You are on page 1of 2

BIODATA RINGKAS KELAHIRAN Mohamad bin Yaacob lebih mesra dengan panggilan Cikgu@Ustaz Mad dilahirkan pada 16 Oktober

1953 di Kampung Kerasak, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan. Bapa beliau Hj Yaacob bin Hj Yahya. Ibu beliau Hajah Wan Fatimah bin Che Yusuf. AHLI KELUARGA Berasal dari keluarga yang mempunyai lima orang adik beradik dan beliau merupakan anak sulung dari keluarga ini. Tanggal 24 Oktober 1974 beliau telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati Barkah Basalmah binti Omar Basalmah. Dikurniakan lima orang cahaya mata dan seorang menantu. Detik 12 Julai 2011, keluarga beliau diserikan lagi dengan kehadiran cucu yang pertama dan diberi nama Nik Zayyan Mabaraya bin Zulfaqar Mubaraya. PEMBELAJARAN Cikgu Mad memulakan pembelajaran di SK Kedondong Pasir Mas. Seterusnya meneruskan pelajaran peringkat menengah di SMU (A) Ismailiah, Binjai Manis, Pasir Mas. Pada tahun 1970 beliau menyambung pelajaran Institut Pendidikan Islam Kota Bharu iaitu sebuah sekolah yang ditubuhkan oleh Almarhum Us Hj Abdul Karim bin Hassan (abang kepada YB Takiyuddin Exco Kerajaan Negeri Kelantan sekarang). Kesinambungan pendidikan beliau diteruskan dengan menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (B.Ed) pada tahun 1978 di Universiti Pendidikan Indonesia (UPI), Bandung. Kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu diteruskan ke peringkat Sarjana dalam bidang Pengurusan/Management pada Julai 1983 secara sambilan. Pada penghujung 1984 beliau mengambil keputusan untuk mengikuti pengajian sepenuh masa dengan mengambil cuti tanpa gaji. PENGALAMAN KERJA Memulakan karier pada tahun 1979 sebagai Pegawai Hal Ehwal Pekerja dan Kebajikan PKINK di Sungai Terah, Gua Musang. Minat yang mendalam dalam bidang pendidikan menyebabkan beliau berkhidmat sebagai guru YPINK(YIK) pada 1 Februari 1982 di Madrasah Arabiah Pasir Mas. Pada tahun 1986 beliau dilantik sebagai Penolong Kanan di Maahad Muhammadi Banggol Kulim Rantau Panjang. Seterusnya beliau bertugas sebagai Penolong Kanan di Maahad Muhammadi Tumpat, Kg Sedar Tumpat, Kelantan. Pada tahun 1988-1990 beliau memulakan tugas sebagai Pengetua di Maahad Muhammadi Yaakubiah Nipah Bachok. Pada tahun 1991-1994 beliau berpindah ke Maahad Muhammadi Tanah Merah, Kg Padang Siam. Karier beliau diteruskan di Maahad Muhammadi Amir Indera Petra Beris Kubor Besar Bachok dari 1994-1995. Penghujung 1995 beliau telah meletak jawatan sebagai Pengetua dan meneruskan karier sebagai guru biasa. Pada tahun 2007 beliau

telah memulakan tugas di MTAQA. Secara keseluruhannya beliau telah bertugas di YIK selama 29 tahun dan mempunyai begitu ramai pelajar yang berjaya hasil didikan dan curahan ilmu dari beliau. PENCAPAIAN DAN ANUGERAH Sepanjang bertugas dengan YIK beliau telah berjaya mencapai berbagai kejayaan dan anugerah antaranya Guru Terbaik SPM mata pelajaran Tasawwur Islam bagi tahun 2000 dan 2001. Pada tahun 2004 dianugerahkan Guru Terbaik SPM mata pelajaran Bahasa Melayu. Segala dedikasi semangat dan perahan tenaga serta ilmu yang disampaikan oleh beliau sangat besar kepada warga YIK amnya dan MTAQA khasnya tidak terbalas dengan ucapan. Semoga beliau mendapat ganjaran yang setimpal dari Ilahi dan diberi kesihatan serta kekuatan pada masa akan datang dalam mendepani hari mendatang. Sekalung penghargaan yang tidak terhingga dari kami warga MTAQA kepada beliau. Terima Kasih Cikgu Mad.

You might also like