You are on page 1of 2

KUAH KACANG NASI IMPIT Bahan-bahan 3 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 inci halia 2 senduk cili

kisar 3 batang serai (diketuk) 1 tin santan Gula Melaka Gula Garam 1 atau 1/2 kg Kacang tanah Cara-cara 1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. 2. Tumis bahan yang dikisar ke dalam periuk. Untuk menumis, guna 3-4 sudu minyak masak. 3. Masukkan cili kisar dan santan ke dalam periuk. Kacau hingga sekata. 4. Goreng kacang tanah di atas kuali (tanpa minyak). Selepas masak, separuh daripadanya dikisar sehingga hancur dan separuh lagi dibiarkan separa hancur. 5. Kemudian masukkan kacang yang telah dikisar dan gula Melaka ke dalam periuk. 6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 7. Bila hampir masak, masukkan pula serai ke dalam periuk. 8. Siap untuk dimakan bersama-sama ketupat, sate dan cucur udang. 3 biji bawang besar boleh digantikan dengan 10 ulas bawang merah. Saya guna bawang besar sebab kat Australia ni takde bawang merah macam kat Malaysia

KUAH YOUNG TAU FU. Bahan-bahan 2 sudu petis/otak udang (shrimp paste) 1 sudu tepung jagung 2 biji Gula Melaka 2 ulas bawang putih yang ditumbuk halus 4 sudu sos cili Gula Garam Cara-cara

1. Panaskan 2 cawan air dalam periuk. Masukkan gula Melaka. Masak sehingga agak pekat sedikit. 2. Masukkan petis udang, sos cili, bawang putih, garam dan gula secukup rasa. 3. Kacau tepung jagung sehingga sekata di dalam cawan yang berisi air. Masukkan ke dalam periuk. 4. Kacau sehingga sebati. Biarkan 2-3 minit di atas api. 5. Siap untuk dihidangkan dengan bebola ikan, sotong, ketam dan sebagainya yang telah dicelup dalam air panas.

You might also like