You are on page 1of 16

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

TAJUK: IMPLIKASI KANAK-KANAK KEPERLUAN KHAS TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
Nama: Tan Mey Chi Tey Pei Li Opsyen: PISMP Sem 1 BC 2 Nama pensyarah:Dr. Kamisah Bt. Buang
PEMBENTANGAN TUTORIAL MINGGU 7 1

Pengenalan
1. Kanak-kanak keperluan khas mempunyai masalah-masalah seperti :
Masalah kerencatan akal Masalah pembelajaran Masalah tingkah laku Masalah pendengaran dan komunikasi Masalah penglihatan Masalah kecacatan fizikal Masalah pintar-cerdas dan berpakat

PEMBENTANGAN TUTORIAL MINGGU 7

Masalah Kerencatan Akal


Implikasi
1) Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-kanak yang bermasalah ini. 2) Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikut kebolehan kanak-kanak supaya memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran. 3) Setiap tugasan dan arahan perlu dirancang dengan rapi dan disampai dengan jelas kerana mereka sukar untuk memahami arahan.
PEMBENTANGAN TUTORIAL MINGGU 7 3

4) Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa pengajaran akademik kerana kanak-kanak ini kurang mempunyai keupayaan untuk memproses maklumat. 5) Guru perlu memasukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri ke dalam kurikulum mereka supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas diri dan berupaya mencari kerjaya yang sesuai.

PEMBENTANGAN TUTORIAL MINGGU 7

Masalah Pembelajaran
Implikasi
1) Kanak-kanak ini sukar memberi penumpuna, guru boleh menepatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktiviti yang boleh mengalihkan perhatian mereka. 2) Guru juga boleh menggunakan prinsip peneguhan di mana kanak-kanak ini diberi peneguhan positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki. 3) Peraturan dalam bilik darjah mesti dinyatakan dengan jelas dan guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut.
PEMBENTANGAN TUTORIAL MINGGU 7 5

4) Semasa mengajar, arahan guru perlu ringkas dan diulang. 5) Guru perlu memberi peluang kepada murid hiperaktif untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif.

PEMBENTANGAN TUTORIAL MINGGU 7

Masalah Tingkah Laku


Implikasi
1) Pengurusan tingkah laku yang boleh digunakan di dalam bilik darjah termasuk:
a. Peneguhan Positif Guru boleh memberi peneguhan positif kepada murid sebaik sahaja murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. b. Time-Out Murid diasingkan daripada rakannya untuk satu masa tertentu. Diharapkan masa persendirian memberi peluang kepada murid memikirkan tentang tingkah lakunya.
PEMBENTANGAN TUTORIAL MINGGU 7 7

c. Tidak Peduli Guru tidak memberi perhatian kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini. d. Mengajar Tingkah Laku Yang Dikehendaki Guru menggalakkan murid meluahkan perasaannya tentang sesuatu perkara yang dia tidak suka.

PEMBENTANGAN TUTORIAL MINGGU 7

Masalah Pendengaran Dan Komunikasi


Implikasi
1) Guru-guru diingatkan supaya bercakap dengan jelas dan jangan membelakangkan kanak-kanak ini semasa mengajar. 2) Elakkan daripada menjerit atau meninggikan suara. 3) Sebarang arahan lisan boleh diikuti dengan illustrasi grafik atau visual untuk memudahkan kefahaman murid.

PEMBENTANGAN TUTORIAL MINGGU 7

4) Penggunaan bahasa isyarat adalah satu cara efektif untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak ini. 5) Guru-guru perlu dilatih dan didedahkan kepada cara menggunakan jari tangan untuk mengeja.

PEMBENTANGAN TUTORIAL MINGGU 7

10

Masalah Penglihatan
Implikasi
1) Guru perlu menyediakan bahan bacaan dan mempunyai saiz cetakan yang besar dan sesuai atau bahan audio untuk membantu pembelajaran. 2) Sediakan bahan bacaan yang jelas dan tidak terlalu banyak perkataan dalam satu muka surat. 3) Semasa menulis di papan putih, guru boleh menyebut secara lisan bahan ditulis untuk kemudahan kanakkanak ini.

PEMBENTANGAN TUTORIAL MINGGU 7

11

4) Guru perlu memberi perhatian kepada susunan bilik darjah dan memastikan kedudukan kanakkanak tersebut berhampiran dengan papan putih. 5) Susunan bilk darjah seharusnya memudahkan pergerakan kanak-kanak di sekitar bilik darjah dan memberi merekan akses yang mudah kepada bahan-bahan pembelajaran.

PEMBENTANGAN TUTORIAL MINGGU 7

12

Masalah Kecacatan Fizikal


Implikasi
1) Guru perlu berpengetahuan tentang masalah yang dihadapi oleh muridnya. 2) Guru juga perlu jelas tentang kesan masalah fizikal ke atas perkembangan psikososial kanak-kanak tersebut. 3) Guru juga perlu peka kepada keperluan murid.

PEMBENTANGAN TUTORIAL MINGGU 7

13

Masalah Pintas-Cerdas dan Berpakat


Implikasi
1) Kanak-kanak cerdas boleh dibantu melalui 3 jenis program: a. Pengasingan Kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka.

PEMBENTANGAN TUTORIAL MINGGU 7

14

b. Pemecutan
Program ini boleh dilaksanakan dengan 2 cara. Satu cara ialah kanak-kanak ini dikeluarkan dari bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Cara kedua ialah murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama.

c. Pengayaan
Program ini melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas. Selain itu, guru boleh merancang projek lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam dan dilakukan oleh murid secara bersendirian.

PEMBENTANGAN TUTORIAL MINGGU 7

15

Sekian, Terima Kasih

PEMBENTANGAN TUTORIAL MINGGU 7

16

You might also like