You are on page 1of 5

PERLUASAAN KUASA

CARA PERLUASAAN KUASA

Penaklukan

Perkhawinan politik

Rela Hati

Memberi bantuan

1. Melaka menakluki kawasan untuk menjamin keutuhan,keselamatan dan kemakmuran. 2. Apabila Melaka menaklukkan kawasan lain, perdagangannya berkembang.Hasil keluaran di bawa ke Melaka untuk diperdagangkan. 3. Semasa pemerintahan Parameswara, Melaka menjadi tumpuan pedagang dan sebuah kerajaan yang kuat. 4. Menjelang tahun 1440 - an, Sultan Muzaffar Shah yang memerintah Melaka telah melaksanakan dasar perluasan kuasa. 5. Perluasan kuasa bermaksud membesarkan kawasan pengaruh atau pentadbiran. 6. Kawasan kawasan yang ditakluk oleh Melaka ialah Pahang,Pantai Barat Semenanjung dari Perak hingga Johor, Singapura , Kepulauan Riau Lingga dan Sebahagian Besar pantai Timur Sumatera.

7. Perluasan kuasa di Sumatera dan Pantai Barat Tanah Melayu membolehkannnya menguasai Selat Melaka sepenuhnya. 8. Salah satu cara Melaka mengukuhkan kuasa di kawasan yang ditakluk ialah dengan menyerahkan wilayah itu kepada pembesar Melaka yang banyak berjasa. 9. Misalnya , Pahang ditadbir oleh seorang pembesar Melaka iaitu Sri Bija Diraja. 10. Melaka juga memperluaskan kuasa dengan cara memberi bantuan kepada kerajaan lain yang menghadapi huru hara dalam negeri.

KEBIJAKSANAAN SULTAN- SULTAN MELAKA

1. Selain mempunyai kawasan taklukan yang luas, Melaka juga mempunyai sultan yang berwibawa 2. Antara sultan sultan Melaka yang berwibawa termasuklah Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansor Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah. 3. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, baginda telah Berjaya menyelesaikan masalah pepecahan dalam kalangan pembesar Melaka. 4. Baginda Berjaya menyatukan dua pihak yang bertelagah , iaitu Antara Tun Perak dengan Bendahara Tun Ali. 5. Bapa saudara Sultan Muzaffar iaitu Tun Ali dipujuk oleh baginda untuk meletakkan jawatan bendahara. 6. Baginda berasakan bahawa Tun Perak lebih layak untuk memegang jawatan itu. 7. Baginda telah menceraikan isterinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Tun Ali sebagai balasan. 8. Tindakan ini telah menjalinkan hubungan kekeluargaan di Antara Tun Perak dengan Tun Ali dan hubungan kedua-dua pihak kembali pulih.

KEBIJAKSANAAN TUN PERAK

1. Melaka mempunyai pembesar yang berkebolehan dan berwibawa. 2. Tun Perak adalah salah seorang daripada pembesar Melaka yang terkenal. 3. Pada tahun 1456 , Tun Perak telah menjadi bendahara Melaka. 4. Kebijaksanaan beliau menyerlah sejak beliau menjadi penghulu di klang. 5. Pada tahun 1445, apabila Siam menyerang Melaka, beliau telah membawa pengikutnya bersama anak dan isteri masing-masing untuk mempertahankan Melaka. 6. Pada tahun 1456 apabila Siam cuba menyerang Melaka sekali lagi , beliau telah membawa tentera Melaka ke Batu Pahat. 7. Mereka telah mengikat berates-rtus jamung pada pokok bakau di sepanjang pantai pada waktu malam untuk mengelirukan tentera Siam. 8. Tentera Siam yang melihat akan jamung itu menyangka Melaka mempunyai bilangan tentera yang ramai. 9. Akhirnya, tentera Siam terpaksa berundur dan terus kembali ke Siam kerana ketakutan. 10. Keberanian beliau terbukti apabila Tun Perak sendiri mengetuai serangan ke atas Pahang dan Berjaya mengalahkan Pahang

Perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

Penyebaran Agama Islam

KESAN PERLUASAN
Ekonomi Melaka semakin kukuh dan kaya Penerimaan ufti daripada jajahan takluk

KUASA MELAKA

Melaka dapat mengawal perairan Selat Melaka

Pemerolehan bekalan barangan dari kawasan jajahan dan naungan

You might also like