paris: Unesco; International Institute for Educational Planning. Chai Hon Chan, 1977, "Education and Nation-Building in Plural Societies: The West Malaysian Experience-, Canberra: The Australian National University (Development Studies Centre, Monograf no. 6). Chang Ming Phang, Paul, 1973, "Educational Development in a Plural Society: A Malaysian Case Study, Singapore: Academic Publications. Chelliah, D.D., 1948, "A History of the Educational Policy of The Straits Settlements with Recommendations for a New System Based on Vernaculars, Kuala Lumpur: Govt. Press. Chua, David, "Education and Culture" dalam Ling Liong Sik et al., 1988, "The Future of Malaysian Chinese, Kuala Lumpur: Malaysian Chinese Association.

Coulmas, F., 1988, "With Forked Tongues; What are National Languages Good For?, Singapore: Karoma Publishers, Inc. Democratic Action Party, 1969, "Who Lives if Malaysia Dies?, Kuala Lumpur: Democratic Action Party. Gaudart, H.M., 1985, "A Descriptive Study of Bilingual Education in Malaysia, Disertasi Ph.D. tak bercetak, University of Hawaii. de Terra, Diane, 1983, "The Effects of Language Planning on a Penang Hokkien Kampong: People Separated by a Blade of Grass Could Not Understand Each Other" dalam L.A. Peter Gosling & Linda Y.C. Lim, "The Chinese of Southeast Asia: Identity, Culture and Politics, Maruzen Asia, Singapore. Fennell, T.R., 1967, "Commitment to Change: A History of Malayan Educational Policy, 1945-1957, Disertasi Ph.D. tak bercetak, University of Hawaii. Ho Seng Ong, 1952, "Education for Unity in Malaya; an Evolution of the Educational System of Malaya with Special Reference to the Need for Unity in Its Plural Society, Penang: Malayan Teachers Union. Kua Kia Soong, 1985, "The Chinese Schools of Malaysia; A Protean Saga, Kuala Lumpur: United Chinese Schools Committee Association of Malaysia. Kua Kia Soong, 1985, "National Culture and Democracy, Kuala Lumpur. Kua Kia Soong, 1987, "Polarization in Malaysia: The Root Causes, Kuala Lumpur: Malaysian Chinese Research and Resource Center. Le Page, R.P., 1964, "The National Language Question, London: Oxford University Press. Lee, Raymond, ed., 1986, "Ethnicity and Ethnic Relations in Malaysia, DeKalb: Center for Southeast Asian Studies. Ling Liong Sik, et al., 1988, "The Future of Malaysian Chinese, Kuala Lumpur: Malaysian Chinese Association. Loh Fook Seng, Philip, 1975, "Seeds of Separatism: Educational Policy in Malaya 1874-1940, Kuala Lumpur: Oxford University Press. Malaya, 1948, "Education in Malaya (Laporan Cheeseman), Kuala Lumpur: The Colonial Office." Malaya, 1951, "Report of the Committee on Malay Education (Laporan Barnes), Kuala Lumpur: The Colonial Office. Malaya, 1951, "Chinese schools and the Education of Chinese Malayans (Laporan Fenn-Wu), Kuala Lumpur: The Colonial Office. Malaya, 1956, "Report of the Education Committee 1956 (Laporan Razak), Kuala Lumpur. Malaya, 1960, "Report of the Education Review Comm itte (Laporan Rahman Talib), Kuala Lumpur. Nagata, Judith, 1979, "Malaysian Mosaic, Vancouver: University of British Columbia Press.

Naidu, Ratna, 1980, "The Communal Edge to Plural Societies, Ghaziabad: Vikas Publishing House. Noss, R.B., 1967, "Language Policy and Higher Education, Paris: Unesco, Vol. 111 Part 2. Noss, R.B., 1984, "An Overview of Language Issues in Southeast Asia, 1950-1980, Singapore: Oxford University Press. Platt, J. & Weber, H., 1980, "English in Singapore and Malaysia, Status: Features: Functions, Kuala Lumpur: Oxford University Press. Ramanathan, K., 1985, "Politik Dalam Pendidikan Bahasa, 1930 -1971, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Sandu, K.S., 1969, "Indians in Malaysia, Cambridge: Cambridge University Press. Soloman, J.S., 1988, "The Development of Bilingual Education in Malaysia, Kuala Lumpur: Pelandok Publications. Stedman, J.B., 1986, "Malaysia; A Study of the Educational System of Malaysia and a Guide to the Academic Placement of Students in Educational Institutions of the United States, Washington: American Association of Collegiate Registrars and Admission Officers. Tan Liok Ee, 1985, "Politics of Chinese Education in Malaya, 1945-1961, Disertasi Ph.D. tak bercetak, University of Malaya, Kuala Lumpur. Teo Kok Seong, 1989, "Penerimaan dan Penghayatan Bahasa Malaysia di Kalangan Masyarakat Cina: Satu Kajian Kes di Kajang, Selangor Darul Ehsan" dalam "Dewan Bahasa, Jilid 33, Januari. Watson, J.K.P., 1983, "Cultural Pluralism, National-Building and Educational Policies," dalam Chris Kennedy, "Language Planning and Language Education, London: George, Allen & Unwin, P40.5 L35 L36. Wong Hoy Kee, Francis and Ee Tiang Hong, 1971, "Education in Malaysia, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) L td.

You might also like