You are on page 1of 14

Pengertian

SISTEM PERNAFASAN HAIWAN Sistem biologi membabitkan pertukaran gas

Dikenal sebagai respirasi luar.

Merupakan proses fizikal dan pertukaran gas di antara organisma dengan persekitaran melibatkan resapan.

JENIS-JENIS SISTEM PERNAFASA N HAIWAN

INSANG

SISTEM TRAKEA

PARUPARU

KULIT LEMBAP

Insang
Digunakan oleh kebanyakkan haiwan yang hidup di dalam air. Terdiri daripada banyak filamen insang yang disokong oleh lengkung insang yang keras. Filamen insang mempunyai membran yang nipis dan dibekalkan dengan

Oksigen yang terlarut di dalam air meresap ke dalam kapilari darah di dalam filamen insang.
Karbon dioksida pula disingkirkan darinya ke dalam air. Contoh:

Ikan

Berudu

Mekanisme pernafasan dalam ikan Pembukaan mulut ( Air masuk) Mulut ikan membuka. Rongga mulut membesar, isipadu bertambah. Tekanan dalam mulut menurun. Operkulum menutup kerana tekanan di luar lebih tinggi. Air dengan oksigen terlarut masuk. Penutupan mulut ( Air keluar) Mulut ikan tutup. Rongga mulut mengecil. Tekanan dalam mulut tinggi. Operkulum membuka. Air dipaksa keluar.

Sistem Trakea
Merupakan sistem pernafasan serangga.
Pada toraks dan abdomen serangga, terdpt liang kecil, iaitu spirakel.

Trakea bercabang untuk membentuk salur yang lebih halus yang disebut trakeol. Trakeol mengandungi cecair yang melarutkan gas respirasi dan membekalkan permukaan lembap bagi pertukaran gas. Contoh:

Spirakel membolehkan udara masuk ke dalam suatu sistem tiub udara yang disebut trakea.

belalang

Semut

Mekanisme pernafasan dalam serangga -Udara dari luar dipaksa masuk dan keluar daripada badan serangga melalui spirakel. -Semasa menarik nafas, abdomen mengembang dan injap spirakel terbuka. -Tekanan dalam trakea menurun dan udara keluar dari trakea melalui spirakel. -Apabila otot abdomen mengecut, tekanan yang meningkat memaksa udara keluar dari trakea melalui spirakel. -Oksigen meresap dari trakeol terus ke dlm semua sel badan tanpa melalui sistem peredaran darah.

Kulit lembap
Cacing bernafas melalui kulit yang tipis dan lembapnya. Sistem pernafasan yang terjadi di permukaan tubuh seperti cacing ini dikenal dengan istilah sistem respirasi integumenter.
Intergumen adalah sistem organ yang menutupi, melindungi tubuh haiwan dan dapat memberi informasi kepada haiwan tentang kondisi lingkungan sekitarnya. - Contoh:

Cacing tanah

Katak

Mekanisme pernafasan dalam cacing


- penyerapan oksigen berlaku melalui permukaan kulit yang lembap. -Dari permukaan kulit, oksigen berdifusi ke dalam kapilari darah. -Oksigen akan diikat oleh hemoglobin dalam darah cacing untuk diedarkan ke seluruh tubuh. -Sedangkan karbon dioksida yang dihasilkan dari proses respirasi akan dikeluarkan dari tubuh cacing dengan cara yang serupa melalui permukaan kulitnya.

Paru-paru

Burung bernafas dengan paru-paru. Burung melakukan pertukaran udara di paru-paru dengan menggunakan kantung udara.

Fungsi kantung udara ialah membantu pernafasan terutama saat terbang. Ia juga membantu dalam menyimpan cadangan udara iaitu oksigen.

- Contoh:

Anjing

Kucing

Mekanisme pernafasan dalam burung (Pernafasan pada burung saat tidak terbang)

Fasa inspirasi -Tulang rusuk bergerak ke depan -volume rongga dada membesar -Tekanan mengecil -Udara akan masuk melalui saluran pernafasan. (sebahagian oksigen masuk ke paru-paru dan oksigen berdifusi ke dalam darah kapilari, dan sebahagian udara dilanjutkan masuk ke dalam kantung-kantung udara.)

Fasa ekspirasi -Tulang rusuk kembali ke posisi semula -Rongga dada mengecil -Tekanan membesar. (udara dalam alveolus dan udara dalam kantung-kantung hawa bersama-sama keluar melalui paru-paru. Pada saat melewati alveolus, oksigen diikat oleh darah kapilari alveolus, dan darah melepas karbon dioksida.)

Mekanisme pernafasan dalam burung (Pernafasan pada burung saat terbang)

Fasa inspirasi -Pada saat sayap diangkat, pundi hawa antara tulang korakoid terjepit, sedangkan pundi hawa ketiak mengembang, akibatnya udara masuk ke pundi hawa ketiak melewati paru-paru, terjadilah inhalation.

Fasa ekspirasi Sebaliknya pada saat sayap diturunkan, pundi hawa ketiak terjepit, sedangkan pundi hawa antara tulang korakoid mengembang, sehingga udara mengalir keluar dari kantung hawa melewati paru-paru sehingga terjadilah exhalation.

Saat melewati paru-paru akan terjadi pertukaran gas O2 dan CO2

Bahagian bahagian organ pernafasan burung

You might also like