You are on page 1of 19

Kumpulan 3 : Kepimpinan Berwawasan

Ahli kumpulan : Noor Diana bt Jafar (K) Jasni bin Jafar Sarumizan binti Mohamad Noor Syafriza Azamiah bt Kamarulzaman Fazana bt Rusli Tai Chik Hui

KERTAS KERJA PROGRAM : GOTONG-ROYONG MEGA 2014


TEMA: JOM CERIAKAN SEKOLAH SK BATU BELAH,PAHANG

PENDAHULUAN

Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, kesihatan dan kebersihan ) telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong perdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah.

Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes.
Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SK Batu Belah akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.

OBJEKTIF
1. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria. 2. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

3. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara murid, ibu bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran :
1.Murid 2.Guru 3.Kakitangan sekolah

4.Ahli PIBG

TARIKH PROGRAM
Tarikh Cadangan : 16 Ogos 2014 ( Sabtu) Tempat : Kawasan sekitar SK Batu Belah

Masa
Pakaian

: 8.00 pagi - 1.30 petang


: Pakaian sukan.

JAWATANKUASA AKTIVITI
Penaung Penasihat Pengerusi Penyelaras Bendahari Juruacara Majlis Protokol Buku Program Makanan
Peralatan PA System Kebersihan Dewan & Kawasan Sekolah Disiplin& Keselamatan

: : : :

Pn. Devi bte. Masran Pn Anita bt Ismail Ust. Amir b. Khairil En. Mohd Firdaus b. Mokhtar : Pn. Asyikin bt. Sani : En. Mat b. Saad : Pn. Zainah bt. Hj Nor : En Badarudin b. Khir : Ustz Salmiah bt. Mohamad Cik Halimatun bt. Badar Pn. Zainab bt. Saari. : En. Rokman b. Said : En. Azrol b. Nordin : Pn. Rozehan Zaiha Ustz. Halimatun bt. Badar : En. Burhan b. Musa Pn. Asyikin bt. Sani
Guru = 16 orang

CADANGAN AKTIVITI DAN SKOP TUGAS


Pembersihan Longkang Kolam Bendera dan koridor bangunan.

Mengecat dan memasang papan tanda


Surau Kelas

JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN MENGIKUT AGIHAN KAWASAN

AGIHAN TUGAS MENGIKUT KELAS

BIL KAWASAN/ KELAS KETUA DAN KUMPULAN TERLIBAT


Blok A ( Bahagian Dewan) 1. Pn. Zaiton bte Khairul 2. Murid tahun 3 Blok B (Perpustakaan & Makmal Sains) 1. Pn. Rozehan Zaiha 2. Murid tahun 2 3 Blok C ( Makmal Komputer) 1. Cikgu Azrol b. Nordin

SUMBER KEWANGAN/ ANGGARAN PENDAPATAN Sumbangan diperolehi daripada: a) PIBG b) Kantin Sekolah c) Sumbangan Guru d) Sumbangan SKBB = RM 700.00 = RM 50.00 = RM 200.00 = RM 30.00

ANGGARAN PERBELANJAAN
a) Murid b) Ibubapa c) Guru Jumlah = 150 orang = 45 orang = 16 orang = 211 orang

Makan dan minum untuk makan tengah hari. a) Makan = Nasi Ayam ( 1 orang = RM 2.50) b) Minum = Sirap (1 x RM 0.50) Jumlah = RM 3.00 Keseluruhan : 211 x RM 3.00 = RM 633.00

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM 633.00

3 unit x RM8.00 = RM 24.00 Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan = RM 175.50 JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN ( Makanan + Peralatan ) RM 633.00 + RM175.50 = RM 808.50

PENUTUP Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua pihak yang terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepada muridmurid dalam menghadapi kehidupan harian.

Disediakan oleh,

. ( Noor Diana bt Jafar ) Setiausaha 3K. SK Batu Belah, Kuala Lipis Pahang. Setelah disemak bahawasanya kertas kerja ini DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN di atas sebab-sebab berikut:
..

Pelaksanaan
1. Menyediakan surat untuk memohon kebenaran dan persetujuan daripada pihak pentadbir dan pihak PIBG.
2. Mengadakan mesyuarat untuk membentuk AJK Gotongroyong Mega serta pelaksanaannya dengan melibatkan murid, guru dan ibu bapa(Pihak PIBG). 3. Membuat surat untuk memohon dana atau sumber kewangan

4. Membuat surat jemputan kepada jemputan KHAS.


5. Mengedar surat untuk makluman murid dan ibu bapa.

Sekian terima kasih

You might also like