You are on page 1of 1

Beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mengenal pasti masalah pelajar ialah: perhatikan tingkah laku

u pelajar anda di dalam dan di luar kelas, bagaimana ia berinteraksi antara satu sama lain, bagaimana ia berkomunikasi dan menyuarakan perasaannya; galakkan pelajar anda membincangkan masalah dan pengalamannya secara terbuka dengan anda . Ini akan membolehkan anda mengesan masalah yang serious lebih awal; rujuk kepada rekod dan laporan prestasi pelajar. Ini membolehkan anda mengesan sejarah masalah tersebut; bincangkan pemerhatian anda terhadap pelajar tersebut dengan guru lain yang berkenaan, untuk melihat sama ada terdapat satu corak tingkah laku yang konsisten yang menyebabkan masalahnya; berbincang dengan ibu bapa untuk meninjau sama ada mereka mempunyai maklumat terhadap anaknya, rekod kesihatannya, tingkah laku di rumah, dan sebagainya; dan ada sesi bimbingan secara peribadi dengan pelajar tersebut untuk membicangkan masalahnya yang telah anda perhatikan, supaya mereka boleh mengenal pastinya dengan lebih awas dan langkah-langkah pencegahan boleh diambil.

You might also like