You are on page 1of 1

Pengenalan

Tugasan yang diberikan ini adalah untuk membangunkan satu blog dimana yang diberikan secara individu. Walaupun tugasan ini nampak mudah pada dasarnya, namun sebenarnya ia agak rumit sekiranya kurang mengetahuan untuk membangunkan blog ini. Sebagaimana maklum, blog adalah satu laman dimana kita boleh menceritakan atau berkongsi gambar, tip, artikel, video dan teks yang dipaparkan di laman social untuk tatapan umum. Tujuan blog ini adalah menghuraikan tentang usahawan yang terdapat pada masa kini untuk menghuraikan mengenainya. Blog ini perlu menghuraikan kenapa memilih usahawan tersebut, kisah hidup, cara membangunkan perniagaan dan masalah yang dihadapi ketika memulakan perniagaan. Oleh itu, dengan penelitian dan kajian yang dilakukan, dua tokoh terkemuka telah menjadi pilihan untuk dikongsi didalam blog ini. Tokoh pertama ialah Encik Irfan Khairi seorang jutawan internet yang Berjaya sejak umurnya masih muda. Tokoh ini menjadi pilihan hati saya kerana pada semester lepas sewaktu orientasi, pihak Universiti utara Malaysia telah menjumput beliau untuk memberi tips mengenai usahawan ini. Sekaligus, membuka mata mahasiswa dan mahasiswi untuk maju kehadapan dengan yakin untuk memulakan perniagaan. Tokoh yang kedua ialah usahawan terkemuka yang diberi nama Tan Sri Syed mokhtar Al-Bukhary. Hati saya juga tertarik mengkaji kisah hidup beliau kerana pada suatu ketika dahulu beliau adalah seorang anak kecil yang dilahirkan dengan kehidupan yang serba kekurangan dan pendidikan di tahap SPM. Dengan kesusahan keluarga dan hidup yang beliau lalui beliau berani bangun untuk Berjaya sehingga sekarang. Selain itu, setiap yang beliau perolehi beliau kongsikan bersama orang ramai yang juga memerlukannya. Bukti beliau membantu orang ramai beliau menubuhkan Yayasan AlBukhary sebagai tempat kebajikan dan selalu memberi derma. Sekaligus, menyedarkan diri kita bahawasanya hidup susah dan kurang berpendidikan adalah bukan penghalang untuk memajukan diri dan hidup.

You might also like