You are on page 1of 7

USAHA KERAJAAN DALAM DALAM MENJAYAKAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DI NEGARA KITA .

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan

penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, kewujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu, berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan

teras kepada Kebudayaan Kebangsaan. Selain itu, teras kedua iaitu unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Teras ketiga pula ialah Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan kerana agama atau kepercayaan kepada Tuhan adalah penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 dan pelaksanaan dasar ini sangat berkesan dalam memupuk perpaduan antara kaum dalam negara kita tanpa ada sebarang kelemahan semasa pelaksanaannya. Seterusnya adalah pelaksanaan program menghapus polarisasi kaum di bawah konsep 1Malaysia. Selaras dengan konsep 1Malaysia yang mempromosikan perpaduan dan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui prinsip hormat menghormati dan kepercayaan di antara satu sama lain, pelajar dan belia daripada pelbagai kaum perlu menghapuskan polarisasi kaum. Sebaliknya mereka harus berusaha untuk mengenali antara satu sama lain dan menjalinkan persahabatan dengan mereka yang berlainan kumpulan etnik. Kesedaran dan usaha berterusan harus dilakukan kerajaan termasuk pembaharuan sistem pendidikan, bagi membantu generasi pemimpin negara yang akan datang untuk mencapai objektif penting iaitu membina perpaduan dalam kepelbagaian. Belia dan remaja sepatutnya tidak menganggap bahawa seseorang yang sedang duduk di sebelah mereka adalah berlainan bangsa dan agama. Sebaliknya, mereka harus menyedari bahawa yang duduk di sebelah mereka adalah seorang rakan. Warga belia daripada pelbagai bangsa harus berusaha memperkukuhkan lagi integrasi kaum yang menjadi tunggak perpaduan negara. Dalam semua jenis acara, sama ada dalam sukan mahupun aktiviti kokurikulum, usaha yang praktikal harus diambil bagi menyatupadukan belia negara supaya mereka dapat berinteraksi di antara satu sama lain.

Sekolah adalah tempat terbaik untuk mempromosikan integrasi kaum. Guru dan ibu bapa harus memainkan peranan masing-masing dalam membantu proses itu. Ibu bapa harus menggalakkan anak mereka untuk bergaul dengan mereka yang berlainan kaum bagi mewujudkan lebih persefahaman di antara agama, budaya dan cara hidup. Usaha berterusan juga harus di ambil bagi menghapuskan polarisasi kaum, terutama di kalangan pelajar yang berlainan kaum. Pelajar pada hari ini adalah pemimpin pada masa akan datang. Di bahu mereka terletaknya tanggungjawab dalam membina negara yang bersatu-padu dengan satu matlamat yang dikongsi bersama. Usaha untuk menyemai nilai-nilai murni dan objektif mulia berkaitan dengan perpaduan ini harus dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi supaya kita dapat menghasilkan generasi akan datang yang sedar mengenai tanggungjawab mereka terhadap pembinaan negara. Kita harus mengambil semua langkah berpatutan bagi memastikan sistem pendidikan pada peringkat pra universiti tidak menyumbang ke arah polarisasi yang tidak sihat di kampus universiti kita. Sekolah, kolej dan institusi pendidikan swasta perlu mengambil usaha bagi mencegah polarisasi kaum pada peringkat institusi masing-masing. Kita perlu kembali ke pengetahuan asas iaitu mematuhi Rukun Negara dan lima prinsipnya Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan

Kesopanan dan Kesusilaan yang menjadi cahaya pedoman untuk membina Malaysia yang bersatu-padu. Perpaduan dan keharmonian kaum harus menjadi sebahagian daripada budaya kita serta dapat mewujudkan lebih banyak peluang kepada orang ramai dari pelbagai kaum untuk berjumpa dan menjalinkan persahabatan yang lebih akrab demi masa depan negara. Selain daripada dasar atau program yang telah dijalankan seperti di atas dalam memupuk perpaduan antara kaum selaras dengan konsep 1Malaysia, maka dasar Dasar Ekonomi Baru telah dilaksanakan. Dilihat dari perspektif sejarah

Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan

tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah

menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar. Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah

diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan

pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan. Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosial ekonomi itu, kerajaan telah mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan dan mengurangkan sebagainya. perbezaan Strategi ekonomi, sosial, kebudayaan,

penempatan

pelaksanaan

rancangan-rancangan

pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat untuk

mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsifungsi ekonomi. Justeru, antara program-program yang dapat dilihat pada hari ini yang bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat sekali gus menyatupadukan

masyarakat ialah dengan adanya program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) iaitu sebuah perbadanan yang mentadbir pembangunan dan pembinaan

perumahan, infrastruktur dan kemudahan yang berharga berpatutan untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang berpendapatan di bawah RM6000 sebulan. Projek ini kini terdapat di Kuala Lumpur, Johor Baru dan Pulau Pinang dan akan diperkembangkan ke negeri-negeri lain pada masa akan

datang. Selain itu, program Klinik 1Malaysia juga diwujudkan yang bermatlamatkan meringankan beban rakyat dan menyatupadukan masyarakat yang berbilang bangsa di mana sebanyak 50 klinik 1Malaysia telah dibuka di seluruh negara dengan nisbah kira-kira 3-4 klinik bagi setiap negeri di kawasan kepadatan yang tinggi dan berpendapatan rendah bagi memastikan rakyat sentiasa mendapat akses kepada perkhidmatan perubatan yang sempurna dan dengan segera. Rawatan di klinik-klinik ini dikenakan bayaran sebanyak RM1 sahaja. Sementara itu, program lain seperti Klinik Bergerak 1Malaysia di mana ia merupakan satu siri klinik yang bergerak yang terdiri daripada kemudahan kesihatan dan perubatan. Perkhidmatan yang diberikan termasuk pemeriksaan gigi dan mata. Inisiatif ini telah memberi manfaat kepada 1600 buah kampung di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Seterusnya konsep 1Malaysia yang beraspirasi untuk memastikan rakyat menjalin perpaduan erat antara satu sama lain ialah melalui dasar yang telah diperkenalkan sejak dahulu lagi iaitu Dasar pendidikan Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan

negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979. Justeru, pada hari ini di bawah inisiatif 1Malaysia maka wujudnya programprogram seperti Kembali Ke Sekolah di mana di bawah inisiatif ini, 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah telah menerima RM100. Yuran sekolah juga telah dimansuhkan, sekali gus menjadikan pendidikan awam percuma bagi rakyat Malaysia buat julung kalinya. Sementara itu juga, program i-TR1M diwujudkan di negara kita sebagai satu program yang tertumpu pada pendidikan yang disasarkan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dengan menyediakan tuisyen percuma untuk mata pelajaran UPSR, PMR dan SPM secara online atau melalui cara konvensional. Dana sebanyak RM2 juta telah ditambah dengan matlamat mencapai 200 000 orang pelajar dengan liputan seluruh negara. Selain itu, program Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) yang diberikan kepada

seramai 1.3 juta pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta telah menerima baucar buku bernilai RM200. Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan beban pelajar sambil menanam minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Program- program yang dijalankan ini memberi banyak kesan positif dan berkesan dalam membantu pertumbuhan rakyat yang berbilang kaum di negara ini untuk terus bersatu padu kerana tiada jurang perbezaan lagi yang wujud melalui pelaksanaan dasar-dasar negara dan inisiatif program-program di bawah kendalian 1Malaysia. Oleh itu, jelaslah kini bahawa kerajaan kita sangat cakna akan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dalam negara ini. Justeru, cadangan dalam meningkatkan keberkesanan program-program tersebut adalah kita perlu melihat keperluan dan kehendak rakyat terlebih dahulu agar program-program tersebut lebih mendapat sokongan oleh rakyat dan sebagai rakyat pula kita perlu memberi kerjasama yang padu kepada kerajaan agar segala perancangan kerajaan dalam membantu membentuk perpaduan yang utuh dalam negara kita tercapai.

You might also like