You are on page 1of 2

950514-08-5830 Pengenalan Tajuk saya dalam kajian ini ialah mengkaji tentang kesan perpaduan dalam aktiviti

olahraga dalam kalangan pelajar di SMK HORLEY METHODIST.Hal ini kerana aktiviti ini sangat mendapat sambutan yang mengalakan daripada pelajar. Aktiviti olahraga merupakan salah satu aktiviti yang sangat mencabar. Menurut Kamus Dewan olahraga didefinisikan sebagai latihan atau sukan yang memerlukan kekuataan fizikal dan stamina misalnya, berlari, lompat , dan sebagainya. Perkataan olahraga berasal daripada perkataan Greek athlos yang bermaksud bertanding. Sejarah olahraga dipercayai bermula dari zaman Greek Kuno. Ianya dianjurkan bagi meraikan sesuatu temasya keagamaan. Selama sebelas kurun bermula pada tahun 776 SM, olahraga telah dipertandingkan di Pesta Olimpik, Greek Kuno. Pada Zaman Pertengahan, aktiviti olahraga terhenti seketika. Kurun ke -19, olahraga sebagai sukan moden mula diperkenalkan di England sehinggalah ke hari ini. Menurut sejarah, acara olahraga yang pertama kali dipertandingkan ialah larian stadium atau stade race sejauh 600 kaki, anggaran 184.615 meter. Bermula dari acara ini, larian 200 meter tersenarai sebagai salah satu acara olahraga. Larian 200 meter merujuk kepada satu larian stadium atau satu stade race . Larian 400 meter pula merupakan dua larian stadium atau dua stade race. Jarak paling jauh yang dipertandingkan ialah 724 larian stadium atau 724 stade race iaitu 434 400 kaki , anggaran 133 661.539 meter ( 133.665139 km). Oleh itu, para pemain atau atlit perlu mempunyai stamina yang mantap ketika menyertai pertandingan olahraga.

Melalui kajian yang telah dijalankan saya, aktiviti ini perpaduan akan dapat dicapai antaranya apabila pelajar daripada kaum yang berlainan menyertai aktiviti ini mereka dapat bergaul dengan pelajar yang lain. Pelajar dapat bertukar fikiran dan cadangan tentang sesuatu isu . Malahan, melalui kajian ini saya dapat mengkaji tentang kesan perpaduan dalam kalangan pelajar SMK HORLEY METHODIST. Rasionalnya, membuat kajian ialah untuk mengkaji tentang aktiviti olahraga dan kesan perpaduan dalam kalangan pelajar.

You might also like