You are on page 1of 1

Penghargaan

Segunung perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Shamsudin bin Abu Bakar selaku pensyarah pembimbing saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudah cara saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan kerja kursus yang lengkap. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang banyak member sokongan dan dorongan di samping memberi idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea. Di samping itu, saya sebagai guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ingin juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh kaum keluarga yang membantu dari segi sumber kewangan dan kata kata semangat sepanjang saya berada di Institut ini. Akhirkata, saya rasa amat bersyukur kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya mempelajari subjek elektif Kritikan Sastera ini dengan baik disamping dapat saya mentelaah dan meneliti maksud-maksud tersirat mahupun yang tersurat yang terdapat dalam novel-novel sasterawan negara. Dengan adanya subjek elektif ini dan dengan bimbingan Encik Shamsudin bin Abu Bakar, dapatlah saya memahami sesuatu perkara dari sudut sastera dan dapat mentafsir dengan baik maksud-maksud karya-karya tinggi yang selama ini saya hanya membaca sahaja tanpa meneliti lebih dalam. Sekian, Terima Kasih.

You might also like