You are on page 1of 3

Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)dilaksanakan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kawasan dan kaum

yang. Dianggap sebagai punca penetus peristiwa 13 Mei 1969.Rancangan ini digubal dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Perama (RRJP1) untuk tempoh selama 20 tahun (1971-1990) yang dikancarkan seiring dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Rancangan Malaysia Kedua ini merupakan siri pertama dalam rancangan pembangunan DEB.Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan Negara yang dilaksanakan melalui strategi serampang dua mata iaitu Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan untuk semua rakyat tanpa mengira keturunan dan kaum serta mempercepat proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum. Usaha ini diharaphkan dapat mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Terdapat usaha yang diambil untuk membasmi kemiskinan contohnya mewujudkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sector untuk diisi oleh semua kaum bagi mengurangkan kadar pengangguran, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan wilayah, meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan dengan menambahkan kemudahn untuk semua golongan miskin di Bandar dan luar Bandar melalui peluang latihan. Tunah dan modal. Sehubungan itu, memperbaiki taraf dan kualiti kehidupan melalui pelajaran. Latihan, kesihatan dan kemudah infrastruktur dan mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum juga merupakan langkah yang diambil oleh kerajaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. DEB menetapkan pelbagai program dalam beberapa sector ekonomi seperti pendagangan. Perindustrian, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan, perumahan dan pelajaran. Melalui usah ini. Setiap kaum akan mendapat faedah dan agihan ekonomi yang lebih adil. DEB juga menetapkan matlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan kaum Bumiputera. Dari segi pembahagian ekuiti dalam sector korporat. DEB menetapkan matlamat agihan pada kadar 30-40:30. Iaitu penyertaan Bumiputera sebanyak 30% dan bukan Bumiputera sebanyak 40%. Baki 30% dikhususkan untuk pelaburan asing.Bagi memodenkan kehidupan masyarakat di luar Bandar. Pusal pertumbuhan ekonomi diwujudkan melalui pembukaan rancangan tanah yang bersepada seiring dangan penubuhan agansi pembangunan wilayah separti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Lembaga Kemjuan Palsang Tenggara (DARA).Beberapa agensi lain juga ditubuhkan untuk mempercepat pencapaian matlamat DEB seperti Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun-pekebum kecil Perusahan Getah (RISDA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).Strategi pembangunan yang digariskan dalam DEB bertujuan untuk member facdah kepada semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum dan keturunan Matlamat dasar ini adalah untuk mencapai perpaduan Negara melalui program pembasnian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

Rancangan Malaysia Ketiga Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) merupakan Rancangan peringkat kedua DEB dan RRJP1. Buat pertama kali, rancangan pembangunan wilayah diperkenalkan dalam rancangan pembangunan Negara. Tumpuan utama juga diberikan pada penanaman getah dan kelapa sawit untuk tujuan eksport.

Isu perpaduan masih diberi perhation sebagai salah satu daripada matlamat utama yang ingin dicapai melalui pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan usah-usah untuk menyusun semula masyarakat.Dalam Rancangan ini, usaha pembangunan sector pertanian dan perindustrain diteruskan untuk meningkatkan pendapatan dan daya pengeluran serta menambahkan peluang pekerjaan yang diharapkan depat mengurangkan kadar kemiskinan dan pengangguran.Rancangan pembangunan wilayah dan pembukaan Bandar baharu yang dimulakan dalam Rancangan Malaysia Kedua terus diperhebatkan selepas penubuhan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Kelanian Selatan (KESEDAR).Agensi Kerajaan yang lain seperti MARA, FELDA, UDA, PERNAS dan RISDA diberi peranan penting untuk melaksanakan program pembangunan yang digariskan dalam Raneangan Malaysia Ketiga.

Rancangan Malaysia Keempat 1) Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) merupakan permulaan tempoh sepuluh tahun kedua RRJP1. Rancangan ini memperkemas langkah dan program yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kedua dan Rancangan Malaysia Ketiga untuk mencapai matlamat sosioekonomi DEB.Keadaan ekonomi dunia yang mengalami pertumbuhan yang lembap menimbulkan beberapa masalah kepada ekonomi Negara. Antaranya ialah kejatuhan harga komoditi. Kemerosotan imbangan pembayaran. Penurunan pendapatan eksport komoditi, kenaikan kadar pengangguran dan kelembapan pertumbuhan sector swasta.Walau bagaimanapun. Program pembanguhan masih diteruskan dengan member keutamaan kepada sector perusahaan dan pertanian. Penckanan juga diberikan kepada perusahaan berat berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja yang mahir. Untuk tujuan ini. Perbadana Industri Berat Malaysia (HICOM) telah ditubuhkan.Beberapa kawasan perusahaan baharu dibuka seperti di Senawang (Negari Sembilan), Skudai (Johor), Bintulu (Sarawak) serta Menggatal dan Likas (Sabah) sebagai usaha untuk memajukan bidang perindustrian dan menggalakkan pelaburan modal asing.Bagi mewujudkan keseimbangan dalam pemilikan ekuiti antara kaum Bumiputera dangan bukan Bumiputera, Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan pada tahun 1979, PNB diberi tanggungiawab untuk menguruskan pelaburan dalam Skim Amanh Saham Nasional (ASN) yang diperkenalkan pada tahun 1981.

Rancangan Malaysia Kelima Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990)digubal ketika Negara masih merasai bahang kemelesetan ekonomi. Oleh itu, Rancangan ini digubal berasaskan kadar pertumbuhan ekonomi yang rendah pada masa itu.Dalam Rancangan Malaysia Kelima. Pembangunan sector pertanian masih diteruskan dan dilaksanakan melakui penggunaan tanah dengan lebih cekap. Memaksimumkan sumber tenaga manusia dan menambahkan peluang latihan kemahiran dalam sector awam dan swasta.Strategi pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kelima ditumpukan pada usaha untuk mempercepai perkembangan sektor perusahaan. Untuk tujuan ini. Beberapa strategi telah diperkenalkan seperti meningkatkan peranan sektor swasta dan kecekapan pengurusan dalam kalangan agensi kerajaan.mempergiat perusahaan pembuatan dengan menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON). Iaitu perusahaan menibuat

kereta nasional Negar, tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Kelima dan RRJP1 berakhir pada tahun 1990. Sepanjang tempoh tersebut, ekonomi Malaysia berkembang pesat walaupun menghadapi berbagai-bagai cabaran. Terutama kemelesetan ekonomi yang melanda dunia pada pertengahan tahun 1980-an.

You might also like